Anda di halaman 1dari 5

a

BUKU LOG

MENANGANI ISU BEG


BERAT MURID SEKOLAH

SJK HANG KWONG

RINGKASAN ISU
ISU beg berat bukanlah masalah baharu. Namun saban tahun ia
menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Malah kali ini lebih
hebat apabila terdapat warga pendidik yang dipanggil ke
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjelaskan
kenyataan yang dibuat secara terbuka mengenai isu berkenaan.

Apa pun yang jelas, isu ini masih berulang dan semacam tiada
kesudahan terutama pada awal pembukaan sesi persekolahan.
Persoalan yang timbul memerlukan usaha berterusan dan serius
untuk ditangani oleh semua pihak terutama KPM, Persatuan ibu
bapa dan guru (PIBG) dan masyarakat seluruhnya bagi
memastikan murid tidak terus terbelenggu dengan isu beg berat.

Jadi sebenarnya berapakah berat beg yang ideal? Pakar


kesihatan menggariskan berat maksima bagi beg sekolah yang
digalas adalah sebanyak 10 peratus dan beg yang ditarik pula,
adalah sebanyak 20 peratus berbanding dengan berat badan
murid.

Sebagai contohnya, jika berat badan murid 20 kilogram (kg)


maka had berat maksima beg yang digalas adalah di bawah dua
kg, sementara berat beg yang ditarik pula adalah di bawah
empat kg.

Garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan


Malaysia (KKM) ini penting untuk dipatuhi kerana murid yang
membawa beg berat berlebihan untuk tempoh yang lama boleh
terjejas perkembangan tumbesaran dan kesihatannya.

Kesedaran formula berat badan dan beg yang digalas perlu


diketahui umum terutama pihak pentadbir, guru dan ibu bapa. Ini
akan memudahkan pihak sekolah memantau murid yang
membawa beg berat yang berlebihan.

Penetapan had maksima beg sekolah boleh dilakukan dengan


mudah sekiranya ia dijadikan dasar di sekolah. Dengan kata lain,
sekiranya murid membawa beg galas melebihi had berat badan,
maka menjadi tanggung jawab ibu bapa dan guru untuk melihat
kandungan beg yang dibawa oleh murid ke sekolah.

Keprihatinan ibu bapa amat penting sebelum murid ke sekolah


selain disertai dengan penegasan guru untuk memastikan tiada
isu beg berat berulang.
CARA MENANGANI ISU BEG BERAT SEKOLAH SJK HANG
KWONG

Pihak sekolah telah memperincikan secara mendalam perkara


berkaitan isu beg berat dan merangka satu penyelesaian yang
holistic bagi menangani isu tersebut secara tuntas.
Bagi memantau pelaksanaan pendekatan menangani isu beg
berat muris, pihak sekolah telah
 Menubuhkan sebuah pasukan petugas yang akan
melaporkan secara berkala pelaksanaan inisiatif untuk
mengurangkan beban beg berat murid melalui pengukuran
beg berat murid setiap hari
 Menyelaraskan jadual waktu kelas dengan maksimum 4
mata pelajaran Teras (BM/ BI/ BC/ MT/ SN) sahaja sehari.
 Buku Teks, buku kerja dan buku latihan TERAS saja perlu
bawa balik setiap hari bagi tujuan membuat ulangkaji.
 Buku Teks, buku kerja dan buku latihan BUKAN TERAS
boleh disimpan dalam laci sekolah.
 Setiap mata pelajaran hanya memerlukan satu buku latihan
saiz A5 dengan 80 muka surat sahaja kecuali Pendidikan
Seni- kertas lukisan bersaiz A3 dibenarkan. Untuk
Penulisan Esei pula, buku latihan A4 saiz tidak digalakkan
kerana karangan sekolah rendah hanya dalam lingkungan
80-100 perkataan sahaja.
 Terus mengeratkan kerjasama erat dengan ibu bapa/
penjaga bagi membantu menangani masalah beg berat
murid, khususnya dalam memastikan murid membawa
buku mengikut jadual yang ditetapkan
Nama Berat Badan Berat Badan Murid+ Beg Berat Beg sekolah Peratusan beg berbanding dengan berat
Bil Kelas
Murid
PENGUKURAN
sekolah
BERAT BEG MURID badan
1. Tarikh:
Ava Hii Wen Rui 1
Hari:
2. Emily Voon Hui Ting 1

3. Ivy Tiong Kho Ni 1

4. Khristoffer Cornellius Jengan


2
Anak Jeffry

5. Martin Kiung Sie Ting 2


6. Vincent Su Jun Ming 2
7. Hemsly Vincent Anak Bonnie 3
8. Jason Wong Yik Ran 3
9. Rodney Anak Aming 3
10. Alvis Hii Lu Hao 4
11. Dickson Tiong Xun Long 4
12. Gloria Gurong 5
13. Putri Adila Binti Sham 5
14. Randolph Lau Lee Hui 5
15. Stephen Ngui Kie Ong 5
16. Alyssa Manyie Anak Jeffery 6
17. Diana Gurong 6
18. Lydia Anak Seli 6

Catatan: Berat Badan murid hanya akan diukur sebulan sekali. Guru-guru bertugas haruslah
prihatin terhadap berat beg sekolah murid setiap hari. Sekiranya beg sekolah murid melebihi had
maksima berat murid, maka pemeriksaan beg haruslah dilaksanakan bagi memastikan tindakan
susulan diambil.

Anda mungkin juga menyukai