Anda di halaman 1dari 25

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1 Pendahuluan 5
1.1 Latar Belakang Kajian 6
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 6

2 Fokus Kajian 8
2.1 Pengumpulan Data Awal 8

3 Objektif dan soalan kajian 10


3.1 Tujuan 10
3.2 Objektif 10
3.3 Soalan Kajian 10

4 kumpulan sasaran 11

5 Perancangan Pelaksanaan Kajian 11


5.1 Reka bentuk kajian 11
5.2 Kit Tututu 12
5.3 Perancangan langkah-langkah 14
5.4 Perancangan pengumpulan data 15
5.4.1 Pemerhatian Rakaman Video 15
5.4.2 Temu Bual Dengan Guru Pembimbing 16
5.4.3 Dokumen – lembaran kerja 17
5.5 Perancangan analisis data 19
5.5.1 Cara Menganalisis Pemerhatian Rakaman Video 19
5.5.2 Cara menganalisis Temu Bual dengan Guru Pembimbing 20
5.5.3 Cara Menganalisis Dokumen – Lembaran Kerja 20
5.5.4 Triangulasi 21
5.6 Carta Gantt 23
5.7 Anggaran pembelanjaan 24

6 Rumusan 24

RUJUKAN 25

i
SENARAI RAJAH

MUKA SURAT

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart 1988 10


Rajah 2 : Contoh Lembaran Kerja 18
Rajah 3 : Tirangulasi teknik pengumpulan data 21
Rajah 4 : Rajah Pokok 22
Rajah 5 : Cara Mengumpul Data 22
SENARAI LAMPIRAN

MUKASURAT

Borang Kolaborasi
SENARAI SINGKATAN

IQ Intelligence quotient

3M Membaca, Menulis, Mengira

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

VAKT Visual, Auditori, Kinestatik,Tektil

TMK Tejnologi Maklumat dan Komunikasi


KIT TUTUTU
DALAM MENULIS PERKATAAN KVKV MURID PEMULIHAN TAHUN 2

Saw Seng Tiong


PISMP PKP2 (Ambilan Jun 2016)

Dr. Hjh Zailah binti Zainudin

sawsengtiong@gmail.com

1 Pendahuluan

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap murid
pada peringkat awal. Menurut Abdul Rashid Jamian (2016), kemahiran menulis merupakan
suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis.
Oleh itu, cara penulisan yang betul dan kemas perlu diutamakan agar ia tidak menjadi
sekatan kepada murid dalam usaha menimba ilmu pengetahuan.

Namun, terdapat segelintir murid khususnya murid pemulihan belum menguasai


kemahiran menulis secara mekanis dengan betul. Menurut Jamila (2005), murid pemulihan
juga merangkumi kanak-kanak lambat belajar iaitu ‘slow learner’. Menurut Wong Kiet Wah,
Mohamad Isa Azis dan Rafidah Ruhani (2016), kanak-kanak ini selalunya dikenal pasti pada
peringkat awal setelah mereka didapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Menurut Wong K. W., et.al (2016), mereka mempunyai IQ yang
rendah maka mereka akan mengalami kesukaran dalam mempelajari sesuatu kemahiran
yang baharu. Mereka memerlukan masa dan bimbingan yang lebih untuk menguasai
sesuatu kemahiran termasuklah kemahiran menulis.

Kemahiran menulis secara mekanis ialah proses penulisan tangan yang standard.
Murid pemulihan sering mengalami kesukaran dalam menulis secara mekanis terutamanya
menulis perkataan yang mirip dari segi bentuknya. Mereka dapat membaca dan mengeja
perkataan KVKV tetapi tidak dapat menguasai penulisan perkataan KVKV dengan betul.

Program pemulihan diperkenalan oleh KPM untuk membantu murid pemulihan ini
menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Perkhidmatan yang
diadakan dalam program pemulihan adalah khusus untuk murid-murid yang bermasalah
pembelajaran yang menghadapi kesulitan pembelajaran terutamanya yang lemah
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
1.1 Latar Belakang Kajian

Saya merupakan siswa pendidik yang belajar di Institut Pendidikan Guru. Saya
mengikut kursus pendidikan pemulihan sekolah rendah. Saya telah mempelajari teori dan
kemahiran mengajar murid pemulihan selama 3 tahun. Saya seterusnya diberi peluang
untuk menjalankan praktikum fasa 1 selama 3 bulan di sekolah. Saya telah diberikan
amanah untuk mengajar murid pemulihan di sekolah.

Sekolah rendah kebangsaan cina ini terletak di daerah Seremban. Sekolah ini
mempunyai 54 orang guru dan 934 orang murid. Anggaran muid dalam satu darjah ialah
155 orang. Pihak sekolah telah membahagikan murid kepada 5 kelas. Sebagai contoh,
murid darjah satu akan dibahagi kepada kelas 1M, 1K, 1B, 1H dan 1U. .Pembahagian kelas
adalah berdasarkan prestasi murid.

Sekolah ini mempunyai seorang guru besar, 3 orang guru penolong kanan dan 50
orang guru. Terdapat seorang guru yang memikul jawatan sebagai guru pemulihan. Guru
pemulihan di sekolah tersebut merupakan guru pembimbing kepada saya sepanjang
melaksanakan prakrikum. Beliau mempunyai pengalaman mengajar murid pemulihan
selama 10 tahun. Beliau merupakan guru yang peka terhadap pembelajaran murid. Beliau
sentiasa menyediakan bahan bantu mengajar untuk sesi pengajaran dan pembelajaran,
murid pemulihan menghormati beliau.

Saya mengajar tiga orang murid pemulihan khas. Mereka telah dicalonkan untuk
mengikuti program pendidikan pemulihan selepas ujian saringan. Mereka gagal dalam ujian
saringan dan ditempatkan dalam kelas pemulihan. Walaupun mereka kurang menguasai
bidang akademik tetapi mereka menghormati guru di sekolah.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa saya mengajar dalam kelas, saya mendapati murid pemulihan saya
mampu memberi jawapan dalam bentuk lisan. Namun, dua orang murid pemulihan dalam
kelas saya tidak mampu menulis perkataan yang disebut dengan betul dan kemas walaupun
hanya kemahiran menulis perkataan KVKV. Demi memperjelaskan lagi masalah yang
dihadapi murid, saya menggunakan beberapa kaedah dalam mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid. Antaranya, teknik pemerhatiann sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran, temu bual dengan guru pembimbing serta menganalisis dokumen seperti
lembaran kerja.
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai kelemahan yang
telah saya lakukan semasa mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Saya kurang peka terhadap postur badan murid semasa memberi tugasan menulis kepada
mereka. Murid-murid pemulihan tidak sedar akan kesalahan postur badan mereka semasa
menulis. Postur badan dan pegangan pensel yang tidak tepat akan menimbulkan bebanan
dan ketidakselesaan kepada murid semasa menulis. Kertas penulisan yang disediakan juga
tidak sesuai untuk murid yang belum menguasai kemahiran menulis. Kertas yang saya
sediakan adalah kertas bergaris. Murid-murid ini akan keliru dengan penempatan abjad
dalam perkataan KVKV. Mereka akan menghasilkan tulisan yang tidak tepat pada perkataan
yang mereka sebut. Sehubungan itu, saya juga tidak peka tentang cara penulisan murid.
Saya tidak memerhatikan murid semasa mereka menulis. Ini akan mengakibatkan mereka
tidak perasan bahawa cara penulisan perkataan KVKV mereka adalah tidak tepat.

Berdasarkan temu bual dengan guru pembimbing, saya mendapati bahawa kaedah
pengajaran yang saya gunakan kurang berkesan mengajar murid pemuihan dalam kelas.
Kaedah chalk and talk yang sering digunakan dalam penyampaian ilmu pengetahuan
kurang sesuai bagi murid pemulihan. Murid pemulihan bersifat pasif dalam kelas akan
mudah berkhayal dan hilang semangat mereka untuk belajar . Maklum Balas dari murid
pemulihan juga menyatakan strategi pengajaran saya kurang menarik. Lina Ping Madang
(2010) telah menggunakan kaedah latih tubi dalam membantu peserta memantapkan
kemahiran mengenal huruf. Namun, kaedah latih tubi yang kurang merangsang minat murid
akan menjadikan murid mudah bosan semasa mengikuti sesi PdP. Mereka lebih suka
dengan cara belajar sambil bermain yang melibatkan pergerakan yang banyak.

Analisis dokumen menunjukkan bilangan tugasan bertulis yang diberi kepada murid
pemulihan terlalu banyak. Murid akan berasa tertekan apabila kerap menulis dalam kelas.
Lembaran kerja yang berunsurkan pengulangan perkataan akan membosankan murid.
Kurangnya gambar sebagai rangsangan juga akan mengurangkan semangat murid untuk
menyiapkan lembaran kerja. Ruang menjawab yang kecil dan sempit juga akan
mengurangkan semangat murid untuk menyiapkan tugasan diberi. Ruang menjawab yang
sempit akan menyebabkan ketidakselesaan murid pemulihan untuk menulis jawapan
mereka.

Rumusannya, saya berasa kecewa dan akan memperbaiki kelemahan pada diri
sendiri dengan mengintegrasikan aktiviti hand-on dan membina bahan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan bagi murid. Saya mengadakan satu perbincangan
dengan rakan sekelas saya dan guru-guru yang berpengalaman. Perbincangan ini bertujuan
untuk mencari cara yang lebih berkesan dalam mengajar murid kemahiran menulis
perkataan KVKV dengan tepat. Akhirnya, saya berjaya membangunkan suatu kit iaitu kit
TuTuTU yang merangkumi tiga aktiviti iaitu tunjukkan cara pegangan pensel, tunjukkan cara
penulisan perkataan KVKV dengan betul dan menulis perkataan KVKV dalam kotak. Aktiviti
ini mengintegrasikan kaedah VAKT. Kaedah VAKT dapat merangsang pelbagai deria murid
pemulihan. Rangsangan deria secara optimum boleh membina gambaran yang lebih jelas
tentang ilmu yang disampaikan. Saya berharap kit ini dapat membantu murid mengatasi
masalah menulis perkataan KVKV dan memperbaiki sesi PdP saya.

2 FOKUS KAJIAN

Kajian ini diadakan di sekolah daerah Seremban. Terdapat tiga orang murid
pemulihan yang mengikuti kelas pemulihan bahasa Melayu. Dua orang murid pemulihan
menghadapi masalah dalam penulisan perkataan KVKV selepas PdP guru selesai. Mereka
boleh memberi jawapan dalam bentuk lisan tetapi tidak dapat menulis dalam bentuk
perkataan. Masalah ini adalah diakibatkan oleh kekurangan kemahiran pengajaran saya.
Oleh itu, fokus kajian adalah berkaitan dengan kekurang guru dalam pengajaran kemahiran
menulis perkataan KVKV dengan betul. Penulisan perkataan KVKV merupakan kemahiran
menulis yang perlu dikuasai oleh murid pemulihan. Kemahiran penulisan KVKV merupakan
kemahiran pemulihan ke-5. Kemahiran ini perlu dikuasai sepenuhnya sebelum murid
pemulihan mempelajari kemahiran pemulihan seterusnya. Kit TuTuTU telah dibangunkan
untuk memperbaiki kelemahan pengajaran ini. Penggunaan Kit TuTuTU dan sesi PdP
dijangka dapat membantu murid mempelajari kemahiran menulis perkataan KVKV dengan
berkesan.

2.1 Pengumpulan Data Awal

Semasa sesi pengajaran saya, saya mendapati murid-murid pemulihan tidak dapat
menulis perkataan KVKV dengan betul. Mereka berupaya untuk menbaca dan mengeja
perkataan KVKV dengan betul tetapi tidak mempu menterjemahkan perkataan tersebut
dalam bentuk tulisan dengan betul. Feder, K. P., & Majnemer, A. (2007) menyatakan
pembentukan kemahiran menulis bukan sahaja penting untuk membina jati diri murid, tetapi
merupakan suatu langkah untuk murid mencapai kejayaan dalam sekolah. Melalui
pemerhatian saya, didapati terdapat 2 orang murid pemulihan yang menghadapi masalah
menulis perkataan KVKV. Mereka suka mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan
tetapi tidak dapat menulis apa yang telah disebut. Mereka keliru dengan abjad-abjad yang
mirip bentuknya. Hasil kerja murid tersebut turut menjelaskan bahawa murid ini tidak dapat
menulis perkataan dengan tepat. Perkataan yang ditulis oleh murid tidak menyamai dengan
apa yang mereka sebut. Masalah ini bertambah serius apabila mereka menyiapkan
lembaran kerja tanpa pengawasan guru. Jawapan yang ditulis tidak betul dan mereka tidak
ingin menulis dalam jangka masa yang panjang.

Berdasarkan temu bual dengan guru pembimbing, saya mendapati berbagai


kesilapan yang telah saya lakukan semasa mengendalikan sesi PdP. Saya telah memainkan
peranan sebagai penyampai ilmu dan bergerak aktif dalam kelas pemulihan. Saya telah
menyampaikan ilmu. Fenomena ini akan menyebabkan murid pemulihan bersifat pasif.
Murid pemulihan akan berperanan sebagai penerima ilmu di samping melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PdP. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian dalam jangka masa
yang panjang. Ketika mereka berasa bosan, mereka akan berangan-angan dalam kelas.
Tingkah laku ini akan mengganggu keberkesanan sesi PdP.

Elemen teknologi maklumat dan komunikasi telah saya gunakan dalam sesi PdP.
Saya menggunakan slaid powerpoint sebagai medium penyampaian isi pembelajaran saya.
Murid pemulihan tertarik dengan cara penyampaian yang menggunakan pengisian TMK.
Video dan audio memudahkan saya menyampaikan ilmu dan mengajar kemahiran
membaca dan mengeja dengan efektif. Namun, pengisian ini kurang berkesan dalam
mengajar kemahiran menulis murid pemulihan. Mereka tidak dapat mengecam perkataan
yang dibaca dan tidak dapat menuliskannya dalam bentuk perkataan. Mereka terangsang
dengan gambar-gambar yang menarik sahaja dan belum dapat mengecam perkatan KVKV
yang perlu diajar.

Kemahiran menulis perkataan KVKV adalah penting kerana kemahiran ini akan
mempengaruhi pembelajaran kemahiran seterusnya. Berdasarkan pengumpulan data awal
didapati kit pengajaran yang saya gunakan kurang berkesan dalam membantu murid
menguasai kemahiran menulis perkataan KVKV. Oleh itu, saya telah merancang Kit TuTuTU
untuk memperbaiki kelemahan saya dalam mengajar kemahiran menulis perkataan KVKV
seterusnya meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menulis perkataan KVKV.

Model yang saya akan gunakan dalam melaksanakan kajian tindakan ini ialah
Model Kemmis & McTaggart 1988. Model ini merangkumi penyataan masalah dan
penyelesaian masalah agar dapat mengubah dan menambahbaik sesuatu situasi (Satariyan,
A., & Reynolds, B. ,2016). Oleh itu, model ini mempunyai beberapa langkah iaitu melakukan
refleksi, merancang tindakan, melaksanakan tindakan serta memerhatikan
keberkesanannya. Model ini merupakan satu proses yang berulangan demi mencapai
objektif kajian.
merancang
refleksi
tindakan

melaksana
memerhati
tindakan

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart 1988

3 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Tujuan

Tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaik amalan guru dalam pengajaran
kemahiran menulis perkataan KVKV dengan menggunakan kit TuTuTU yang mengandungi
unsur VAKT.

3.2 Objektif

Objektif kajian tindakan ini ialah:

i. Mendiskripsikan kit TuTuTU bagi menambahbaik amalan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis perkataan KVKV kumpulan sasaran.

3.3 Soalan Kajian

Persoalan kajian tindakan ini ialah:

1. Bagaimana kit TuTuTU boleh menambahbaik amalan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis perkataan KVKV kumpulan sasaran?
4 KUMPULAN SASARAN

Satu sesi perbincangan akan saya jalankan dengan guru pembimbing bagi memilih
kumpulan sasaran. Setelah berbincang dengan guru pembimbing dan guru kelas, saya akan
memilih 2 orang murid yang mengikuti program pemulihan bahasa Melayu. mereka
berbangsa Cina, beragama Buddha. Taraf sosioekonomi mereka adalah sederhana. Mereka
merupakan murid yang berdisiplin dan aktif dalam kelas.

Namun, mereka mudah rendah diri apabila menghadapi masalah dalam


pembelajaran. Mereka tidak berani untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Mereka
memerlukan masa yang lebih untuk memahami soalan sebelum menjawabnya. Mereka
memerlukan perhatian yang berterusan semasa melakukan tugasan yang diberi. Hal
diperkatakan demikian kerana mereka mudah putus asa apabila mereka tidak memahami
soalan tugasan. Mereka sukakan pujian dan penghargaan yang diberi apabila mereka
berjaya menyiapkan sesuatu tugasan.

Murid pemulihan ini sesuai dijadikan kumpulan sasaran kerana mereka mempunyai
masalah yang serupa iaitu lemah dalam kemahiran menulis perkataan KVKV. Kelemahan ini
telah mengakibatkan mereka gagal dalam kertas penulisan bahasa Melayu. Sehubungan itu,
mereka tidak faham isi pembelajaran yang disampaikan oleh guru dan suka mengganggu
murid lain semasa waktu bahasa Melayu di kelas arus perdana.

Tuntasnya, kumpulan sasaran saya mempunyai ciri-ciri murid pemulihan iaitu


rendah diri, mudah hilang tumpuan dalam kelas, mudah putus asa dan lemah dalam
kemahiran menulis perkataa KVKV.

5 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tindakan. Menurut Lee Keok
Cheong, Zakri Abdullah dan Chua Lay Nee (2018), kajian tindakan merujuk penyelidikan ke
atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain yang
bertujuan mengubah dan menambahbaik amalan sedia ada. Saya ingin memperbaiki
amalan pengajarannya sebagai seorang guru dalam pengajaran kemahiran menulis
perkataan KVKV. Satu proses kitaran yang melibatkan peringkat tinjauan, perancangan,
pelaksanaan dan refleksi dijalankan sepanjang kajian tindakan dimulakan. Proses ini
dilakukan secara berterusan agar dapat memurnikan lagi pengajaran dan pembelajaran
saya.
Kajian ini dimulakan dengan refleksi. Saya akan mengimbas kembali cabaran-
cabaran yang saya hadapi semasa mengadakan praktikum fasa 1. Dengan refleksi ini, saya
dapat kenalpasti murid pemulihan yang berpotensi menjadikan kumpulan sasaran saya.
Saya akan kenalpasti kekuatan, kelemahan dan cabaran yang dihadapi oleh murid tersebut.
Teknik tinjauan seperti pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen digunakan untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kumpulan sasaran. Berdasarkan data yang
diperoleh, didapati masalah utama yang dihadapi oleh kumpulan sasaran adalah
penguasaan kemahiran menulis perkataan KVKV. Tindakan ini juga menjelaskan
kemahiran mengajar kemahiran menulis perkataan KVKV kurang berkesan.

Setelah saya mengenalpasti kelemahan pengajaran saya, satu kit dirancang bagi
meningkatkan kualiti pengajaran saya. Saya mulakan dengan membuat kerangka kajian
saya. Soalan kajian, Objektif kajian, peralatan kajian, rujukan literatur, penentuan sasaran
kajian, tindakan yang perlu diambil telah disenaraikan dan dirancang dengan teliti. Fokus
kajian ialah untuk meningkatkan kemahiran mengajar kemahiran pemulihan menulis
perkataan KVKV melalui kit TuTuTU terhadap kumpulan sasaran. Aktiviti ini terbahagi
kepada 3 aktiviti iaitu aktiviti tunjuk pegangan pensel, aktiviti tunjuk cara menulis secara
mekanis, aktiviti tulis dalam kotak.

Kit ini wajar digunakan sebagai aktiviti pengukuhan dalam sesi PdP. Saya akan
mengajar dan menegaskan pegangan alat tulis (pensel) dengan tepat menggunakan alat
sokongan. Muzik akan dimainkan supaya murid melakukan aktiviti regangan otot psikomotor
halus dan kasar terlebih dahulu. Mereka akan meregangkan tangan dengan melakukan
senaman otot tapak tangan. Seterusnya, saya akan melekatkan suku kata KV dalam papan
hitam. Mereka dikehendaki menunjukkan cara penulisan mekanis berdasarkan suku kata KV
tersebut di langit. Sekiranya mereka berjaya menunjukkan cara yang betul, suku kata KV
akan dilanjutkan kepada perkataan KVKV. Sehubungan itu, murid diarahkan untuk menulis
perkataan KVKV dalam kertas berkotak yang disediakan.

Data-data akan dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan analisis hasil kerja.
Saya akan menjalankan proses penganalisisan data saya secara tematik. Data yang diambil
adalah bersifat kualitatif. Setelah data dianalisis dan diintepretkan, saya akan membuat
refleksi tentang keberkesanan kit TuTuTU ini.

5.2 Kit Tututu

Kit TuTuTU bertujuan untuk menambahbaik amalan guru dalam pengajaran


kemahiran menulis perkataan KVKV. Kit ini telah mengintegrasikan kaedah VAKT sepanjang
proses pelaksanaannya. Kit ini akan dilakukan secara beransur-ansur. Ia terbahagi kepada
3 aktiviti (Jadual 1).

Langkah Aktiviti

Pertama Tu – Tunjuk cara pegangan pensel dengan


betul

Kedua Tu – Tunjuk cara penulisan suku kata dan


perkataan secara mekanis

Ketiga TU – Tuliskan suku kata dan perkataan


dalam kertas berkotak

Jadual 1 : Langkah Kit TuTuTU

Dalam aktiviti pertama iaitu Tu, saya menyediakan alat sokongan untuk
memastikan kumpulan sasaran memegang alat tulis dengan pegangan yang betul.
Kumpulan sasaran akan dibimbing untuk melakukan pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif
dapat meregangkan otot-otot psikomotor halus mereka agar mereka lebih bersedia untuk
melakukan aktiviti seterusnya yang banyak menggunakan jari jemari mereka. Saya akan
menunjukkan cara regangan otot bersama murid semasa muzik dibunyikan. Melalui aktiviti
ini, minat dan semangat murid dapat dipupuk untuk melibatkan diri dengan aktiviti menulis.
Saya akan menunjukkan cara penulisan mekanis beberapa perkataan semasa melakukan
pergerakan kreatif.

Dalam aktiviti Tu, saya akan memaparkan kad suku kata KV. Kumpulan sasaran
perlu menunjukkan cara menulis suku kata KV dengan cara penulisan mekanis. Peserta
dikehendaki menyurih mengikut kad suku kata dahulu. Selepas mengetahui cara penulisan
mekanis yang betul, murid diminta untuk menunjukkan cara dengan menulis secara bebas.
Setelah murid menguasai penulisan suku kata KV, murid akan diberi perkataan KVKV untuk
melakukan penulisan secara bebas.

Dalam aktiviti TU, saya akan memberikan kertas berkotak kepada peserta. Peserta
dikehendaki menulis perkataan KVKV dalam kotak yang disediakan. Semua perkataan yang
ditulis perlulah berada dalam kotak. Cara penulisan haruslah berdasarkan cara penulisan
mekanis. Peserta diberi perkataan KVKV yang lain sebagai pengukuhan kepada kemahiran
penulisan KVKV. Setelah peserta berjaya menyiapkan tugasan yang diberi, peneguhan
akan diberi atas usaha mereka.
5.3 Perancangan langkah-langkah
Langkah / Masa Aktiviti Bahan yang Digunakan
Set Induksi 1. Guru akan memperdengarkan Muzik ‘chicken dance’
(3 minit) muzik ‘chicken dance’ url:
2. Murid akan dibimbing untuk https://youtu.be/Hb9FwlubyIQ
melakukan pergerakan kreatif
dengan iringan muzik.

Langkah 1 1. Murid akan diberi alat sokongan Alat sokongan pegangan


(7 minit) pegangan pensel. pensel:
2. Murid akan diajar cara memegang
pensel dengan betul.
3. Murid akan diminta melakukan
pergerakan kreatif dengan guru
sambil memegang pensel.
4. Murid akan diminta melakukan
pergerakan kreatif dengan iringan
muzik.

Langkah 2 1. Guru akan memaparkan kad suku Kad suku kata


(8 minit) kata KV.
2. Murid akan diminta menyurih ma
berdasarkan kad suku kata KV.
3. Murid akan diminta menunjukkan
cara menulis suku kata KV di
ta
langit.
Kad perkataan
4. Kad suku kata akan digantikan
dengan kad perktaan KVKV.
mata
5. Murid akan diminta menjalankan
proses yang sama.
pipi
Langkah 3 1. Murid akan diberi kertas berkotak. Kertas berkotak
(10 minit) 2. Murid akan diminta menulis
perkataan KVKV yang dipaparkan
di kad perkataan KVKV dalam
kertas berkotak berdasarkan
gambar.

Penutup 1. Murid akan ditunjukkan kotak Kad gambar


(2 minit) misteri.
2. Murid akan diminta untuk
mencabut satu kad gambar dari
kotak.
3. Murid akan diminta untuk
melekatkan kad gambar pada
gambar latar yang bersesuaian.

Jumlah masa
(30 minit)

5.4 Perancangan pengumpulan data

5.4.1 Pemerhatian Rakaman Video

Semasa menjalankan proses pemerhatian, saya akan merekod dan menganalisis


segala data yang diperoleh. Alat yang digunakan untuk rakaman adalah telefon bimbit.
Telefon jenama ini mempunyai kamera depan dan belakang yang jelas. Saiz model telefon
bimbit ini adalah kecil dan senang dibawa untuk rakaman. Video akan dirakam
menggunakan telefon bimbit ini. Bagi pengumpulan data secara optimum, video akan
dirakam sebagai rujukan untuk memudahkan penganalisisan data. Video akan dirakam
sepanjang kit TuTuTU di laksanakan. Telefon bimbit akan dipasang pada sudut yang
terlindung agar tidak mengganggu kumpulan sasaran mengikuti sesi PdP. Rakaman video
akan tamat sekitranya sesi PdP tamat. Saya akan memerhati reaksi murid semasa
melakukan kit TuTuTU dalam rakaman video. Melalui pemerhatian saya mengumpul data
berdasarkan tingkah laku yang diperhatikan dan tingkah laku akan disenaraikan dalam
borang pemerhatian (Chua Y. P., 2006). Setiap tingkah laku yang berkaitan dengan
kemahiran penulisan kumpulan sasaran akan dicatat dalam borang pemerhatian. Oleh itu,
saya dapat memerhati tingkah laku kumpulan sasaran melalui rakaman video.
Borang Senarai Semak Rakaman Video
Respon Murid Kekerapan Huraian
Murid berasa gembira sepanjang
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid berasa bosan sepanjang
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat mengeja perkataan
sepanjang pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat mengeja perkataan selepas
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat menulis perkataan sepanjang
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat menulis perkataan selepas
pelaksanaan kit TuTuTU.

Jadual 2 : Borang Senarai Semak Rakaman Video

5.4.2 Temu Bual Dengan Guru Pembimbing

Sesi temu bual bertujuan untuk mendapatkan informasi yang membantu dalam
menambahbaikan kit TuTuTU semasa kit ini dilaksanakan. Sesi temu bual akan dijalankan
secara santai agar murid lebih selesa semasa memberi maklum balas. Pihak yang akan
saya temu bual ialah kumpulan sasaran dan guru pembimbing.

Temu bual dengan guru pembimbing adalah untuk mendapatkan maklumat tentang
kumpulan sasaran. Sesi temubual akan diadakan sebelum pelaksanaan kit TuTuTU. Guru
pembimbing mempunyai pengalaman dalam mengajar murid pemulihan. Mereka akan lebih
mengetahui kelebihan dan kekurangan murid. Dengan pengalaman mengajar yang banyak,
guru pembimbing juga dapat membuat justifikasi tentang kesesuaian kit yang dirancang
dalam membantu murid menyelesaikan masalah menulis perkataan KVKV. Untuk
memantapkan sesi temubual, penglkaji telah menyediakan protokol temubual. Protokol
temubual mempunyai persoalan yang akan ditanyakan kepada guru pembimbing. Protokol
temubual akan memudahkan saya dalam mengadakan sesi temubual. Cadangan-cadangan
penambahbaikan kit TuTuTU yang dicadangankan akan dicatat sebagai rujukan
penambahbaikan kit.
Protokol Temu Bual Dengan Guru Pembimbing
Pembukaan
Assalamualaikum/salam sejahtera. Terima kasih di atas kesudian tuan/puan meluangkan
masa untuk ditemu bual, berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan saya. Saya
sedang menjalankan satu kajian berkaitan dengan meningkatkan kemhiran pengajaran
saya menggunakan kit TuTuTU yang saya rancangkan. Temu bual ini merupakan
sebahagian daripada proses tersebut.

Soalan Temu Bual Jawapan Yang Didapati


1. Bagaimana dengan sikap pembelajaran murid A dan
murid B?
2. Apakah pendapat guru terhadap pembelajaran murid A
dan murid B?
3. Apakah strategi pengajaran yang paling baik dalam
pengajaran kemahiran menulis perkataan KVKV mengikut
pandangan tuan/puan
4. Ceritakan cara pengajaran yang telah dilakukan untuk
meningkatkan pembelajaran murid A.
5. Sejauh mana ibu bapa mereka mengenali masalah
anaknya?
Soalan Penutup - Refleksi
6. Adakah apa-apa yang tuan/puan rasa ingin tambah?

Jadual 3 : Protokol Temubual Dengan Guru Pembimbing

5.4.3 Dokumen – lembaran kerja

Analisis berdasarkan lembaran kerja merupakan salah satu kit untuk menguji
keberkesanan kit TuTuTU. Dokumen lembaran kerja sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan kit TuTuTU dapat menggambarkan keberkesanan kit ini. Reka bentuk
lembaran kerja adalah sesuai dengan kumpulan sasaran. Lembaran kerja mempunyai
gambar yang banyak, arahan yang ringkas dan ruang penulisan yang sesuai dengan kit
TuTuTU. Gambar yang berwarna-warni akan dapat merangsang deria penglihatan
kumpulan sasaran. Arahan yang jelas merupakan panduan untuk mereka menyiapkan
lembaran kerja. Ruang penulisan berkotak akan membantu mereka untuk fokus dalam
menulis perkataan. Lembaran kerja akan diberi kepada kumpulan sasaran sebelum, semasa
dan selepas menggunakan kit TuTuTU. Menurut Bryman & Bell (2007), analisis dokumen
membenar saya menganalisis nilai dan mengesan ‘apa’ yang boleh diperolehi dalam suatu
dokumen. Oleh itu, lembaran kerja adalah sebelum dan selepas pelaksanaan kit akan
memberi maklum balas yang jelas tentang keberkesanan kit mendiskripsikan amalan
pengajaran KVKV saya. Skala pemarkahan perlu disediakan untuk menentukan adakah
murid telah menguasai kemahiran menulis KVKV.

Rajah 2 : Contoh Lembaran Kerja


Markah Penerangan

4-5 Menguasai kemahiran menulis KVKV

1-3 Belum menguasai kemahiran menulis KVKV

Jadual 4 : Skala Pemarkahan

5.5 Perancangan analisis data

Data yang akan dikumpul dalam kajian ini adalah bersifatkan data kualitatif. Kit
tematik digunakan dalam menganalisis data yang dikumpul.

5.5.1 Cara Menganalisis Pemerhatian Rakaman Video

Semasa menggunakan kit TuTuTU, saya akan perhatikan tingkah laku kumpulan sasaran
dan mencatatkan berubahan tingkah laku kumpulan sasaran dalam senarai semak pada
masa ke semasa. Di samping itu, saya juga akan merakamkan video supaya tidak terlepas
pandang reaksi kumpulan sasaran. Video akan disimpan dan dijadikan rujukan semasa
proses menganalisis perubahan tingkah laku kumpulan sasaran. Saya juga akan perhatikan
kebiasaan kumpulan sasaran seperti postur badan semasa menulis dan cara pegangan
pensel. Kebiasaan ini akan mempengaruhi penulisan murid dan harus dititik beratkan. Saya
akan memperhatikan tabiat penulisan murid dan sentiasa memastikan mereka menulis
dengan cara yang betul dan selesa. Borang ini mencatat tingkah laku guru-pelajar mengikut
sela masa yang ditetapkan (Chua, 2006).
Borang Senarai Semak Rakaman Video
Respon Murid Kekerapan Huraian
Murid berasa gembira sepanjang
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid berasa bosan sepanjang
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat mengeja perkataan
sepanjang pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat mengeja perkataan selepas
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat menulis perkataan sepanjang
pelaksanaan kit TuTuTU.
Murid dapat menulis perkataan selepas
pelaksanaan kit TuTuTU.

Jadual 5 : Borang Senarai Semak Rakaman Video

5.5.2 Cara menganalisis Temu Bual dengan Guru Pembimbing

Temu bual dengan guru pembimbing dan kumpulan sasaran akan direkod
menggunakan telefon bimbit. Isi kandungan temu bual akan dicatat dalam bentuk transkrip.
Analisis transkrip akan dijalankan menggunakan kit tematik. Hujah-hujah yang berkaitan
dengan soalan kajian akan dipetik dan disenarai dalam satu jadual. Sesi temu bual berulang
pada waktu yang berbeza akan dijalankan bagi mendapatkan jawapan yang konsisten.
Temu bual akan dijalankan sebanyak 2 kali . Transkripsi temu bual akan disemak oleh guru
pembimbing selepas selesai dicatat.

5.5.3 Cara Menganalisis Dokumen – Lembaran Kerja

Lembaran kerja kumpulan sasaran sebelum dan selepas kit ini diaplikasikan
dikumpul untuk tujuan analisis data. Soalan lembaran ini adalah berdasarkan kandungan
kemahiran menulis perkataan KVKV. Tujuan memberi lembaran sebelum kit diapikasikan
adalah untuk mendapt gambaran pengetahuan sedia ada kumpulan sasaran mengenai
kemahiran menulis perkatan KVKV. Lembaran selepas kit diaplikasikan adalah untuk
menguji tahap perkembangan kumpulan sasaran dan keberkesanan kit TuTuTU ini.
5.5.4 Triangulasi

Triangulasi berlaku jika muncul pengumpulan data yang konsisten dari ketiga-tiga
kit pengumpulan data. Menurut Rosinah ( 2012 ) , triangulasi adalah pendekatan
menjalankan satu penyelidikan dengan menggabungkan lebih dari satu alat kajian untuk
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kualitatif. Tujuan triangulasi adalah
untuk menyemak kesahan data tertentu dengan membandingkannya dengan data yang
diperoleh menggunakan cara yang berbeza. Dengan menggunakan kit triangulasi, data
yang dikumpul akan lebih tepat dan mempunyai kebolehpecayaan yang tinggi. Satu borang
matrik dibentuk untumk membolehkan saya membandingkan tema data yang dikumpul.

temubual

pemerhatian analisis dokumen

Rajah 3 : Tirangulasi teknik pengumpulan data

Proses triangulasi ini akan dipersembahkan dalam bentuk jadual matriks dengan
penanda ‘X’. Sekiranya tiada tanda ‘X’ bermakna triangulasi tidak berlaku. Setelah Jadual
matriks terhasil, Rajah pokok yang menjadi rumusan pengumpulan data akan terhasil.
Rajah 4 : Rajah Pokok

Ringkasnya, saya telah merancang cara-cara yang sesuai untuk mendapatkan data,
menganalisis data dan seterusnya merekod data. Gambar rajah yang menunjukkan cara
pengumpulan data yang saya reka bentuk untuk membantu saya dalam mengendalikan
kajian tindakan saya dengan baik dan lancar.

Rajah 5 : Cara Mengumpul Data


5.6 Carta Gantt
Tindakan JAN FEB MAR APR MEI JUN
Menerima soalan tugasan kajian
tindakan
Analisis ujian diagnostik
Temu bual guru pemulihan

Menulis kertas cadangan kajian

Kit TuTuTU kali pertama


(pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen)

Kit TuTuTU kali kedua


(pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen)

Kit TuTuTU kali ketiga


(pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen)

Membuat rumusan kajian

Membuat laporan kajian


Penyerahan disertasi awal

Sesi viva
Pembetulan disertasi
Penjilidan Kajian

Jadual 6 : Carta Gantt


5.7 Anggaran pembelanjaan
Untuk menjalankan kajian ini, saya mengenal pasti bahan dan kos yang akan diperlukan
sepanjang menjalankan kajian ini. Jadual dibawah menunjukkan perincian bagi bahan dan
anggaran perbelanjaan kajian:
Bil Butiran Harga Per unit x unit Jumlah
(RM) (RM)
1 Kertas A4 12.00 x 1 rim 12.00
2 Dakwat pencetak 80.00 x 1 katraj 80.00
3 Bahan fotostat (Lembaran Kerja) 0.50 x 6 set 3.00
Jumlah 95.00

Jadual 7 : Anggaran perbelanjaan kajian

6 RUMUSAN

Rumusnya, kemahiran menulis perkataan KVKV merupakan kemahiran asas yang


perlu dikuasai oleh murid pemulihan. Namun, tanggungjawab guru pemulihan adalah untuk
menjalankan pengajaran yang dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis
dengan betul dan tepat. Sekiranya murid pemulihan menghadapi masalah dalam kemahiran
menulis KVKV, guru perlulah mengkaji kelemahan kit pengajaran beliau agar dapat
menangani masalah ini secepat mungkin. Kit yang sesuai seperti kit TuTuTU perlu
dirancang khususnya untuk menambahbaikan amalan pengajaran guru. Proses
menjalankan kit haruslah dipantau dan dirancang dengan teliti. Kertas cadangan ini jelas
menerangkan tentang tujuan pembangunan kit TuTuTU dalam meningkatkan amalan guru
dalam pengajaran kemahiran menulis perkataan KVKV. Oleh itu, saya berharap agar kertas
cadangan ini diterima sebagai satu intervensi untuk meningkatkan amalan guru dalam
pengajaran kemahiran menulis perkataan KVKV.
RUJUKAN

Feder, K. P., & Majnemer, A. (2007). Handwriting development, competency, and


intervention. Developmental Medicine & Child Neurology, 49(4), 312-317.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Jamian, A. R. (2016). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu


murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-
12.

Jamila K.A.Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istemewa. Kuala


Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Lina Ping Madang. (2010). Penggunaan Kertas Kotak Bergaris Dalam Membantu Murid
Tahun Dua Menulis Huruf „J‟ Besar dan Kecil Dengan Betul Semasa Menjawab Soalan
Pemahaman Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel PT, Seminar Penyelidikan Tindakan
Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah),157-171.

Lee K. C., Zakri Abdullah dan Chua L. N. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Selangor:
Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur:
Freemin Horizons Sdn. Bhd.

Satariyan, A., & Reynolds, B. (2016). A Reflective Model for Action Research. In What is
Next in Educational Research?(pp. 21-28). SensePublishers, Rotterdam.

Wong K. W., Mohamad Isa Azis dan Rafidah Ruhani (2016). Perkembangan kanak-kanak.
Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai