Anda di halaman 1dari 34

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

Keberkesanan Pembelajaran Resiprokal dalam

Pemahaman Penyelesaian Masalah Matematik Berayat

Disediakan oleh:

BEH JUN SIONG

2020
Isi Kandungan Muka Surat
Abstrak
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2-4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Hipotesis 8
1.7 Kerangka Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.9 Skop Kajian 11
2.1 Pengenalan 12
2.2 Penyelesaian Masalah Matematik Berayat 13
2.3 Pembelajaran Resiprokal dalam Pengajaran dan
14
Pemudahcaraan
2.4 Teori Berkaitan Penyelesaian Masalah 15
2.5 Kajian Tentang Keberkesanan Pembelajaran Resiprokal
dalam Pemahaman Penyelesaian Masalah Matematik 16–17
Berayat
3.1 Pengenalan 18
3.2 Kaedah Pungutan Data 19
3.3 Reka Bentuk Kajian 20
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 21
4.1 Pendahuluan 22
4.2 Hasil Dapatan Kajian 23
4.3 Hasil Temubual 24
5.1 Pengenalan 26
5.2 Kesimpulan Kajian 27
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 27
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 28
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 29
5.6 Rumusan 30
Rujukan
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana guru-guru di sekolah-sekolah rendah
mempunyai pengetahuan, penggunaan dan keberkesanan pembelajaran resiprokal
dalam penyelesaian masalah matematik berayat di kalangan murid. pendekatan kajian
adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik serta temu bual.
Seramai 5 orang guru telah mengisi borang soal selidik dan lima orang guru juga
terlibat dalam temubual. Dapatan kajian mendapati guru mempunyai kemahiran
pembelajaran resiprokal yang sederhana dan mempunyai peningkatan prestasi antara
murid selepas pembelajaran resiprokal.
Bab 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan :

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermatlamat untuk

memperkembangkan potensi individu murid secara holistik bagi melahirkan modal insan

yang seimbang, harmonis, berakhlak mulia, kritis, kreatif, inovatif serta memiliki

kemahiran insaniah sebagai persediaan menghadapi cabaran semasa dan abad ke-21

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Pendidikan sekolah rendah perlu

1
dititikberatkan supaya murid dapat memperolehi ilmu yang disampaikan oleh guru. Guru

bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu akademik sahaja malahan juga perlu

memastikan murid dapat menyelesaikan masalah yang akan dihadapi dalam kehidupan

seharian. Peranan ini sangat penting dan dapat disokong oleh pendapat Sivagami

Sundari Thruvankadam (2014) iaitu guru berperanan membentuk generasi yang berilmu

dan berakhlak tinggi untuk membina sebuah masyarakat yang bertamadun tinggi.

Shara Nor Raifana(2016) menyatakan bahawa bagi mencapai wawasan 2020,

masyarakat kini telah sedar kepentingan dan peranan pengetahuan matematik

terutamanya penyelesaian masalah. Matematik akan kami implikasi dan hadapi di

sekeliling pada setiap masa. Murid perlu menguasai cara penyelesaian masalah

matematik supaya dapat menjadi seorang yang berjaya pada masa kelak.

1.2 Latar Belakang Kajian :

Penyelesaian masalah matematik berayat (PMMB) merupakan masalah yang

dikemukakan dalam bentuk soalan yang terdiri daripada item yang mengandungi istilah

(perkataan) dan pernyataan (ayat) matematik yang disusun dalam bentuk cerita (Shara

Nor Raifana, 2016). Murid dikehendaki menganalisis dan menginterpretasikan

maklumat yang disampaikan dalam bentuk ayat supaya dapat memilih cara

penyelesaian bagi menjawab soalan tersebut.

2
Mohd Uzi Dollah (2012) menyatakan permasalahan tentang keberkesanan

pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah diberi perhatian meluas, sama

ada oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, mahupun masyarakat pendidik dan

penyelidik pendidikan. Murid-murid telah menghadapi pelbagai masalah dalam

pembelajaran matematik dan salah satu ialah dalam memahami penyelesaian masalah

berayat. Matematik telah dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang tidak menarik,

kering, sukar dan membosankan (Wan Zah, 2005).

Menurut Shara Nor Raifana (2016), penyelesaian masalah merupakan bentuk

pembelajaran pada tahap yang tertinggi. Penyelesaian masalah berayat merupakan

satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam pembelajaran

matematik. Walaubagaimanapun, kebanyakan murid menghadapi masalah dalam

penyelesaian masalah berayat matematik. Shara Nor Raifana (2016) juga menyatakan

penyelesaian masalah berayat merupakan satu proses yang kompleks dan sukar

dipelajari. Dalam penyelesaian masalah berayat, murid perlu menghubungkaitkan siri

tugasan dan proses pemikiran supaya dapat membentukkan satu set heuristik atau

corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh

murid untuk membantunya dalam penyelesaian masalah berayat.

3
Samsudin Drahman (2004) menyatakan pengajaran dan pembelajaran

matematik di sekolah kurang memberi penekanan kepada aspek membuat visualisasi

kerana batasan masa. Ini menyebabkan murid kurang menguasai kefahaman dan

pengukuhan konsep matematik. Justeru, adalah disyorkan amalan membuat visualisasi

teknik pengajaran penyelesaian masalah di peringkat awal persekolahan.

Menurut Faridah (2004), pembelajaran mempunyai ciri-ciri antaranya ialah

proses berterusan dan berlaku secara tidak disedari, pembentukan tingkah laku

bermula dari tahap yang rendah ke tahap yang lebih tinggi, proses pembelajaran adalah

hasil dari proses berfikir, latihan dan bimbingan ibu-bapa dan guru dengan pengulangan

yang bersesuaian. “Reciprocal teaching strategy, developed by Palincsar and Brown

(1984) is a systematic teaching activity that involves strategies that reinforce reading,

such as predicting, clarifying, questioning and summarizing” (Palincsar & Brown, 1984).

Gulhiz Pilten (2016) juga menyatakan bahawa pembelajaran resiprokal “enables

students take a more active role in controlling and managing group dialogues, make

them take on teachers’ role in asking questions about the text, and this way load more

meaning to the text at cognitive level. Seperti yang dinyatakan pembelajaran resiprokal

merangkumi empat langkah iaitu predikasi, klarifikasi, bertanya dan membuat

kesimpulan. Pembelajaran resiprokal dapat melibatkan murid bagi mengambil alih

peranan guru sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran.

4
1.3 Pernyataan Masalah :

Mengikut Newman(1977), murid akan menghadapi kesukaran dalam membaca

masalah, memahami masalah, transformasi masalah, proses penyelesaian dan

membuat keputusan. Kesilapan tersebut adalah disebabkan murid tidak tahu konsep

dan miskonsepsi konsep yang sedia ada.

Murid-murid Tahun 6 memperoleh keputusan yang kurang memuaskan dalam

ujian bulan Mac dan Mei 2019. Hanya 10 orang daripada 21 orang murid yang

mendapat lulus. Soalan yang diberikan adalah berdasarkan format baru UPSR KSSR

yang baru diperkenalkan pada hujung Tahun 2013.

Hal ini menyebabkan murid kecewa dan kurang yakin dengan kebolehan diri

mereka. Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid kadang kala tidak membaca

soalan yang diberikan, mereka berasa sukar untuk membaca perkataan-perkataan

dalam tulisan cina. Walaupun mereka baca, tetapi perkataan-perkataan tersebut tidak

memberi makna kepada mereka.

Walaubagaimanapun, pencapaian dan penglibatan murid dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas adalah baik. Murid-murid dapat melibatkan diri secara

aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan seperti kuiz secara lisan, kuiz kumpulan, aktiviti

5
cepat dan tepat dan sebagainya. Murid juga berupaya membuat pembentangan di

hadapan kelas dan bekerjasama antara satu sama lain dengan baik.

Memandangkan masih sedikit kajian yang dijalankan tentang pembelajaran

resiprokal dalam kalangan murid maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti

keberkesanannya dalam pemahaman penyelesaian masalah berayat matematik.

1.4 Persoalan Kajian :

1. Sejauh manakah tahap pengetahuan guru mengenai pembelajaran resiprokal di

kalangan guru-guru matematik sekolah rendah?

2. Bagaimanakah pembelajaran resiprokal dapat meningkatkan pemahaman

penyelesaian masalah matematik berayat?

3. Bagaimanakah respon guru terhadap penerapan pembelajaran resiprokal dalam

meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah matematik berayat?

6
1.5 Objektif Kajian :

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran resiprokal

dalam pemahaman penyelesaian masalah berayat matematik. Ini adalah bertepatan

dengan objektif yang ingin dicapai melalui kejian ini yang digariskan seperti berikut :

1. Meninjau tahap pengetahuan para guru tentang pembelajaran resiprokal.

2. Meninjau keberkesanan pembelajaran resiprokal dalam pemahaman

penyelesaian masalah matematik berayat.

3. Memberi cadangan bagi guru dalam memilih dan menentukan alternatif

model pembelajaran yang sebaiknya digunakan dalam penyelesaian masalah

matematik berayat.

7
1.6 Hipotesis

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat dan menentukan keberkesanan

dalam pemahaman penyelesaian masalah berayat matematik menggunakan

pembelajaran resiprokal. Oleh itu, beberapa hipotesis telah dibentuk. Hipotesis ini telah

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hipotesis penyelidikan dan hipotesis statistik.

i. Hipotesis Penyelidikan

Pembelajaran resiprokal akan meningkatkan kefahaman penyelesaian masalah

matematik berayat.

ii. Hipotesis Statistik

Berdasarkan permasalahan kajian yang dibuat, satu hipotesis nul telah dibentuk.

Ho : Tiada perbezaan yang signifikan dalam pemahaman penyelesaian masalah

berayat matematik sebelum dan selepas pelajar mempelajari pembelajaran

resiprokal.

8
1.7 Kerangka kajian

Kerangka konsep bagi kajian ini ditunjukkan dalam rajah di bawah ini :

Permasalahan Kajian
Pencapaian Ujian Matematik
Murid Tahun 6 yang Kurang
Memuaskan

Murid kurang faham


Murid malas membaca
soalan berayat
soalan.
yang
dibaca.

Intervensi
Pembelajaran Resiprokal

Jangkaan hasil dapatan kajian :


 Murid dapat memahami soalan.
 Murid dapat mengkategorikan nombor, soalan
dan kata kunci dalam soalan.
 Murid dapat memahami soalan berayat dalam
matematik dan menyelesaikannya dengan betul.

9
1.8 Kepentingan kajian

Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki oleh

semua orang terutamanya kepada golongan murid supaya mereka dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi pada setiap masa. Tumpuan kepada

penyelesaian masalah berayat matematik akan memberi manfaat kepada murid-murid

dari segi psikologi dan menambahkan motivasi belajar mereka.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran resiprokal

dalam pemahaman penyelesaian masalah berayat matematik. Selain itu kajian ini

dijalankan untuk memberi cadangan bagi guru dalam memilih dan menentukan

alternatif model pembelajaran yang sebaiknya digunakan dalam penyelesaian masalah

berayat matematik.

Dengan mengenal pasti kelemahan murid-murid pada peringkat awal akan

membolehkan langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya dilakukan bagi mengelakan

murid-murid terus menerus mengalami kegagalan yang boleh melemahkan motivasi

mereka untuk terus maju dalam mata pelajaran matematik. Setelah menguasai

kemahiran ini, mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai Matematik, berminat

dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari Matematik.

10
Memahami dan menyelesaikan masalah berayat memerlukan keupayaan dalam

beberapa kemahiran seperti memahami bahasa, memahami situasi yang dinyatakan,

keupayaan untuk mencari ayat matematik yang betul dan juga keupayaan melakukan

komputasi. Oleh itu, kajian tentang keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan

masalah berayat yang mudah akan memberi sumbangan terhadap keupayaan kanak-

kanak untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah bercayat yang lebih

kompleks.

1.9 Skop Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ianya menumpukan kepada murid-murid dan guru-

guru Matematik dari sekolah rendah di daerah Kinta Utara. Murid-murid dikehendaki

menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh manakala guru-guru hanya perlu

menjalani temubual mengenai pengetahuan mereka tentang pembelajaran resiprokal

dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan kajian yang dijalankan mengikut prosedur.

11
Bab 2

TINJAUAN LITERASI

2.1 Pengenalan

Pada 22 Disember 2017, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengumumkan laporan

pencapaian penguasaan tahap minimum ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) tahun

2017. Berdasarkan data tersebut, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

12
mendapati mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran keempat rendah

berbanding mata pelajaran lain.Justeru, semua sekolah rendah negeri Perak diminta

melaksanakan kajian kes bagi menyelesaikan masalah tersebut bagi meningkatkan

prestasi matematik di kalangan sekolah rendah.

2.2 Penyelesaian masalah matematik berayat

Kemahiran penyelesaian masalah adalah penting dalam matematik. Pelajar

digalakkan menggunakan pengetahuan sedia ada dan kemahiran untuk mencari

jawapan kepada masalah matematik, contohnya hubungan nombor dengan pola

nombor (Mohd Rizam Shamsudin, 2012). Penyelesaian masalah yang efektif

bergantung kepada imaginasi, kreativiti, pemikiran logic serta kesungguhan pelajar.

Kegagalan pelajar dalam matematik mencerminkan kegagalan mereka dalam

penyelesaian masalah.

Menurut Samsudin Drahman (2004), soalan akan ditimbulkan dalam minda

murid apabila mereka membaca soalan berayat matematik. Walaubagaimanapun,

murid tidak dapat manjalani proses penyelesaian masalah disebabkan kelemahan

memahami soalan matematik secara berayat. Dalam penyelesaian masalah

matematik, menggambarkan situasi masalah gambaran merupakan langkah berguna

yang diamalkan oleh murid. Pelbagai imej dan gambaran yang timbul dalam minda

murid dan dikategorikan sebagai imej, komponen soalan, situasi masalah,

13
matlamat dan konteks soalan. Kesemua ini perlulah dikuasai oleh seseorang murid

semasa menyelesaikan masalah matematik berayat.

2.3 Pembelajaran Resiprokal dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan

Pembelajaran resiprokal pada awalnya dirancang untuk mengatasi kesulitan belajar

dalam membaca teks. Pendekatan pembelajaran ini dimunculkan oleh Palinscar

tahun 1982 ketika dia menemukan beberapa muridnya yang mengalami kesulitan

dalam memahami sebuah teks bacaan. Sering kali berlakunya seseorang murid

hanya dapat membaca sekumpulan huruf yang membentuk kata tetapi tidak

memahami makna dari teks yang dibacanya. Model pembelajaran resiprokal

bertujuan untuk memberikan teknik atau strategi pada murid sendiri agar dapat

mengatasi kegagalan kognitif dalam aktiviti membaca.

Model pembelajaran resiprokal mengandungi empat strategi iaitu

meramal, menyoal, menjelas, dan merumus. Dalam strategi “meramal”, guru akan

menunjukkan bahagian depan soalan tersebut dan murid akan diberi masa untuk

meramal apa kehendak sebenarnya dalam soalan tersebut. Dalam perbincangan

kumpulan, pelbagai kemungkinan soalan akan dinyatakan oleh murid, ini dapat

menunjukkan bahawa murid sedang berfikir. Ini bukan sahaja dapat merangsang

pemikiran murid, tetapi juga dapat memaparkan kemungkinan soalan akan ditanya.

Dalam strategi “menyoal”, guru akan menyuruh murid mumbuat pertanyaan kepada

14
kumpulan yang lain berdasarkan soalan ayat yang disediakan oleh mereka.

Walaupun satu soalan sahaja yang disediakan ole guru, tetapi akan mewujudkan

beberapa soalan yang disediakan atas perbincangan murid. Murid daripada

kumpulan yang lain akan menjalani operasi berdasarkan soalan tersebut. Strategi

yang seterusnya adalah “menjelas”, setiap kumpulan akan membuat penjelasan

atas soalan yang disediakan. Mereka akan memberitahu kehendak dalam soalan

tersebut dan akhirnya menunjukkan operasi bagi menyelesaikan soalan tersebut.

Strategi yang terakhir ialah “merumus”, guru akan menunjukkan bahagian soalan

yang belum diketahui oleh murid. Murid-murid dikehendaki merumus kehendak

atas soalan tersebut dan seterusnya menjawab soalan.

2.4 Teori Berkaitan Penyelesaian Masalah

Terdapat tiga teori penyelesaian masalah iaitu Teori Penyelesaian Masalah dari

perspektif Edward Lee Thorndike (1874-1949). Teori Thorndike merupakan teori

yang pernah dilakukan dan berkait dengan ransangan dan tindak balas. Teori ini

mengandungi stimulus (simulasi) dan ransangan(response). Terdapat tiga hukum

yang dapat dikaitkan dengan hubungan antara stimulus dan ransangan iaitu

Hukum Kesediaan, Hukum Kesan dan Hukum Latihan. Teori yang kedua ialah

Teori Penyelesaian Masalah dari perspektif John Dewey (1859-1952). Dalam

penyelesaian masalah, Dewey telah mengemukakan satu model yang dinamakan

15
Penyelesaian Masalah, Enam Langkah Dewey. Teori yang ketiga ialah Teori

Penyelesaian Masalah dari perspektif Ahli Psikologi Gestlat (Wolfang Kohler,1887-

1967). Pelapor yang mengutarakan konsep ini adalah Marx Werheimer (1880-

1943) dan rakannya Wolfgang Kohler (1887-1967) dan Kurt Kofka (1886-1941)

2.5 Kajian Tentang Keberkesanan Pembelajaran Resiprokal dalam

Pemahaman Penyelesaian Masalah Matematik Berayat

2.5.1 Kajian Berkaitan Pembelajaran Resiprokal

Kajian Darsono (2015) menunjukkan terdapat perbezaan atas prestasi

matematik murid antara sebelum dan selepas murid menguasai empat

strategi dalam model pembelajaran resiprokal. Merujuk kepada

laporan analisis, ini menunjukkan aplikasi pembelajaran resiprokal

membawa keberkesanan yang baik dalam Pdpc matematik. Selain itu,

murid juga menjadi lebih bermotivasi dalam Pdpc selepas penggunaan

model pembelajaran resiprokal.

16
2.5.2 Kajian Berkaitan Penyelesaian Masalah

Kajian Andy Peter (2003) bertujuan mencari pola kesilapan murid-murid

Tahun 3 Wira dalam menyelesaikan masalah bercerita matematik.

Seramai 35 orang murid Tahun 3 Wira daripada SKRakyat Tupong telah

dipilih sebagai subjek kajian. Dalam kajian ini, murid-murid telah diuji

secara bertulis dengan menggunakan satu set 12 soalan masalah

bercerita matematik. Selepas ujian pertama, murid-murid diuji sekali lagi

secara bertulis soalan-soalan yang gagal dijawab secara individu.

Peringkat seterusnya, murid-murid yang gagal dalam ujian kedua

ditemuduga berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah

diubahsuai untuk mengenal pasti punca dan pola kesilapan oleh murid.

Hasil kajian menunjukkan beberapa punca kesilapan yang ada pada murid

yang lemah terutamanya kegagalan murid menukarkan cerita kepada ayat

matematik yang betul dan kesilapan penggunaan strategi penyelesaian

masalah bercerita.

17
Bab 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kajian yang dijalankan memerlukan satu kaedah yang berbentuk diskriptif dan dilakukan

secara tinjauan yang tersusun dan sistematik bagi menjamin keberkesanan hasil. Untuk itu

pelaksanaan kajian ini memberi penekanan kepada reka bentuk kajian, tempat kajian,

18
sampel kajian, instrumen kajian, analisis data, prosedur dan limitasi. Ia dikendalikan dengan

menggunakan satu set borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden dan

temubual untuk mendapat maklum balas mengenai pengetahuan mereka dan pendekatan

guru tersebut dalam pembelajaran resiprokal semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan

serta melihat sejauh mana hubungan pengetahuan tersebut dalam membantu

meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah matematik berayat.

3.2 Kaedah Pungutan Data

Pemungutan data berdasarkan borang soal selidik yang mengandungi item-item

berkaitan dan boleh mempengaruhi pencapaian matematik pelajar. Antara itemnya

ialah minat dan pendekatan pengajaran guru.

Soal selidik yang dibina menggunakan Format Skala Likert 4 mata.

Skala 1 Sangat Tidak Setuju

Skala 2 Tidak Setuju

Skala 3 Setuju

Skala 4 Sangat Setuju

19
Guru diminta bulatkan di nombor skala yang diberikan berdasarkan kepada mereka

yang pernah melakukan atau mengiatkan keadaan yang dicadangkan oleh pernyataan

yang diberi.

3.3 Reka Bentuk Kajian

Dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklum balas daripada

guru. Mereka dikehendaki membaca dan menandakan jawapan di soal selidik yang

diberikan. Kajian berbentuk tinjauan dan mengumpul data dalam sesuatu masa tertentu

sahaja biasanya menggunakan borang soal selidik. Dalam kajian ini tinjauan situasi

dibuat pada satu masa sahaja dan ia seolah-olah satu foto “snapshot” bagi sesuatu

peristiwa. (Mohd Nawi, 1984).

Kaedah ini bersesuaian dengan tujuan untuk melihat hubungan pengetahuan guru

dengan penggunaan pembelajaran resiprokal dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan

Matematik. Presiding Kebangsaan Pendidikan Matematik (2002) bahawa kajian tinjauan

berbentuk korelasi adalah kaedah yang sesuai untuk mengkaji perhubungan antara dua

atau lebih pembolehubah dan banyak digunakan dalam penyelidikan

pendidikan(Wiersma,1995). Kaedah ini melibatkan proses penyediaan soal selidik,

mengutip data dan akhir sekali menganalisis data. Temubual pula dapat dilihat sebagai

usaha untuk memahami pengalaman orang lain serta makna yang mereka

20
berikan kepada pengalaman tersebut (Lim, 2007). Dapatan kajian ini hanya melibatkan

sampel yang kecil dan bukanlah daripada keseluruhan populasi yang mengajar

Matematik.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Matematik di SJKC Papan yang mengajar

subjek Matematik dari Tahun satu hingga Tahun enam iaitu seramai 5 orang guru.

Pemilihan bagi responden temubual adalah berdasarkan kepada persetujuan dan

kelapangan masa yang boleh diperuntukkan oleh responden.

21
Bab 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji akan menyatakan hasil yang diperolehi daripada analisa borang

soal selidik dan hasil daripada temubual yang telah dijalankan. Tujuan soal selidik

tersebut adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan para guru tentang

pembelajaran resiprokal dan meninjau keberkesanan pembelajaran resiprokal dalam

pemahaman penyelesaian masalah matematik berayat.

22
4.2 Hasil Dapatan Kajian

Jadual 4.1 : Pengetahuan Tentang Pembelajaran Resiprokal

No Item Frekuensi

4 3 2 1
SS S TS STS
Tahu membimbing murid mengaplikasikan 2 3 0 0
1
model pembelajaran resiprokal.

Bersedia menyediakan rancangan


pengajaran dan pemudahcaraan yang 4 1 0 0
2
menggunakan model pembelajaran
resiprokal.

Suka pelajar menggunakan model


3 pembelajaran resiprokal dalam 2 3 0 0
menyelesaikan masalah matematik
berayat.
0 0 5 0
4 Pelajar sering bertanya mengenai latihan
penyelesaian masalah matematik berayat.

Pelajar dapat menggunakan model 1 4 0 0


5 pembelajaran resiprokal dengan baik dalam
kerja yang diberi.
1 2 2 0
6 Latihan yang diberi melibatkan pelajar
guna model pembelajaran resiprokal.
2 2 1 0
7 Pelajar tertarik dengan pembelajaran
berdasarkan model resiprokal.
2 2 1 0
8 Mengurangkan hubungan dengan pelajar.
0 3 2 0
9 Beban tugas tidak bertambah jika
menggunakan pembelajaran resiprokal.
2 1 2 0
10 Kesuntukkan masa dalam merancang
Pdpc guna pembelajaran resiprokal.
16 21 13 0
Jumlah
32% 42% 26% 0%
Jumlah (%)

23
Jadual 4.1 menunjukkan penilaian guru terhadap pembelajaran resiprokal dalam

pemahaman penyelesaian masalah matematik berayat di kalangan murid. Analisa

menunjukkan bahawa 32% sangat setuju, 42% setuju, 26% tidak setuju dan tidak ada

responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan-pernyataan yang berkaitan

dengan pengetahuan tentang pembelajaran resiprokal.

4.3 Hasil Temubual

Bab ini akan membincangkan hasil kajian yang diperolehi daripada hasil temubual yang

telah dijalankan terhadap lima responden yang merupakan guru Matematik daripada

SJKC Papan. Penyelidik hanya menggunakan dapatan yang relevan dengan persoalan

kajian untuk mendapatkan rumusan analisis yang tepat dan jelas.

Responden diajukan soalan mengenai persediaan sebelum Pdpc. Kelima-lima

responden mempunyai pendapat yang sama iaitu ada dalam rancangan pengajaran

tetapi tidak terlalu lengkap kerana pembelajaran resiprokal adalah minimum.

Responden juga berpendapat suasana pengajaran dan pemudahcaraan menjadi

lebih seronok dan aktif apabila menggunakan model pembelajaran resiprokal. Murid

juga menjadi lebih motivasi dalam menyelesaikan masalah matematik.

24
Terdapat beberapa sebab menunjukkan guru mungkin tidak suka

mengaplikasikan model pembelajaran resiprokal semasa sesi penyelesaian masalah

matematik berayat. Antara alasan responden terdapat beban guru bertambah,

peruntukan masa yang banyak, dan terjejas masa dalam menghabiskan sukatan.

Melalui sesi temubual ini, penyelidik mendapati pembelajaran resiprokal dalam

sesi penyelesaian masalah matematik berayat masih lagi kurang. Namun, guru

memberi reaksi yang positif mengenai hal ini.

25
Bab 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab terakhir yang menjelaskan semua perbincangan dan rumusan

daripada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik. Hasil dapatan kajian ini dianalisis

di dalam bab empat dan dikaitkan dengan persoalan dan objektif kajian yang

ditetapkan. Bab lima ini pula membuat kesimpulan tentang hasil dapatan kajian dan

hasil dapatan kajian dikaitkan pula dengan dengan bab dua iaitu tinjauan literatur yang

dikaji. Selain itu, bab ini juga membincangkan cadangan kajian lanjutan terhadap kajian

yang telah dijalankan bagi kegunaan pada masa hadapan serta kepentingan dalam

bidang pendidikan yang diharapkan akan terus berkembang maju selaras dengan

wawasan negara pada tahun 2020.

26
5.2 Kesimpulan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan melihat sejauh mana pengetahuan para guru Matematik

sekolah rendah mengenai model pembelajaran resiprokal dan adakah pembelajaran

resiprokal dapat meningkatkan pemahaman penyelesaian masalah matematik berayat.

Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru-guru matematik SJKC Papan. Sampel kajian

diambil seramai 5 orang untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan mereka

tentang pembelajaran resiprokal. Semua responden telah memberikan kerjasama dan

mempunyai kelapangan untuk ditemubual secara ikhlas dan jujur.

5.3 Rumusan Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan 74% guru bersetuju model

pembelajaran resiprokal dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Dapat

dirumuskan di sini bahawa para responden setuju tentang penggunaan model

pembelajaran resiprokal namun sebahagian responden ini juga tidak setuju dengan

model ini Kemungkinan mereka ini berpendapat bahawa model ini akan menambah

beban tugas jika menggunakan pembelajaran resiprokal.

27
Sebenarnya terdapat banyak kaedah dalam sesi PdPc dengan kemudahan

teknologi zaman sekarang, sesi ini akan menjadi teratur sekiranya digunakan dengan

sebaiknya. Oleh itu, sama-sama lah kita meningkatkan era pendidikan negara dengan

menggunakan model pembelajaran yang efektif bagi melahirkan murid yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Bahagian ini menyenaraikan semua dapatan kajian sebagai kesimpulan kepada hasil

kajian ini. Kajian ini mendapati :

i. Guru-guru telah bersedia untuk menjalankan sesi Pdpc matematik berkenaan

penyelesaian masalah berayat dengan menggunakan pembelajaran resiprokal.

ii. Pengetahuan dan kemahiran tentang guru adalah sederhana tentang

pembelajaran resiprokal.

Implikasi dapatan ini ialah guru-guru perlu meninngkatkan ilmu pengetahuan mereka

mengenai pembelajaran resiprokal. Penglibatan pihak-pihak berkenaan dalam perkara

ini juga perlu bagi memastikan ianya dapat diaplikasikan di sekolah pada masa

hadapan. Guru-guru juga perlu bersedia dan yakin untuk menjalankan penyelesaian

masalah matematik berayat dengan model pembelajaran resiprokal.

28
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada

batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan :

i. Kajian ini hanya melibatkan guru-guru di SJKC Papan.

Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan guru-guru di negeri Perak.

ii. Kajian ini haya merangkumi tinjauan melibatkan kuantitatif. Manakala kajian

seterusnya dicadangkan supaya melibatkan murid-murid itu sendiri.

5.6 Rumusan

Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian,

memberi kesimpulan secara keseluruhan hasil dapatan kajian, membincangkan

implikasi dapatan kajian dan mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Sebagai kata

penutup, kajian ini hanya merupakan kajian awal tentang pembelajaran resiprokal

semasa penyelesaian masalah matematik berayat oleh para guru ini. Tuntasnya kajian

yang lebih tepat dan terperinci haruslah dijalankan bagi memantapkan lagi dapatan

kajian tentang pembelajaran resiprokal pada masa akan datang. Kesimpulannya, dunia

29
hari ini tidak akan berkembang maju tanpa kehadiran pelbagai model yang canggih

terutamanya dalam bidang pendidikan yang diharapkan oleh negara mampu mengubah

tahap ilmu pengetahuan supaya menjadi tidak terjangakau usia,tempat mahupun

golongan pelbagai agama,kaum dan bangsa. Akhir kata, kita mestilah menggunakan

pelbagai kaedah, strategi dan model pengajaran yang ada bagi menyesuaikan murid

supaya melahirkan murid yang berkualiti.

30
Rujukan

Andy Peter. (2003). Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Masalah

Bercerita Dalam Matematik. Diakses daripada

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_andy.pdf

Chong Siew Ha. (2017). Penggunaan Kaedah Cubes Dalam Penyelesaian Masalah

Matematik Berayat Tahun 6. Simposium Pendidikan di Peribadikan.

Darsono. (2015). The Application of Reciprocal Teaching on the Subject of Straight Line

Equation in Second Grade of Junior High School. Journal of Education and

Practice, 6(5)

Nurul Nashrah Binti Salehudin. (2017). Sikap Keupayaan Pelajar Dalam Menyelesaikan

Masalah Matematik Bukan Rutin. Diakses daripada

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/11-

NURUL-NASHRAH.pdf

Samsudin Drahman. (2004). Visualisasi Dalam Penyelesaian Masalah Matematik

Berayat. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 19 (47-66).

31

Anda mungkin juga menyukai