Anda di halaman 1dari 26

1

MOHD FARID BIN ABU KASIM

830427045105001

KAEDAH NILAI TEMPAT DAPAT MEMBANTU


MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK
MURID MASALAH PEMBELAJARAN
2

KANDUNGAN

ABSTRAK 3
PENDAHULUAN 4
PERNYATAAN MASALAH 4
TINJAUAN LITERATUR 6
OBJEKTIF KAJIAN 8
PERSOALAN KAJIAN 8
METODOLOGI 9
ANALISIS SOAL SELIDIK 11
ANALISIS FOTOGRAFI 12
DAPATAN KAJIAN 12
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 15
RUJUKAN 16
3

KAEDAH NILAI TEMPAT DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN


OPERASI TOLAK MURID MASALAH PEMBELAJARAN

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi membantu murid masalah pembelajaran tahun tiga mengenalpasti
operasi tolak nombor bulat dalam lingkungan 50. Kaedah nilai tempat digunakan untuk
membantu subjek meningkatkan penguasaan kemahiran menolak dalam bentuk lazim. Kajian
juga melihat faktor-faktor motivasi kendiri yang mempengaruhi minat dan sikap subjek
terhadap matapelajaran Matematik sebelum intervensi dilaksanakan. Kajian ini dijalankan
secara kualitatif. Semua data dikumpulkan dan dianalisis melalui alat-alat kajian seperti rekod
anekdot, senarai semak, set latih tubi, set ujian Pra dan Pos serta rakaman fotografi. Data-
data diinterpretasikan secara penulisan naratif, menggunakan frekuensi dan peratusan.
Pendekatan intervensi dijalankan secara hands-on, berperingkat dan ansur maju
membolehkan subjek menghubungkaitkan konsep Matematik sedia ada dengan konsep nilai
tempat yang baru. Hasil analisis menunjukkan pendekatan intervensi kaedah nilai tempat
yang dilaksanakan berjaya membantu meningkatkan tahap penguasaan nilai tempat dalam
operasi tolak. Kajian seterusnya pengkaji mencadangkan penggunaan kaedah nilai tempat
diaplikasikan dalam kemahiran-kemahiran lain dalam Matematik disamping tidak
mengabaikan faktor persekitaran.

Kata Kunci: kaedah nilai tempat, operasi tolak, murid masalah pembelajaran
4

1.0 PENDAHULUAN

Kajian yang telah dilaksanakan berkaitan dengan masalah penguasaan kemahiran


menolak peserta kajian dalam matapelajaran Matematik. Tujuan pelaksanaan kajian adalah
untuk mengenal pasti sejauh manakah kaedah nilai tempat dapat membantu meningkatkan
kemahiran operasi tolak peserta kajian semasa di dalam kelas. Selain daripada itu, ia juga
adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah kesan pendekatan dan strategi yang digunakan
mampu meningkatkan motivasi peserta kajian terhadap matapelajaran Matematik.

Kajian berlandaskan kepada Teori Pembelajaran kognitif Anusubel dan Bruner, serta
Teori Pembelajaran Sosial dan Sosial Kognitif Albert Bandura. Rumusannya, kajian ini
dilaksanakan bagi mendapatkan tindak balas terhadap kesediaan belajar, kemahiran
memberikan tindak balas serta kemahiran memberikan tumpuan dalam pengajaran dan
pembelajaran agar isi pelajaran yang disampaikan berjaya diperolehi. Secara tidak langsung
dapat membaiki kemahiran pendidik serta mewujudkan kolaborasi dan interksi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji merupakan seorang guru matematik yang telah berkhidmat di dalam bidang
pendidikan selama sembilan tahun. Pada awalnya pengkaji mula mendapat pendidikan
ikhtisas di maktab perguruan Tengku Bainun, Kedah dalam bidang pendidikan khas yang
merupakan mengajar subjek matapelajarn sekolah rendah. Selepas tamat di maktab trsebut,
pengkaji telah bertugas di sekitar johor dan mengajar dalam subjek matematik. Dari aspek
pengalaman, pengkaji telah mengajar kanak-kanak bermaslah pembelajaran selama lapan
tahun.

Seterusnya bagi pandangan dan pendapat pengkaji mengajar dalam bidang pendidikan
khas adalah merupakan saah satu cabaran yang hebat yang memerlukan semangat juang yang
tinggi untuk mendidik kanak-kanak khas mengecapi ilmu pelajaran yang sebaik mungkin
seperti yang diharapkan oleh pihak kementerian pelajaran malaysia. Sehubungan dengan itu,
sebagai seorang gur, pengkaji haruslah sentiasa mencuba untuk mencari jalan penyelesaian
untuk membantu anak didik agar segala ilmu perlu dicurahkan dengan sewajarnya mengikut
5

kesesuaian agar mereka tidak tercicir dalam aspek pembelajran. Antaranya, pengkaji
menggunakan kaedah nilai tempat bagi operasi tolak bagi memudahkan proses menolak bagi
kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pastinya, teknik dan pendekatan yang
diaplikasikan terhadap kanak-kanak bermaslaah pembelajaran ini secar atidak langsung
menyedarkan pengkaji tentang keperluan kepelbagaian kaedah pengajaran yang harus
digunakan agar ianya bersesuaian dengan aras kognitif kanak-kanak bermaslaha pembelajaran
yang menghadapi kesukaran ketika operasi menolak.

Pengalaman pengkaji semasa mengajar kanak-kanka bermaslaah pembelajaran dalam


subjek matematik , kebiasaannya mereka cepat lupa terhadap sesuatu pembelajaran yang
baharu sahaja berlangsung. Hal ini kerana mereka mempunyai masalah untuk mengingat isi
pelajaran yang telah mereka pelajari. Rentetan itu, semsa pengkaji melakukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan operasi tolak dalam lingkungan 50, pengkaji
mendapati bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini seringkali terlupa isi-isi penting
seperti cara menolak menggunakan alat bantu mengajar, walaupun perbincangan telah
dijalankan selepas itu. Secara tidak langsung menjelaskan bahawa kanak-kanak brmaslaha
pembelajaran harus dibantu dan diberi perhatian yang sewajarnya agar aspek
pembelajaranmereka tidak tertinggal.

Aspek dalam menolak nombor yang berlingkungan adalah meroakan silibus sub topik
matapelajaran matemaik bagi kategori kanak-kanak bermaslaah pembelajaran. Sekiranya
kemahiran tersebut tidak dapat dikuasi oleh kanak-kanak bermalsah pembelajaran ini, maka
berkemungkinan kanak-kanak ini akan gagal menguasai kemahiran matematik lain seperti
menolak dengan angka dan jumlah yang lebih besar. Hal ini secara tidak langsung akan
mengakibatkan murid ini kehilangan markah ketika peperiksaan dijalankan di sekolah.

Pengkaji telah membuat suatu refleksi ke atas diri sendiri dengan memikirkan bahawa
kanak-kanak bermaslah pembelajaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan keterbatasannya
itu memungkinkan mereka berkelakuan seperti kerap lupa. Sebagai seorang guru, pengkaji
perlu berusaha dan mencari jalan keluar yan terbaik untuk membantu meningkatkan daya
6

ingatan dan kefahaman kanak-kanak bermalsah pembelajaran untuk mereka kecapi dalam
topik menolah dalamlingkungan 50 ini.

Seterusnya, pengkaji juga telah banyak melakukan pembacaan yang merangkumi


buku-buku ilmiah, kajian lepas dan melalui laman sesawang untuk meninjau segala
permasalahan yang serupa terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Menurut kamus
dewan (2005), masalah membawa maksud (kesukaran) atau (kesulitan). Manakala, menurut
Marton & Booth, yang dirujuk oleh Heather Et Al (2008) dalam menyatakan “learning is
about how we perceive and understand the world, about making meaning”. Maksudnya,
pembelajaran adalah bagaimana kita menerima dan memahami perkataan dan membina
maksudnya. Jelas di sini, menggambarkan bahawa dalam proses pembelajaran , kita harus
memahami perkataan tersebut dan tahu tentang maknanya.
7

1.0 CIRI-CIRI MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang seringkali terlihat dalam


pengajaran matematik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam
kelas pengkaji adalah:
i)tidak dapat menumpukan perhatian ketika pengajaran dan pembelajaran.
ii) seringkali terlupa fakta yang baharu sahaja dipelajari.
iii) gemar meletakkan nilai angka pada tempat rumah yang salah ketika menolak.

Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji ketika proses pengajaran dan
pembelajaran matematik di dalam kelas tersebut, pengkaji dapar melihat peserta kajian sering
bermain dengan penel dan melihat rakan-rakan di dalam kelasnya. Adakah subjek matematik
ini sukar?. Apakah subjek ini membosankan?. Adakah kanak-kanak tersebut tidak meminati
subjek matematik? Pengkaji cuba menarik perhatian kanak-kanak bermalsah pembelajaran
berkenaanmengikuti pengajarannya di dalam kelas. Situasi tersebut edikit sebanyak
menyebabkan terdetik di dalam hati pengkaji bahawa pengkaji harus mengubah teknik
pengajaran agar kanak-kanak bermasalah pembelajaran tersebut menjadi lebih seronok
memberikan sepenuh perhatian dalam pembelajaran dan memudahkannya untuk mengingat
segala pembelajaran yang pernah dipelajarinya sebelum ini. Pengkaji akan cuba berusaha
dengan lebih bersunguh-sungguh untuk membantu meningkatkan aspek pembelajaran kanak-
kanak bermasalah pembelajaran tersesut dalam menguasai ilmu pembelajaran yang telah
dipelajarinya dengan sebaik mungkin.
8

TUMPUAN

MEMPELAJARI
PENELITIAN

PELAKSANAA
MENGHAYATI

MENDALAMI

Rajah 1: Elemen yang perlu diterapkan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran kanak-
kank maslaah bermasalah pembelajaran

1.3 PENGGUNAAN KAEDAH NILAI TEMPAT PADA OPERASI TOLAK DALAM


LINGKUNGAN 50

Kaedah niai tempat adalah kaedah yang telah direka dan berfungsi sebagai cara meletakkan
angka paa nilai tempat yang betul dalam subjek matematik. Kemahiran menggunakan nilai
tempat yang betul perlu dikuasai oleh murid untuk memudahkan proses menolak berlaku.

Dalam pengajaran dan pembelajran di sekolah, kemahiran menolak dalam lingkungan 50


adalah sesuatu subtopikyang terpenting sebelum mneguasai kemahiran menolak lain.
Penggunaan nilai tempat ini boleh digunakan di dalam rajah seperti di bawah. Contoh nilai
tempat yang digunakan adalah seperti berikut:

puluh sa
2 5
- 1 2
1 3
9

PULUH SA

RAJAH 2: Penggunaan kad berbentuk rumah mewakili nilai tempat digunakan kanak-kanka
bermaslah pembelajaran ketika kaedah nilai tempat digunakan dalam operasi tolak

1.4 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pengalaman menjadi seorang guru berkeperluan khas sememangnya mencabar


minda dan pengalaman pengkaji dalam mengajar matapelajaran Matematik selama hampir 17
tahun. Apatah lagi apabila ianya melibatkan murid-murid berkeperluan khas dari pelbagai
kategori masalah pembelajaran seperti murid Autisme, Down-Sindrom, Celebral-Palsi dan
Slow-Learners. Pengkaji juga mendapati dari pengalaman yang diperolehinya, murid-murid
berkeperluan khas ini mempunyai pelbagai jenis masalah dalam pembelajaran dan juga
tingkahlaku. Pastinya, ini secara tidak langsung menyedarkan pengkaji tentang keperluan
kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang harus digunakan agar ianya
bersesuaian dengan aras kognitif murid-murid.

Huraian Sukatan Pelajaran yang digunakan juga berbeza berbanding dengan murid-
murid di aliran perdana. Isi kandungan pelajaran Matematik lebih menekankan kemahiran-
kemahiran asas Matematik seperti kemahiran pra-nombor dan kemahiran-kemahiran asas
pengiraan yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, bilangan
murid-murid berkeperluan khas yang ditempatkan di dalam sesebuah kelas juga dihadkan
dengan jumlahnya mengikut kesesuaian individu yang berada di dalam kelas tersebut.
Kementerian pelajaran , bahagian pendidikan khas menghadkan jumlah murid di dalam kelas
10

pendidikan khas adalah seramai 6 orang maksima.. Murid-murid ini ditempatkan di kelas-
kelas berikut mengikut aras kognitif mereka.

Menilai kembali pengalaman pengkaji sebagai guru matapelajaran Matematik di kelas


pendidikan khas, pengkaji mendapati pengajaran konsep dalam sesuatu kemahiran Matematik
amatlah penting. Daripada pengalaman pengkaji juga mendapati setelah menguasai sesuatu
kemahiran Matematik, murid-murid berkeperluan khas ini juga mudah lupa terhadap
pelajaran yang lalu, mudah keliru dengan konsep nilai tempat, bermasalah dalam menukarkan
ayat Matematik kepada bentuk lazim dan menentukan operasi yang betul dalam penyelesaian
masalah Matematik.

Pengkaji juga melakukan banyak pembacaan buku-buku ilmiah, kajian-kajian lepas


dan melalui laman sesawang untuk meninjau masalah-masalah dalam yang sering dihadapi
oleh murid-murid bermasalah pembelajaran. Menurut Heather Fry et al. (2008), pembelajaran
boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan
pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu,
mengenali sesuatu, dan juga penaakulan (reasoning). Manakala Nicholls (2002),
pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil
daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan .

Justeru itu, masalah pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu kesukaran yang
memerlukan penyelesaian yang boleh dilihat melalui perubahan tingkah laku. Lazarus dalam
Tandonline (2014), menyatakan murid yang menghadapi halangan intelektual dan emosi
apabila mempelajari Matematik di sekolah disebabkan belengu ketakutan yang tidak rasional.

Kebimbangan dalam menyelesaikan permasalahan Matematik menjadi halangan


kepada mereka untuk menunjukkan kemampuan sebenar atau melakukan yang terbaik dalam
matapelajaran tersebut terutama apabila ia melibatkan sesuatu nombor, simbol ataupun
pengiraan. Selain daripada itu, faktor pengalaman negatif yang diperolehi daripada guru,
ibubapa dan rakan sebaya juga mendorong kegagalan mereka dalam penguasaan Matematik.
Byrd dalam Psych (2014), pula menyatakan persekitaran mendorong berlakunya
11

kebimbangan dalam Matematik melibatkan faktor daripada peranan sosiolisasi jantina, sosio-
ekonomi dan juga faktor ibubapa.

Kesimpulannya, pengkaji mendapati peserta kajian sukar mengubungkaitkan konsep


nombor bulat dari pengalaman sedia ada dengan konsep nilai tempat bagi nombor bulat.
Selain daripada itu, faktor motivasi kendiri juga mempengaruhi penguasaan kemahiran
Matematik peserta kajian.

2.0 FOKUS KAJIAN

Menurut Amy Harris (2009), menyatakan bahawa matapelajaran Matematik


merupakan satu matapelajaran yang mencabar. Ramai di kalangan para pelajar yang tidak
mengemari matapelajaran Matematik. Ada juga di kalangan mereka mempunyai tahap
keyakinan diri yang rendah terhadap kebolehan dalam matapelajaran Matematik.

Richard Garlikov (2013), menyatakan terdapat beberapa langkah dalam


memperkenalkan konsep nilai tempat kepada kanak-kanak. Antaranya ialah
menghubungkaitkan pengalaman berkaitan nombor dalam kehidupan seharian kanak-kanak
bagi menguasai kemahiran mengenal nombor bulat, pengiraan yang melibatkan fakta asas
operasi tambah dan tolak dalam lingkungan sepuluh, menyebut nombor berdasarkan kuantiti
nilai tempat puluh dan sa dan mempersembahkan kuantiti nombor menggunakan lajur-lajur
nilai tempat yang ditetapkan.

Menurut Bruner dalam Penggunaan Drawing Paper Dalam Meningkatkan Tindak


Balas Murid Autisme menyatakan kesediaan belajar merujuk kepada perkara yang dapat
disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada mana-mana peringkat
perkembangannya. Kesediaan belajar peserta kajian diukur daripada pelbagai aspek seperti
sikap, minat, motivasi kendiri serta peralatan yang digunakan untuk belajar. Kesediaan belajar
merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari
sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang baru.
12

Aunusuble , dalam Noriati (2012), menegaskan penyampaian pengajaran guru dibuat


secara terancang bermula dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun
secara berperingkat-peringkat. Faktor yang paling penting ialah penyampaian guru berasaskan
laras bahasa yang sesuai dengan keupayaan murid. Guru hendaklah menyusun maklumat
secara ansur maju daripada maklumat yang umum kepada maklumat yang lebih khusus iaitu
secara deduktif. Langkah pengajaran juga disusun secara setematik agar pembelajaran konsep
dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Albert Bandura dalam Noriati (2012), menyatakan bahawa secara semulajadi manusia
belajar daripada proses peniruan. Bandura mengemukakan empat langkah untuk
membolehkan peniruan berlaku seperti tumpuan perhatian, penyimpanan dalam ingatan,
pengeluaran dan motivasi dan peneguhan. Empat langkah ini menjadi panduan kepada
pengkaji semasa merancang intervensi terhadap peserta kajian.

Secara keseluruhannya, kajian yang dilaksanakan ini bertepatan dengan Teori


Pembelajaran kognitif Anusubel dan Bruner serta Teori Pembelajaran Sosial dan Sosial
Kognitif Albert Bandura. Kajian ini menggunakan pendekatan hand-on dalam pengajaran
dan pembelajaran konsep nilai tempat. Maklumat yang hendak disampaikan disusun secara
ansur maju dan penggunaan laras bahasa yang bersesuaian dengan aras kognitif peserta kajian
memudahkan lagi penyampaian tentang kaedah nilai tempat kepada peserta dalam
menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam lingkungan 50 dalam bentuk
lazim.

2.1 KEBOLEHGUNAAN

Kajian dijalankanadalah kerana pengkaji berpendapat bahawa fokus kajian yang hendak
tersebut sedikit sebanyak mampu untuk membantu peserta kajian dalam menyelesaikan
kaedah nilai tempat dapat membantu meningkatkan kemahiran operasi tolak murid masalah
pembelajaran. Hal ini kerana peseta kajian tidak mahir dalam operasi menolak dalam
lingkungan 50.rentetan itu, pengkaji menjalankan kajian tersebut bagi membantu murid
13

bermasalah pembelajaran ini kerana ingin meningkatkan kefahaman terhadap cara menolak
dengan mudahdan dapat digunakan pada masa kehidupan sehariannya kelak. Sehubungan
dengan itu, peserta kajian juga boleh mengaplikasikan teknik dan kemahiran ini kepada nilai
angka dan digit yang lebih besar kelak. Hal ini secara tidak langsung akan membantu peserta
kajian memperoleh markah yan tinggi didalam ujian dan peperiksaan dalaman di sekolah.
Sokongandan dorongan daripada pihak guru diperluka agar peserta kajian dapat
memantapkan penggunaan kaedah nilai tempat dalam kemahiran operasi tolak dalam
lingkungan 50. jika diberi latihan, tunjuk ajar , peneguhan dan dan bimbingan lama-kelamaan
peserta kajian akan mahir dalam menggunakan aspek kemahiran menolak dengan kemahiran
yang ingin dibantu ini.

2.3 Batasan Kajian


Kajian ini dilaksanakan di sekolah kebangsaan xxxxxxx program pendidikan khas integrasi
pembelajaran. Sekolah tersebut terletak kira –kira dua kilometer dari xxxxx. Lokasi sekolah
berkenaan terletak berhampiran dengan xxxxxxxxxx. Peserta kajian yang dipilih
pastinyaadalah daripada kalangan murid yang mengalami masalah dalam subjek matematik.
Murid kategori ini sudah tentu mempunyai daya ingatan yang lemah dan sentiasa memerlukan
bimbingan daripada guru matematik yang juga turuut mengakji dalam mendapatkan
maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Oleh itu, pengkaji menggunakan peluang yang
ada untuk sedaya upaya mencari seberapa banyak maklumat mengenai permaalah peserta
kjian semasa pengkaji melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.

2.4 Kolaborasi
Kajain yang dijalankan oleh pengkaji menampakkan impak yang sangat positif kerana
pengkaji telah mendapat kerjasama daripada rakan-rakan gur yang lain. Hal ini kerana
pengkaji melihat mereka dapat menggembelengkan tenaga berusaha untuk embantu peserta
kajian agar mudah untuk menggunakan teknik yang ingin digunapakai ini. Adakalanya
pengkaji memeinta bantuan daripada guru di aliran perdana yang telah mengajar murid di
aliran perdana untuk menggunakan teknik ini,. Oleh yang demikian, kolaborasi yang wujud
14

dikalangan guru disekolah adalah salah satu faktor yang terpenting untuk membantu peserta
kajian ini berjaya.

3.0 Objektif kajian


Objektif kajian adalah seperti berikut:

3.1 Objektif Khusus


Mengenak pasti penggunaan xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

3.2 Objektif khusus


Mxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

3.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian pengkaji membina persoalan kajian adalah seperti berikut:

(i) Adakah kaedah nilai tempat dapat meningkatkan penguasaan Kemahiran


Operasi Tolak Nombor Bulat Dalam Lingkungan 50.
15

4.0 Tindakan
Berdasarkan tajuk dan objektif kajian yang telah dinyatakan, terdapat pelbagai kaedah dan
cara yang dapat dikenalpasti boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu kajian. Oleh itum
aspek perancangan yang teliti diperlukan dalan melicinkan kajian yang ingin dijalankan,
perancangan pengumpulan data, validiti instrumen, menganalisis dan menilai data kajian
perlu dititikberatkan bagi penghasilanmutu yang baik. Kesemua elemen berikut adalah
merupakan proses untuk merangka dan menganalisis maklumat untuk mengkaji permasalahan
dari aspek pembelajaran pesrta kajian.

4.1 Prosedur Tindakan


Dalam kajian ini, pengkaji telah mengumpul beberapa maklumat untuk dijadikan sebagai
panduan bagi memberikan keberkesanan kajian ini agar ianya dapat membantu membolehkan
peserta kajian mampu menggunakan teknik yang ingin diberikan kepada peserta kajian ini.
Berikut adalah jadual tingkahlaku peserta kajian di dalam kelas yang telah dicatat oleh
pengkaji.

Bil Alat Kajian Kumpulan Sasaran Cara Pelaksanaan


1. Pemerhatian 1 orang Catatan rekod anekdot masalah tingkah laku peserta
kajian dianalisis secara penulisan naratif.
Senarai semak tingkah laku bermasalah peserta kajian
dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan dalam
bentuk graf.
2. Dokumentasi 1 orang Set latih tubi di analisis dengan membuat perbandingan
tahap penguasaan sebelum, semasa dan selepas
intervensi dilaksanakan terhadap peserta kajian. Analisis
dilakukan secara perbandingan peratusan data dalam
bentuk graf.
Set ujian Pra dan ujian Pos dianalisis berdasarkan
kepada perbandingan peratusan pencapaian yang telah
diperolehi oleh peserta kajian dalam bentuk graf.

3. Soal Selidik 1 orang Soal selidik dianalisis secara penulisan naratif bagi
menunjukkan faktor minat, sikap dan motivasi peserta
kajian terhadap matapelajaran Matematik.
16

4. Rakaman Fotografi 1 orang Rakaman fotografi dilaksanakan ke atas hasil kerja


bertulis peserta kajian dan dianalisis secara penulisan
naratif.

Jadual 1: Menunjukkan Jadual Tingkahlaku Dan Data Yang Dikumpul Untuk Tujuan
Kajian Pengkaji Bagi Membantu Peserta Kajian

Graf 1: Menunjukkan masalah tingkahlaku peserta kajian.


17

4.2 Analisis Dokumentasi Data

Graf 3: Menunjukkan peratusan markah ujian Pra dan Pos peserta kajian

4.3 Analisis Soal Selidik

Berdasarkan hasil maklum balas daripada soal selidik yang dijalankan, pengkaji
mendapati dari aspek faktor minat murid, peserta kajian tidak meminati matapelajaran
Matematik yang diajar. Ini disebabkan peserta kajian lemah dalam pengiraan dan sentiasa
18

memerlukan tunjuk ajar daripada guru. Peserta kajian juga takut dengan matapelajaran ini.
Justeru itu, peserta kajian tidak berminat dengan matapelajaran Matematik dan tidak
memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.
Dari aspek faktor sikap pula, peserta kajian juga suka termenung semasa guru
mengajar, tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru dan suka ponteng sekolah. Faktor
motivasi pula, pengkaji mendapati ibu bapa peserta kajian sering tidak membantu mengajar
peserta kajian di rumah. Galakan dan bimbingan yang kurang ini disebabkan ibu bapa peserta
kajian sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Peserta kajian juga kurang bersetuju dengan
penyataan “sering menerima pujian hadiah kerana menunjukkan prestasi yang baik dalam
pelajaran.”

4.4 Analisis Fotografi

Foto 1: Peserta kajian telah meletakkan digit yang salah pada nilai rumah yang salah.
Nombor yang diberikan pengkaji adalah 12.

Sebelum

Berdasarkan hasil kerja peserta kajian bertarikh 25hb Ogos 2015 , pengkaji
mendapati apabila peserta kajian menukarkan ayat Matematik kepada bentuk lazim, peserta
kajian telah melakukan kesilapan dalam nila tempat. Pengkaji juga mendapati peserta kajian
mula menulis nombor yang hampir dengan pandangan mata terlebih dahulu menyebabkan
kedudukan nilai tempat bagi soalan tidak betul. Daripada kelima-lima soalan dalam latihan
19

bertulis peserta kajian, pengkaji mendapati kesilapan menentukan nilai tempat bagi suatu
nombor bulat dalam bentuk lazim berulang.

Semasa

Fotografi yang dirakamkan semasa intervensi dijalankan melalui set lembaran latih
tubi, pengkaji mendapati dua jenis kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian iaitu
kecuaian semasa melakukan proses tolak dan juga peserta kajian dengan tidak disengajakan
telah melakukan penambahan semasa melakukan proses tolak dalam soalan.

Selepas

Secara keseluruhan, pengkaji dapat merumuskan data-data yang dikumpulkan dan


dianalisis melalui alat-alat kajian sebelum, semasa dan selepas Intervensi dijalankan terhadap
peserta kajian secara tidak langsung dapat membantu peserta kajian membuat rumusan secara
keseluruhan bagi menjawab objektif dan persoalan kajian yang dilakukan.

5.0 Pemerhatian

Melalui pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati melalui catatan rekod
anekdot peserta kajian mempunyai beberapa masalah tingkah laku iaitu kurang memberikan
fokus atau tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tingkah laku
bermasalah peserta kajian seperti yang di dalam analisis yang telah dilakukan adalah seperti
memandang ke luar kelas, termenung, menguap dan menggaru kepala. Tingkah laku
bermasalah yang didapati dalam catatan rekod anekdot disokong oleh pemerhatian melalui
senarai semak yang dilakukan oleh rakan guru yang lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Matematik dilaksanakan di dalam kelas.

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, pengkaji mendapati tingkah laku


memandang keluar kelas mencatatkan frekuensi yang paling tinggi iaitu sebanyak 48.9
20

peratus. Diikuti oleh masalah tingakah laku menggaru kepala (17.8 peratus), dan menguap
(11.1 peratus). Secara puratanya, peserta kajian mengalami masalah tingkah laku sebanyak
sembilan kali iaitu 20 peratus pada setiap hari semasa pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Matematik.

Masalah tingkah laku peserta kajian ini menyumbang juga secara tidak langsung
menyumbang kepada tahap penguasaan kemahiran dalam matapelajaran Matematik dan
perubahan sikap, minat serta motivasi peserta kajian.

Melalui soal selidik yang telah dijalankan, ternayata dari faktor minat, pengkaji
mendapati peserta kajian tidak berminat pada matapelajaran Matematik. Peserta kajian juga
lemah dalam matapelajaran Matematik dan mempunyai perasaan takut terhadap
matapelajaran tersebut. Ini menyebabkan peserta kajian tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik di dalam kelas.

Berdasarkan data yang telah dianalisis dan diinterpretasi oleh pengkaji, melalui soal
selidik didapati peserta kajian mempunyai tiga masalah sikap iaitu suka termenung di dalam
kelas, tidak menyiapkan kerja yang diberi oleh guru dan suka poteng sekolah. Manakala dari
faktor motivasi diri, pengkaji mendapati peserta kajian kurang mendapat bimbingan dan
galakan daripada ibu bapa di rumah dalam pelajarannya. Ini disebabkan oleh faktor
kesibukkan ibu bapa berkerja dan tiada masa memberikan tunjuk ajar kepada peserta kajian.
Peserta kajian juga kurang menerima pujian atau hadiah dalam prestasi akademiknya.

Interpretasi data yang telah dianalisis daripada dokumentasi hasil kerja bertulis peserta
kajian sebelum intervensi, pengkaji mendapati peserta kajian mempunyai masalah dalam
menentukan nilai tempat apabila menukarkan ayat Matematik kepada bentuk lazim
melibatkan operasi tolak. Namun demikian semasa intervensi dilakukan, hasil analisis dan
interpretasi data daripada set latih tubi, pengkaji mendapati peserta kajian berjaya mendapat
markah penuh tiga daripada lima latihan yang telah dijalankan. Ia menyumbang kepada 60
peratus soalan dijawab dengan betul sepenuhnya. Pada set latih tubi yang kedua, pencapaian
peserta kajian berkurang sebanyak 30 peratus berbanding set latih tubi pertama. Set latih tubi
21

yang ketiga pula menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding set latih tubi
kedua. Set latih tubi keempat dan kelima menunjukkan pencapaian 100 peratus skor daripada
latihan yang dilaksanakan. Ini membuktikan melalui pendekatan dan intervensi kaedah nilai
tempat yang dijalankan mampu membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan
Kemahiran Operasi Tolak Nombor Bulat Dalam Lingkungan 50. Ini disokong lagi dengan
adanya perbandingan analisis dan interpretasi data daripada ujian Pra dan Pos yang
menunjukkan peningkatan skor sebanyak 53 peratus.

Melalui rakaman fotografi sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan,


pengkaji mendapati terdapat penambahbaikan dari segi kemahiran menjawab soalan operasi
tolak yang melibatkan nombor bulat dalam lingkungan 50. Daripada rakaman yang dilakukan
menunjukkan berlakunya proses perubahan tingkah laku secara ansur maju dalam cara
menjawab soalan operasi tolak. Perubahan yang dilihat adalah seperti penggunaan rangka
nilai tempat untuk memahaman konsep nilai tempat nombor dan akhirnya peserta kajian
berjaya menyelesaikan soalan dengan kedudukan nombor pada nilai tempat yang betul tanpa
menggunakan rangka nilai tempat.

Secara keseluruhannya, melalui dapatan-dapatan yang telah diperjelaskan di atas secara tidak
langsung ia menjawab persoalan kajian yang ditetapkan dalam kajian tindakan ini. Ia juga
membantu pengkaji membuat rumusan dapatan kajian tindakan.

6.0 Analisis Dan Intervensi


Hasil daripada dapatan-dapatan yang telah dihuraikan, pengkaji merumuskan terdapat
beberapa faktor pendekatan dan strategi intervensi yang dilaksanakan yang mempengaruhi
tahap penguasaan kemahiran Matematik peserta kajian. Kelemahan peserta kajian menguasai
kemahiran nilai tempat menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai
kemahiran lain dalam matapelajaran Matematik. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati
penggunaan kaedah nilai tempat telah banyak membantu peserta kajian menguasai kemahiran
menolak. Dalam menentukan kejayaan ini, guru memainkan peranan penting dalam
membimbing murid dalam pelajarannya. Guru juga haruslah kreatif dalam menyediakan
22

bahan bantu mengajar agar pergajaran guru mampu menarik minat murid untuk mempelajari
Matematik.

Pengkaji juga merumuskan peserta kajian dapat menguasai kemahiran nilai tempat
adalah disebabkan oleh latih tubi dan pendekatan yang telah digunakan. Walaupun peserta
kajian tidak minat terhadap matapelajaran Matematik namun disebabkan pendekatan yang
digunakan oleh pengkaji secara tidak langsung peserta kajian dapat memberikan fokus yang
baik. David Ausubel dalam Teori Pembelajaran Penerimaan Anusubel menyatakan
pembelajaran bermakna berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna. Pembelajaran
berlaku apabila maklumat baru mempunyai perkaitan dengan maklumat atau pengalaman
sedia ada dalam struktur kognitif. Pengkaji juga mendapati dengan pendekatan adanya
latih tubi dan penguasaan konsep nombor dari senang ke sukar dapat meningkatkan tahap
penguasaan peserta kajian dalam kemahiran yang dikaji. Ini bertepatan dengan pernyataan
yang dinyatakan oleh Erin Schreiner (2015), menyatakan bahawa penguasaan konsep
Matematik yang lebih sukar bermula dengan penguasaan konsep Matematik yang lebih
mudah. Pengkaji juga bersependapat dengan Keite Mitchell (2015), menyatakan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran bukanlah kanak-kanak kurang upaya. Mereka masih boleh belajar
tetapi kurang kemampuan untuk memproses maklumat dengan betul. Justeru itu, gurulah
yang harus membimbing dan memberi mereka masa dan peluang secukupnya bagaimana
mengguna, memindah dan mengaplikasikan konsep Matematik yang difahami (sedia ada)
kepada konsep Matematik yang baru.
23

7.0 Cadangan Kajian Lanjutan

Bagi kajian selanjutnya, pengkaji mencadang penggunaan kaedah nilai tempat diaplikasikan
dalam kemahiran-kemahiran lain dalam Matematik di samping tidak mengabaikan faktor
persekitaran. Contohnya, kemahiran nilai tempat boleh diaplikasikan dalam kemahiran yang
melibatkan operasi tolak dalam tajuk wang. Misalnya, bagi tajuk ini terdapat beberapa lajur
lain diperlukan seperti lajur untuk ringgit (RM) dan lajur titik perpuluhan. Melalui kefahaman
konsep nilai tempat yang telah diketahui oleh murid, guru boleh memperkenalkan serta
membimbing murid menghubungkaitkan konsep ini dengan konsep lajur ringgit dan titik
perpuluhan.

Secara keseluruhannya, cadangan penambahbaikan bagi kajian seterusnya amat


penting sebagai perkongsian dan penambah baik bagi para pengkaji pada masa hadapan.
Selain itu, kajian seterusnya mampu meningkatkan daya inovasi para pendidik untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknik, kaedah, strategi dan
pendekatan perlulah sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu serta
meningkatkan perkembangan dalam semua aspek kehidupan.
24

Rujukan

Amy Harris. (2009). Diperolehi pada Januari 2015.


http://education.seattepi.com/problems-why-student-fail-math-2216.html

Azlina Abdul Wahap. (2013). Konteks, Input, Proses Dan Hasil Penggunaan Kaedah
Ilustrasi Komik Terhadap Pelajar Tingkatan Empat Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matapelajaran Sejarah. Seminar Pendidikan Sejarah Geografi.
Universiti Malaysia Sabah

Dahlia. (2011). Diperolehi pada Oktober 2014.


http://www.cikgudahlia.com/2011/kesahan-dan-kebolehpercayaan-validity.html

Erin Schreiner. (2015). Diperolehi pada September 2014.


http://www.ehow.com/how_7910547_teaching-math-slow-learners.html

Gary Martin & Joseph Pear. (2003) . Diperolehi pada Ogos 2014.
http://campus.murraystate.edu/academic/faculty/pwaddill/Articles/Martin.pdf

Heather Fry. Steve Ketteridge.Stephanie Marshall. (2008) . A Handbook For Teaching And
Learning In Higher Education – Enhancing Academic Pratice. United Kingdom.

Jamila K. A. Mohamed. (2005) . Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa . Kuala


Lumpur. Siri Pendidikan Khas . PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Bahasa . (2005) . Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Karen Mackay. (2001). Diperolehi pada April 2015. http://www.eric.ed.gov/?


id=EJ665071
25

Keite Mitchell. (2015). Diperolehi pada April 2015.


http://ehowcom/strategiesforteachingmathtoslowlearners

Lewis M. Beaker. (2001 ) . Diperolehi pada 7 Ogos 2014.


http://www.bath.ac.uk/management/research/

Manual Kajian Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Diperolehi pada


Oktober 2014. http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/images/Manual_KT_EPRD.pdf

Mohamad Najib. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur

Mustapa. A.S. (2013). Murid Dan Alam Belajar. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Kuala
Lumpur

Nicholls . (2002). Diperolehi pada 4 Ogos 2014. http://eprints.uny.ac.id/7029

Noriati A. Rashid.B.P.(2013). Murid Dan Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor
Darul Ehsan

Psych. (2014). Diperolehi pada 7 Ogos 2014.


http://www.psych.utoronto.ca/users/hasherlab/abstracts/hasher_etal_01.htm

Rafiza A. Razak. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian
Dalam Analisis Novel Bahasa Melayu. Jabatan Kurikulum & Teknologi Pengajaran
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur

Richard Garlikov. (2013). Diperolehi pada Ogos 2014.


http://www.garlikov.com/PlaceValue.html
26

Robert Ollis. (2013). Diperolehi pada September 2014.


http://robertollis.blogspot.com/2013/07/strategies-for-teaching-math-to-low.html

Rosinah Edinin . (2011) . Penyelidikan – Kaedah Dan Penulisan . Kuala Lumpur.


Freemind Harizons Sdn. Bhd.

Tandonline. (2014). Diperolehi pada 4 Ogos 2014. http://www.tandonline.com

Yasmin Hussain. (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas . Selangor. Pekan Ilmu
Publications Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai