Anda di halaman 1dari 3

Lampiran

Soalan dan Jawapan Temu Bual.

1. Soalan: Signifikan dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang menekankan


profesionalisme profesion keguruan. Apakah yang dimaksudkan konsep guru sebagai
pemimpin professional?

Jawapan: Profesion keguruan merupakan satu perkhidmatan dimana memerlukan


keupayaan intelek dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan serta
memerlukan latihan khusus dalam bidang perguruan dan mempunyai kod etika
tersendiri.

2. Soalan: Kini terdapat pelbagi isu dan cabaran dari aspek profesionalisme keguruan.
Maka, apakah isu yang dialami cikgu sendiri sebagai penyelaras Pendidikan Khas?

Jawapan: Sebagai penyelaras pendidikan sememangnya bukan tugas yang mudah


dalam memastikan rakan sejawat memainkan peranan masing-masing. Itulah antara
cabaran yang paling besar bagi saya kerana jika terdapat guru yang tidak berperanan
ia memberikan kesan kepada murid pendidikan khas. Walhal, program intergrasi ini
seharusnya membantu murid pendidikan khas mampu berdikari dalam kehidupan
seharian mereka. Sebagai contoh, antara tugas penyelaras adalah adanya mesyuarat
setiap bulan bagi memastikan takwim berjalan dengan lancar. Ini bertujuan untuk
memastikan murid pendidikan khas mampu berdikari. Sebagai contoh yang saya
boleh nyatakan adalah sebagai seorang penyelaras haruslah memastikan berlakunya
progres dalam buku Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

3. Soalan: Situasi semakin lama semakin berubah cikgu, jadi dalam situasi pandemik ini,
apakah isu dan cabaran yang ikut hadapi juga?

Jawapan: Isu dan cabaran dari segi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) dimana murid-murid kurang memberikan fokus sepanjang tempoh proses
PdPR berlangsung.

4. Soalan: Pada pandangan dan pemerhatian cikgu sendiri, apakah punca murid tidak
memberikan fokus yang baik ketika proses PdPR berlansung?

Jawapan: Dari apa yang saya perhatikan sendiri, situasi murid belajar di rumah tidak
sama situasi murid belajar di sekolah. Apabila mereka berada di rumah ada pelbagai
gangguan seperti adanya bunyi bising terutama yang mempunya adik beradik yang
ramai. Bukan itu sahaja, dari segi tempat belajar pun, mereka belajar dalam keadaan
tidak selesa dimana mereka tiada ruang belajar yang baik. Perkara ini nampak remeh
akan tetapi mengganggu daya tumpuan murid.

5. Soalan: Sebagai seorang guru, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh guru?

Jawapan: Apabila menjadi seorang guru, seharusnya pandai dalam mengawal situasi
dimana dalam melihat masalah yang timbul, maka sebagai seorang guru harus
merancang strategi yang ingin dan perlu diguna pakai bagi menarik semula daya
tumpuan murid. Dalam masa yang sama membina hubungan baik dengan ibu bapa
agar dapat meminta bantuan bagi melancarkan proses pengajaran kita.

6. Soalan: Selain itu, dalam melaksanakan proses PdPR yang diarahkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia ini, adakah timbul isu juga dikalangan para guru?

Jawapan: Semestinya ada, antaranya adalah kompentesi guru dalam kemahiran


teknologi. Terdapat pelbagai isu yang timbul dalam kalangan guru, seperti pecapaian
internet, tidak kompeten dengan teknologi terkini dan kelemahan pengetahuan
teknologi terutama bagi guru-guru lama yang kian hari menunggu waktu pencen.

7. Soalan: Apakah cara cikgu gunakan dalam mengatasi isu ini?

Jawapan: Sebagai seorang guru, seharusnya tegas dalam memberikan yang terbaik
kepada anak didik. Jadi, saya memang akan memberikan arahan untuk guru-guru lain
mencuba sedaya upaya berjaya mengakses teknologi terkini seperti google meet dan
sebagainya. Memberikan mereka menyertai kursus-kursus berkaitan permainan
interaktif disamping saya juga perlu menunjukkan pendekatan dan aplikasi yang
digunakan. Hal ini secara tidak langsung memberikan motivasi kepada rakan sejawat
yang lain.

8. Soalan: Ketika wabak Covid-19 melanda negara, adakah memberikan kesan yang besar
kepada murid-murid?

Jawapan: Sememangnya ada iaitu murid keciciran murid dalam pelajaran. Sebagai
contoh, isu keciciran dalam kalangan murid yang gagal menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M) yang berlaku. Ini berpunca kerana murid yang
tidak berjaya mengakses PdPR yang dijalankan secara dalam talian kerana terdapat
segelintir murid menghadapi masalah dalam peranti digital pintar dan mempunyai
masalah dalam capaian internet untuk mengikuti kelas secara dalam talian.

9. Soalan: Bagaimana cikgu dapat mengatasi isu keciciran murid ini?


Jawapan: Untuk mengatasi isu ini sememangnya mengambil jangka masa yang
panjang kerana murid sudah lama tercicir dalam pelajaran hingga bertahun-tahun.
Jadi, sewajarnya, saya mencuba untuk mengawal situasi keciciran murid agar isu ini
tidak bertambah kritikal. Sebagai contoh, saya mengambil inisiatif dimana berbincang
bersama para guru pendidikan untuk membuat penyesuaian serta pengubahsuaian
reka bentuk PdPc bagi memenuhi keperluan pembelajaran setiap murid. Misalnya,
pembelajaran dalam talian lebih memberi fokus kepada konsep dan prinsip yang perlu
disampaikan serta difahami semua murid. Masa pembelajaran selebihnya adalah
untuk lebih memberi fokus kepada penerokaan pemahaman murid menerusi aktiviti
eksperimen dan sebagainya.

10. Soalan: Sebagai penutup kata, apakah nasihat yang ingin cikgu berikan terutama bagi
bakal-bakal guru?

Jawapan: Profesion keguruan sentiasa tercabar dengan pelbagai cabaran dan isu
pendidikan. Oleh itu, stiap guru harus sentiasa siap sedia untuk terus memajukan diri
dan profesionnya.

Anda mungkin juga menyukai