Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN

Isu dalam bidang pendidikan menimbulkan cabaran yang hebat ke atas profesion
keguruan. Sebagai seorang guru yang professional, guru perlu sensitif dengan isu
dan cabaran yang berlaku dalam bidang pendidikan. Di samping itu, guru juga perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran menangani isu dan cabaran tersebut secara
kritis dan kreatif.

2.0 PENGENALAN ISU DAN CABARAN


Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan
daripada era masyarakat industri (industrial society) kepada era masyarakat
bermaklumat (information society) menimbulkan cabaran baru kepada institusi
pendidikan. Perkembangan ini telah mempengaruhi dunia pendidikan terutamanya
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P). Justeru itu, beberapa
pengubahsuaian perlu dibuat dari segi penggunaan media pengajaran dan
pembelajaran.

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and


Communication Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet,
laman web (web page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan
baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari
segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991).
Kementerian Pendidikan juga telah mengadakan beberapa reformasi pendidikan
dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem
pendidikan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju hanya akan
tercapai sekiranya setiap golongan masyarakat kaya dengan maklumat dan
bersedia menghadapi cabaran yang bakal mendatang. Maka golongan pelajarlah
yang menjadi sasaran penting kerana mereka merupakan penggerak sebenar
kemajuan negara di masa hadapan. Seperti kenyataan Ketua Setiausaha di

1
Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu persidangan e-
pembelajaran pada Mei 2000 di Kuala Lumpur, “Teknologi telah dan akan menjadi
satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan
negara kita. Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan
penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi.
Guru sepatutnya dapat mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran”. Dari kenyataan tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru menjadi
lebih besar. Oleh itu, guru yang terlibat secara langsung dalam arena pendidikan
seharusnya memberikan komitmen dan tumpuan untuk mewujudkan masyarakat
bermaklumat ke arah merealisasikan matlamat tersebut.

Walaupun begitu, timbul keraguan tentang sejauh manakah guru-guru dapat


menggunakan komputer dan ICT dengan berkesan di dalam proses pengajaran dan
pembejarannya di dalam kelas. Menurut Zoraini Wati Abas (1996), tidak ada
gunanya jika komputer digunakan tetapi guru tidak mahu menggunakannya dengan
baik dan pelajar tidak mendapat manfaat. Menurutnya lagi, guru perlu memahirkan
diri dengan komputer supaya pengajaran yang disampaikan menjadi lebih
berkesan.

Keberkesanan dan kemantapan proses pengajaran dan pembelajaran


dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi bergantung kepada
keupayaan serta kebolehan aplikasi media teknologi maklumat yang ada pada
guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Isu ini memberi satu cabaran terhadap
penerimaan dan persiapan mental serta komitmen dalam penggunaan teknologi ini
di kalangan guru-guru secara amnya. Apakah mereka sudah bersedia menghadapi
perubahan ini atau bagaimana? Persoalan ini akan timbul apabila masih ada lagi di
kalangan guru yang tidak mahu langsung untuk menggunakan teknologi . Guru-
guru akan bertukar peranan, yang selama ini mereka melaksanakan pengajaran
secara biasa kepada pengajaran interaktif dengan menggunakan komputer sebagai
alat bantu di dalam kelas.

2
Cabaran keenam Wawasan 2020 jelas menggambarkan penekanan
terhadap sains dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara
perindustrian yang gemilang, terbilang dan cemerlang menjelang tahun 2020. Oleh
itu, pengetahuan mengenai komputer adalah menjadi satu perkara yang wajib untuk
membolehkan negara maju bergerak ke hadapan.

Oleh yang demikian, para guru di alaf baru ini perlu bersiap sedia dengan
pengetahuan mengenai komputer. Ini adalah disebabkan satu hari nanti, tiada lagi
istilah bebanan dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks


pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah
menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk
melaksanakan perubahan iaitu:

i. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan


di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa
kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu
perubahan itu adalah daripada pihak luar seperti pertubuhan bukan kerajaan,
kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

ii. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa


amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana
kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid.
Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu
menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea
mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan
kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan
penyampai ilmu.

3
iii. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab.
Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea
perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami
masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan
pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan
aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan
pelbagai "jenis hari" yang lain.

iv. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan


perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang
memberikan sokongan iaitu dari segi:
a. Kewangan
b. Motivasi dan dorongan
c. Pengiktirafan
d. Penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e. Mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.

v. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri


terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan
memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah
kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan
mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

vi. Perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran: Guru-guru yang mempunyai


tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap sesuatu inovasi akan
kurang memberikan kerjasama berbanding mereka yang lebih berpegetahuan
dan berkemahiran. Misalnya guru yang lebih berkemahiran dalam komputer
tentu akan bertindak secara proaktif dalam proses pengajaran berbantu
komputer berbanding guru yang kurang berkemahiran.

4
vii. Perubahan yang kerap dan mendadak: Sesuatu perubahan kurikulum yang
diperkenalkan terlalu kerap dan mendadak akan menimbulkan kejutan kepada
guru. Mereka kurang bersedia kerana terpaksa mengetahui, mempelajari dan
melaksanakan kemahiran baru.

Selain itu, terdapat juga beberapa masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam
usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya
ialah.
i. Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar
bandar.
ii. Perisian komputer untuk p&p yang sesuai sukar diperoleh.
iii. Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di
sekolah yang kurang berkesan.
iv. Penyengaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah.
v. Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

5
3.0 STRATEGI MENANGANI ISU

Sejajar dengan perkembangan dunia terkini, pengguna ICT dalam kalangan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Oleh itu,
terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini, antaranya ialah.

a) Sokongan yang mantap daripada guru yang berpengalaman.


Guru berpengalaman merujuk kepada guru senior yang mempunyai pengalaman
yang luas dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Sebagai guru senior yang sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang
tinggi serta mempunyai autoriti di sekolah mereka merasakan bahawa cara p&p
mereka adalah terbaik dan tidak menyokong perubahan yang dibawa
sehinggakan terdapat sebahagian daripada mereka yang suka memperlekehkan
terutamanya guru baru yang ingin menggunakan bahan teknologi dan ICT dalam
p&p mereka. Perkara ini seharusnya tidak berlaku kerana hal ini akan
mengakibatkan semangat guru yang ingin membuat inovasi terbantut dan
akhirnya mereka akan berputus asa. Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini,
guru-guru yang ingin membuat transformasi ini perlulah mempunyai motivasi
dalaman yang tinggi untuk berikhtiar agar tidak ketinggalan dalam bidang ICT.
Selain itu, guru juga seharusnya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan
ICT dari semasa ke semasa agar dapat menguasai maklumat dan pendedahan
tentang maklumat terkini.

b) Melibatkan secara aktif guru-guru dalam bengkel atau kursus teknologi


yang diadakan.
Guru-guru dikatakan kurang melibatkan diri dalam bengkel atau kursus teknologi.
Oleh itu, dalam mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu memainkan peranan
yang penting iaitu dengan cara meningkatkan pelaksaan kempen melalui
teknologi seperti kaedah pemasaran melalui internet, penyampaian berita,
urusan pentadbiran dan sebagainya sehinggakan ia dapat menggalakkan guru
cenderung dalam menggunakan teknologi. Dengan ini, guru-guru sedikit

6
sebanyak mempunyai semangat untuk melibatkan diri dalam kempen tersebut.
Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu menggalakkan guru
supaya terlebih dahulu mempelengkapkan dan menyesuaikan diri dengan
kemahiran-kemahiran asas teknologi seperti penggunaan komputer riba dan juga
kemahiran menggunakan komputer seperti Microsoft Word, Powerpoint dan juga
Excel dapat memantapkan lagi penggunaan ICT. Menurut Bakhtiar (1995) dalam
kajiannya yang menyatakan kemahiran adalah aspek penting bagi seseorang
guru untuk menggunakan komputer dengan baik di dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Tegasnya, inisiatif untuk mempertingkatkan kemahiran
di dalam bidang komputer dan ICT perlulah dipertingkatkan dengan mengikuti
kursus-kursus yang diadakan. Pihak yang bertanggungjawab khususnya
bahagian teknologi pendidikan perlu memainkan peranan yang terpenting dalam
mendidik guru mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan ICT supaya guru dapat
menggunakan kepakaran yang dimiliki ini dalam kelas yang diajar.

c) Sekolah menambahkan kemudahan komputer.


Jika dilihat, kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia kurang mempunyai
kemudahan komputer. Hal ini menyebabkan ramai pelajar kurang pendedahan
mengenai pengetahuan serta maklumat terkini. Oleh itu, dalam mengatasi
masalah ini, pihak sekolah perlulah memainkan peranan yang terpenting iaitu
dengan cara menambahkan peruntukan untuk membeli komputer atau alat
teknologi baru bagi memastikan setiap pelajar dapat menggunakan kemudahan
komputer dalam pembelajaran. Selain itu, pihak sekolah perlu mencari sumber
kewangan yang lain selain mengharapkan daripada pihak kerajaan untuk
memperbanyakkan dan menaik taraf kemudahan teknologi di sekolah.

d) Pihak sekolah memberikan sokongan dan galakan yang padu kepada guru.
Sokongan dan galakan dari pihak pentadbir sangat penting dalam melibatkan
penglibatan guru dalam bidang ICT, justeru, pihak pentadbir sekolah perlu
sentiasa berfikiran terbuka iaitu dengan mengubah persepsi negatif terhadap

7
guru-guru yang melihat pembelajaran berasaskan teknologi adalah sukar dengan
memperkenalkan kaedah-kaedah terbaru pembelajaran dengan menggunakan
bidang teknologi. Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga mestilah memberi
sokongan yang padu kepada guru yang ingin mengubah cara pengajaran
mereka iaitu dengan memperkasakan kemahiran guru dengan memberikan
kursus kemahiran penggunaan teknologi yang mencukupi untuk menggunakan
peralatan ICT secara cekap dan efektif.

e) Membina makmal komputer di kawasan yang strategik.


Masa yang diperuntukkan untuk guru mengajar adalah tidak mencukupi. Oleh
yang demikian, sukar bagi guru untuk melakukan aktiviti seperti membawa
pelajar ke makmal komputer. Biasanya para pelajar akan mengambil masa 5
hingga ke 10 minit untuk sampai ke makmal komputer lantaran baru selesai
menghabiskan sesi pembelajaran subjek sebelumnya yang mana ada kalanya
guru mata pelajaran lewat menghabiskan pengajarannya. Oleh itu, pihak sekolah
perlulah memastikan agar bilik komputer terletak berhampiran dengan bilik
darjah. Ini kerana, tempoh yang diambil oleh pelajar berjalan ke makmal
komputer tidak mengambil masa yang panjang.

8
4.0 PELAN TINDAKAN

MELIBATKAN SECARA AKTIF GURU DALAM BENGKEL ATAU KURSUS


TEKNOLOGI YANG DIADAKAN.

Memilih guru yang akan


mengikuti kursus ICT.
Pihak pentadbir
memilih guru bidang
Menghantar guru yang untuk mengikuti kursus
terpilih mengikuti kursus ICT
Pihak induksi ICT bersama
pentadbir
dengan Bahagian Teknologi
meminta guru
Pendidikan (BTP).
yang telah
mengikuti
kursus untuk
mengajar guru
Membuat kursus
lain di sekolah
berkelompok iaitu guru
yang mengikuti kursus
mengajar guru lain di
sekolah. Guru ICT membuat
ujian pencapaian bagi
mengukur tahap
kebolehan dan
Membuat ujian pencapaian kefahaman guru.
guru selepas mengikuti
Guru mata kursus.
pelajaran cuba
aplikasikan
bahan ICT dan
teknologi Guru aplikasi kemahiran
semasa ICT dalam p&p di bilik
proses p&p di darjah bersama murid.
dalam kelas.

9
Pihak pentadbiran memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kebolehan dan
kemahiran guru dalam penggunaan ICT di sekolah. Terdapat beberapa langkah bagi
menyediakan guru yang berkebolehan dalam menggunakan bahan teknologi dan ICT
semasa melaksanakan p&p di dalam bilik darjah.

Pertama ialah pihak pentadbir memilih guru bidang atau guru ICT untuk
dihantar bagi mengikuti kursus ICT. Guru yang dipilih ini mestilah terdiri daripada guru
yang meminati bidang ICT, rajin dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan
kebolehan dalam bidang ICT untuk diaplikasikan semasa proses p&p.

Kedua ialah, pihak pentadbir menghantar guru-guru yang telah dipilih untuk
mengikuti kursus ICT bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Hal ini
adalah kerana antara fungsi BTP ialah merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam
pendidikan  serta menyedia, melaksana dan memantau perkhidmatan  sokongan ICT
untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pihak BTP juga menyediakan
perkhidmatan kepakaran dan nasihat bagi mempertingkatkan inovasi dan kreativiti 
teknologi pendidikan di sekolah. Tidak hairanlah jika, kebanyakan guru akan Berjaya
meningkatkan kemahiran dalam penggunaan bahan ICT selepas mengikuti kursus
bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan ini.

Langkah yang seterusnya ialah, membuat kursus berkelompok iaitu guru yang
mengikuti kursus mengajar guru lain di sekolah. Selepas guru yang terpilih mengikuti
kursus ICT bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, pihak pentadbir perlulah
mengadakan satu program di mana program ini akan dikelolakan oleh guru yang telah
mengikuti kursus tersebut. Program ini adalah bertujuan untuk mengajar guru lain yang
tidak dapat mengikuti kursus bersama dengan BTP secara langsung. Program ini
bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan guru dalam penggunaan
bahan ICT semasa menjalankan proses p&p di dalam kelas.

10
Langkah keempat yang dicadangkan dalam pelan tindakan ialah membuat ujian
pencapaian guru selepas mengikuti kursus. Ini bermaksud guru yang mengelola
program tersebut perlulah mengadakan ujian ringkas di mana ujian ini adalah untuk
melihat pencapaian guru-guru setelah mengikuti kursus ICT. Program yang ringkas
tetapi memberikan impak yang besar ini adalah sangat penting kerana ianya dapat
mengukur sejauh mana guru-guru yang terlibat memahami dan tahu menggunakan
bahan ICT untuk digunakan semasa proses p&p di dalam kelas nanti.

Manakala yang terakhir ialah pengaplikasian kemahiran ICT dalam bilik darjah
bersama dengan murid-murid. Peringkat ini merupakan peringkat terakhir di mana guru
yang telah mengikuti kursus ICT akan mengaplikasikan kemahiran yang baru dipelajari
bersama dengan anak didik mereka. Keberkesanannya dapat dilihat apabila di akhir
p&p guru membuat ujian formatif bagi melihat keberkesanan teknik pengajaran yang
digunakan dikalangan murid-murid.

11
RUJUKAN

Abu Bakar Nordin (1991) dan Halim Hui (ed). Kurikulum: Perspektif dan
Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Sdn. Bhd.

Bakhtiar Mansor (1995). Membina “Empowerment“ Pengupayaan Dalam Pengurusan


Pendidikan. Kertas Kerja Seminar Pengurusan Pendidikan, IAB, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Internet

http://oliy777.blogspot.com/2012/11/kebaikan-sistem-pendidikan-di-malaysia.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/12097-baucar-buku-1malaysia-
bb1m.html

http://nutrition.moh.gov.my/index.php/kanak-kanak-sekolah/program-susu-1-malaysia-
ps1m

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/1430-program-program-kerajaan-
prihatin.html

12

Anda mungkin juga menyukai