Anda di halaman 1dari 8

019-5787728

Peperiksaan Percubaan SPM 2019 【Melaka】

Kertas 2 Bahagian B (Respon Terbuka)

Pendidikan maya mendatangkan banyak kebaikan kepada pelajar.

Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam mengaplikasikan pendidikan maya dalam pembelajaran.

Pendahuluan:

1. Pendapat: Pembelajaran maya mula digunakan seiring dengan perkembangan Internet.

2. Maksud: Istilah pembelajaran maya sering dikaitkan dengan istilah-istilah seperti e-pembelajaran,

pembelajaran jarak jauh dan sebagainya.

3. Latar sekarang: Menurut Jamaludin (2000) dalam jurnal yang bertajuk Pembelajaran Maya dan

Pembangunan Komuniti ‘pembelajaran maya adalah satu corak memperoleh ilmu atau pendidikan

menggunakan sistem pendekatan penyampaian pengajaran bagi membolehkan perubahan kekal dalam

diri seseorang individu dari segi mental, pemikiran, konsep, sikap dan perlakuan melalui pengalaman

yang tertentu yang diuruskan melalui suatu sistem talian yang menguruskan pembelajaran,

membekalkan mekanisme penghantaran pengetahuan atau maklumat’.

4. Latar sekarang: Ini membawa maksud bahawa pembelajaran maya adalah sama seperti

pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang

membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya.

Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran

biasa.

5. Latar sekarang: Namun begitu, terdapat beberapa masalah dalam mengaplikasikan pendidikan jarak

jauh. Antaranya termasuklah kepakaran tenaga pengajar, pelajar sukar atau lambat dalam

menyelesaikan sesuatu kemusykilan dalam subjek, pelajar menjadi tidak disiplin dan bersikap sambil

lewa serta penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar elektronik melibatkan kos yang tinggi.

6. Cara: Oleh itu, pelbagai pihak sepatutnya menggembleng tenaga untuk memartabatkan lagi sistem

pendidikan negara kita agar negara kita boleh mencapai tahap bertaraf dunia.

7. Kesan: Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding

dengan sistem pendidikan di negara-negara maju.

1
019-5787728

8. Perangai: Pelbagai pihak harus mengelakkan tanggapan negatif terhadap pengimplementasian

pendidikan maya dalam pembelajaran pada era ini.

9. Peribahasa: Setiap pihak mesti sedar bahawa istilah dalam pepatah “zaman beralih, musim

bertukar” dan menerima hakikat bahawa pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah.

10. Persoalan: Dalam konteks ini, berikutlah ialah cadangan yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak

untuk mengaplikasikan pendidikan maya dalam pembelajaran.

Isi 1:

1. Isi: Sebagaimana kita sedia maklum, pendidikan maya memang mendatangkan banyak kebaikan

kepada pelajar. Namun, kelemahan pendidikan maya tidak dapat kita nafikan. Kemudahan teknologi

yang tidak mencukupi menjadi kekangan dalam pendidikan maya.

2. Isi: Oleh itu, pihak kerajaan sepatutnya menaik taraf kemudahan-kemudahan di sekolah dan

institusi pengajian tinggi.

3. Sebab: Hal ini demikian kerana proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer,

peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan

komputer yang mencukupi dan lancar.

4. Sebab: Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi

salah satu punca permasalahan pengintegrasian ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

5. Contoh: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

6. Contoh: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

7. Contoh: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

2
019-5787728

8. Kesan: Dengan usaha meningkatkan prasarana di sekolah-sekolah, pendidikan maya pasti dapat

diaplikasikan secara lancar dan efektif.

9. Peribahasa: “Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras”. Peribahasa ini jelas

memanifestasikan bahawa ______________________________________________________

__________________________________________________________________________

10. Penegas: Jelaslah di sini bahawa pihak kerajaan mestilah memikul tanggungjawab untuk menaik

taraf infrastruktur di sekolah-sekolah tanpa mengira sekolah rendah, sekolah menengah ataupun

institusi pengajian tinggi di negara kita.

Isi 2:

1. Isi: Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sepatutnya memberikan kursus teknologi dan

inovasi untuk tenaga pengajar.

2. Sebab: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

3. Sebab: ____________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

4. Contoh: Lantaran itu, para guru dan pensyarah perlu melengkapkan diri dengan kemahiran komputer

dan sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi.

5. Contoh: Prakarsa ini dianggap sangat penting kerana teknologi dan inovasi sentiasa mempunyai

pembaharuan akibat penemuan teknologi baru.

6. Contoh: Bagi memastikan diri mampu mengajar para pelajar dengan cara yang mudah dan berkesan,

para tenaga pengajar harus mengikuti kursus-kursus berkaitan teknologi dan inovasi bagi

memantapkan proses pengajaran mereka.

7. Kesan: ____________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

3
019-5787728

8. Kesan: ____________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

9. Peribahasa: Bak kata peribahasa Melayu, “kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya”.

Para tenaga pengajar mestilah sentiasa berpegang pada prinsip ini untuk menyesuaikan diri dalam

era teknologi yang berkembang dengan pesat ini dan tidak mematah semangat dalam mengejar ilmu

pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi dan inovasi.

10. Penegas: Tegasnya, pihak berkenaan mestilah memberikan para tenaga pengajar bantuan untuk

meningkatkan keupayaan diri dalam bidang teknologi dan inovasi bagi memudahkan mereka

mengaplikasikan pendidikan maya dalam pembelajaran.

Isi 3:

1. Isi: Di samping itu, pihak universiti memikul tanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan dan

kajian yang konsisten ke atas aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan jarak

jauh.

2. Sebab: Hal ini bertujuan untuk memastikan kebajikan dan hal ehwal pelajar dimana bantuan nasihat

dan kaunseling kepada pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai masalah pembelajaran perlu

ditekankan, prestasi pelajar dan sebagainya.

3. Sebab: Keadaan ini penting bagi mengetahui keberkesanan pendidikan jarak jauh dan sebagai satu

langkah untuk mengetahui kelemahan yang perlu dibaiki.

4. Contoh: Sebagai contoh, beberapa universiti yang telah diiktiraf sebagai Universiti penyelidikan

seperti Universiti Malaya dan juga Unversiti Sains Malaysia untuk melonjakkan lagi sistem

pendidikan di negara kita.

5. Contoh: Antara pembangunan dan pembinaan pembelajaran maya juga termasuklah kerjasama

antara Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Insititusi Pengajian Tinggi Swasta dengan syarikat

tempatan.

6. Contoh: Usaha sama syarikat Mahirnet Sdn. Bhd. dan UPM julung-julung kalinya menawarkan

program Bacelor Komunikasi secara maya.

4
019-5787728

7. Contoh: Walaupun yurannya agak tinggi, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya,

kaedah ini sebenarnya dianggap berbaloi.

8. Kesan: Dengan penyelidikan dan kajian oleh pihak universiti, diyakinkan pengaplikasian pendidikan

maya dalam pembelajaran akan menjadi lebih lancar.

9. Peribahasa: Usaha pihak-pihak berkenaan sebenarnya amat penting dalam menjayakan pelaksanaan

pendidikan maya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

10. Penegas: Tuntasnya, pihak universiti mestilah memainkan peranan diri untuk menyelidik dan mengaji

aspek pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan maya.

Isi 4:

1. Isi: Jika diselidik dengan lebih mendalam, golongan ibu bapa juga memainkan peranan yang

signifikan dalam membantu untuk mengaplikasikan pendidikan maya dalam pembelajaran.

2. Sebab: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

3. Sebab: Tidak dinafikan terdapat begitu banyak maklumat yang baik dan positif yang boleh

dimanfaatkan oleh pelajar dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan mereka. Namun demikian,

terdapat juga perkara yang boleh melalaikan dan menyeronokkan terutamanya kepada golongan

pelajar sekolah.

4. Contoh: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

5. Contoh: Dalam pada itu, ibu bapa sepatutnya memantau aktiviti dan pembelajaran anak-anak agar

mereka tidak melakukan atau terlibat dalam gejala-gejala yang tidak sihat.

5
019-5787728

6. Contoh: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

7. Kesan: Apabila golongan ibu bapa sentiasa mengawal penggunaan Internet dalam kalangan pelajar,

sudah pasti masalah penyalahgunaan Internet atau teknologi yang semakin banyak seperti cendawan

tumbuh selepas hujan itu boleh dikurangkan.

8. Kesan: ___________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

9. Peribahasa: Ibu bapa mestilah ingat bahawa tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak

sendiri merupakan tanggungjawab primer yang mesti diutamakan. Janganlah ibu bapa bersikap

seperti anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.

10. Penegas: Jelasnya, ibu bapa mestilah sentiasa mengawal penggunaan Internet anak-anak supaya

usaha mengaplikasikan pendidikan maya dalam pembelajaran tidak akan menemui jalan buntu.

Isi 5:

1. Isi: Tidak ketinggalan juga, pihak berkenaan seperti golongan tenaga pengajar juga

bertanggungjawab untuk mempelbagaikan perisian di laman web.

2. Sebab: Hal ini adalah sangat penting untuk memastikan para pelajar boleh mendapat informasi dan

maklumat yang lebih relevan dan tepat semasa mencari maklumat menerusi Internet.

3. Sebab: Pelajar juga akan memperoleh maklumat dari sumber yang lebih luas selain buku teks pada

bila-bila masa dan di mana-mana saja.

4. Contoh: Sebagai contoh, pengisian web boleh dipelbagaikan dengan mewujudkan sesuatu forum atau

perbincangan dua pihak secara komunikasi dua hala.

5. Contoh: Pengorganisasian maklumat dengan lebih teratur seperti nota kuliah, jadual, bayaran yuran,

tutorial dan juga peperiksaan juga boleh diwujudkan.

6
019-5787728

6. Contoh: Menurut Linda C. Joseph, penyelidik dari Columbus (Ohio) Public Schools di US, konsep e-

pembelajaran tidak lagi hanya sekadar melihat nota-nota kuliah ataupun penghantaran tugasan

kepada pensyarah melalui e-mel tetapi terdapat perbincangan antara pensyarah dan pelajar atas

talian.

7. Kesan: Dengan usaha pelbagai pihak dalam pengisian web, pendidikan maya mampu diaplikasikan

dengan lebih sempurna dan komprehensif.

8. Kesan: Rentetan daripada itu, semua pelajar berpeluang untuk mengeluarkan pendapat secara

elektronik dan bukannya hanya pelajar yang mempunyai personaliti suka atau berani bercakap sahaja

yang mengeluarkan idea semasa di dalam bilik kuliah.

9. Kesan: Pelajar yang memerlukan lebih masa untuk memproses maklumat dan mengeluarkan idea

mempunyai masa yang secukupnya sebelum mengeluarkan pendapat mereka di dalam perbincangan

secara elektronik.

10. Penegas: Pendek kata, perkongsian maklumat akan berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam

pendidikan apabila pihak berkenaan sentiasa berusaha dalam mempelbagaikan perisian kongsi di

laman web.

Penutup:

1. Pendapat: Kesimpulannya, sememangnya pendidikan maya memberikan pelbagai kelebihan kepada

seluruh lapisan masyarakat.

2. Kesimpulan: Umum mengetahui bahawa bentuk pengaajaran dan pembelajaran yang baharu

membolehkan rakyat meningkatkan kemahiran dan kelayakan akademik.

3. Cadangan: Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara kita dapat meluaskan lagi horizon minda

para pelajar.

4. Cadangan: Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya

dilaksnakan secara menyeluruh.

5. Cadangan: Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat dikuasai.

6. Cadangan: Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian patut

dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang’.

7
019-5787728

7. Peribahasa: Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun badan bukan kerajaaan

(NGO) perlulah berganding bahu bersama kerajaan untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di

negara kita agar ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain.

8. Harapan: Diharapkan para pelajar akan memanfaatkan kaedah pembelajaran maya ini semaksimum

mungkin kerana jika tiada komitmen diri, tidak akan ada satu cara belajar pun yang akan berhasil.

9. Harapan: Apabila setiap pelajar bijak memanfaatkan pembelajaran maya, modal insan yang lebih

kamil, syumul dan berkaliber pasti dapat diwujudkan.

10. Harapan: Dengan ini, mereka boleh menyumbang tenaga dalam membangunkan negara kita supaya

negara kita boleh menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai