Anda di halaman 1dari 1

CATATAN REFLEKSI

1. ISU/PERKARA YANG DIFOKUS:

Pelaksanaan Projek Inovasi Rekreasi Matematik “Fun Math” dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan.

2. ANALISIS ISU/ PERKARA YANG DIFOKUS:


2.1 KEKUATAN
 Murid pemulihan dapat mematuhi peraturan semasa menjalankan projek “Fun
Math”.
 Projek Fun Math berjaya mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran operasi
asas murid pemulihan.
 Murid pemulihan berasa seronok kerana dapat bermain sambil belajar dalam
aktiviti rekreasi matematik ini.
 Guru pelatih berjaya menjadi seorang fasilitator yang baik untuk membimbing
murid pemulihan menjalankan projek “Fun Math”.
 Aktiviti pemulihan berjaya menarik minat murid pemulihan untuk terlibat aktif
dalam PdPc.

2.2 KELEMAHAN
 Tempat pelaksanaan projek kurang selesa kerana murid duduk di lantai.
 Kekangan masa untuk menjalankan Fun Math

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi memastikan murid pemulihan belajar dalam keadaan yang kondusif, guru haruslah
menyediakan tikar supaya murid pemulihan dapat duduk dengan selesa untuk
menjalankan projek. Selain itu, pengurusan masa juga harus dikuasai oleh guru pelatih
dengan berkesan supaya aktiviti PdPc atau projek dapat dijalankan dengan lancar.
Bukan itu sahaja, guru pelatih juga harus mempelbagaikan strategi dalam menjalankan
PdPc supaya meningkatkan keberkesanan PdPc supaya murid dapat menguasai
kemahiran mengira dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai