Anda di halaman 1dari 4

1.1 1.

11

KEMAHIRAN SET INDUKSI Pengenalan Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh

setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Bagaimanapun,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran.

1.12

Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi

Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : a. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman,kebolehan dan umur murid. b. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. c. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan yang sedia ada. d. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid.
1

e. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demi mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.

1.13

Objektif-objektif Set Induksi Penggunaan set induksi dalam proses pengajaran mempunyai beberapa objektif berikut: a. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan. b. Membina aliran fikiran muris supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. c. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar. d. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan. e. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atau projek. f. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid. g. Membantu murid mengikut pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna

1.14

Kesan Kemahiran Set Induksi Ke Atas Pengajaran Pembelajaran Jika objektif-objektif set induksi berjaya dicapai, kesan penggunaan

kemahirannya dapat diperhatikan seperti berikut : a. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi. Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti pengajaran guru selanjutnya. b. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pelajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini.
2

c. Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah dan bermakna. d. Murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru. e. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana yang aktif dan seronok. f. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktitivi set induksi dapat menarik minat pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

1.15

Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi Kemahiran set induksi lazimnya, dibahagikan kepada empat jenis komponen, iaitu : I. II. III. IV. Menarik perhatian Mewujudkan motivasi Membuat perkaitan; dan Menstruktur Menarik Perhatian merangkumi perkara berikut : mewujudkan nada suara yang sesuai. menggunakan ABM/BBM yang menarik. menggunakan gerakan, kontek mata, isyarat. menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa.

I.

II. Mewujudkan Motivasi merangkumi perkara berikut :


membangkitkan rasa ingin tahu. menggunakan teknik bercerita. menunjukkan suatu aktiviti yang berguna. menggunakan soalan yang mencabar.

Membuat Perkaitan merangkumi perkara berikut :


mengaitkan pengetahuan lepas murid. mengaitkan isi pelajaran baru. mengaitkan peristiwa semasa. mengaitkan minat dan pengalaman murid.

Menstruktur merangkumi perkara berikut :


menyatakan had tugas yang akan dijalankan. menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. menyatakan cara-cara melaksanakan tugas. menyatakan aktiviti, tugasan atau projek.

Anda mungkin juga menyukai