Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 1

PENGAJARAN MIKRO

1.1

Konsep Pengajaran Mikro

Adakah anda mengetahui bahawa pengajaran mikro berasal dari Stanford University pada tahun 1963? Para pekerja dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pengajaran telah mereka suatu pendekatan bagi latihan pengajaran praktikal dengan memperkenalkan kawalan ketat, kaedah lebih analitikal dan suatu pendekatan baru dalam memberi maklum balas. Sejak itu, terdapat ledakan dalam penggunaan teknik ini di Amerika Syarikat dan pertambahan minat di Great Britain. Pada amnya, pengajaran mikro membekal dan memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju akan aktiviti pengajaran yang kompleks. Bagaimanakah ini tercapai? Mengapa, pastinya melalui penggunaan teknik simulasi. Ahli teori penuh yakin dan percaya bahawa teknik ini memperkenalkan kepada anda, sebagai seorang pelajar, kepada pengajaran yang kompleks yang memerlukan kemahiran yang mencabar yang berkait rapat dengan situasi sebenar dalam bilik darjah. Pada asasnya, dalam pengajaran mikro, anda akan dikehendaki memfokus kepada kemahiran pengajaran khusus yang telah dikenal pasti oleh anda dan pensyarah anda. Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan rakaman video dan penggunaan borang penyeliaan bagi setiap kemahiran pengajaran. Anda akan mengetahui bahawa apabila anda memulakan kelas pengajaran mikro, anda akan menghargai maklum balas prestasi anda daripada kawan-kawan anda, agar anda akan mengetahui sejauh manakah anda telah berjaya setiap kali anda mengajar. Lantaran, sebagaimana yang dibayangkan oleh istilah tersebut, pengajaran mikro adalah mikro dikecilkan dalam tiga cara: y y y Saiz kelas jumlah pelajar mungkin hanya 5; Jangka masa pengajaran boleh jadi sependek 5-10 minit; dan Kesukaran tugasan lazimnya hanya berfokus pada satu kemahiran mengajar pada satu-satu masa

Sekarang cuba kita fahami apa kata pakar tentang pengajaran mikro

Wragg, E.C. dalam bukunya, Teaching Teaching (David dan Charles, 1974) berkata bahawa alasan untuk menyokong teknik ini ialah teknik ini membolehkan guru memajukan himpunan kemahiran profesional dalam suasana pengajaran yang kondusif, jauh daripada hiruk-pikuk suasana kelas biasa, dan ini terutama kepada guru pelatih yang baru mula, suasana yang agak selamat amat penting untuk pembelajaran yang berkesan. Setelah membaca apa kata Wragg tentang pengajaran mikro, adakah anda setuju bahawa teknik ini merupakan suatu teknik yang berkesan untuk menjamin guru pelatih belajar dan mampu meningkatkan kemahiran pengajarannya dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif jauh daripada bilik darjah yang biasa? Allen dan Ryan (1969) pula mencadangkan beberapa ciri utama pengajaran mikro: 1. Pengajaran mikro merupakan pengajaran sebenar walaupun situasi pengajaran telah direka begitu rupa di mana pensyarah dan guru pelatih berkerjasama dalam situasi latihan. 2. 3. Pengajaran mikro mengurangkan keadaan kompleks bilik darjah biasa di mana saiz kelas, skop kandungan, dan masa dikurangkan. Pengajaran mikro memfokus kepada penguasaan tugasan yang spesifik, seperti kemahiran pengajaran, teknik pengajaran, penguasaan bahan kurikulum atau demonstrasi kaedah pengajaran: 4. Pengajaran Mikro membolehkan peningkatan dalam kawalan praktik,, jumlah pelajar, kaedah maklum balas dan penyeliaan, dan faktor lain boleh diubah suai, dan. 5. Pengajaran mikro meningkatkan dimensi maklum balas pengajaran. Melalui penggunaan borang penyeliaan yang direka untuk mendapatkan reaksi spesifik kepada beberapa aspek pengajaran, memainkan semula pita video, guru pelatih akan mengetahui akan prestasinya dan akan cuba memperbaikinya.

1.2

Proses Pengajaran Mikro

Adalah menarik untuk mengetahui bahawa kitaran pengajaran mikro yang asal yang direka di Stanford pada awal 1960-an mengandungi urutan Rancang Mengajar Memerhati (Kritik) Merancang Semula Mengajar Semula Memerhati Semula (Allen dan Ryan dalam Brown 1975) Setiap kitaran ditumpukan kepada latihan dalam suatu komponen kemahiran seperti set induksi dan penutup (permulaan dan pengakhiran segmen pengajaran), penyoalan yang berkesan, peneguhan pelajar dan penglibatan pelajar. Syarahan dan demonstrasi kemahiran akan didedahkan kepada guru pelatih sebelum latihan kemhiran berkenaan dipraktikkan. Proses pengajaran mikro yang dikaji dalam unit ini mengandungi : perbincangan dan perancangan, pelaksanaan (pengajaran), penilaian reflektif (kritikan), perancangan semula dan pengajaran semula. Rajah 1.1 menggambarkan proses tersebut.

Pelan

Pendapat Pemerhati

Menyatakan Objektif Dan Mengajar

Pengajaran semula

Kritikan Pemerhati

Perancangan semula

Rajah 1.1 Proses Pengajaran Mikro


Ringkasnya, sesi pengajaran mikro akan berlaku dalam urutan berikut:

Sebagai guru pelatih, anda dinasihatkan

memulakan setiap sesi pengajaran mikro

dengan menyatakan objektif pengajaran yang hendak diajar.. Ini diikuti dengan persembahan isi pengajaran dalam bentuk yang tersusun dan terancang. Anda harus ingat akan cepat lambat penyampaian anda, penggunaan ilustrasi dan contoh. keterlaluan. Pada akhir sesi pengajaran, anda digalakkan untuk merumus topik yang diajar dan juga mendapatkan maklum balas pelajar. Mengapa? Untuk mendapatkan idea ringkas tentang kefahaman pelajar anda tentang konsep dan kandungan yang telah diajar. Semasa persembahan, anda harus menggunakan alat pandang dengar ( audio-visual) yang cukup dan bersesuaian. Juga, cuba pastikan pelajar anda mengambil bahagian yang aktif sepanjang sesi pengajaran. Sebagai peringatan kepada pemerhati: anda harus cuba untuk menilai prestasi pengajaran dengan cara yang objektif. Gunakanlah borang penyeliaan yang disediakan seperti yang ditunjukkan di bahagian berikutnya membimbing pengajaran seorang guru pelatih. Apakah pendapat anda tentang proses pengajaran mikro? Adakah ia menggambarkan sesuatu yang sistematik ? Cuba laksanakan beberapa sesi pengajaran mikro dan anda akan pasti kagum dengan kebolehannya untuk meningkatkan kemahiran pengajaran anda. Ini amat berkesan dalam membantu Jika boleh, selitkan beberapa unsur kecindan dan jenaka di mana perlu. Tetapi ingat, jangan

1.3

Kemahiran Pengajaran Dan Penilaian Dalam Pengajaran Mikro

Antara kemahiran pengajaran yang terangkum dalam pengajaran mikro dan penilaian ialah : y y y y y y y y set induksi, penggunaan papan tulis variasi rangsangan penyoalan peneguhan penerangan pengunaan bahan resos, bahan bantu mengajar, contoh dan ilustrasi penutup

Dalam bahagian berikutnya, kita akan meneliti setiap lapan kemahiran pengajaran yang dinyatakan di atas dan juga membekalkan contoh borang penyeliaan bagi setiap kemahiran tersebut. 1.3.1 Set Induksi

Sekarang, mari kita meneliti kemahiran pengajaran mikro yang pertama, iaitu, set induksi. Saya yakin anda sudah biasa dengan istilah set induksi. Sering kali anda telah memerah otak anda, memikirkan set induksi yang menarik dan merangsangkan untuk memulakan pengajaran anda. Benarkah begitu? Apa itu set induksi? Seperti yang tersirat dalam namanya, set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran: iaitu orientasi prapengajaran. Sebenarnya, set induksi memperkenalkan sesuatu pengajaran, atau topik baru dalam suatu pengajaran yang dapat menarik minat pelajar anda terhadap apa yang akan diajar seterusnya dan juga membantu mengenal pasti apa yang sudah diketahui dan menghubungkaitkannya dengan apa yang akan menyusul kemudian. Apakah di antara kaedah yang telah anda cuba dalam bilik darjah? Cuba ingat kembali, dan catatkan di helaian kertas.

Pernahkah menyoal kenapa anda menggunakan set induksi? Apakah yang ingin anda capai? Sebahagian daripada objektif set induksi adalah seperti berikut:: y y Untuk memfokus tumpuan pelajar kepada apa yang akan dipelajari Untuk mewujudkan kerangka rujukan sebelum dan semasa sesuatu sesi pengajaran y y Untuk memberi makna kepada konsep dan prinsip baru; dan Untuk merangsang minat dan penglibatan pelajar.

Bolehkah anda fikirkan objektif lain ? Lanjutan daripada perbincangan kita, bilakah anda menggunakan set induksi? Pada permulaan pengajaran? Pada akhir pengajaran? Antara topik? Dengan ini dicadangkan bahawa set induksi patut digunakan: y y y y y Pada permulaan pengajaran Semasa menukar topik; Sebelum sesi soal-jawab; Sebelum perbincangan panel; dan Sebelum tayangan filem, klip video, dan program radio

Apakah komen anda? Setelah mempelajari berkenaan mengapa dan bila tentang set induksi, mari kita sekarang mengkaji apa tentang set induksi. Sebelum kita teruskan perbincangan, bolehkah anda cadangkan beberapa komponen set induksi?

Pada asasnya, komponen set induksi mengandungi y Menarik perhatian ini akan tercapai jika anda ingin mencuba sesuatu yang baru setiap kali. Jika anda gunakan muslihat yang sama setiap kali, murid anda akan jemu terutama apabila mereka boleh teka bagaimana anda akan memulakan pengajaran anda setiap kali anda memasuki kelas.

Mewujudkan motivasi semasa perkembangan pengajaran, murid lemah berkemungkinan hilang tumpuan mereka; berceritalah atau tanyalah soalan yang merangsang dan releven dan lihat kesannya. Perkaitan Kognitif ada kalanya murid gagal melihat keseluruhan bahan pengajaran yang sedang disampaikan; tetapi sekiranya murid-murid dapat mengaitkan bahan pengajaran dengan pengalaman lampau dan baru atau mungkin dengan isu semasa, ini dapat menjadi mukjizat, dan Menstruktur murid memerlukan hala tuju agar dapat memahami apa yang sedang diajar. Oleh itu, adalah penting sekiranya aktiviti dan tugasan yang ingin dicapai dijelaskan terlebih dahulu.

Kaji borang penyeliaan set induksi di bawah. Minta rakan sejawat anda untuk menilai kemahiran set induksi anda. Bincang cara-cara untuk meningkatkan kemahiran ini.

Komponen Set Induksi

Ya

Tidak

Menarik Perhatian 1. Menggunakan nada suara untuk memfokus minat 2. Menggunakan bahan audio-visual 3. Menggunakan isyarat badan dan kontak mata 4. Memperkenal sesuatu yang luar biasa

Mewujudkan Motivasi 1. Rangsang naluri ingin tahu (guna analogi) 2. Menggunakan teknik bercerita 3. Melibatkan pelajar dalam tugasan 4. Menyoal soalan mencabar Perkaitan Kognitif 1. Mengaitkan dengan pengalaman lepas 2. Mengaitkan dengan pengalaman baru 3. Mengaitkan dengan peristiwa semasa 4. Mengaitkan minat dan pengalaman murid

Menstruktur 1. Menyatakan had tugasan 2. Menggunakan siri soalan yang berkaitan 3. Mencadangkan cara menjalankan tugasan 4. Menyatakan aktiviti, tugasan atau projek Sila tandakan( ) pada ruangan yang berkenaan

Jadual 1.1 Borang Penyeliaan Kemahiran Set Induksi

1.3.2 Penggunaan Papan Tulis Kemahiran kedua pengajaran mikro ialah penggunaan papan tulis. Sebagai pelajar, anda pasti mempunyai pengalaman dengan guru yang mempunyai berbagai gaya tersendiri dalam penggunaan papan tulis, atau lebih dikenali sebagai papan hitam.

Saya pernah menemui guru, terutamanya yang baru lulus

universiti di mana pada

mulanya tidak dapat menulis secara lurus; terdapat yang hanya menggunakan sebahagian daripada papan tulis sementara ada pula yang tidak berupaya meyusun tulisan dengan kemas dan sistematik - semuanya bercampur aduk. kongsi pengalaman anda? Saya yakin anda akan bersetuju dengan saya bahawa papan tulis, sama ada papan hitam atau papan putih, merupakan bahan bantuan mengajar yang kerap digunakan oleh guru. Namun, terdapat beberapa orang guru yang gagal memahami peri pentingnya penggunaan papan tulis dengan betul. Mengapa? Ini adalah kerana menulis dan melukis mampu memperkasa minat pelajar dan tumpuan pelajar terhadap aspek-aspek utama sesuatu pengajaran. Apakah komponen utama penggunaan papan tulis? Komponen utama ialah Kejelasan saiz tulisan dan gambar rajah yang sesuai, jarak antara huruf dan perkataan; y y y Susunan - penggunaan ruang, penyusunan perkataan dan ayat; Penonjolan atau penekanan penggunaan kapur warna, menggaris, dan Teknik persembahan jelas, tepat dan releven Sudikah anda

Jadual 1.2 menunjukkan penggunaan borang penyeliaan kemahiran penggunaan papan tulis. Dapatkan bantuan daripada rakan sejawat anda untuk memerhati pengajaran anda selama 10 minit dan menandakan di ruangan yang berkenaan bagi setiap komponen tersebut

Kenal pasti dan bincang kekuatan dan kelemahan penggunaan papan tulis. Fikirkan cara-cara untuk menangani kelemahan anda

Komponen Papan Tulis Kejelasan 1. Tulisan cukup besar 2. Jarak yang sesuai antara dua huruf 3. Jarak yang sesuai antara dua perkataan 4. Gambar rajah ringkas atau cukup besar Susunan 1. Penggunaan ruang yang seimbang 2. Penyusunan kemas 3. Nota atau ayat disusun secara sistematik Penonjolan atau penekanan 1. Penggunaan kapur warna yang sesuai 2. Perkataan penting digariskan 3. Penglabelan dibuat dengan huruf besar yang gelap Teknik persembahan 1. Konsep jelas dan tepat 2. Penglibatan murid 3. Peruntukan masa releven 4. Penyampaian idea ringkas dan kemas Sila tandakan ( ) pada ruangan yang berkenaan

Ya

Tidak

Jadual 1.2 Borang Penyeliaan Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

1.3.3 Variasi Rangsangan Kemahiran pengajaran mikro yang ketiga yang akan kita pelajari ialah variasi rangsangan. Seperti yang jelas terbayang pada istilahnya, variasi rangsangan merujuk kepada kebolehan memperkenalkan kepelbagaian dalam pengajaran agar murid anda akan memberi tumpuan, lantas belajar dengan lebih berkesan Mengapakah kami melatih anda, guru pelatih, dalam kemahiran variasi rangsangan? Ini adalah bertujuan untuk membantu anda mengelak gaya pengajaran yang akan menyebabkan murid anda bosan.

Antara perkara yang anda akan belajar ialah penggunaan pergerakan dengan cara yang sistematik dan pengelakan pengajaran dari satu tempat, penggunaan isyarat badan , peningkatan penggunaan cara verbal dan bukan vebal untuk membantu murid memfokus perhatian mereka, perubahan dalam pola kelajuan, perubahan dalam fokus deria, percakapan murid, dan pergerakan murid.
Kaji Borang Penyeliaan Kemahiran Variasi Rangsangan dalam Jadual 1.3 di bawah Minta bantuan rakan memerhati anda untuk mengetahui berapa kali anda menggunakan setiap komponen dalam tempoh masa 30 saat sesuatu pengajaran. Berbincang bagaimana anda dapat meningkatkan kemahiran anda dalam aspek ini.

30 saat bagi setiap lajur Komponen Pergerakan guru Kontak dan pergerakan mata Suara guru Interaksi guru-kumpulan Interaksi guru-murid-guru Interaksi murid-murid Interaksi guru-bahan Interaksi murid-bahan Bentuk penglibatan fizikal dan verbal murid Sila tandakan ( ) pada ruangan yang berkenaan berdasarkan tingkah laku guru atau murid 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Jadual 1.3 Borang Penyeliaan Kemahiran Variasi Rangsangan

1.3.4 Penyoalan Satu lagi kemahiran pengajaran mikro ialah penyoalan. Sebagai seorang guru, saya

pasti anda selalu menggunakan teknik ini di bilik darjah. Apakah jenis soalan yang biasa anda tanya? Bagaimana anda mengajukan soalan tersebut? Dalam bahagian ini kita akan cuba membincangkan sebahagian daripada isu-isu biasa berkaitan dengan penyoalan. Pertama sekali, apa itu penyoalan ? Ia adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang Kemahiran ini termasuk juga Bolehkah anda

dalam menanya soalan aras rendah dan aras tinggi. sebutkan beberapa jenis soalan tersebut ?

kebolehan seseorang dalam bertanyakan pelbagai soalan susulan.

Soalan-soalan susulan termasuk : susulan yang mencungkil (follow-up prompts) mengubahsuai soalan yang terlampau susah untuk dijawap oleh murid, susulan yang meneroka ( follow-up probes) meminta murid-murid anda untuk memberi penerangan lanjutan untuk jawapan yang kurang jelas, dan susulan alih hala (follow-up redirections) mengalihkan respon murid kepada murid-murid yang lain dalam kelas untuk diberi komen dan diperbincangkan. Dari pengalaman anda sebagai seorang pelajar, anda tentu pernah merasa bahawa guru-guru anda mempunyai beberapa kecenderungan yang tertentu. antara beberapa kesilapan yang biasa dalam teknik menyoal : y Menujukan soalan kepada beberapa murid sahaja, tanpa menghiraukan sebahagian yang lain. y Tidak memberi masa yang mencukupi untuk murid-murid merenung kembali jawapan yang telah diberikan. y Menunjukkan sifat tidak sabar bila murid-murid menjawap soalan dengan salah ataupun kurang tepat y Bercakap terlampau banyak sehingga murid-murid tidak mempunyai masa untuk meluahkan pemikiran dan pengetahuan mereka apabila ditanya soalan. y Menanya soalan yang semata-mata bergantung pada ingatan atau proses mengingat semula dan meninggalkan soalan-soalan yang menggerakkan proses pemikiran aras tinggi. Berikut adalah

Semasa anda membaca senarai di atas, cuba anda mengenalpasti beberapa kesilapan yang anda pernah lakukan sebagai seorang guru. Sila cadangkan beberapa cara yang anda boleh meningkatkan kemahiran penyoalan anda.

Jadual 1.4 menunjukkan beberapa komponen kemahiran teknik penyoalan yang saya harap dapat membantu anda. tersebut.
Kemahiran teknik menyoal 1 Jelas, tepat dan ringkas Fokus kepada satu idea Hentian Mencungkil Fokus kepada lebih daripada satu idea Alih hala soalan Melayani jawapan dengan baik Menyebarkan soalan-soalan ke seluruh kelas Aras kognitif soalan Ingatan kembali Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Sila tandakan (/) pada ruangan yang sesuai berdasarkan ciri soalan yang ditanya` 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 2 3 4 5 6 Nombor soalan 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Sila berikan komen selepas anda melalui senarai

Jadual 1.4 : Borang Penyeliaan Kemahiran Teknik Menyoal

Dari jadual di atas, anda tentu dapati kemahiran menyoal merangkumi juga aras-aras kognitif penyoalan yang berbeza, iaitu lebih dikenali sebagai Taksonomi Bloom. Sila ingat semula bila, bagaimana dan kepada siapa keenam-enam aras soalan ini digunakan.

1.3.5

Kemahiran Peneguhan

Sila ingat semula, apabila kita berbincang tentang teori pembelajaran behavioris, kita sudahpun berjumpa dengan istilah peneguhan banyak kali. Sekali lagi, dalam pengajaran mikro, peneguhan merupakan salah satu komponen kemahiran yang dianggap penting untuk dicapai oleh guru-guru permulaan dan guru-guru terlatih. Peneguhan merupakan salah satu prinsip penting untuk pembelajaran yang berjaya. Latihan dalam kemahiran peneguhan melibatkan perkembangan dalam mendiskriminasikan kaedah memberi ganjaran dan mengalakkan usaha murid. Di samping itu, ia juga mengelakkan komen-komen berbentuk dendaan yang secara tidak diisedari terhadap kerja murid. Bagaimanakah penggunaan peneguhan di dalam bilik darjah? Ahli-ahli psikologi pendidikan mencadangkan beberapa cara seperti guru memberi senyuman, memberi pujian pada jawapan yang baik, memberi galakan kepada murid yang lembam ataupun menulis syabas pada suatu tugasan. Apakah objektif penggunaan peneguhan ini? motivasi yang tinggi pada murid-murid. keyakinan murid. Bolehkah anda memikirkan komponen-komponen yang terkandung dalam kemahiran peneguhan ? y Berikut ada beberapa cadangan: Lisan positif bentuk kata seperti baik, betul, ya. Sekiranya anda imbas kembali,

peneguhan boleh membantu dalam meningkatkan perhatian dan juga mengekalkan aras Di samping itu, ia juga membantu dalam meningkatkan konsep kendiri murid dan seterusnya membantu dalam peningkatan

Gerak isyarat positif termasuk senyuman, anggukan, menepuk tangan;

y y y y

Dampingan mendekati, berdiri di sebelah atau duduk di sisi murid, dsb; Sentuhan menyentuh kepala, berjabat tangan Lisan negatif bukan, salah, merepek Gerak isyarat negatif menggeleng kepala, merenung secara marah dan sebagainya
Gunakan senarai kemahiran peneguhan di bawah dan mintalah seorang rakan sejawat anda untuk menilai pengajaran anda.

Komponen Lisan postif Gerak isyarat positif Dampingan Sentuhan Lisan negative Gerak isyarat negative

Ada

Tiada

Jadual 1.5 Panduan Penyeliaan Kemahiran Peneguhan 1.3.5 Kemahiran menerang dan penggunaan sumber, alat bantu mengajar dan ilustrasi Berdasarkan pengalaman anda di bilik darjah, Saya pasti anda tentu memahami

kepentingan dalam melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan penggunaan contoh yang relevan dan menarik dalam menerangkan sesuatu fakta, selain daripada pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai. Menurut pandangan anda, aspek manakah yang perlu dimasukkan dalam kemahiran pengajaran mikro yang ke enam ini ? Ia juga merangkumi organisasi kandungan yang bersesuaian, mengimbas kembali pada peringkat-peringkat yang sesuai, penekanan fakta-fakta penting melalui ulangan, menggunakan suara, isyarat badan, mendapatkan penglibatan dan maklumbalas murid. Bukankah ini satu skop ynag luas ?

Pada dasarnya, Jadual 1.6 menunjukkan empat aspek utama, iaitu aras permulaan, kemahiran ilustrasi/contoh/alat pandang dengar, penyusunan idea dan kesimpulan. Sila semak senarai berikut dan tandakan aspek yang anda biasa lakukan. mengajar di bilik darjah nanti. Anda bolehlah mencuba kemahiran-kemahiran yang anda belum pernah lakukan apabila anda

Komponen dan criteria Aras permulaan y Kualiti suara dengan variasi dalam pic,intonasi dan kekuatan y y y Penekanan pada fakta penting Kesesuaian syarat badan dan pergerakan Mudah dan tepat Kesesuaian Jelas dan menarik Pelbagai Mencukupi Perkembangan idea yang teratur Penggunaan isyarat bukan lisan seperti gerak isyarat dan ekspresi lisan Kesimpulan y y y Isi-isi penting jelas (lisan / tulisan) Isi-isi penting disusun teratur Jelas dan tepat

Ada

Tiada

Penggunaan ilustrasi/contoh/alat pandang dengar y y y y

Penyusunan idea y y

Sila tandakan (/) pada ruangan yang sesuai. Jadual 1.6 Panduan Penyeliaan Kemahiran Menerang, Mengguna Bahan Sumber, Alat Bantu Mengajar, Contoh dan Ilustrasi

1.3.5

Penutup Ia melibatkan anda

Kemahiran penutup ini adalah berlawanan dengan set induksi.

mempelajari pelbagai latihan dalam kaedah untuk merumuskan sesuatu pengajaran, mengambil langkah-langkah untuk memastikan murid-murid dapat memahami serta dapat membuat perkaitan dengan apa yang telah diajar. Ia juga dilihat sebagai satu penyimpulan pengajaran atau topik supaya dapat mengukuhkan minat murid-murid serta membantu mereka mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Tahukah anda terdapat dua jenis penutup dalam pengajaran, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial ? Apakah perbezaan di antara kedua-dua jenis penutup tersebut ? Penutup kognitif digunakan dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari serta memfokuskan perhatian murid terhadap isi-isi penting yang telah diajar dalam sesuatu pengajaran atau segmen pengajaran. Manakala penutup sosial pula bertujuan untuk memberikan sesuatu perasaan kejayaan kepada murid-murid . Walaupun menghadapi masalah dalam pembelajaran, mereka digalakkan untuk terus berusaha. Biasanya penutup sosial ini digunakan pada akhir satu pelajaran. gunakan ?
Dengan menggunaan panduan penyeliaan kemahiran penutup yang ditunjukkan di Jadual 1.7, minta bantuan rakan sejawat anda untuk menilai kemahiran penutup yang digunakan dalam pelajaran anda.. Bincangkan bagaimana anda boleh meningkatkan kemahiran ini .

Berapa kerapkah anda

menggunakan kedua-dua jenis penutup ini ? Yang mana satukah yang anda lebih biasa

Komponen dan criteria Penutup kognitif y y y y y Membuat rumusan Mengulang fakta-fakta penting Menyemak tugasan Cadangan aktiviti susulan Latihan pengukuhan Mewujudkan suasana kejayaan Pengukuhan positif

Ada

Tiada

Penutup social y y

Sila tandakan (/) pada ruangan yang sesuai

Jadual 1.7 Borang Penyeliaan Kemahiran Penutup


Kita berhenti sejenak ,selepas ini, kita akan kembali meneliti format pengajaran mikro.

1.4 Melaksanakan Pengajaran Mikro Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Format persediaan mengajar untuk pengajaran mikro adalah secara umumnya sama dengan persediaan mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, dengan pengecualian pengajaran mikro hanya memfokuskan kepada satu kemahiran pengajaran sahaja. Format pengajaran mikro adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 1.8 di bawah .

Contoh Format Persediaan Mengajar untuk Pengajaran Mikro Kelas : Bilangan murid : Mata pelajaran : Tajuk Tarikh : Masa : Pengetahuan sedia ada : Bahan Sumber : Komponen Langkah Set induksi (minit) Perkembangan (minit) Penutup (minit) Isi/ Kemahiran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Kesepaduan : Penerapan nilai : Sumber pengajaran Objektif Eksplisit: 1. 2. 3. Kemahiran : BBM/ KB / Nilai Catatan

Jadual 1.8 Format Persediaan Mengajar untuk Pengajaran Mikro (Sumber : Pengajian Pendidikan Kurikulum (2000), Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia )
Berdasarkan format pengajaran mikro yang ditunjukkan di jadual 1.8, sediakan satu persediaan mengajar bagi satu kemahiran yang dipilih untuk pengajaran selama 10 minit.

Anda mungkin juga menyukai