Anda di halaman 1dari 38

UNIT 5

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO

SINOPSIS: Tajuk-tajuk dalam unit ini menjelaskan tentang konsep pengajaran mikro / makro, kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro, Perancangan dan Amali Pengajaran Mikro dan Makro serta Bidang Pengajaran Mikro / Makro. pembelajaran Pendidikan Islam. tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Tajuk-tajuk ini bertujuan pengajaran dan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam Para pelajar

Selain daripada itu anda juga diberi tugasan dan diharap dapat berusaha untuk

menguasai semua kemahiran yang terdapat di dalam unit ini.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini peserta dapat : i Memahami dan menguasai kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam; ii menguasai kemahiran mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam , dan; iii memilih dan mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi tajuk-tajuk pelajaran dalam setiap bidang Pendidikan Islam.

46

TAJUK 5 TAJUK 5.1

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO Konsep Pengajaran Mikro dan Makro

Konsep Pengajaran Mikro Pelajar-pelajar sekelian ! Tahukah anda apa itu pengajaran mikro? Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran bagi sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas orang sahaja. Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan teknik-teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, penggunaan papan kapor, pengukuhan dan penutup. Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam Untuk memerhati dan

sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. menilai aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda digalakkan membuat rakaman

video. Setelah aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan rakan-rakan tentang kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan. Hasil perbincangan tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kemahiran yang telah dilaksanakan.

Bincangkan dengan rakan anda tentang faedah pengajaran mikro. Buat catatan isi-isi penting , kemudian bandingkan dengan bahan yang disediakan berikut.

47

Antara faedah yang dapat disenaraikan ialah: Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan. Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks. Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah. Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah. Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahankesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro. Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.

Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan. (Model D.Allen dan K. Kyan)

Merancang

Mengajar Mengulas Merancang Semula Mengajar Semula Mengulas Semula

48

Merancang Anda perlu membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad berjalan dengan lancar. penilaian perlulah disediakan. Mengajar Anda hendaklah menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Semua prinsip dan garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan dipraktikkan. Contohnya kemahiran penyoalan. Anda perlulah mengaplikasi semua prinsip penggunaan dan komponen kemahiran penyoalan dalam sesi pengajaran itu. Adalah lebih baik anda merakamkan sesi pengajaran tersebut. Mengulas / Menilai Latihan akan menjadi bertambah baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi pengajaran mikronya. Sekiranya ada rakaman, anda bolehlah menonton semula dan membuat penilaian kendiri. Rakan-rakan pemerhati menilai melalui borang penilaian yang telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro Merancang semula Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga akan dirakamkan. Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada persediaan mengajar yang disediakan. Pengajaran Semula Selepas selesai selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama kerana anda telah mengambil kira komen dan teguran. Borang-borang yang berkaitan dengan

49

Mengulas Semula Selepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat di bawah penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah dipraktikkan itu.

Konsep Pengajaran makro Satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup. Perlaksanaannya perlulah : Kelas besar Perlu murid sebenar Guru mengajar sepenuh waktu Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar Situasi sebenar

Fikirkan mengenai maklumat di atas . Anda tentu telah pun memahami dan mengaplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran harian anda

Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum Selepas ini bolehlah anda meneruskan pembacaan untuk tajuk berikutnya

50

TAJUK 5 TAJUK 5.2

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO Kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan anda pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran mengajar yang dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting dan kerap digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. antara kemahiran-kemahiran yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah : Kemahiran penyampaian set induksi Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Penggunaan penyoalan Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan Kemahiran Penggunaan papan kapor Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan Kemahiran Perlaksanaan penutup Di

Pelajar-pelajar sekelian ! Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah satu daripada kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan mengajar berdasarkan prinsip, objektif dan komponen-komponen kemahirannya. Kemahiran mengajar yang dipraktikkan dalam pengajaran mikro hanya merupakan sebahagian kecil daripada satu waktu pelajaran yang sebenar. Masa penyampaian kemahiran mengajar ini dalam sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sahaja, bergantung kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran.

51

Kemahiran Penyampaian Set Induksi Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. menimbulkan minat murid-murid Ia bertujuan

membina aliran pemikiran serta

supaya mereka

menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi .

Antaranya penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya. Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa yang diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid

Tujuan tercapai dalam masa yang singkat

Prinsip Set Induksi

Berkait dengan isi pelajaran

Menarik minat dan perhatian murid

Berkait dengan pengetahuan murid

52

Objektif Set Induksi: Menarik perhatian murid Membina aliran pemikiran murid Memotivasikan murid Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang baru Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti Menyatakan had tugas dalam aktiviti pembelajaran Membantu murid belajar dengan lebih mudah

Fikirkan kesan penggunaan kemahiran set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran . Buat catatan

53

Menarik perhatian

Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan,isyarat,kontak mata Menunjukkan satu aktiviti yang luar biasa

Mewujudkan motivasi

Bangkitkan rasa ingin tahu Guna teknik cerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar

Membuat perkaitan

Mengaitkan: pengetahuan lepas murid isi pelajaran baru peristiwa semasa minat dan pengalaman murid

Menstruktur
Menyatakan had tugas yang akan dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan Menyatakan cara-cara

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Set Induksi. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

54

Kemahiran Menerang Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. Biasanya pada peringkat perkembangan . Semasa menggunakan kemahiran menerang guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Ketika memberi penerangan guru boleh menggunakan kapor untuk menulis isi-isi penting pada papan tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam buku nota. Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang Rancang aktiviti pengajaran Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan Masa hendaklah sesuai Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik yang berkesan Galakkan murid bertanya

55

Komponen-Komponen Kemahiran Menerang

Arah Permulaan Penerangan guru: Menarik dan mengekalkan perhatian murid Membangkit kesediaan murid untuk belajar Jelas, ringkas, tepat

Kemahiran Ilustrasi Pengunaan contoh / sumber pelajaran Contoh / sumber yang cukup Contoh / sumber yang sesuai Contoh / Sumber jelas dan menarik Kecekapan mengurus contoh / sumber Penyusunan Idea Pengurusan kemahiran menerang: Idea dikembang secara teratur Variasi rangsangan berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat Penutup Rumusan dan kesimpulan: Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis Isi-isi penting disusun secara teratur Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

56

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Menerang. Aplikasikan semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah KEMAHIRAN PENYOALAN Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada

peringkat permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk mencungkil pemikiran pencapaian objektif. murid. Peringkat penutup ianya digunakan untuk menilai

Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:

Pembentukan Soalan

Aras soalan sesuai dengan murid Rancang jenis-jenis soalan Mudah difahami Ubah bentuk soalan dari masa ke semasa Mendorong murid berfikir

Teknik kemukakan soalan jelas

Kemukakan soalan , berhenti sekejap, baru sebut nama Soalan dituju kepada semua murid Suruh murid ulang jawapan Sebut soalan sekali sahaja dengan

Penerimaan Jawapan

Beri pujian bagi jawapan murid Guru ulang jawapan murid Minta murid lain ulang Lengkapkan jawapan yang kurang lengkap Bantu murid beri jawapan yang lengkap Elak jawapan beramai-ramai Elak ejek jawapan murid

57

Objektif Penyoalan Uji pengetahuan murid Rangsang pemikiran Menarik perhahtian Menilai keberkesanan Membantu mengulangkaji pelajran Menjalin hubungan guru murid Memperkukuhkan kefahaman baru Menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu Memperkembangkan daya pemikiran Melibatkan keaktiufafan dalam P & P Menggalak murid berani menyoal

Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan

Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat Fokus tunggal : Soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen Sebaran : Soalan disebarkan kepada seluruh kelas. Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum Sekarang bolehlah anda fikirkan apakah kesan kemahiran penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Buat catatan . Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial

58

Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Penyoalan. Pastikan soalan-soalan yang disediakan mengikut disiplin yang dterangkan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah. Kemahiran Pengukuhan Digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu aktiviti . Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku Prinsip Pengukuhan Berubah dari masa ke semasa Diberi sebaik sahaja selesai menjawab Elak komen negatif Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar Diberi dengan ikhlas

Memberi galakan dalam aktiviti P & P Memperkukuhkan konsep dalam ingatan Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif Memupuk semangat keyakinan diri Memperbaiki disiplin kelas

Objektif Pengukuhan

Kesan Kemahiran Pengukuhan Membawa semangat ingin belajar Meningkatkan murid bersifat cubajaya Murid akan berubah kearah tingkah laku positif Usaha murid dihargai Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid

59

Lisan Positif: Guru gunakan sebutan: Bagus / baik / ya / betul Guru mengulang jawapan murid Gerak Isyarat positif Guru menunjukkan Senyuman Anggukan kepala Tepuk tangan Angkat ibu jari

Dampingan Mendampingi murid Berdiri disebelah murid Duduk disisi murid Komponen Kemahiran Pengukuhan Lisan negatif Bukan, Salah, Tidak Kurang lengkap, jawapan buruk Menyindir Gerakan isyarat negatif Gerakan isyarat negatif Menggeleng-gelengkan kepala Menunjukkan muka marah Menggoyangkan tangan

Sentuhan Sentuhan mengikut adat Menyentuh kepala Menyentuh bahu Menyentuh bahagian belakang badan Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

60

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Pengukuhan yang mengambilkira komponen-komponen di atas. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah. VARIASI RANGSANGAN Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti, menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran

Prinsip

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid

Objektif

Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran Mempelbagaikan saluran deria murid Memotivasikan murid Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif

61

Perubahan Pergerakan langkah guru Kiri kanan, depan belakang

Perubahan Pergerakan anggota guru tangan - kepala, tangan -hentian

Komponen Variasi Rangsangan

Perubahan nada suara Mendatar lantang Lantang - senyap

Perubahan deria murid Mendengar menonton Melihat - merasa

Perubahan bentuk lisan murid Menyoal menjawab Menulis membaca Bercerita - berbincang

Perubahan bentuk fizikal murid Menulis melukis Duduk - berdiri

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Variasi Rangsangan. Sila pastikan sebahagian besar komponen di atas digunakan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.

62

Kemahiran Penggunaan Papan Kapur


Suatu rajah. kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Guru yang menguasai Ia

memerlukan kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid membaca dan memahami dan dapat menarik minat pelajar.

Prinsip

Guru harus merancang penggunaannya lebih awal Cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah Tulisan hendaklah jelas Penggunaan kapur warna Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur Masa yang sesuai

Objektif

Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran Memberi peluang kepada murid mencatat nota

63

Kejelasan : Tulisan - saiz sesuai dan kemas Gambarajah jelas dan ringkas

Komponen Penggunaan Papan kapur

Susunan (layout) ; Penggunaan ruang seimbang Susunan jelas Nota disusun bersistematik

Penonjolan / Penekanan: Penggunaan kapur warna yang sesuai dan menarik

Teknik Persembahan berjaya : membentuk konsep jelas dan tepat memudahkan konsep yang susah melibatkan murid dlaam aktiviti pembelajaran menggunakan masa yang sesuai

Syabas sekiranya anda telah mempraktikkannya. Sekarang anda boleh rehat! Masa untuk minum Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini seterusnya.

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Papan Kapor. Aplikasi komponen kemahiran di atas semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

64

Kemahiran Penutup Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang dipelajari dengan merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian ini akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya. Terdapat dua jenis penutup Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari Caranya:- buat rumusan / kesimpulan Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja Beri aktiviti pengayaan Penyoalan isi-isi penting Sosial - bertujuan memberi satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus belajar atau aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan harian. Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan.

Pelajar-pelajar ! Sekarang kita lihat pula apakah prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup Prinsip-prinsip Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup

65

Perkaitan kognitif Komponenkomponen Kemahiran Penutup Perkaitan Sosial

Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan Menjalankan aktiviti pengukuhan Menimbulkan perasaan ingin Melaksanakan Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran akan datang

Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .

Tugasan tutorial Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran Penutup yang meliputi kedua-dua aspek kognitif dan sosial. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah

66

TAJUK 5 TAJUK 5.3

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO Perancangan dan Amali Pengajaran Mikro

PeringkatPeringkat Dalam Proses Pengajaran Mikro / Makro Sekurang-kurangnya empat peringkat yang perlu dilalui iaitu perancangan, pengajaran, penilaian dan pengajaran semula.

Perancangan

Pengajaran

Penilaian

Pengajaran Semula

Perbincangan Perancangan pengajaran mikro / makro dimulai dengan perbincangan. Langkahlangkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas pengajaran mikro, penjadualan dn rakaman. Perkara-perkara khusus pula seperti kemahiran yang akan difokuskan ( objektif, prinsip-prinsip, cara perlaksanaan dan kesannya), borang dan aspek penilaian. Perbincangan ini adalah untuk memastikan anda betul-betul faham dan bersedia menjalankan sesi pengajaran mikro / makro Perancangan Selepas bersedia di peringkat perbincangan anda perlu membuat perancangan telah ditetapkan dengan

persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang

memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran seperti bilangan murid, ABM dan aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad berjalan dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlu disediakan

Bincangkan dengan rakan anda peri pentingnya Guru Pendidikan Islam menguasai dan mengaplikasi kemahirankemahiran dalam pengajaran mikro / makro

67

Contoh Perancangan Pengajaran Mikro. PERSEDIAAN MENGAJAR MIKRO Nama: Kemahiran Mata pelajaran Tajuk Hasil pembelajaran

: Set Induksi : Pendidikan Islam - Hadis : Iman yang sempurna :

I. Murid dapat membaca petikan hadis dengan betul II. Murid dapat menjelaskan siapakan mukmin yang sebenar III. Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya tiga peranan mukmin kepada saudaranya BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal

Isi pelajaran : I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati, seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah II. Persaudaraan Islam AKTIVITI GURU SET INDUKSI 1. Guru membentangkan gambar seorang budak jatuh basikal 2. Apakah yang murid-murid dapat faham daripada gambar ini? 2. Murid menjawab 3. Bolehkan kita hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain? 4. Bagaimana sikap kamu sekiranya melihat malapetaka/bencana menimpa rakan kamu? 5. Guru meminta seorang murid menyebut Rukun Iman 6. Guru menegaskan bahawa kita semua orang beriman 7. Tajuk kita pada hari ini ialah Iman Yang Sempurna 5. Murid menjawab 3. Murid menjawab 1. Guru berbincang dengan murid AKTIVITI MURID

4. Murid menjawab

68

Pengajaran Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan. Semua prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai dan diaplikasi. Contohnya kemahiran menyoal. Rakaman video perlu dibuat semasa pengajaran. Penilaian Selepas rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula . Anda perlu membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran. Rakan penilai akan membuat tersebut penilaian keatas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian kemahiran yang telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang diedar sebelum sesi praktik bermula. Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi. Ada (Sesuai) Ada (Tidak Sesuai) Tidak Kelihatan

Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara Melaksanakannya Menarik Perhatian: Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak mata Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa Mewujudkan motivasi Membangkitkan rasa ingin tahu Menggunakan teknik bercerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar Membuat perkaitan Pengetahuan lepas murid Isi pelaajran baru Peristiwa semasa Minat dan pengalaman murid Menstruktur Menyatakan had tugas yang akan dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang berkaitan Menyatakan cara-cara melaksanakan tugas

69

Menyatakan aktiviti, tugas atau projek Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Penutup Ada (Sesuai) Ada (Tidak Sesuai) Tidak Kelihatan

Komponen Kemahiran Penutup Perkaitan kognitif Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan

Perkaitan sosial Menimbulkan perasaan pencapaian murid Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Sila dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan tentang borang-borang bimbingan penilaian bagi setiap Kemahiran pengajaran mikro / makro

70

TAJUK 5 TAJUK 5.4

PENGAJARAN MIKRO / MAKRO Perancangan dan Amali Pengajaran Makro

Perancangan dan Amali Pengajaran Mikro Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlulah merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik . Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah-masalah disiplin. Aspek yang penting dalam persediaan mengajar : Perancangan Pendahuluan Penentuan topik Kebolehan sedia ada murid-murid Ojektif/ hasil pembelajaran Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran Penentuan masa Pemeringkatan isi Pemilihan sumber Pencapaian Penganalisisan maklumbalas Pengubahsuaian

Perancangan penyampaian

Perancangan Penilaian

71

Pelajar-pelajar sekelian! Anda perlulah merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang

disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan. Anda juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya yang unggul dapat Isi pelajaran perlu situasi pembelajaran

diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, anda yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar

hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan subtopik atau isi yang manakah kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat prinsip-prinsip berikut: dari yang sudah diketahui kepada belum diketahui dari mudah kepada kompleks dari konkrit kepada abstrak dari dekat kepada jauh dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, anda patutlah memikirkan tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan strategi pengajaran yang sesuai serta menyeronokkan murid-murid. penyampaian sesuatu pelajaran, bukan sahaja dapat meningkatkan mutu

penyampaian malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna

72

Guru juga harus

menjalankan aktiviti

untuk mengukur sejauh mana objektif

pengajaran dan pembelajaran ujian lisan atau tulisan. pengajaran seterusnya.

telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan yang didapati dari pentafsiran terhadap

secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui Maklumat-maklumat penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian

Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar. Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan muridmurid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya. Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam Asuhan Tilawah al Quran : Asas Ulum Syariah Asas Akhlak Islamiyyah Pelajaran Jawi

73

Grafik Sesi Praktik Pengajaran

Makro.

Persediaan Pengajaran

Perlaksanaan Pengajaran Pengenalan Set Induksi Perkembangan pengajaran dan pembelajaran Pengukuhan Penilaian Penutup

Refleksi Sesi Makro

Sila berbincang dengan rakan sekerja berkenaan bidang-bidang dalam Sukatan Pendidikan Islam Sekolah Rendah kemudian buat catatan dalam bentuk grafik

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Gunakan bahan-bahan multimedia.

74

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Serahkan satu salinan rancangan pengajaran kepada pensyarah

Tahniah, kerana anda telah membuat latihan dengan jayanya. . Tahniah dan syabas, semoga Allah memberkati usaha dedikasi anda. Ingat bahawa pendidik adalah pewaris anbia. Rumusan Guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mempertingkatkan kemahiran

profesionalisme . Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran-kemahiran dalam pengajaran mikro / makro. pengajaran dan pembelajarannya . anda. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah Justeru itu anda perlulah sentiasa berusaha

supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti dan inovasi Anda juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran Insya Allah pengajaran anda akan menyeronokkan dan dan pembelajaran.

bermakna bagi pelajar-pelajar.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

75

TUTORIAL

Aktiviti Tutorial

1. Senaraikan kaedah-kaedah yang telah dikenalpasti dalam pengajaran Pendidikan Islam aspek Tilawahal-Quran,Kefahaman hafazan. Aspek Ulum Syariyah ; Aqidah,Ibadat dan Akhlak dan aspek Sirah Nabawiyah. 2. Perkataan Bahasa Melayu banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa asing. Dengan mengemukakan contoh-contoh, jelaskan bagaimana kaedah menulis perkataan tersebut di dalam ejaan jawi terkini. 3. Pilih satu ayat dan hasilkan dalam bentuk khat Nasakh, Raqah dan Thuluth.

4. Berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam Modul Pengajaran Mikro, anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempuh satu masa pengajaran 30 minit. Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial.

76

RUJUKAN 1. 2. Al Quran Al Karim. Ismail Ab. Rahman Abdul Aziz @ Ahmad Mohd Mohd Yasin Muda (1993) Isu-Isu Pendidikan Islam Malaysia: Cabaran & Harapan. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd. Ismail Ab. Rahman.(1993). Pendidikan Islam Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003) PEDAGOGI: Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd. Ahmad Mohd. Salleh (1997) PENDIDIKAN ISLAM: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam. Haji Abdullah Ishak (1995) Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur. Hanafi Mohamed, Drs. (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran. Pustaka Ilmi, Batu Cave, Selangor. Hasan Langgulung,Prof. Dr. Asas-asas Pendidikan Islam. Pustaka Aman. Hasan Langgulung, Prof. Dr. (1986) Manusia Dan Pendidikan: Satu Analisis Psikologi Dan Pendidikan. Pustaka Aman.

3. 4.

5. 6. 7. 8. 9.

10. Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma. Pustaka Aman. 11. Luqman Hakim (1986)Tokoh-tokoh Islam Dulu Dan Sekarang. Bismi Publishers. 12. Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 13. Khailani A. Jalil dan Ashak Ali Shah (1999) Modul Praktik Pengajaran Mikro Tekno Edar, BBB, Selangor DE. 14. Abdullah Nasih Ulwan (1988) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam: Pustaka Nasional, 15. Abdullah Siddiq, Dr. Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka. 16. Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung: CV Diponegoro.

77

17. Abdul Razak Nawfal (1972) Islam dan Ilmu Pengetahuan Moden. Singapura : Pustaka Nasional. 18. Ab. Saleh, Dr. Didaktif Pendidikan Agama . Jakarta : Bulan Bintang. 19. Ahmad D. Murin,Dr. (1974) Pengantar Falsafah Islam. Bandung: Al Maarif 20. Asma Hassan Fahmi, Dr. (1974) Sejarah Falsafah Al Islamiah. Jakarta Bulan Bintang 21. Kementerian Pendidikan Malaysia: (1988) Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah, Pendidikan Islam. 22. Kementerian Pendidikan Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam KBSM 23. Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : Penerbitan Mutiara.

24. Muhammad Said Ramadhan Al Buty Dr. Fiq Al Sirah. Misr: Darul Fikri. 25. Omar Mohammad Al Taumi (1975). Falsafah Tabiyatul Islamiah. Tripoli

78

PANEL PENULIS, PEMURNI DAN PENYEMAK MODUL Nama EN. ALEAS BIN MOHD. ISA (PENYELARAS I) Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Tel: 03-88835800 Pengalaman Mengajar: 13 tahun (sekolah) 5 tahun (maktab) PN. HJH. HABSAH BT. OMAR Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu. Tel: 09-6663540 Kelulusan: B. Is (Hons) Pengajian Islam UKM 1978 Diploma Pendidikan UKM 1978 M. Ed (B&K) UTM Pengalaman Mengajar: Sebagai Guru Pendidikan Islam selama 13 tahun dan Pensyarah Maktab Perguruan selama 11 tahun. Kelulusan: B.A. (Hons) Usuluddin UM 1980 Sijil Guru M. Ed. (Kurikulum & Pedagogi) UKM 1999. Pengalaman Mengajar: Sebagai Guru Pendidikan Islam selama 20 tahun. Pensyarah Maktab Perguruan selama 7 tahun. Kelulusan: B.A. (Hons) Pengajian Islam UKM 1985 Master (Pendidikan) USM 1997 Diploma Pendidikan UM 1989 Pengalaman Mengajar: 6 tahun (sekolah) 10 tahun (maktab) Kelulusan: Kelayakan Kelulusan:B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992 M. Ed. UKM 1999 Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986 Sijil Perguruan MPI 1979

TN. HAJI MUBIN BIN ABDUL GHANI Institut Bahasa Melayu Malaysia Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur Tel: 03-22822389

EN. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ Maktab Perguruan Islam 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352

TN. HAJI ISMAIL BIN YUSOF

79

Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu 09-6667793

B. Is (Hons) Pengajian Islam UKM 1978 Diploma Pendidikan UKM 1978 M. Sains (B&K) UPM

Pengalaman Mengajar: Sebagai Guru Pendidikan Islam selama 4 tahun dan Pensyarah Maktab Perguruan selama 23 tahun. EN. ABU HISHAM BIN YUSOF Maktab Perguruan Islam, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352 Kelulusan: B.A. (Dirasat ) AL-Azhar (1995) Diploma Pendidikan , UIA (1996) Pengalaman Mengajar: 6 Tahun (sekolah) 3 Tahun (maktab) Kelulusan: B.A (Hons) Pengajian Islam( Al-Quran dan As-Sunnah) UKM. Sijil Perguruan Khas( Al-Qiraat dan Tarannum) MPI Sijil Perguruan Asas SR MPI Pengalaman : Penolong Pengarah Unit Kuriulum BPG 2 Tahun. Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik IPGM 2 Tahun 5 tahun (IPG Kampus) 18 tahun(Sekolah) PN. FAZLULAINI BT. MOHD YUNUS Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, Enterprise Building 3 Cyberjaya. Kelulusan: M.Ed. UM (2006) Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM (2003) Pengalaman Mengajar: 6Tahun (Sekolah) 2 Tahun (BPG) 4 Bulan (IPGM) Kelulusan:B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992 M. Ed. UKM 1999 Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986 Sijil Perguruan MPI 1979 Pengalaman Mengajar: 13 tahun (sekolah)

US. OTHMAN BIN LOMAN (Penyelaras Edisi Ke II) Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Cyberjaya

HJ. ALEAS BIN MD ISA IPGM Kampus Pendidikan Teknik 56000 Kuala Lumpur Tel: 0391318058

80

5 tahun (maktab) HJ. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ IPGM Kampus Pendidikan Teknik 56000 Kuala Lumpur Tel: 0391318058 Kelulusan: B.A. (Hons) Pengajian Islam UKM 1985 Master (Pendidikan) USM 1997 Diploma Pendidikan UM 1989 Pengalaman Mengajar: 6 tahun (sekolah) 10 tahun (maktab) Kelulusan: B.A Syariah (Hons) UM KPLI (Pend.Islam) MPI Sarjana (Pentadbiran Pendidikan) UM Pengalaman: PN. FADZILAH BT. MUSTAPA IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor 43650 Bangi, Selangor. Kelulusan: BA Usuluddin (Hons) UM KPLI (Pendidikan Islam) UIA Pengalaman: PN. SHAMSINA BT. SHAMSUDDIN IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor 43650 Bangi, Selangor. Kelulusan: BA Pengajian Islam UKM Sarjana Pendidikan Pengalaman: DR. MAIMON BT. HJ.DAUD IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor 43650 Bangi, Selangor. Kelulusan: B. Is. Ed (Hons) UM (1988) Sarjana Pengajian Islam UKM (2003) Doktor Falsafah Pengajian Islam UKM (2010) Pengalaman:

EN. FARIDON BIN BAHARIN IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor 43650 Bangi, Selangor.

81

LAMPIRAN SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Gunakan pita rakaman audio atau radio. Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft copy. Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran). Gunakan bahan-bahan multimedia. Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan. Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir. Buatkan ujikaji. Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Senarai semak. Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul. Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan. Buatkan catatan atau nota-nota penting.

82

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul. Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Rujukan surat khabar. Panduan kepada pengguna. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan. Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas. Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran. Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan). Aktiviti Tutorial Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

83

Anda mungkin juga menyukai