Anda di halaman 1dari 5

Persediaan Untuk Mengajar

UNIT 7

Hasil pembelajaran
Pada akhir unit ini, para pelajar dapat:
i Menjelaskan definisi konsep dan kemahiran asas pengajaran mikro.
ii Menghuraikan kepentingan penguasaan kemahiran mikro.
iii Menganalisis elemen-elemen penting dalam setiap kemahiran asas
pengajaran mikro.
iv mengetahui hubung-kait penulisan refleksi dan penambahbaikan pengajaran.

Sinopsis
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai definisi dan
pengertian kepada konsep dan kemahiran asas pengajaran mikro, kepentingan
penguasaan kemahiran mikro dan mengetahui hubung-kait penulisan refleksi dan
penambahbaikan pengajaran selepas menganalisis elemen-elemen penting dalam
setiap kemahiran asas pengajaran mikro.

KERANGKA TAJUK
Persediaan Untuk Mengajar
 Konsep dan Kepentingan Pengajaran mikro [M]
 Kemahiran-kemahiran Asas Pengajaran Mikro
- Kemahiran set induksi [DT]
- Kemahiran pelbagai rangsangan [M]
- Kemahiran penyoalan [M]
- Kemahiran pengukuhan [M]
- Kemahiran penyoalan [M]
- Kemahiran pengukuhan [M]
- Kemahiran memberi penerangan [M]
- Kemahiran Penutup [M]

7.0 Konsep dan Kepentingan Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro merupakan satu sesi latihan amali dalam keadaan yang terkawal
dan kurang menekan. Ia memberi tumpuan ke atas latihan untuk mencapai
kemahiran-kemahiran pengajaran tertentu secara beransur-ansur dan berperingkat-
peringkat.
Selepas pelaksanaan pengajaran kemahiran mikro, guru harus melaksanakan
refleksi kendiri. Penulisan refleksi adalah suatu proses merenung, menganalisis,
mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara
berterusan. Di samping memerhati kekuatan dan kelemahan guru untuk
menjalankan aktiviti susulan yang sesuai ianya juga bertujuan member maklumbalas
dengan serta merta tentang prestasi guru pelatih. Meningkatkan aras keyakinan diri
supaya guru pelatih lebih bersedia menghadapi situasi sebenar bilik darjah.

Pada kebiasaanya pengajaran mikro hanya menumpukan kepada satu jenis


kemahiran mengajar sahaja. Ia memberi peluang yang luas kepada pelatih
mempraktikkan teori pengajaran dalam situasi yang lebih terkawal.

Di antara kemahiran-kemahiran mengajar yang biasanya dipilih untuk sesi


pengajaran mikro ialah:

• Kemahiran penyampaian set induksi


• Kemahiran penggunaan papan tulis
• Kemahiran penyoalan
• Kemahiran pengelolaan variasi rangsangan
• Kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber
pengajaran dan pembelajaran
• Kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan
• Kemahiran pelaksanaan penutup

7.1 Kemahiran-kemahiran Asas Pengajaran Mikro

7.1.1 Kemahiran penyampaian set induksi

Set Induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama
mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan
minat murid-murid supaya mereka akan menumpulan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa cara yang boleh
digunakan untuk menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran ini. Di
antaranya ialah penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal,
mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali
pelajaran yang telah dipelajari dan sebagainya. Bagaimanapun, tujuan set induksi
hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan
salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa peruntukan
dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak
melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.

7.1.2 Kemahiran pengelolaan pelbagai / variasi rangsangan


Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik
penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat murid terhadap
aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masa tumpuan
perhatian murid adalah singkat. Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti
pengajaran guru tidak dipelbagaikan. Kemahiran variasi rangsangan meliputi
kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan
saluran deria murid, menukar corak interaksi di antara guru dengan murid dan
mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

7.1.3 Kemahiran penyoalan

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.
Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik
menyoal. Misalnya, di dalam set induksi, iaitu peringkat permulaan sesuatu
pelajaran, kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat
kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan. Di dalam peringkat perkembangan,
kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu
mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup,
kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran.
Kaedah Socrates adalah satu kaedah yang menggunakan satu siri soalan untuk
membimbing murid menemui sesuatu kesimpulan. Justeru, guru pelatih harus
menguasai kemahiran penyoalan ini untuk mencapai kejayaaan dalam aktiviti
pengajarannnya.

7.1.4 Kemahiran pengukuhan

Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan


apabila murid memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam
sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam keadaan ini guru akan memberi pujian kepada
murid itu sebagai pengukuhan tingkahlaku itu. Peneguhan boleh berupa positif atau
negatif.

7.1.5 Kemahiran memberi penerangan

Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsepatau isi


kandungan pelajaran kepada murid, biasanya pada peringkat perkembangan.
Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada
murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau
sumber pelajaran. Contohnya, guru menerangkan sifat kata dengan menggunakan
beberapa contoh ayat yang mengandungi sifat kata, guru menerangkkan sambil
mendemonstrasikan cara melukis bentuk-bentuk geometri, guru menerangkan
riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi gambar-gambar atau
guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujukkan buku teks.
Dalam peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis
isi penting pada papan tulis supaya murid boleh memahami dan merekodkannya
dalam buku nota mereka.
7.1.6 Kemahiran penutup

Penutup pelajaran adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti


rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian penutup
ini. Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu murid-murid
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan
merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka.
Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai
pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian
terhadap pelajaran yang berikutnya. Terdapat dua jenis penutup yang biasanya
digunakan, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif adalah
penutup yang bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran
yang telah dipelajari. Penutup kognitif ini boleh dilakukan melalui aktiviti rumusan,
pengukuhan dan susulan. Penutup sosial adalah penutup yang bertujuan untuk
memberi satu perasaan pencapaian kepada murid-murid supaya mereka ingin terus
belajar. Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik
peneguhan.

Rehat seketika dan buat renungan:

Fikirkan kaitan konsep kemahiran pengajaran mikro dan prinsip-prinsip


pengajaran.

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

a. Media digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi. (rujuk agihan tajuk)
b. Tajuk Pembelajaran : Kemahiran Set Induksi
c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: - Kemahiran Set Induksi [DT]
 Proses pelaksanaan
 Kemahiran
d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan
iv. Kesimpulan
e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang
sesi pembelajaran dalam talian.

Anda mungkin juga menyukai