Anda di halaman 1dari 11

2018072380021 EDUPD2023

BAHAGIAN A

SOALAN 1(a)

(a) . Ciri-ciri perkembangan emosi kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun


berdasarkan Teori Erik Erikson ialah pada peringkat inisiatif lawan serba salah, yang
mana kanak-kanak pada umur ini sangat mudah mempelajari sesuatu perkara. Mereka
mudah menerima ilmu atau perkara yang diajar oleh guru disekolah atau belajar dari apa
yang mereka lihat.Kanak-kanak dilihat sebagai seorang peneroka,kerana sifat ingin tahu
yang tinggi terhadap perkara-perkara baru. Selain itu,kanak-kanak pada peringkat ini akan
lebih suka melakukan aktiviti fizikal dan bergerak dengan cepat. Mereka juga peka
terhadap perkara yang mana boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan atau perkara
yang betul dan salah.Kanak-kanak juga sudah mempunyai sifat malu dan serba salah
apabila diketawakan dan akan melahirkan tindakan yang negatif atas tindakan serba salah
tersebut.Kanak-kanak mungkin boleh mengambil tindakan seperti memukul kawan ketika
diejek oleh kawan-kawan lain.

SOALAN 1(b)
2018072380021 EDUPD2023

(b) . Guru dapat menggalakkan perkembangan sosio-emosi positif murid-murid


pada peringkat awal kanak-kanak dengan cara membina kemahiran sosial dalam .diri
murid seperti berkongsi atau menerima tanggungjawab. Di peringkat prasekolah misalnya,
guru menerapkan nilai perkongsian ini dalam setiap aktiviti murid dalam kelas,contoh
berkongsi alat pembelajaran,mainan atau makanan. Selain itu,murid diberikan peluang
untuk menggalas tanggungjawab. Guru boleh menyediakan jadual bertugas kelas dan
dilaksanakan oleh murid mengikut apa yang telah ditetapkan dengan cara yang betul.
Sifat kepimpinanan juga boleh diterapkan dengan memberi peluang kepada mereka
menjadi ketua dan mengawasi murid-murid lain.Sebagai contoh,kanak-kanak yang
berbeza dilantik menjadi ketua kelas dalam tempoh seminggu atau mewakili bacaan doa
makan ketika masa rehat di prasekolah.
Guru juga perlu memahami personaliti murid dengan kesabaran dan
keperihatinan yang tinggi kerana setiap mereka mempunyai kepelbagaian personaliti.
Terdapat murid yang aktif berkomunikasi atau boleh berdikari dalam menyelesaikan
sesuatu perkara atau sebaliknya. Guru perlu sentiasa menggunakan menggunakan
kaedah komunikasi atau cara yang betul dalam membantu murid-murid.Guru juga boleh
melaksanakan banyak aktiviti kumpulan agar murid berpeluang berinteraksi antara satu
sama lain dan meningkatkan keupayaan komunikasi dan keyakinan mereka dalam
menyesuaikan diri dengan orang lain.
Selain itu,guru boleh menggunakan kaedah ganjaran sebagai galakan dan
memberi motivasi kepada murid dalam pembelajaran. Murid akan lebih seronok belajar
dan mudah memahami apa yang diajar.Sebagai contoh, dalam aktivit kuiz,murid di
prasekolah akan dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan respon yang pantas jika
ada hadiah yang diberikan. Hadiah tersebut bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi
dengan hanya puji-pujian,emosi mereka akan lebih baik semasa menjalani proses
pembelajaran. Denda atau hukuman perlu dielakkan agar tidak memberikan perasaan
serba salah,malu,kecewa atau sebagainya kepada murid dan hanya bimbingan yang
sesuai yang perlu diberikan.
Guru juga perlu penyayang kepada murid-muridnya dengan cara bersikap
adil dan sama rata kepada semua muridnya. Tidak ada sikap berat sebelah dalam
pengajaran atau layanan yang diberikan kepada murid.Guru perlu menanamkan prinsip
bahawa muridnya mempunyai hak yang sama dalam pembelajaran walaupun mempunyai
2018072380021 EDUPD2023

pelbagai perbezaan. Ini akan merapatkan lagi hubungan guru dan murid dan secara tidak
langsung murid akan lebih mudah berkongsi segala pendapat atau masalah yang mereka
hadapi untuk diselesaikan oleh guru mereka.Sifat kasih sayang dan menghargai orang lain
dapat dipupuk dalam diri murid.Selain daripada itu
Guru juga dapat menggalakkan perkembangan sosio-emosi positif murid
dengan menyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran sambil bermain terutamanya di
peringkat prasekolah. Murid akan lebih teruja dan seronok untuk belajar sesuatu perkara.
Selain itu,guru perlu memastikan murid sentiasa mendengar antara satu sama
lain.Contohnya, dalam aktiviti pembentangan. Ini dapat memupuk sifat menghargai dan
menghormati individu lain dalam diri murid dengan cara menjadi pendengar yang baik
kepada orang lain.

SOALAN 2(a)
2018072380021 EDUPD2023

(a). Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan motivasi


kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran kerana motivasi boleh memberi
perubahan sikap kepada seorang kanak-kanak iaitu dari sikap negative kepada sikap
positif dalam pembelajaran. Sebagai contoh,guru boleh memberi ganjaran kepada
kanak-kanak untuk meningkatkan prestasi mereka.Ganjaran ini bukan sahaja dari segi
hadiah tetapi puji-pujian sudah memadai sebagai penghargaan kepada mereka.Kanak-
kanak akan lebih bersemangat untuk menyiapkan suatu tugasan yang diberikan sekira
ada rasa motivasi dalam diri mereka.

Pada peringkat prasekolah kanak-kanak lebih menumpukan perhatian terhadap


kaedah pengajaran yang menggunakan alat bantu yang menarik berbanding kaedah
lisan dan perasaan ingin tahu yang tinggi. Dalam hal itu,guru perlu memainkan
peranan dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran berdasarkan minat dan ingin
tahu murid. Contoh,penggunaan “kotak beracun” dalam set induksi guru akan
meningkatkan sifat ingin tahu kanak-kanak untuk mengetahui isi kandungan di dalam
kotak sekaligus mereka menjadi lebih bermotivasi untuk menjalankan proses
pembelajaran yang seterusnya. Selain itu,aktiviti yang dikendalikan juga perlu
mengikut tahap dan kemampuan semua murid.

Perbezaan dan tahap kemampuan murid adalah berbeza dari segi


personaliti,pemikiran,komunikasi ,pembelajaran dan sebagainya,maka peranan guru
dalam menyediakan pembelajaran koperatif dan kolaboratif mampu meningkatkan
tahap motivasi kerana keperluan sosial, emosi murid serta keperluan akademik
mereka. Strategi ini akan membantu murid berkembang sebagai satu kumpulan yang
mana kanak-kanak dapat berinteraksi satu sama lain dan mereka yang pasif dapat
belajar menyesuaikan diri dengan lebih baik.

Setiap kanak-kanak mempunyai sifat kebimbangan terhadap prestasi mereka


dalam akademik.Contoh kanak-kanak 6 tahun akan rasa risau apabila melihat rakan-
rakan lain sudah boleh membaca atau mengeja dengan baik. Guru perlu memberi
sokongan dan bersifat ambil berat kepada kanak-kanak ini agar mereka lebih
bermotivasi untuk berusaha mempertingkatkan kebolehan diri.Guru perlu berpegang
kepada kepercayaan kanak-kanak boleh belajar dengan baik tanpa mengira latar
belakang dan berusaha membantu membantu mereka.
2018072380021 EDUPD2023

Dunia kanak-kanak adalah keseronokkan dan kebebasan. Ini dapat diperoleh


dengan bemain. Kanak-kanak akan mudah bosan ketika belajar. Guru boleh
memotivasikan kana-kanak dengan menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai
berdasarkan “belajar sambil bermain” seperti penggunaan doh untuk merangsang
minat dan terus memotivasikan mereka untuk terus belajar.

SOALAN 2(b)
2018072380021 EDUPD2023

(b). Motivasi Instrinsik diasaskan oleh mazhab kognitif yang merujuk kepada faktor
dalaman indivdu itu sendiri dan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara luar atau
persekitaraannya seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran, dan usaha.Ianya merupakan
persoalan dalam pemikiran individu tentang sesuatu perkara dan respon atau tindakbalas
terhadap perkara tersebut manakala motivasi ekstrinsik diasaskan oleh ahli-ahli
behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda. Ianya
adalah usaha individu untuk mencapai hasil dan dipengaruhi oleh unsur-unsur luar
dipersekitarannya.

Murid prasekolah yang berfikiran bahawa dia rajin ke sekolah untuk belajar dan
berupaya menjadi pandai adalah merupakan motivasi instinsik manakala murid yang
datang atas paksaan ibu bapa atau hukuman yang diberikan sekiranya tidak datang ke
sekolah adalah salah satu contoh unsur ektrinsik.

Motivasi Instrinsik adalah berdasarkan kepuasan diri sendiri,keseronokkan dalam


menjalankan aktiviti dan tidak mengharapkan ganjaran manakala motivasi ekstrinsik pula
melibatkan insentif luar seperti ganjaran atau denda.Murid prasekolah yang mempunyai
motivasi instrinsik akan menyiapkan lembaran kerja dengan patuh tanpa desakan dari
guru manakala murid yang bermotivasi ekstrinsik akan menyiapkan kerja dengan baik
setelah ganjaran ditawarkan atau ada denda atau hukuman yang dinyatakan oleh
guru.Sebagai contohnya,ada kanak-kanak yang saya yang libatkan dalam pertandingan
mewarna, berusaha akan mewarna dengan baik dan kemas kerana ingin mendapatkan
hadiah yang ditawarkan tetapi tidak mampu berbuat demikian pada proses pembelajaran
harian yang tidak melibatkan ganjaran.

SOALAN 3 (a)
2018072380021 EDUPD2023

(a). Teori Psikoanalitik Freud (1917) mempunyai tiga kompenan iaitu id,ego,supersego
yang mengarah dalam membentuk tingkah laku manusia dan perkembangan personaliti.Id
merupakan naluri dan berlaku berdasarkan prinsip keseronokan dan tidak rasional. Id
berlaku di bawah sedar serta berkait rapat dengan desakan naluri biologi yang
mempengaruhi tingkahlaku individu untuk memenuhi keperluan asas. Desakan ini
menimbulkan ketegangan dan ketidakselesaan yang tidak boleh dibendung oleh id. Oleh
itu, id cuba mengurangkan ketegangan melalui prinsip keseronokan dan boleh memberi
keputusan atau tindakan yang positif atau negatif serta tidak logik oleh individu .Id meliputi
dorongan jasmani seperti lapar dan haus.Sebagai contohnya di prasekolah,kanak-kanak
yang haus akan meminta izin kepada guru untuk ke dapur dan minum air untuk memenuhi
dorongan yang berlaku(kanak-kanak haus).Selain itu, proses pembelajaran sambil
bermain sering dilaksanakan di sekolah dalam aktiviti doh,projek kebun dan sebagainya
seiring dengan naluri kanak-kanak yang suka bermain agar kanak-kanak akan lebih
berkeyakinan dan seronok dalam pengajaran dan pembelajaran guru.
Ego pula ialah komponen kepribadian yang bertanggung jawab untuk menangani
realiti. Menurut Freud, ego berkembang dari id dan memastikan bahawa dorongan dari id
dapat dinyatakan dalam cara yang dapat diterima oleh orang lain. Ego mula muncul dekat
umur satu tahun yang mana keinginan dan kemajuan serta menyesuaikan diri
menggunakan pemikiran logik dengan penuh persepsi. Ianya boleh dikawal dengan
keputusan yang berdasarkan realiti dalam keadaan sedar,para sedar dan bawah sedar.
Pengaruh superego mula kelihatan pada umur lima tahun. Superego beroperasi
mengikut prinsip kesempurnaan, mengawal ego dan id dengan mempertimbangkan aspek
moral dan nilai. Superego adalah suatu gambaran kesedaran akan nilai-nilai dan moral
masyarakat yang ditanam oleh adat-istiadat, agama, orang tua, dan lingkungan
masyarakat. Superego adalah hati nurani yang memberikan pedoman untuk membuat
penilaian, baik yang benar atau yang salah. Supergo hadir dalam sedar, prasedar dan
bawah sedar. Di peringkat prasekolah kaedah dan aktiviti bahan-bahan pengajaran seperti
video doa,kebudayaan dan adab serta tingkah laku ditayangkan kepada mereka untuk
memberi penerapan nilai-nilai murni dan agama.
Selain itu,guru menyediakan aktiviti pembelajaran yang membolehkan semua
kanak-kanak mengambil bahagian seperti aktiviti berkumpulan sekaligus kanak-kanak
dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain. Kanak-kanak akan
lebih berani dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam bersosial.
2018072380021 EDUPD2023

SOALAN 3(b)

(b). Tunjang Kerohanian-pendidikan moral dapat membentuk kendiri positif kanak-kanak di


prasekolah. Pengisian isi kandungan dalam tunjang ini meliputi nilai-nilai murni seperti
2018072380021 EDUPD2023

tanggungjawab,kasih sayang,kerjasma,keberanian dan sebagainya boleh dipupuk dalam


diri kanak-kanak.Contohnya,
STANDARD KANDUNGAN
PM 9.0 KEBERANIAN (PM 9.1-Bersifat berani dalam kehidupan seharian.
PM 12.0 (PM 12.1) Bekerjasama semasa melaksanakan tugasan

STANDARD PEMBELAJARAN –
(PM 9.1.1) Menunjukkan sikap yang berani untuk berinteraksi dengan orang lain (4+).
(PM 9.1.2) Menunjukkan sikap berani mencuba sesuatu tugasan yang baru. (5+)
(PM 12.1.1) Menunjukkan sikap bekerjasama dalam menjalankan tugasan. (4+).
(PM 12.1.3) Mengamalkan kerjasama dengan rakan dalam melaksanakan sesuatu
tugasan.(5+)

Berdasarkan tunjang ini,guru boleh melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan


sikap keyakinan,keberanian atau kerjasama dalam diri kanak-kanak. Guru boleh membuat
kaedah pembelajaran dalam kumpulan. Ia boleh memupuk ciri kepimpinan misalnya,
bergilir menjadi ketua kumpulan, atau bergilir menjadi ketua darjah. Ini memberi mereka
peluang untuk mengamalkan sikap demokrasi disamping membantu membina keyakinan
diri
Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah “jigsaw puzzle ”haiwan. Pada
peringkat permulaan,guru memilih kanak-kanak untuk membentuk kumpulan masing-
masing.Seterusnya,Kanak-kanak akan bekerjasama dan cuba menyelesaikan puzzle
tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Dalam aktiviti ini,kanak-kanak akan
berkomunikasi bersama rakan mereka dalam menentukan kedudukan,corak,warna yang
sesuai pada puzzle.Keupayaan dan keyakinan mereka untuk berinteraksi dengan orang
lain akan meningkat. Perkongsian idea juga akan berlaku di antara kanak-kanak.Nilai
kendiri positif seperti mudah berkawan,bebas membuat keputusan dan bertanggungjawab
dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti ini.

Setelah puzzle disiapkan, semua kanak-kanak diberi peluang oleh guru


membentangkan hasil puzzle yang mereka peroleh. Guru juga mengadakan seisi soal
jawab bersama semua murid. Sikap positif keberanian dapat diterapkan pada diri kanak-
kanak kerana ianya merupakan cabaran baru bagi kanak-kanak yang bersikap pasif.
2018072380021 EDUPD2023

Seterusnya,guru memberi ganjaran kepada semua kumpulan setelah atas usaha


murid dan bukan melihat kepada kebolehan mereka sahaja. Guru boleh membuat
pembetulan kesalahan atau penilaian agar murid dapat menerima kesilapan tersebut
sebagai satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur.
2018072380021 EDUPD2023

Institut Pendidikan Guru. (2019). Modul Psikologi Perkembangan Kanak-kanak,


EDUPD 2023 Perkembangan Kanak-Kanak.Cyberjaya. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh, & Zairinah Mohd Shukur. (2015). Perkembangan
Kanak-kanak. Selangor: Sasbadi Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai