Anda di halaman 1dari 18

KOMPONEN PENGAJARAN MIKRO

MOHD SHAFIEE HASSAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS DARULAMAN

PENGAJARAN MIKRO
Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro
a.

Konsep
Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

b. Tujuan
Pelaksanaan pengajaran mikro akan ;

membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran spesifik

Pelaksanaan Pengajaran Mikro

Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang singkat 5 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri.

Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah :

Perancangan (RPH)

Pencerapan ( komen )

Pengajaran ( mengajar) Kitaran pengajaran mikro

KOMPONEN PENGAJARAN MIKRO


SET INDUKSI PENGGUNAAN PAPAN TULIS VARIASI RANGSANGAN TEKNIK PENYOALAN PENERANGAN KEMAHIRAN PENUTUP

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro


a.

Kemahiran set induksi Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut : memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru merangsang minat dan penglibatan murid meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar menggalakkan pelajar menyertai pelajaran dengan giat. mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

KEMAHIRAN MENERANG
PROSES UNTUK MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA ORANG LAIN. MENTAKRIF - MENJELAS SESUATU ISU. MENGHURAI - MENERANG SESUATU PROSES, STRUKTUR DAN LANGKAH-LANGKAH. TAKKULAN - MEMBERI ALASAN / SEBAB MUSABAB

b.

Kemahiran menggunakan papan tulis


Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak. Oleh itu rancangkan bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar

PAPAN TULIS
PENGGUNAAN

BILA-BILA MASA. MENGGAMBARKAN IDEA. ILUSTRASI SEMERTA. GUNA DENGAN PENUH MINAT. MENJELASKAN KONSEP. TULISAN YANG TERANG, JELAS. KERJA-KERJA GRAFIK. GALAKKAN MURID MENGGUNAKAN PAPAN TULIS.

c.

Kemahiran variasi ransangan


Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran.

Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-verbal guru.

d. Kemahiran penyoalan
Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar

i.

Panduan menyoal
pastikan soalan jelas nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan tanya satu soalan pada satu masa gunakan soalan aras rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberikan jawapan.

ARAS SOALAN MUDAH KE TINGGI. - PENGGUNAAN PERKATAAN PADAT,TEPAT DAN MUDAH DIFAHAMI. - SOALAN BERFOKUS KPD SATU IDEA. - SOALAN BERFOKUS LEBIH DARIPADA SATU IDEA. ALIH HALA SOALAN MENGHALA SOALAN YANG SAMA KEPADA MURID YANG LAIN.

ii.

Aras soalan
Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan:

Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

e.

Kemahiran menggunakan pengukuhan


Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah.

f.

Kemahiran penutup
Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang. Tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai