Anda di halaman 1dari 65

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah

Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

PENGENALAN KONSEP DAN PRINSIP BIDANG

TAJUK 1

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN.


SINOPSIS
Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang yang ketiga dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia
menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga
dimensi. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi, penstrukturan
reka bentuknya perlu dirancang dan perhalusi agar hasilannya menepati
perancangan yang dibuat. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan
membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan
boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk,
jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses
membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan
seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses
pembinaan objek tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN
i.

Mengenalpasti prinsip, konsep, pengetahuan serta kemahiran

ii.

dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan


Menunjukkan kefahaman tentang kandungan ilmu, dan sumber

iii.

yang berkaitan dengan bidang pengajian


Menganalisis konsep dan Prinsip bidang Membentuk dan

iv.
v.
vi.

Membuat Binaan
Menghubungkaitkan kesan visual dengan cara olahan
Mengenalpasti jenis dan fungsi alat dan bahan
Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran tentang alat, bahan
serta teknik pada penghasilan Membentuk dan Membuat Binaan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1

Konsep Asas dan Pengertian 3 Dimensi dalam Membentuk


dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan menegaskan perkembangan


persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
dan kestabilan. Bidang ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan
pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Bidang kegiatan dan membentuk
dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:
(a) Arca timbul
(b) Arca asemblaj
(c) Arca mobail
(d) Arca stabail
(e) Model
(f) Diorama
(g) Boneka
(h) Topeng
(i) Origami

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar


membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.
Objek tiga dimensi bersifat konkrit dan mempunyai isipadu, mempunyai
pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Objek semula jadi, objek buatan
manusia atau bentuk ilusi yang boleh disentuh, dilihat dan dirasa.
Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa
kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi.
Bentuk ilusi dapat digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan,
ton, jalinan, warna dan ruang.

Sumber : http://blog.makezine.com/crapaud2.jpg

1.2

Alat dan Bahan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Terdapat pelbagai jenis alat dan bahan yang boleh digunakan di dalam bidang
membentuk dan membuat binaan berdasarkan jenis-jenis aktiviti seperti yang
dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.
Bil

Jenis

Aktiviti

Alat dan Bahan


Alat

1.

Arca
Timbul

Pahat
Penukul
Alat pengukir
Pengikis
Kikir Pari
Kertas Pasir

Bahan
-

Kepingan kayu
Plaster of Paris
Batu
Kayu
Plastik
Kertas lumat
Papier Macheir
Tanah Liat
Bahan

Kayu
Logam
Batu
Simen
Bongkah-bongkah
Spare-part kenderaan
Bahan Kutipan
Besi
Roda dan sebagainya
Bahan

Besi
Dawai
Kertas
Tali temali
Kepingan Logam
Kad bod.
Aluminium
Fiber glass
Bahan

Simen
kepingan logam
Plastik
Spare-parts kenderaan
Besi

Alat

2.

Asembla
j
-

Playar
Gunting dawai/zink
Ragum
Alat pengimpal
Pemotong besi
Tukul besi

Alat

3.

Mobail

4.

Stabail

Playar
Gunting dawai/zink
Ragum
Alat pengimpal
Pemotong besi
Tukul besi
Alat

Playar pemotong
Gunting Dawai
Gergaji besi/kayu
Bahan pelekat
Pisau pemotong
Gerudi elektrik

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Logam
Papan dan sebagainya
Bahan

Alat

5.

Model

Gam serbaguna

Mounting board

Pisau/Gunting

Polystrin

Warna

Kertas warna

Kertas pasir

Span bunga

Simen harder
Bahan

Aluminium

Cermin/kaca
Kertas tebal
Kepingan

tembaga/zink/timah
Dawai
Kepingan plastik/Perspek
Fiber glass
Karangan laut
Tanah liat/plastesin
Bahan

,
Alat

6.

Diorama

Playar
Gunting dawai/zink
Ragum
Pisau NT
Gunting,
Sesiku L,
Pembaris keluli
Tukul besi
Gerudi elektrik
Alat

7.

8.

Boneka

Topeng

Pisau

Kertas warna

Tali

Pollistirena

Gunting

Penutup botol gabus

Gam

Alat
Gergaji
Pensil
Pahat pelbagai jenis
Pengetuk kayu
Tukul
Kapak
Gerudi pelbagai jenis
Pisau
Berus lukisan pelbagai
jenis

9.

Origami

Kertas washi
Kertas kerajang
Kertas sepasang

Bahan
-

Kayu
Kulit lembu/kambing/

kerbau
Kertas tebal
Tanah liat
Warna batik
Warna-warna tradisional
Permata untuk hiasan
Benang bulu
Perada

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Adakah terdapat perbezaan alat dan bahan yang digunakan bagi


menghasilkan arca stabail dan mobail?

1.3 Teknik-teknik Membentuk dan Membuat Binaan


Aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam bidang membentuk dan membuat binaan
terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti yang mempunyai teknik-teknik penghasilan
yang berbeza antara satu sama lain.
Bil
.

Jenis Aktiviti

1.

Arca Timbul

2.

Asemblaj

3.

Mobail

4.

Stabail

5.

Model

Teknik-teknik
- Acuan
- Tampalan
- Binaan
- Cantuman
- Kimpalan
- Binaan
- Cantuman skru/paku
- Gam
- Kimpalan
- Gam
- Skru
- Ikatan
- Kimpalan
- Skru
- Ikatan
- Acuan
- Binaan
Di dalam penyediaan sesebuah model, teknik yang
berbeza digunakan semasa proses penghasilan.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Teknik yang digunakan ini berbeza-beza dan

6.

Diorama

7.

Boneka

bergantung pada jenis model yang akan dihasilkan.


- Catan
- Lukisan
- Tampalan
Setiap boneka yang dihasilkan menggunakan teknik
yang berbeza semasa membuatnya Teknik yang
digunakan berbeza bergantung kepada jenis boneka
yang akan dihasilkan.

8.

Lukisan
Catan
Guntingan
Tampalan
Ikatan
Teknik luakan dan ukiran sesuai menggunakan

media kayu dan tanah liat.


Teknik tampalan sesuai mengunakan media

kertas.
Teknik tebuk sesuai menggunakan media kulit

Topeng

haiwan.
9.

Origami

Melipat kertas

Apakah teknik yang sesuai untuk menghasilkan topeng dari papier


Mache ?

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.4

Kaedah Membentuk dan Membuat Binaan

Kaedah membentuk dan membuat binaan boleh dibahagi kepada 3 langkah


iaitu :
i.
ii.
iii.

Penyediaan lakaran idea


Menentukan alat, bahan dan teknik
Proses membentuk dan membina

1.4.1 Penyediaan Lakaran Idea


i.
ii.
iii.
iv.

Menentukan hal benda dan tema


Membuat thumb nail print (membuat lakaran-lakaran kecil)
Memilih lakaran yang terbaik.
Menghasilkan lukisan yang terperinci.

1.4.2 Langkah Menentukan Alat, Bahan dan Teknik


Di dalam bidang membentuk dan membina terdapat 9 aktiviti yang berbeza.
Setiap aktiviti akan menentukan alat, bahan dan teknik yang akan digunakan
dalam proses hasil kerja.
Penyediaan aktiviti yang dipilih akan melibatkan pengetahuan tentang alat,
bahan dan teknik. Walaubagaimanapun proses eksperimentasi juga membantu
menentukan alat, bahan dan teknik yang sesuai.
Pemilihan alat,bahan dan teknik boleh diperhatikan seperti berikut :

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.4.3 Proses Membentuk dan Membina


Proses ini merupakan satu langkah penyediaan produk 3D yang telah dirancang.
Ia berdasarkan lukisan terperinci yang dihasilkan. Ia akan melibatkan proses
membuat penerokaan dan eksperimentasi alat, bahan dan teknik.
Setiap aktiviti di dalam bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai
langkah yang sama pada aktiviti-aktiviti tertentu seperti arca dan terdapat juga
yang berbeza seperti origami.

1.5

Jenis Kegiatan dalam Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merangkumi aktiviti seperti


rajah di bawah :

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.5.1 Arca Timbul

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Relief

Arca timbul merupakan hasil seni ukiran atau bentuk yang timbul atau tenggelam
dari permukaan rata bagi menimbulkan komposisi yang dikehendaki.

Ia

dilakukan dengan mengeluarkan bahagian yang tidak dikehendaki. Arca timbul


terdapat di seluruh dunia pada bangunan besar dan hebat. Ianya popular ketika
zaman Greek dan Roman, di mana ianya dihasilkan pada dinding, tiang batu
serta bangunan contohnya Coliseum.
Terdapat tiga jenis arca timbul iaitu :
i.
ii.

Alto contohnya arca tuhan firaun.


Bas contohnya seperti hiasan dinding bangunan Greek dan

iii.

Roman.
Tenggelam (sunken) di mana imej terhasil kesan daripada
ukiran ke dalam permukaan panel.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Contoh-contoh Karya Arca Timbul


Bil

Karya

Maklumat
Augustus Saint-Gaudens
(American, 1848-

1.

1907), Amor Caritas,


1880-98

The Pergamon Altar was


constructed in 180 BC in
2.

Pergamon,(modern day
Bergama in Turkey)

Stone Mountain in
3.

4.

1.5.2 Asemblaj

Georgia, United States

Temple of Karnak Mesir

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Artist : Suzanna Scott

Sumber : http://www.theartzoo.com/tag/assemblage/

Asemblaj (assemblage) merupakan satu proses artistik di mana komposisi seni


tiga dimensi dihasilkan dengan mengabungkan bahan-bahan terpakai.

Ia

merupakan cabang daripada aliran abstrak ekspressionisme.


Arca asemblaj mula mendapat perhatian sekitar tahun 1950-an dan 60-an di
Amerika Syarikat, apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya
yang berjudul Sky Cathedral pada tahun 1958 dan ia telah menjadi koleksi
The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih
dikenali sebagaiWall-scale-assemblage. Karya Nevelson ini menggabungkan
konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu
kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu.
Berikutnya

barulah

muncul

arcawan

Jean

Tinguely

menghasilkan

karya Homage to New York tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Rauschenberg telah menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi


dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang
bertajukBicycle Wheel mula memikat hati pengarca pelukis lain kerana
konsep asemblaj beliau dipermudah dan dikonsepsi secara lebih telus iaitu
mengadun sepit udang basikal dengan kerusi kayu yang kelihatan berjaya
menghasilkan asemblaj yang berkonotasi tinggi. Di Balai Seni Lukis Negara,
anda juga boleh melihat arca asemblaj Green Monumenta V karya Ramlan
Abdullah, Pemain Rebab 1, karya Mad Anuar Ismail dan Killing Tool karya
Raja Shariman Raja Azidin.

Selain dari contoh pengarca yang dinamakan di atas, cuba dapatkan


nama-nama pengarca assemblaj melalui carian internet.

Contoh-Contoh Karya Asemblaj


Bil
1.

Karya

Maklumat
Jean Tinguely
Homage to New York

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Marcel Duchamp
Bicycle Wheel

2.

Robert Rauschenberg
Monogram

3.

1955-1959

Michel Tuffery
Pisupo lua afe
4.

(Corned beef 2000)


1994

Proses Penyediaan Asemblaj


i.

Penyediaan Lakaran Idea

Merupakan satu langkah yang memainkan peranan penting di dalam


menghasilkan

arca

asemblaj.

Ia

merupakan

satu

mendatangkan faedah jika dirancang dengan rapi dan tertib.

fokus

awal

yang

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

ii.

Penjanaan Idea (Thumbnail-Print)

Merupakan siri lakaran-lakaran kecil hasil daripada percambahan idea


berdasarkan kajian terhadap hal benda yang dipilih.

iii.

Proses Membentuk Asemblaj

Setelah penyediaan lakaran idea di atas selesai, proses berikut merupakan


urutan kerja membentuk asemblaj yang perlu dilakukan;

Membuat model kecil atau mock up


o Merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca
yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model
ini di samping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian
alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang
boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan. Ia membantu
mengenalpasti sebarang permasalah yang mungkin bakal wujud.

Membuat kerangka
o kerangka sesuatu asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran
besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang
temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting
untuk kawalan bentuk di samping menjadikan asemblaj lebih
kukuh dan seimbang.

Membuat asemblaj yang sebenar

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup dengan
kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah
binaannya sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar.

iv.

Kemasan dan persembahan

Untuk mendapatkan hasilan yang baik, proses kemasan boleh dilakukan dengan
melarik bahagian-bahan asemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura
pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya
sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang
membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan sebagainya akan menjadikan
asemblaj lebih hebat dan menarik.

1.5.3 Stabail

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

http://johntunger.typepad.com/artbuzz/2006/12/little_miss_exu.html

Stabil berasal dari perkataan stabile yang membawa maksud statik, kukuh dan
mantap. Ia berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan
menghidupkan persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh, berjisim dan
menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek atas yang boleh ditafsir
dengan berbagai unsur naratif. Arca ini berbentuk abstrak. Ia diasaskan
oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat pendidikan formal di
Philadelphia,

Amerika

Syarikat.

Calder

banyak

dipengaruhi

oleh

karya Mondrain dan Miro di Paris pada tahun 1930. Berasaskan latar beliau
sebagai jurutera, tidak hairanlah mengapa beliau banyak membuat arca daripada
besi. Kebayakan arca Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang.
Inilah

yang

menjadikan

identiti

atau

ikutan

pengarca

stabil.

Seorang lagi pengarca stabil ialah Jean Tinguely. Lahir pada 1922 di Fribourg,
Switzerland. Mendapat pendidikan awal di General Trade School dan bekerja

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

sebagai pereka hias dalaman sebelum berpindah ke Paris pada tahun 1952.
Pada awal tahun 1960-an, Tinguely adalah pengarca relief atau arca timbul
sebelum beliau ke Paris. Karya-karya beliau banyak diperbuat daripada bahan
terbuang seperti tayar besi, brek kereta api, enjin kenderaan dan enjin kilang.
Constantin Brancusi yang berasal daripada Romania

pula merupakan

pengarca stabil yang lebih kepada free standing form. Karya-karya beliau
banyak menggunakan pendekatan minimalism dengan cara mempermudahkan
satah-satah bentuk. Tidak seperti Calder dan Tinguely, Brancusi banyak
menekankan pada satah permukaan arca atau surface texture. Ini jelas dilihat
pada karyanya Bird in Space (LOiseau dens lespace), 1932 1940.

Contoh-Contoh Karya Stabail


Bil
1.

Karya

Maklumat
Jean Tinguely
Narva
1961

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Constantin Brancusi
Sleeping Muse

2.

(Muse endormie)
1909-1911

Alexander Calder
Elephant

3.

1928

John Robert Wolfe

4.

Harp Series

Proses Menghasilkan Arca Stabil


i.

Membuat pemerhatian dan mengkaji tentang bentuk dan ruang serta

ii.
iii.

hal benda.
Membuat lakaran-lakaran thumbnail sebagai percambahan idea.
Memilih lakaran yang terbaik dengan perancangan dan menghalusi

iv.

lakaran tersebut agar ianya lebih jelas dan terancang.


Menghasilkan mock-up berdasarkan perancangan dan lakaran yang
telah diperhalusi serta mengenalpasti sebarang permasalahan untuk

v.

diatasi.
Membina arca stabail berdasarkan perancangan yang telah dibuat.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

vi.

Membuat kemasan dan menentukan gaya persembahan yang

vii.

dikehendaki bagi menarik perhatian audien.


Arca stabail yang telah disiapkan perlu kukuh, kuat dan selamat.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil


i. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan arca
stabil.
ii. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan arca
stabil.
iii. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan
dan seterusnya memasang tapak (pedestal ).
iv. Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk
arca stabil.
v. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan.
vi. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
vii. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain.
viii.Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
ix. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan
bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
x. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai di
samping melihat kesannya.
xi. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi
mengikut fungsinya.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Apakah perbezaan antara asemblaj dan stabail?

1.5.4 Mobail

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Sumber : http://subida.wordpress.com/2008/10/
Mobail

merupakan

satu

arca

keseimbangan (equilibrium).

kinetik

yang

dibina

berdasarkan

prinsip

Ia terdiri daripada beberapa batang rod yang

digantungkan objek atau rod lain. Objek yang tergantung daripada rod tersebut
mengimbangi antara satu sama lain. Ini menjadikan ia kekal seimbang secara
horizontal. Setiap rod digantung dengan menggunakan satu tali sahaja dan ini
akan memudahkan ia berputar dengan bebas. Arca mobail yang sifatnya boleh
bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik.

Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang
pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi
perangsang kepada seniman untuk mereka bentuk yang yang lebih menarik dan
canggih. Suatu kehebatan Calder dalam penghasilan mobail ini ialah elemen
geometri yang diadaptasi berasaskan kepingan logam industri dan disusun
secara sekuen untuk menghasilkan suatu urutan yang terancang dan teraputik.
Apabila dunia inginkan perubahan, mobail disepadukan dengan mesin dan
jentera yang boleh bergerak melalui kawalan secara manual atau automatik dan
terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetik yang diberi tajukFlamingo (1974),
Myxomatose (1953) dan Pisson Volant mengadaptasikan bunyi dedaunan,
beburung yang berterbangan dan serangga yang berdesir. Idea wau yang

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

berdengung di udara, unggas berterbangan, ombak yang berdeburan menjadi


sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi perhatian pengarca.

Adakah mobail memerlukan pedestal?

Contoh-Contoh Karya Mobail

Bil
1.

Karya

Maklumat

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Alexander Calder
Trap and Fish Tail
1939

Alexander Calder
2.

Arc of Petals
1941

Alexander Calder
The Y

3.

1960

Timothy Rose
4.

Ivy
2007

Proses Penyediaan Mobail


i.

Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail


Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan
mobail :

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Menentukan subjek dan tema

Subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan,
sindiran, saranan dan nukilan pengarca.
-

Menentukan alat dan media

Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan
bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil
kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciriciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak
kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak
tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan mobail.
-

Membuat tumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)

Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan,


kita seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui
konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang
ingin dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya.
Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat
yang tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih.
-

Memilih salah satu lakaran yang terbaik

Pilih lakaran atau sketsa yang baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini
berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan
berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang
sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
-

Memperinci lakaran

Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan


lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari


mobail yang akan dihasilkan nanti.
-

Membuat karya/mobail

Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail,
keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Kesemuanya
diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang
diperlukan.

ii.

Proses Membentuk Mobail


Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan
penghasilan mobail.

1.5.5 Model

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Model dapat digambarkan dengan pandangan dua dimensi (2D) tetapi pada
pandangan ini hanya beberapa bahagian sahaja yang dapat ditunjukkan tetapi
dengan pandangan 3D setiap penjuru sesuatu objek dapat di lihat dan dapat
diketahui jika terdapat error pada sesuatu bahagian tersebut. Dengan melihat
model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan
objek tersebut. Model kawasan merupakan suatu bentuk ilustrasi yang
menunjukkan satu kawasan yang dibuat dalam bentuk 3D yang sederhana.
Model statik adalah model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang tidak
bolah berubah. Model Dinamik adalah model yang dibuat mengikut kesesuaian
bentuk yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.

Definisi
Pengertian model adalah diertikan sebagai pengembaran sesuatu sehingga kita
menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh gambaran tiga dimensi (3D)
bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah
untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

Lakaran Idea

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis model yang akan dihasilkan
sebagaimana yang telah dipersetujui. Model yang akan dihasilkan bergantung
kepada jenisnya seperti model rumah, kereta bangunan dan sebagainya.

Pemilihan Alat dan Bahan


Proses ini perlu di dalam proses menyediakan model. Ini kerana bahan-bahan
yang digunakan adalah berbeza dan bergantung pada jenis model yang akan
dihasilkan. Pemilihan dan penentuaan bahan akan mempengaruhi ketahanan
model tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan


Langkah ini penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang
dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang
digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

1.5.6 Diorama

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan


arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar
tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan
orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara
mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi.
Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya
dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat.
Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif
melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama


Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini
dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar
belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama.
Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang
berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut
menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:
1. Menentukan Subjek dan Tema

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

a. Alam Semulajadi dan Persekitaran


b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis
c. Aliran dan Tema Sejagat
d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
2. Menentukan Alat dan Media
3. Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil)
4. Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik
Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama.
Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni
reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran
kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam
pemilihan lakaran tersebut.
5. Memperinci Lakaran
6. Membuat Karya/Diorama
Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan
dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkaraperkara yang berikut diambil pertimbangan;
o Bahan dan alatan,
o Kos pembinaan/buatan
o Masa yang diperlukan.
o Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Proses Membentuk Diorama


Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan
penghasilan diorama.

1: Hal benda ditentukan

2: Hal benda dilengkapi dengan latar belakang

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

3: Hal benda, latar belakang dan kotak diorama

4: Diorama yang lengkap untuk peragaan

1.5.7 Boneka

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Sumber : http://fabricpaperthread.blogspot.com/2009/10/scrap-bag-doll-tutorialpart-one.html
Boneka adalah sejenis hasil kerja tangan yang berbentuk permainan. Boneka
merupakan suatu punca yang baik untuk menimbulkan kuasa imaginasi kanakkanak, dan ia memberikan peluang untuk mencipta suatu alam khayalan.
Boneka boleh menghidupkan watak ciptaan seperti haiwan dan benda-benda
lain. Boneka tangan boleh dikatakan jenis yang popular sekali di sekolah dan
jenis yang ringkas ini boleh dibuat oleh kanak-kanak.

DEFINISI
Boneka merupakan sejenis permainan anak-anakan. Ia dibentuk dalam dua atau
tiga dimensi. Boneka dihasilkan dengan mencantumkan pelbagai bentuk untuk
menghasilkan objek boneka. Boneka juga memberi kesedaran imbangan,
harmoni dan kadar banding dalam proses binaan dan membentuk.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Jenis-jenis Boneka
1. Boneka Piring Kertas
Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai,
sesuai untuk kanak-kanak peringkat rendah.

Boneka piring kertas

Alat dan Bahan


o

Piring kertas

Dawai halus

Pelekat

Gunting

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional
o

Kayu atau buluh

Kain reja (perca)

Tali

Pita litup

Cara Membuatnya
Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan
dakwat.Kemudian dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di
belakang piring. Gunting dan lubangkan di tengah-tengah kain belacu
atau kain reja. Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan lekatkan
lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup. Untuk membuat
rambut kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya
dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

2. Boneka Polistirena

Polistirena yang berbagai-bagai bentuk boleh digunakan untuk membuat

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

boneka. Bekas alat-alat elektrik sesuai untuk membentuk boneka ringkas


dan ia boleh dibuat dengan mudah.

Boneka polisterina

Alat dan Bahan


o

Polistirena,

Kayu buluh/rot kayu

Pensil

Gam

Kertas pasir

Gunting

Pita litup

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional
o

Pisau

Berus gam

Warna tempera

Cara Membuatnya
Korek mata, hidung dan mulutnya dengan sebatang pensil. Kemudian
tampalkan telinga pada tepi kotak. Gunakan sebatang kayu buluh sebagai
tangkai. Bola polistirena boleh digunakan untuk membuat boneka tangan.

3. Boneka Beg Kertas


Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka. Ia
sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.

Boneka beg kertas

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Bahan-bahan dan Alat


o

Gunting,

Kertas berwarna

Gam kanji

Cat air atau krayon.

Dawai kokot

Dua beg kertas

Pita litup

Rot kayu

Kertas tisu lembut

Cara Membuatnya
Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu
dengan menggunakan dawai kokot. Masukkan gumpalan surat khabar
tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan
pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut. Sapukan gam seluruh
permukaan hadapan untuk membentuk muka. Bina ciri-ciri muka dengan
menggunakan kertas tisu lembut. Warnakan muka boneka dengan
menggunakan cat air. Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

4. Boneka Silinder
Boneka silinder adalah boneka yang mudah dibuat dan juga menarik.

Boneka silinder

Alatan dan Bahan-bahan


o

Kertas warna

Pollistirena

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional
o

Penutup botol

Gabus

Pisau

Tali

Gunting

Gam

Cara Membuat
Potong sekeping kad manila yang berukuran 20 cm x 27.5 cm atau 25 cm
x 40.50 cm. Gulungkan kertas tebal ini supaya berbentuk silinder. Stapel
atau lekatkan tepinya dengan kanji supaya ia sentiasa berbentuk silinder.
Ini ialah asas kepala boneka. Setelah membuat bentuk asasnya, kita
boleh menentukan apa jenis watak yang hendak dibentuk dari silinder
masing-masing. Apabila sudah menentukan jenis boneka yang hendak
dibuat maka bolehlah mula memotong bahan-bahan yang hendak
ditampal pada silinder tersebut untuk permukaan mukanya.. Untuk
menyediakan boneka itu, kita perlu membuat satu tiub kecil dari kad
manila dan lekatkan pada bahagian dalam boneka itu. Apabila kita
memasukkan jari ke dalam tiub kecil itu, kita akan dapat mengendalikan
boneka itu dengan sempurna.

5. Boneka Wayang Kulit

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka wayang kulit direka secara tradisional dari kulit kerbau.


Disebabkan kulit kerbau sangat sukar didapati, maka bahan-bahan moden
terpaksa dicari dan diperkenalkan sebagai bahan menggantikan buatan
cara tradisional di atas. Bahan-bahan yang digunakan sebagai pengganti
yang mudah diperolehi ialah filem pancaran X yang terpakai, kepingan
plastik yang tebal dan kertas bod. Permainan wayang kulit dipercayai satu
permainan yang pertama mencipta kesenian gerak dan tampak seolaholah hidup jika ia dilakunkan dengan baik. Untuk makluman dalam
lakonan wayang ia merupakan satu siri dari siri-siri kartun. Adalah wajar
sesebuah boneka sengaja dilebih-lebihkan sifatnya bagi menambahkan
wataknya dengan lebih jelas. Kebiasaannya watak seorang hero
digambarkan dengan sifat muka yang kacak dan hidung yang mancung.
Manakala sifat watak penjahat digambarkan dengan mata yang besar,
hidung yang besar, perut yang buncit dan dicat dengan warna yang
garang. Proses untuk membuat boneka wayang kulit tidak begitu rumit
dan bahan-bahanya senang diperolehi.

Boneka Wayang Kulit

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Alatan dan Bahan-bahan yang Diperlukan


o

Kertas pasir

Tukul

Seketul kayu

Newsprint

Gunting

Pemotong NT

Penebuk mata bulat

Gam yang kuat

Cat tempera atau cat minyak

6. Boneka Sarung Tangan


Boneka ini merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat, ia
mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan
kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung
tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka dapat
melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat
ditontoni dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Bahagian kepala
merupakan bahagian yang paling penting.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Boneka Sarung Tangan

Alat dan Bahan


o

Kain belacu/sarung tangan

Pensil

Gunting

Jarum

Benang jahit dan benang bulu

Berus cat

Cara Membuatnya
i.

Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan
semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan
terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian
lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan
pengguntingan.
ii.
Gunting mengikut garisan pengguntingan.
iii.
Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

iv.

Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak

v.

kemas.
Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut

vi.
vii.

watak yang dikehendaki.


Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.
Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

Lakaran Idea
Merupakan proses awal bagi menentukan jenis boneka yang akan dihasilkan
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian jenis-jenis boneka.
Pembentukan watak-watak juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar boneka
yang akan dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton.

Pemilihan Alat dan Bahan


Proses ini amat perlu di dalam proses membuat boneka, ini kerana bahan-bahan
yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis boneka yang akan dihasilkan
(rujuk bahagian jenis-jenis boneka). Pemilihan dan menentukan bahan juga
mempengaruhi ketahan boneka tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan


Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu boneka. Setiap boneka
yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

bahagian jenis-jenis boneka). Teknik yang digunakan berbeza bergantung


kepada jenis boneka yang akan dihasilkan.

1.5.8 TOPENG

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Topeng adalah suatu alat yang menutupi muka untuk tujuan perlindungan,
menyembunyikan wajah.

Ia juga digunakan untuk seni persembahan dan

hiburan seperti drama, tarian serta istiadat pemujaan. Selain itu ia juga dijadikan
sebagai alat perhiasan di rumah malah sebagai identiti seseorang dan juga ahli
kumpulan.

Definisi
Kata topeng berasal dari kata tup yang bererti tutup, kemudian kerana gejala
bahasa yang disebut formatif form (pembentukan kata) kata tup ditambah
dengan kata eng yang kemudian menjadi tupeng. Tupeng kemudian
mengalami

beberapa

perubahan

sehingga

menjadi

topeng.

Di Bali istilah topeng diertikan sebagai Partapukan yang membawa erti suatu
lapisan yang menutupi. Misalnya seorang yang menderita kerana luka, apabila
lukanya telah sembuh maka terdapat satu lapisan yang menutupi luka tersebut
yang kemudian akan terlepas dengan sendirinya.

Fungsi Topeng
1. Topeng sebagai lambang nenek moyang
Digunakan semasa upacara memperingati keturunan Ratu Gede
Pancering Jaga atau Hyang Datonda penguasa dunia yang dipercayai
oleh masyarakat Truyan di Danau Batur.
2. Topeng sebagai simbol dewa-dewi

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Ditarikan oleh gadis-gadis yang belum cukup umur. Tarian ini dinamakan
Tarian Topeng Widyadari dan selalu ditarikan oleh masyarakat di Desa
Ketewel, Kecamatan, Sukawati dan Gianyar.
3. Topeng sebagai pelengkap upacara
Tarian topeng ini termasuk dalam tarian Bebali yang berfungsi sebagai
pengiring dalam upacara yang dikenali sebagai Panca Yadya. Tarian
topeng ini dipentaskan pada waktu upacara ddan dilaksanakan dengan
tujuan supaya upacara berlangsung dengan selamat dan mendapat
berkat.
4. Topeng sebagai penyingkap sejarah
Ianya bersifat hiburan dan dalam tarian ini banyak menceritakan kisah
sejarah dahulu, memberi pengajaran dan peringatan tentang asal-usul
keturunan, daerah, bahasa dan sebagainya serta boleh ditontoni oleh
sesiapa sahaja.
5. Topeng sebagai Media Pendidikan
Pementasan topeng dapat berfungsi sebagai media pendidikan di mana
pelajar dapat mempelajari teknik membuat dan memainkannya, begitu
juga dapat mengenal tokoh-tokoh, agama, seni dan budaya masyarakat
setempat.
6. Topeng sebagai hiburan
Pementasan topeng juga dapat berfungsi sebagai hiburan terutama
memalui dialog-dialognya yang bersifat humor akan mengundang gelak
ketawa penonton.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Jenis-jenis Topeng

Topeng mata

Topeng muka

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Topeng serkup

Lakaran Idea
Merupakan proses awal bagi menentukan jenis topeng yang akan dihasilkan
sebagaimana yang telah dilakarkan dalam buku lakaran. Pembentukan watakwatak topeng juga memerlukan lakaran-lakaran ide agar topeng yang akan
dihasilkan dapat memenuhi citarasa penonton semasa persembahan atau
kepada penggemar topeng sebagai bahan koleksi.

Pemilihan Alat dan Bahan

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat topeng, ini kerana bahan-bahan
yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis topeng yang akan dihasilkan
(rujuk bahagian jenis- jenis topeng). Pemilihan dan menentukan bahan juga
mempengaruhi ketahanan daya penarik topeng tersebut.

Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan


Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesuatu topeng. Setiap topeng
yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya (rujuk
bahagian jenis-jenis topeng). Teknik yang digunakan berbeza bergantung
kepada jenis topeng yang akan dihasilkan.

1.5.9 ORIGAMI

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan


binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin
bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni
origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol
dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi
kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau
kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk
akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk
tujuan melipat.

Sejarah Origami

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula


diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Tsai Lun. Kertas yang
diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas
dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara
pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke
Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini
dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu
kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol,
orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan
bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor,


orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

Jenis-Jenis Bentuk Origami


a. Haiwan
Kebanyakan origami dibentuk terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah,
burung, dinosaur, serangga dan singa laut..
b. Barang Permainan
Bentuk origami jenis ini yang terkenal seperti sampan, kereta, bangunan
dan perabot kecil (miniature).
c. Tumbuh-tumbuhan
Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan
pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh
bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan
bunga tulip.
d. Perhiasan
Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja,
pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

Kertas Origami
Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh
didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas
seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter.
Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang
dikehendaki.
Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang
telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering
digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas
keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan
yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli.
Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan
di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim,
kertas jenis water colour digunakan. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk
origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Proses Dan Teknik Pembuatan


Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering
digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

1.6

Isi Kandungan (Hal Benda, Makna, Cerita, Ekspresif)

Membuat penerokaan dan eksperimen bahan dilakukan bagi memastikan bahan


yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Sering
kali dalam proses ini kita akan mengesan kerangka objek binaan di samping
memilih bahan yang memperkukuh binaan tersebut. Apabila kita membuat model
kucing,

dawai

halus

digunakan

untuk

membina

kerangka

bentuk

manakala papier mache diaplikasi untuk membentuk sifat fizikal kucing itu.
Bahan tambahan lain yang berupa guli digunakan untuk mata kucing, tali tangsi
untuk misai dan berus sabut untuk ekor kucing. Proses membuat dan membina
model kucing ini perlu dilakukan mengikut tertib dan pemeringkatan kerja yang
teliti.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Apapun yang akan dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan
perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.

a. Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran


Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama
dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan,
piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan
rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal
subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik,
keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira
garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

b. Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis


Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda
pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta.
Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi
karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean
Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya
melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini
akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif
dan

melampaui

batas-batas

kebiasaan

dalam

berkarya.

Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau
penggerak minda dalam berkarya.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

c. Aliran dan Tema Sejagat


Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia
menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering
diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur
kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang
berbagai,

keunikan

ciptaan

berlaku

dan

akhirnya

mewujudkan

kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih
besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi
suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya
Non-objective

art,

Minimal

art

misalnya

adalah

suatu

aspek

pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan.

d. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain
merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan.
Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas,
basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain
yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea
datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi
sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentukbentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri.
Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga
dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Ciri-ciri Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan yang baik


Hasil kerja membentuk dan membuat binaan yang dikatakan cantik dan menarik
apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti
karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika dan dizahirkan
melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan
unsur seni, prinsip seni dan strukur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil
pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Secara
ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi iaitu :
1. Menepati Tema dan Tajuk

2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan

3. Kuat, Kukuh dan Selamat

4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik

5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan

6. Asli, Unik dan Berketerampilan

Ekspresi Diri
Sesuatu persembahan atau hasilan yang dikatakan cemerlang dari segi
penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Model menepati tema dan tajuk.

Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan

boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah.


Model yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan

keselamatan.
Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu

gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat.


Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat

ketulenan dari segi penghasilan.


Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna,
imbangan dan kesatuan yang menarik.

Apresiasi
Berpandukan hasil kerja yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan
cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini :
1. Tajuk dan tema yang sesuai.
2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat topeng.
3. Proses stailisasi dan menambahbaikan agar bersesuaian dengan watak
sesuatu topeng tersebut.
4. Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej mengikut jenis-jenis topeng
yang dihasilkan, bergantung kepada watak.
5. Kesesuaian secara keseluruhan.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

TAJUK 2

MERANCANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIDANG


MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

SINOPSIS
Bahagian ini akan membincangkan perancangan pelbagai aktiviti P&P
setiap bidang Membentuk dan Membuat Binaan dengan mengaplikasikan
konsep pendidikan seni visual, konsep KBSR dan teori pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)


i.

Mengaplikasi strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan


pembelajaran Membentuk dan Membuat Binaan

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Bagi merancang pengajaran dan pembelajaran bagi bidang membentuk dan
Membina pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan melalui kaedah pengajaran
dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan
dan kajian masa depan.
Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk
mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam
bentuk aktiviti pembeelajaran.
Walau

bagaimanapun,

guru

boleh

mengubah

suai

cadangan

aktiviti

pembelajaran jika perlu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai


dapat meningkatkan minat murid terhadap PSV. Pelajaran PSV yang tidak
menarik akan membosankan pelajar.
Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar masingmasing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untuk muridmurid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang,
verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan
antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan
dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

Eksperimen
Kaedah eksperimen merupakan

satu kaedah yang baik dijalankan dalam

pelajaran PSV. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui


konsep atau idea yang tertentu.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses
dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah
seperti berikut:

1. Mengenal pasti masalah


2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentukan langkah menjalankan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Menjalankankan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada
eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk
eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang
berkenaan

boleh

dijalankan,

data

yang

boleh

diukur

dan

bagaimana

menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil
atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran
terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan
semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai
sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau
waktu pembelajaran yang formal.
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang
dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru
dan para pelajar lain.

Lawatan
Pembelajaran PSV tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran
sains melalui lawatan ke tempat seperti Balai Seni Lukis Negara, galeri-galeri
seni, fakulti-fakulti seni di universiti tempatan, muzium dan sebagainya boleh
menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi
di mana murid-murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan
semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.

Kajian masa depan


Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan
keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa
depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai
bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif
untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa
penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen

PSV3108 Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah


Membentuk dan Membuat Binaan, dan Mengenal Kraf Tradisional

boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah


berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian

Anda mungkin juga menyukai