Anda di halaman 1dari 3

MENJARING BOLA

Kemahiran menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan


lontaran bola ke sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukannya.
Walaupun hanya pemain GS dan GA yang berpeluang menjaringkan gol, pemainpemain kedudukan lain perlu juga menjalani latihan meningkatkan kemahiran
menjaring. Ini adalah kerana kadangkala mereka juga perlu menggantikan pemain GS
atau GA. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan
oleh pengawal (pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi
penjaring terhadap apa yang ingin dilakukannya.

Cara menjaring
Menjaring boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah
tangan. Apabila menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan membuat perkara
berikut:
a)

Menjaring dari kedudukan statik

b)

Melangkah setapak ke depan dan menjaring

c)

Melangkah setapak ke belakang dan menjaring

d)

Melangkah ke sisi dan menjaring

e)

Melompat dan menjaring

f)

Berlari, menerima bola dan menjaring.

Jaringan statik (teknik asas dengan sebelah tangan)


Butiran mengajar:
(i.)
Berdiri secara seimbang. Kaki dijarakkan dan bola terletak di atas jari-jari dan
bebola tangan (tidak atas tapak tangan).
(ii.)
Melihat sasaran. Rendahkan badan (bengkokkan lutut) dan bola dibawa ke
atas kepala.
(iii.)
Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan untuk
menolak bola ke sasarannya. Tindakan flick dengan pergelangan tangan dilakukan
pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke bulatan.
(iv.)

Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila menolak bola.

Menjaring dari kedudukan statik dengan sebelah tangan


Jaringan melompat
Butiran mengajar:
Persediaan adalah seperti membuat jaringan statik dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan. Semasa melompat, penjaring hendaklah melompat sambil menolak bola
ke arah sasarannya sebelum ia mendarat.

Menjaring cara melompat dengan sebelah tangan.

Jaringan berlari
Butiran mengajar:
Penjaring hendaklah memastikan ruang mencukupi untuk bergerak dalam bulatan gol.
Sebaik saja penjaring menerima hantaran, dia akan terus melangkah dan melompat
untuk melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar peraturan gerak kaki.
Penjaring akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang
memegang bola.

Anda mungkin juga menyukai