Anda di halaman 1dari 3

DARI GELANGGANG PECAH KKSY OLEH : ZAFARUL ASWAD BIN ABD TALIB

Seorang pemain yang bagus harus bijak dalam menjalani pelbagai aspek di dalam latihan badminton. Komponen yang terpenting dalam sesuatu latihan ialah latihan asas seperti skil asas, pergerakan pergelangan tangan, tangkas, keupayaan untuk menggunakan segenap ruang ketika di dalam permainan dan penguasaan gelanggang depan dan belakang yang baik. 1. Gaya dan skil asas: Gaya permainan mempengaruhi keseluruhan strategi seseorang pemain. Ini termasuk bagaimana seorang pemain mengawal dan meyeap sesuatu tekanan. Di dalam sukan badminton, terdapat latihan yang khusus untuk mencapai ketangkasan dan strategi untuk menyerang. Harus diingat, walaupun ketangkasan amat penting namun skil asas merupakan akar umbi di dalam sukan badminton. Jika kedua-dua gabungan ini tidak wujud maka seseorang pemain tidak akan dapat menggunakan strategi permainan seperti dikehendaki. 2. Pergerakan pergelangan tangan dan pergerakan langkah kaki di gelanggang (footwork): Ini merupakan 2 aspek yang terdapat di dalam latihan asas, dimana keduaduanya amat penting. Ia mempengaruhi gaya permainan seseorang pemain. Persembahan pemain akan longgar jika kedua-dua gabungan ini tidak seimbang. Pemain harus bergerak secara tangkas. Membuat percaturan yang tepat ketika melakukan pukulan stroke dan dapat kembali ke titik tengah gelanggang dengan cepat. Bagi menghasilkan gabungan ini, latihan yang berterusan harus dipraktikkan. 3. Ketangkasan: Penekanan harus diberi bagi mencapai ketangkasan di dalam permainan badminton dimana ia merupakan trend dalam era badminton moden. Bagaimanapun, ketangkasan harus datang dengan kepelbagaian ketika diperlukan kerana anda tidak akan boleh bermain pantas sepanjang masa. Oleh itu, 4. seseorang pemain harus bijak dalam menggunakan aspek ketangkasan di dalam permainan seseorang pemain. Pemain yang peka juga berkebolehan dalam melakukan pukulan deras dan dalam masa yang sama dapat melakukan pukulan di jaring dengan tangkas. Lawan juga boleh diheret ke dalam permainan rally yang perlahan dan cuba memerangkap lawan secara drastik dengan kepelbagaian pukulan mahupun smash padu yang menjunam. 5. Serangan dan bertahan: Di dalam permainan ini, penekanan diberikan secara khusus terhadap ketangkasan dan corak menyerang. Pemain juga digalakkan membentuk gaya dan strategi permainan yang tersendiri. Apatah lagi jika pemain tersebut dapat mencipta skil-skil yang istimewa seperti pukulan pancung yang deras ataupun jumping smash. Ia juga merangkumi pukulan yang deras, kawalan gelanggang yang baik, berupaya bermain secara rally yang panjang, mempunyai pertahanan yang jitu dan sebagainya. Keupayaan pemain menukar tempo permainan seperti dari menyerang dan terus bertahan sambil meyelitkan strategi yang ampuh untuk mematahkan serangan pihak lawan. 6. Pegangan raket: Cara memegang raket harus betul. Memegang untuk pukulan stroke backhand dan forehand harus berbeza. Harus genggam kuat atau longgar?-Ini merupakan soalan yang sentiasa ditanya. Pegangan raket boleh disamakan seperti memegang burung merpati, terlalu kuat genggaman boleh memudaratkan nyawa burung manakala terlalu longgar boleh meyebabkan ia nya terlepas dari genggaman. Jadi tanyalah dengan diri anda, bagaimanakah genggaman raket anda?

7. Kawalan depan dan belakang gelanggang: seseorang pemain harus berupaya melakukan pergerakan depan dan belakang gelanggang dengan baik. Ini harus disusuli dengan pergerakan footwork yang licin dan tersusun. Jika anda ingin bermain secara menyerang anda harus peka pada : A. Footwork yang baik sambil melakuan pergerakan depan dan belakang gelanggang yang kemas dan teratur. Harus tangkas untuk membalas pukulan di jaring. B. Berfikir secara advance (terkedepan) dalam membalas pukulan dan pukulan di jaring. C. Menguasai pukulan dekat di jaring. TIPS UNTUK BAKAL PEMAIN Harus mengejar bulutangkis di depan. Jangan raket dihulur tetapi tidak disusuli dengan gerakan kaki ke depan. Alihkan berat badan kedepan ketika melakukakn pukulan sambil bergerak kedepan. Bergerak ke jaring hanya dalam 2-3 langkahan. Jangan sesekali meletakkan raket di posisi ke bawah ketika sedang dalam permainan rally. Selepas melakukan pukulan dijaring, jangan gopoh untuk kebelakang. Lakukan latihan secara intensif untuk melembutkan pergelangan tangan dan dalam masa yang sama untuk menguatkan tangan. Harus member penekanan pada ketangkasan tangan. Ketika melakukan serangan ataupun pukulan, pemain juga harus memikirkan pukulan yang seterusnya. Menyerang tidak hanya terletak pada smash dan netshot. Ia lebih dari itu. Ketika melakukan smash cuba untuk tidak membengkokkan badan secara berlebihan kerana ia nya akan membuat pukulan anda tersasar. Ketika melakukan pukulan dijaring gunakan posisi raket ketika bulutangkis di sudut paling atas. Sentiasa berdiri di dalam posisi bersedia. Bukan berdiri seperti di pusat membeli belah................

DISPLIN DAN KERJA KERAS ADALAH SEGALANYA.

SELAMAT MAJU JAYA DAN ENJOYS DALAM PERMAINAN BADMINTON ANDA! Oleh : Zafarul Aswad Bin Abd Talib Pensyarah Kolej Komuniti Selayang

Anda mungkin juga menyukai