Anda di halaman 1dari 5

STRATEGI ASAS PERMAINAN TENIS AM 1. Seboleh-bolehnya buat hantaran balik untuk meneruskan permainan 2.

Gunakan cara pukulan yang sesuai dan memadai dengan situasi permainan. (Mengikut kajian 75% mata yang hilang oleh pemain disebabkan kesilapan sendiri yang mengola akibatkan bola terkandas di jaring) 3. Hantaran ke ruang yang tepat (placing) adalah lebih berkesan daripada pukulan yang kuat dan bergaya. 4. Mainkan bola ke bahagian lemah pihak lawan dan cuba pungut mata dari menggunakan kelebihan sendiri. 5. Gunakan pelbagai jenis pukulan. 6. Jika perlu, cuba bergerak dari belakang ke depan untuk membuat sesuatu pukulan. Elak dari mengundur sambil membuat pukulan balik. 7. Bergerak berhampiran jaring atau ke belakang gelanggang semasa permainan. Elak dari terperangkap di kawasan No Mans Land 8. Selepas setiap pukulan bersedia semula PERMAINAN PERSEORANGAN 1. Servis bola secara dalam atau lebar supaya hantaran balik pihak lawan adalah defensif. 2. Balik kepada keadaan bersedia di bes tengah atau berhampirannya untuk bersedia bergerak ke mana-mana arah selepas setiap pukulan. 3. Selepas sesuatu pukulan serang ke kawasan belakang, bergerak ke depan untuk voli atau smesy 4. Bergerak ke depan sebaik sahaja membuat hantaran balik dekat dengan jaring di sebelah pihak lawan. Besar kemungkinan pihak lawan membalas dengan memukul bola ke kawasan depan juga.

PERMAINAN BERGU 1. Tujukan bola kepada pemain lawan yang lebih lemah dan buat jenis pukulan yang sukar hendak dibalas oleh pihak lawan. 2. Cuba masukkan servis pertama yang biasanya adalah kuat dan kencang. Ini akan member peluang kepada pasangan mematikan bola jika hantaran balik dari pihak lawan adalah lemah dan dekat jaring. 3. Buat serangan dengan memukul bola ke tengah-tengah gelanggang antara dua pemain lawan itu. 4. Buat serangan dengan memukul bola ke tengah-tengah gelanggang antara dua pemain lawan itu. 5. Berkomunikasi dengan isyarat tangan atau perkataan-perkataan semasa permainan supaya pengeliruan tidak berlaku yang boleh menyebabkan bola terbiar. Dengan memberi isyarat, pasangan akan melakukan servis yang tertentu dan kawannya akan bersedia untuk menemui pukulan balik dari lawannya. Begitu juga, beritahu kawan jika sesuatu pukulan oleh pihak lawan pasti akan keluar gelanggang.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN TENIS 1. Adalah salah jika kaki pemain menyentuh atau memijak garisan belakang semasa melakukan servis. 2. Percubaan servis dikira jika pemain menghayun raketnya dan tidak dapat memukul bola yang dilambungnya dan bola jatuh atas tanah. 3. Semasa permainan jika bola menyentuh atas jaring dan masuk ke gelanggang yang sepatutnya, permainan terus berjalan. (Kecuali bola dari servis). 4. Bola dianggap sebagai bola mati jika melantun bagi kali kedua sebelum dipukul. (Peraturan ini sama dalam permainan ping pong). 5. Bola mesti melintas jaring sebelum pemain boleh memukulnya kepada pihak lawan. 6. Adalah salah jika mana-mana bahagian badan seorang pemain atau raketnya menyentuh jaring semasa permainan. 7. Bola yang jatuh atas garisan dikira sebagai dalam kerana garisan adalah sebahagian daripada gelanggang permainan. 8. Bola yang dipukul terkena tiang jaring dan masuk ke gelanggang yang sepatutnya adalah bola sah dan permainan terus berjalan. 9. Giliran servis (bergu) ditentukan di awal setiap set. Jika X1 buat servis dalam permainan pertama kawannya X2 pula buat servis bagi set ketiga Begitu juga apabila servis untuk permainan kedua. Pemain yang lain akan membuat servis untuk permainan keempat. Servis untuk permainan kelima balik kepada X1 dan seterusnya . giliran menerima juga ditentukan di awal set: Jika dalam permainan pertama Z1 menerima servis pertama, ini bererti dia juga akan menerima servis pertama dalam permainan ketiga, kelima, dan seterusnya. 10. Pilihan gelanggang dan hak untuk memulakan servis atau menerima diputuskan dengan lambungan syiling.

UJIAN KEMAHIRAN ASAS TENIS UJIAN 1 : UJIAN SERVIS OBJEKTIF Menguji ketepatan membuat servis ALATAN Raket tenis, bola tenis (10), tali untuk menandakan kawasan servis PROSEDUR Peserta melakukan 5 servis dari X sebelah kanannya ke petak dius yang berpenjuru dengan servisnya. Selepas itu, peserta melakukan 5 servis lagi dari sebelah kirinya X1 ke petak advantej. Setiap servis yang berjaya diberi 1 atau 2 mata. PENCAPAIAN Jumlahkan mata yang diperoleh dari 10 percubaan itu. Maksimumkan 20 mata. UJIAN 2 : UJIAN PUKULAN PEPAT (HADAPAN) DAN KILAS OBJEKTIF Menguji kebolehan memukul ke hadapan / kilas ALATAN Raket tenis, bola tenis (10), tali untuk menandakan kawasan sasaran PROSEDUR Pembantu (T) melontar bola ke X dan peserta (P) bergerak ke depan dan memukul bola ke kawasan yang ditandakan sebagai sasaran. Peserta akan melakukan 5 pukulan pepat (hadapan) dan kemudian 5 pukulan kilas. Setiap pukulan yang berjaya diberi 1, 2, atau 3 mata.

PENCAPAIAN Jumlahkan mata untuk pukulan hadapan dan kilas (a) Pukulan hadapan 15 mata maksimum (b) Pukulan kilas 15 mata maksimum

Anda mungkin juga menyukai