Anda di halaman 1dari 14

LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

PJMS3013

NAMA PENSYARAH: ENCIK AZULHELMI B. AHMAD

NAMA KUMPULAN:
NOR NATASHAH BINTI ALIAS
ANGGUN SYAQIRA BINTI SHUBRY
FISIOTERAPI
• Fisioterapi ialah kaedah perawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi
yang terlatih di atas arahan doktor perubatan.

• Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempercepatkan kadar


penyembuhan sesuatu kecederaan sukan.

• Matlamatnya ialah mengembalikan atlit yang cedera itu kepada keadaan


asal dan bersedia untuk beraksi atau berlatih.

• Antara teknik-teknik rawatan oleh ahli fisioterapi ialah seperti berikut:


a) Elektroterapi
• elektroterapi adalah sejenis terapi yang menggunakan arus elektrik untuk
meransang tisu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit atau untuk
,emdapatkan kembali beberapa fungsi yang hilang dari tubuh.

• telah terbukti bahawa tulang, rawan. ligamen. tendon dan sel-sel badan yang lain
dipengaruhi secara positif melalui elektrik.

• penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang
cedera.

• bertujuan untuk merangsang peredaran darah ketempat yang cedera.


Contoh Alat Elektroterapi
Hidroterapi
• hidroterapi ialah rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan
kecederaan.

• atlet boleh menjalankan latihan kecergasan dalam permulaan dengan bantuan


daya apungan air.

• air dapat mengapungkan atau menyokongberat badan seseorang itu semasa beliau
menjalankan latihan kecergasan.

• ini mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atas anggota badan atlet
tersebut.
Hidroterapi
Terapi Haba
• Terapi haba digunakan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan luka
terbuka.
• terapi jenis ini harus diawasi dan dipantau agar darjah kepanasan terapi
tidak menjadi terlalu tinggi hingga membakar tisu-tisu atau sel-sel tempat
rawatan terapi itu.
• terapi haba meningkatkan relaksasi otot dan mengurangkan kesaitan
tempat yang mengalami kecederaan.
• terapi haba meningkatkan peredaran darah ke kawasan yang cedera
dengan itu membolehkan lebih banyak nutrien dan oksigen dihantar
untuk membaiki kerosakan tisu dan sel sementara mengangkut hasil
buangan seperti karbon dioksida dari tempat tersebut.
Alatan dan ara yang digunakan dalam
terapi haba
• rendam bahagian yang cedera dalam air yang bersuhu antara 40-41C
selama 10-20 minit

• pundi gel yang dipanaskan juga boleh ke atas tempat yang berbeza.
perhatian harus diambil ke atas kulit atau tempat meletak pek ini agar
tidak melecur akibat terlalu panas atau terlalu lama.
Urutan Sukan
• Urutan sukan adalah sejenis urutan yang khusus disesuaikan dengan
kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan sukan.
• Ia tidak bertujuan untuk menjadi urutan yang merehatkan dan
sememangnya ia boleh menjadi agak kuat pada masa-masa tertentu.
• Berbeza dengan namanya, urutan sukan tidak hanya digunakan oleh
ahli sukan profesional atau orang-orang yang banyak bekerja. Ia
memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, walaupun hanya senaman
ringan seperti berjalan biasa.
Tujuan Urutan Sukan

• Urutan sukan direka untuk mencegah dan melegakan kecederaan dan


keadaan yang berkaitan dengan senaman atau sukan.
• bermaksud untuk melegakan dan mengurangkan tekanan dan
ketegangan yang terdapat di dalam tisu lembut badan semasa
bersukan.
• Ia boleh dijalankan sebelum, semasa, atau selepas bermain sukan
atau bersenam dan menggunakan teknik-teknik yang direka untuk
meningkatkan daya tahan dan prestasi, untuk mengurangkan peluang
kecederaan dan jika terdapat kecederaan, untuk mengurangkan masa
pemulihan.
Urutan sukan boleh merawat pelbagai penyakit dan kecederaan yang mungkin berlaku akibat daripada senaman. Ia juga mempunyai
faedah lain yang membolehkan anda untuk berlatih atau bersukan dengan lebih cekap. Beberapa faedah urutan sukan termasuk:

• 1. Mengurangkan kadar keletihan


• 2. Melegakan bengkak
• 3. Mengurangkan ketegangan otot
• 4. Menggalakkan fleksibiliti
• 5. Melegakan kesakitan
• 6. Mencegah kecederaan
• 7. Meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah
• 8. Meningkatkan peredaran darah dan aliran limfa
• 9. Merawat kecederaan seperti splin shin , siku tenis (tennis elbow) , terseliuh dan
strain , paha (hamstring) dan lain-lain.
Taping
• Penggunaan Kinesio tape semakin meluas didalam kebanyakan aktiviti
dan acara sukan bagi mengekalkan prestasi dan mengelakkan risiko
kecederaan disamping mampu memberikan keselesaan kepada atlet,
penggiat sukan dan aktiviti fizikal.

• Ia juga membantu mengelakkan berlakunya kecederaan berulang


pada kecederaan lampau. Kinesio tape dihasilkan daripada kajian
berdasarkan kepada sains anatomi dan pergerakan (kinesiology).
• Pergerakan dihasilkan oleh otot2 yang tertentu disamping keperluan
pengawalan beberapa elemen penting lain seperti saluran darah
(blood circulation) dan suhu semasa badan.

• Kinesio tape dapat membantu mengawal dan menyeimbangkan


elemen-elemen tersebut. Prinsip Kinesio tape ini adalah berfungsi
dengan menggalakkan otot itu sendiri bertindak sebagai agen
pemulihan secara semulajadi pada tubuh badan.

Anda mungkin juga menyukai