Anda di halaman 1dari 13

MODUL kemahiran tali

AKTIVITI KEMAHIRAN TALI

Fasa 1

Peringkat 1

1. Pengenalan Aktiviti tali dan ikatan


2. Pengenalan alatan dan penjagaan
3. Pemakaian Alatan dan keselamatan 5H
4. Jenis ‘anchor point’
5. Kaedah dan teknik abseiling

Peringkat 2

1. Tanggungjawab jurulatih
2 Penjagaan alatan dan penyimpanan (Amali)
2.1 Menggulung tali
2.2 Penyelenggaran alatan
3. Langkah-langkah keselamatan
4. Amali aktiviti abseiling

Disediakan oleh :

Jalil bin Osman

1 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


PENGENALAN

Perkembangan peralatan moden dan terkini telah merubah dan menjadikan setiap

aktiviti lebih Selamat dan Senang untuk pelbagai untuk kegiatan yang dilakukan oleh

pelbagai agensi latihan dan teknikal. Tidak semestinya peralatan yang mahal itu bagus,

tetapi para peserta mestilah bijak dan kreatif untuk mengadaptasikan teknik

penggunaan peralatan moden agar dapat dimaksimakan penggunaannya. Dalam dunia

tali dan teknikal kita tidak mempunyai ruang untuk melakukan sebarang kesalahan.

Apabila perkara seperti kelalaian dan kemalangan terjadi ia akan meyebabkan reputasi

dan imej sesebuah organisasi yang menganjurkannya akan tercalar. Perkara utama

yang menjadi yang harus dipastikan adalah seperti berikut:

1) Jurulatih yang bertauliah, kerana dengan pengalaman dan pengetahuan yang

tinggi dapat menjamin kualiti sesebuah latihan.

2) Peralatan yang iktiraf serta tepat bagi setiap kegunaan aktiviti yang hendak

dilakukan.

3) Latihan dan teknik penggunaan peralatan, agar mahir dengan teknik kawalan

yang betul.

Special people, special equipment and special training.

Dengan mendapat pendedahan sebenar cara pengendalian aktiviti tali dengan cara

betul dan selamat. Pernah diperbincangkan melalui satu agenda berkenaan aktiviti ini

yang mana lebih penting diantara kualiti dan kuantiti. Tentulah jawapannya adalah

dengan melahirkan para jurulatih dan penggerak yang berkualiti, bakal menjana hala

2 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


tuju dan mempertingkatkan mutu kejurulatihan yang cemerlang, gemilang dan

cemerlang.

IKATAN DAN SIMPULAN

Kesempurnaan Ikatan dan Simpulan yang digunakan amat penting untuk menjamin

ketahanan pada tali untuk aktiviti yang dijalankan. Perkara pertama yang semua

jurulatih dan pelatih mesti faham ialah, apabila seutas tali dilakukan ikatan dan

simpulan itu akan menjadi titik kelemahan pada setiap tali yang digunakan contohnya :

Ikatan Figure of Eight akan menghilangkan sebanyak 15% kekuatan tali. Antara kriteria-

kriteria yang yang penting adalah:

1) Kukuh, jika pemilihan jenis ikatan yang tepat akan menjamin ketahanan dan juga

jangka hayat tali dan peralatan lain ketahap maksima.

2) Simetri adalah bagi memudahkan pengenalan ikatan agar dapat dikenalpasti

dengan mudah.

3) Mudah untuk digunakan dan senang untuk dibuka. Itu yang menjadi kepentingan

kerana ini akan mengganggu kelancaran aktiviti dan akan mendatangkan

masaalah.

4) Sesuai untuk kegunaan dan pada sesuatu benda untuk dilakukan ikatan dan

simpulan.

Ingat jangan gunakan ikatan yang tidak sesuai kerana ia bakal mendatangkan

masaalah contohnya mengikat ikatan itu tidak sampai 1 minit tetapi apabila hendak

dibuka ambil masa berjam-jam dan akhirnya terpaksa memotong tali tersebut dengan

menggunakan pisau? Alangkah pedihnya.................

3 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


Jenis-jenis ikatan.

Jenis ikatan fungsi


Single Figure of merupakan ikatan perantaraan dan amat berguna untuk
Eight dijadikan sebagai ikatan pada penghujung tali.
Figure of Eight ikatan penyambungan yang selalunya digunakan untuk
follow thru penyambungan tali ke sistem keselamatan ataupun terus sistem
harness.
Figure on the amat berguna sebagai ikatan untuk penyambungan kepada
bight karabiner
Figure of eight cukup berguna untuk digunakan untuk sambungan kepada
double loops sistem sesauh pasak utama (main anchor point).
Tindih Kasih Menyambungkan tali kepada harness dengan mengikat terus
(Bowline) kepada tali utama.
Kelebihan; senang dilaraskan keketatan ikatan.
Kekurangan; mudah longgar ketika tali longgar.
Fisherman’s knots Sama ada single, double ataupun triple fisherman’s merupakan
ikatan yang kukuh untuk penyambungan 2 tali yang sama saiz
Clove hitch/ Memulakan dan mematikan sesuatu jenis simpulan dan ikatan
manuk Untuk mengikat tali pada batang pokok.
Ikatan yang selalu digunakan untuk membuat anchor aktiviti
tali.
Kelebihan –Tidak mudah terbuka apabila dikenakan regangan
yang kuat.
Regangan bagi kedua-dua hujung tali boleh menjadikan
simpulan semakin kuat

AKTIVITI ABSEILING

Aktiviti abseiling adalah merupakan salah satu aktiviti tali yang dilakukan dalam aktiviti

luar. Secara asasnya ialah satu kaedah yang digunakan untuk turun dari tempat yang

tinggi. Ianya merupakan aktiviti yang mencabar dan memerlukan pendekatan

keselamatan yang tinggi. Apa yang diperlukan melalui aktiviti ini ialah mempelajari

4 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


teknik yang betul di peringkat permulaan hingga akhir kerana ianya akan memastikan

anda akan mempraktikkannya dengan selamat.

Abseiling merupakan aktiviti yang popular dalam pendidikan luar. Aktiviti ini jika ditinjau

sepintas lalu ianya dilihat amat berbahaya dan ekstrem kerana melibatkan kekuatan

dan kemahiran menuruni bukit atau tempat yang tinggi. Walaupun apa persepsi

terhadap aktiviti ini ianya cukup mencabar fizikal dan mental anda.Latihan dan

pengamatan yang baik amat diperlukan dalam pelaksanaan aktiviti ini. Dalam abseiling

kemahiran dan kepercayaan anda kepada peralatan yang digunakan merupakan aspek

penting dalam memastikan “output” program tercapai. Bagi anda yang pertama kali

melakukan aktiviti ini secara psikologinya akan berhadapan situasi di mana anda akan

menilai tahap keyakinan diri dan kemampuan peralatan serta dalam masa yang sama

anda juga berperang dengan rasa ketakutan dan gementar (anxiety) sebelum aktiviti.

Untuk mengalaminya anda perlu mencuba aktiviti ini untuk mengalami cabarannya

secara fizikal dan mental.

PEMILIHAN TAPAK AKTIVITI

Perkara utama yang perlu diambil berat dalam aktiviti abseiling ini ialah keselamatan.

Tapak aktiviti yang dipilih perlu memenuhi ciri-ciri asas seperti berikut:

1. Tapak yang dikenal pasti tidak terlalu sukar dan ianya sesuai dengan

peringkat umur aktiviti.

2. Tiada batuan yang longgar bila dipijak kerana boleh menyebabkan jatuhan

batu-batuan lain di sekitarnya.

3. Pastikan tiada batuan atau permukaan yang terlalu licin hingga

menyukarkan untuk dipijak.

5 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


4. Kawasan persekitaran bebas dari tiupan angin kencang yang menyukarkan

penurunan.

5. Tiada berlakunya sebarang runtuhan di sekitar tapak.

Alatan

Peralatan yang baik dan berfungsi adalah perkara yang perlu diutamakan dalam aktiviti

abseiling. Ianya merupakan aktiviti yang boleh membahayakan akan banyak

bergantung dengan peralatannya. Jika peralatan yang digunakan tidak menepati tahap

keselamatan yang ditetapkan anda seharusnya tidak meneruskan aktiviti.

Berikut adalah peralatan asas yang perlu disediakan seperti:

1. Tali kernmantle
2. Seat harness
3. Karabiner
4. Figure Of Eight
5. Topi keselamatan
6. Sarung tangan
7. Sling
8. Pulley

6 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


1. Tali Kernmantle
Tali kernmantle digunakan dalam aplikasi abseiling. Tali yang biasa digunakan

mempunyai diameter 11mm, walaupun digunakan dalam situasi pergunungan. Tali

kernmantle terbahagi kepada 3 iaitu statik, semi-statik dan dinamik. Dalam aktiviti

abseiling tali semi-ststik biasanya digunakan untuk belayer kerana kebolehannya

untuk memegang dan menyerap beban yang jatuh.

1.1 Tali Dinamik

Kebiasaannya digunakan ketika mendaki bertujuan untuk menyerap beban jika

pengguna jatuh dari kedudukan asalnya. Tali dinamik mampu menganjal hingga 10%

dari panjang asal tali. Tali jenis ini tidak sesuai digunakan untuk aktiviti abseiling kerana

sifat keanjalannya akan menyebabkan jatuhan yang lebih dari kawalan.

1.2 Tali Statik

Tali yang tidak bersifat anjal, tali ini hanya mampu menganjal sehingga 2% hingga 3%

dari kepanjangan tali yang asal. Tali jenis ini sesuai untuk aktiviti abseiling dan ketika

aktiviti menggua (caving).

Semua tali ini direka dengan menggunakan reka bentuk “KERNMANTEL”.

KERN adalah bahagian dalam tali dibuat dari lapisan filamen nilon polymide yang

disilang-silang. Ianya berfungsi sebagai bahagian utama yang paling kuat dan mampu

menganjal.

MANTLE adalah bahagian luar tali. Ketika aktiviti dijalankan seperti abseiling, bahagian

mantle ini akan menjadi kejap dan seterusnya bertindak melindungi kern .

7 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


1.3 Tali semi-statik

Tali jenis ini mempunyai sedikit keanjalan. Ia mampu menganjal 3% hingga 4% dari

kepanjangan. Sesuai untuk aktiviti abseiling dan ketika aktiviti menggua (caving).

Rajah 1: kernmantle

2. Harness
.2

Rajah 5 :’Full body harness’ Rajah 6: ‘Half harness’

Harness digunakan untuk menghubungkan pendaki dengan tali.

“half harness” sesuai dipakai untuk aktiviti abseiling berbanding penggunaan “full

harness” yang meliputi bahagian atas badan hingga ke pinggang.

Semua harness hendaklah diperiksa sebelum digunakan.

8 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


Pastikan pemasangan harness kemas dan selesa. Tidak longgar.

Pastikan harness yang digunakan memiliki pengiktirafan kelulusan ujian oleh UIAA .

3. Karabiner

Kunci Automatik Screwgate

Rajah 3: Karabiner

Berfungsi sebagai alat mencantumkan tali kepada seat harness yang dipakai oleh

peserta. Terdapat carabiner jenis screwgate, automatik dan snap .Ia juga merupakan

sebagai sebahagian dari alat keselamatan yang berfungsi menghubungkan harness

dengan dan “belayer”. mendapat pengiktirafan UIAA.

3.1 Jenis-Jenis Karabiner:

3.1.1 Karabiner Screwgate (Manual)


Digunakan untuk menghubungkan tali harness dengan memutarkan bahagian klip untuk

mengunci atau membuka secara manual.

3.1.2 Karabiner Kekunci Automatik (Auto-locking carabiners)


Karabiner jenis ini akan terkunci secara automatik selepas dibuka.

9 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


3.1.3 Kekuatan Karabiner
Kekuatan Karabiner diukur dalam KN (Kilonewton – unit dalam mengukur daya).

Kekuatan karabiner adalah di antara 10KN ke 40KN. Satu Newton bersamaan dengan

1/10 Kgf kekuatan daya . Berupaya menahan beban sehingga 1000Kgf ke 4000Kgf (Kg

of force).

4. Figure of Eight

Rajah7: Figure of Eight

“Figure of eight” adalah alatan asas yang digunakan dalam aktiviti abseiling. Ianya

digunakan ketika menuruni bukit (descending) atau pun digunakan oleh “belayer“

ketika aktiviti rock climbing. Ia diperbuat dari aluminium kerana ketahanannya

menampung berat.

10 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar


5. Topi Keselamatan

Rajah 2: Topi keselamatan

Topi keselamatan wajib dipakai ketika menjalankan aktiviti.

Jenis topi keselamatan yang digunakan ini perlu memenuhi piawaian yang telah

ditetapkan oleh UIAA dan berupaya melindungi bahagian kepala dan tengkorak ketika

berlaku sebarang hentakan kuat akibat jatuhan batu dan sebagainya.

Topi keselamatan ini perlu diiktiraf oleh UIAA dan memenuhi standard piawaian

antarabangsa DIN 7948 (penyerap hentakan).

6. Sarung Tangan Kulit

Rajah 8: Sarung tangan


11 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar
Gunakan sarung tangan kulit bagi aktiviti abseiling. Tujuan utama pemakaiannya

adalah untuk mengelak tangan dari terbakar yang disebabkan oleh geseran tali (rope

burn) dan alatan abseiling.

7. Sling
Sling diperbuat daripada nylon yang kuat. Terdapat pelbagai saiz dan dan ketebalan.

Sling selalu digunakan untuk menggantikan harness. Ia juga digunakan untuk membuat

‘ancor’atau penyambung. Ia juga selalu digunakan oleh jurulatih untuk mengikat

sebagai keselamatan diri semasa bertugas.

8. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

8.1 Menjaga dan Menyimpan Tali

 Tali adalah sebaik-baiknya disimpan dalam keadaan digulung dengan cara

seperti berikut :

 ‘Butterfly’

 ‘Mountaineers’

 Tali hendaklah diuji sebelum digunakan dan selepas digunakan.

 Simpan di tempat yang bersih dan terhindar dari serangga perosak.

 Elakkan dari pancaran terus matahari atau dalam bilik yang bersuhu tinggi.

 Ampaikan di tempat yang teduh.

 Jangan biarkan tali tegang ketika dalam simpanan.

 Hujung tali hendaklah di ikat supaya tali tidak terbuka dari bentuk

 Asalnya (terburai )
12 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar
 Elakkan tali terletak di atas tanah

 Bersihkan bahagian yang kotor dengan air lalu dan jangan gunakan sabun.

 Jangan dedahkan tali kepada cuaca panas yang melampau.

 Tali hendaklah kering sebelum disimpan atau digulung.

 Tali hendaklah digantung semasa menyimpan di stor. Jangan letakkan dilantai.

 Tali tidak boleh disimpan berdekatan dengan bahan kimia, petrokimia, peluntur,

klorin dan sebagainya.

 Jauhkan tali daripada benda tajam untuk mengelakkan dari luka.

 Tali boleh menyerap debu garam ketika di tepi pantai. Jadi simpan tali di tempat

yang sesuai untuk mengelakkan daripada serangga.

 Penggunaan tali hendaklah direkodkan untuk mengetahui bilangannya dan

dilupuskan setelah digunakan sebanyak 1000 hingga 1500 kali sahaja.

8.2 Karabiner

 Dibasuh menggunakan air sabun dan dikeringkan sepenuhnya .

 Penggunaan pelincir berasaskan silikon yang disemburkan juga boleh

 digunakan bagi membantu kelicinan fungsi karabiner.

 Jangan gunakan minyak atau gris kerana ia boleh merosakkan tali, harness .

Rujukan

http://www.abc-of-rockclimbing.com/howto/abseiling.asp

13 Modul abseiling / JPJK IPG Kampus Raja melewar

Anda mungkin juga menyukai