Anda di halaman 1dari 6

MASALAH YANG DIKENALPASTI

Semasa menjalankan praktikum kali ke 3 di sekolah kami, kami telah terlibat dengan
banyak pertandingan dan sukan permainan di peringkat Majlis Sukan-Sukan Daerah MSSD
Seremban 2. Sepanjang penglibatan kami bersama pasukan pasukan ini,pelbagai prestasi
turun naik yang telah dapat kami perhatikan. Dalam pasukan bola baling misalnya, prestasi
para pemain semasa hari kejohanan berlangsung tidak seperti prestasi mereka semasa mereka
menjalani latihan dan juga perlawanan persahabatan. Masalah yang dikenal pasti semasa
perlawanan berlangsung ialah pemain dilihat gagal untuk melakukan percubaan menjaring ke
arah gol dengan tepat sedangkan semasa sesi latihan kebanyakkan pemain mampu membuat
percubaan tepat malah menghasilkan jaringan. Selain itu, rentak permainan mereka juga
kelihatan seperti tidak menjadi sedangkan lawan yang dihadapi bukanlah pasukan yang terlalu
hebat.
Shaharudin Abd. Aziz ( 2001) dalam Mengaplikasi Teori psikologi dalam sukan, cara
untuk mengesan kebangkitan adalah peningkatan kadar nadi, ketegangan otot, pengeluaran
peluh, peningkatan pernafasan, perlakuan tidak teratur, percakapan terlalu laju serta hilang
rentak perlakuan yang biasa. Kesemua simpton ini berlaku pada para pemain pasukan bola
baling SK Senawang. Semasa perlawanan sedang berlangsung, raut wajah pemain kelihatan
pucat seperti ketakutan. Semasa bermain juga, mereka kurang berkomunikasi seperti
sediakala. Percakapan mereka terlalu laju dan sukar untuk difahami. Perlakuan mereka pula
menjadi tidak teratur sepertimana dimana mereka kelihatan kekok memegang dan bergerak
bersama bola.

Kebangkitan menurut Cox(1998) ialah tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu
kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokan yang terlampau. Cratty (1989) pula
mendefinasikan kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau
perseptual.
LeUnes dan Nation (1999) Kebangkitan menujuk kepada aktivasi psikologi individu.
Wann (1997) Kebangkitan ialah tahap kesediaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal,
intelektual ataupun perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi. Secara amnya, kebangkitan
adalah kesediaan tubuh badan seorang atlet dari segi fisiologikal untuk beraksi. Kesediaan ini
merangkumi kesediaan fizikal dan mental.

Berdasarkan teori U-Terbalik, prestasi yang maksimum akan dapat dicapai sekiranya
kebangkitan berada pada tahap optimum. Duffy (1997) Tahap kebangkitan yang optimum
sebenarnya berada di pertengahan iaitu tahap kebangkitan yang tidak terlalu tinggi dan tidak
terlalu rendah. Berpandukan atas teori ini, kami ingin menyelesaikan masalah kebangkitan
terlalu tinggi oleh para pemain hingga menjejaskan prestasi mereka.

TEORI U-TERBALIK
Teori U-Terbalik ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi
boleh dilihat dalam bentuk kurvilinear. Walaupun ia sering dianggap sebagai satu teori atau
hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy (1957) dan Malmo (1959) menganggap ia
sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.
Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan tikus untuk
melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta kesannya ke atas
prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan percubaan yang diperlukan oleh
tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen
kebangkitan terdiri dari kejutan elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan
tinggi manakala tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh
dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk
membezakan petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan semakin
rendah (hampir sama). Dapatan ini menghasilkan Hukum Yerkes dan Dodson yang
menjelaskan bahawa perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang
tinggi, manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang rendah
(Cox, 1998).
Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk
mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot
besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga yang tinggi, contohnya acara angkat berat.
Bagi sukan yang memerlukan ketepatan atau kemahiran halus seperti menembak, memanah
atau putting bola golf, tahap kebangkitan yang rendah diperlukan untuk mendapatkan hasil
yang terbaik.
Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri untuk
menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada prinsip U-

Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu
rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya boleh dicapai apabila kebangkitan
berada pada tahap sederhana atau optimum.
Satu lagi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk memahami
perkaitan antara kebangkitan dan prestasi adalah tahap kemahiran atau skala individu. Sebagai
contoh, seorang novis (individu yang barn menceburi serta mempelajari satu sukan baru)
sedang mempelajari satu kemahiran atau pergerakan barn sukan pilihannya. Menurut Hukum
Yerkes dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang dipelajarinya itu merupakan
kemahiran yang mudah seperti memukul bola golf atau yang sukar seperti kemahiran
menggelecek dalam hoki tahap kebangkitan yang optimum bagi individu novis sepatutnya lebih
rendah dari pemain yang sudah mahir atau pakar dalam sukan berkenaan untuk mendapatkan
hasil yang terbaik. Konsep inilah yang menjelaskan bagaimana pemain yang berpengalaman
atau pakar dalam sesuatu acara beraksi dengan baik dalam situasi yang kompetitif jika
dibandingkan dengan pemain novis (Oxendine, 1970).
Banyak kajian yang dilakukan untuk menilai perkaitan di antara kebangkitan dan
prestasi menyokong Teori U-Terbalik ini. Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam
kajian mereka terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang
meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana dan
merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat terlalu tinggi. Gould,
Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga mendapati bahawa prestasi
terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat dengan kebimbangan somatik.
Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti yang dijelaskan di atas.
Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati peningkatan tahap
kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot atau menjadi tidak licin jika
dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau sederhana.
Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet, 1957), masa reaksi
(Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan (Martens dan Landers, 1970)
turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.
Gagasan Teori U-Terbalik juga berkait rapat dengan Teori Penggunaan Kin Easterbrook.
Menurut Teori Penggunaan Kin Easterbrook, kemampuan menilai kin yang terdapat di
persekitaran berkait rapat dengan tahap kebangkitan individu. Masalah gangguan atau hilang
tumpuan serta pengurangan prestasi akan dapat diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada
pada tahap yang optimum. Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah,
kesemua kin yang terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan

akan diproses oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga akan
merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan menyebabkan kemampuan
menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan kesannya prestasi merosot secara
mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu diawasi bagi mendapatkan prestasi yang
optimum dan tidak berlebihan dari yang sepatutnya.
Secara mudahnya berpandukan teori U-Terbalik ini, apabila tahap kebangkitan adalah
rendah, atlet akan berada dalam keadaan tidak bersedia tetapi tahap kebangkitan atlet berada
pada tahap tinggi, prestasi atlet akan meningkat sehigga ke tahap prestasi puncak. Namun
begitu, jika tahap kebangkitan berterusan meningkat, prestasi atlet kembali menurun. Graf UTerbalik dapat menggambarkan prestasi puncak serta tahap kebangkitan atlet.

PENYELESAIAN MASALAH (BERDASARKAN TEORI U-TERBALIK)

Berdasarkan masalah yang telah berjaya kami kesan yang terdapat pada pemain bola
baling seperti yang dinyatakan di pengenalpastian masalah, kebangkitan yang terdapat pada
pemain adalah terlalu tinggi hingga menyebabkan mereka mengalami peningkatan kadar nadi,
ketegangan otot, pengeluaran peluh berlebihan, perlakuan yang tidak teratur dan percakapan
yang terlaju serta mereka hilang rentak perlakuan biasa.
Menurut Duffy (1997), tahap kebangkitan yang optima sebenarnya berada di
pertengahan iaitu tahap kebangkitan yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Oleh itu
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemain, tahap kebangkitan perlu dikawal
supaya berada pada tahap optima. Johannes Schultz (Schultz & Luthe 1959) di dalam buku
karangan Shaharudin Abd. Aziz (2001) iaitu Teori Psikoloogi Dalam Sukan terbitan Utusan
Publication and Distributers Sdn. Bhd telah mencadangkan teknik untuk mengawal tahap
kebangkitan iaitu melalu aplikasi teknik latihan autogenik.
Melalui teknik autogenik ini, pemain akan melalui sesi bayangan minda untuk
menghadirkan rasa hangat pada anggota badan yang bermula di anggota badan dominan.
Selepas sesi menghangatkan anggota badan, pemain membayangkan mereka menurunkan
kadar denyutan nadi, mengawal pernafasan dengan lebih teratur dan merelakskan diri. Setelah
pemain berjaya merelakskan diri, maka secara langsung pemain telah berjaya menurunkan
tahap kebangkitan ke paras yang optima sekaligus prestasi pemain akan dapat dikembalikan
pada tahap yang terbaik.
Berpandukan pada jurnal kajian lalu bertajuk Pengaruh Teknik Relaksasi Nafas Dalam
Terhadap penurunan persepsi nyeri pada lansia dengan artritis reumatoi, ia menunjukkan
relakssasi menerusi pernafasan dapat mengurangkan kesakitan yang dialami oleh pesakit
artritis reumatoi. Hasil kajian ini dapat dilihat hasil relaksasi dapat mengurangkan kesakitan.
Dalam kajian lain yang bertajuk Terapi Relaksasi Terhadap Nyeri Dismenore Pada
Masiswi Universitas Muhammadiah Semarang, relaksasi pernafasan dalaman terbukti dapat
mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh wanita semasa mensturasi.
Dalam kajian seterusnya bertajuk Pengaruh Teknik Relaksasi Otot Progresif Terhadap
Penurunan Tekanan Darah Sistolik Pada Lansia Dengan Hipertensi

Di Wilayah Kerja

Puskesmas Ayer Tawar Kelurahan Ayer Tawar Barat Padang (2010) menunjukkan bahawa
teknik relaksasi otot progresif membantu dalam penurunan tekanan darah terhadap sampel
kajian. Kajian ini menunjukkan bahawa relaksasi otot progresif dapat membantu dalam
pengawalan kadar pengaliran darah.
Dalam kajian bertajuk Penggunaan Kaedah Mental Rehearsal Untuk Membantu Murid
Tahun Lima Yang Akan Mewakili Sekolah Dalam Permainan Bola Tampar Dalam Melakukan
Kemahiran Menyangga Mengikut Teknik Dan Cara Yang Betul, dapatan kajian menunjukkan
melalui aktiviti mental rehealsal yang dijalankan prestasi para pemain sewaktu melakukan
menyangga meningkat.
Melalui kajian-kajian lalu yang dinyatakan, terbukti kaedah relaksasi dapat membantu
dalam mengawal kadar pengaliran darah dalam badan manusia. Keupayaan relaksasi dalam
membantu seseorang mengawal peredaran darah juga membolehkan individu itu mengawal
sistem tubuh badan yang lain seperti kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan. Melalui
aplikasi kaedah relaksasi ini kadar nadi pemain dapat dikawal supaya tidak terlalu tinggi dan
tidak terlalu rendah lantas ia menjadikan tahap kebangkitan pemain berada pada paras optima
seperti yang diinginkan. Oleh itu, kami telah menjalankan relaksasi teknik latihan autogenik
kepada pemain. Hasilnya, pemain dapat kembali bermain mengikut rentak permainan mereka
yang sebenar sebagaimana yang telah dilakukan semasa sesi latihan.

Anda mungkin juga menyukai