Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 1

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS


PERTOLONGAN CEMAS.
SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN .
PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN.

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN DAN PRINSIP ASAS PERTOLONGAN


CEMAS.
PENGENALAN
-Setiap bidang sukan ada risiko kecederaan
-Sebarang kecederaan berlaku akibat penglibatan dalam aktiviti sukan, digelar kecederaan
sukan.
-Mengamalkan kaedah-kaedah pencegahan adalah cara terbaik bagi mengelak atau
mengurangkan kecederaan sukan.
-Rawatan kecederaan adalah pertolongan kecemasan yang diberikan kepada atlit sukan
yang mengalami kecederaan atau kesakitan dengan tiba-tiba.
KECEDERAAN SUKAN:
-satu keadaan kerosakan atau luka yang berlaku ke atas otot, ligamen, tendon, tulang dan
tisu-tisu lain serta yang berkaitan dengan sistem musculoskeletal yang diperoleh melalui
penglibatan dalam aktiviti sukan.
Contoh:
patah, terseliuh, terkehel, luka, melecet, terbakar, termasuk benda asing, terkejut, pengsan,
tidak sedar diri, pitam, terhenti pernafasan dan denyutan jantung, pendarahan dalaman.
Jenis Kecederaan Sukan

Bilangan Kecederaan Mengikut Sukan

DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan Cemas ditakrifkan/diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan
Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang
kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling

sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke
hospital.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Menyelamatkan nyawa
Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang
mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan
jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan
Setiap saat adalah penting
Berhentikan pendarahan
Pulihkan renjatan
2. Mengelakkan dari bertambah buruk
Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan
kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
Mengurangkan pergerakan, buat apa yang anda tahu sahaja
Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semulajadi
Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut, basahkan bibir
sekiranya perlu

3. Mengurangkan kesakitan / Memberi kelegaan dan keselesaan


Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan
kelegaan kepada pesakit
Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar
Jangan tinggalkan peskit berseorangan
Pastikn keadaan pesakit, periksa nadi dan pernafasan
4. Penyediaan bagi pengambilalihan oleh doktor untuk rawatan lanjutan
INGAT BANTUAN YANG DIBERI ADALAH SEMENTARA SAHAJA
PERATURAN PERTOLONGAN CEMAS

Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu dengan cepat dan
tenang
Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri, perlu menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu
Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa, kita perl melonggarkannya sahaja
dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa, kemudian kita perlu
memerhatikan pergerakan perbafasan mangsa.
Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital dengan tindakan serta
merta seperti :
i.
Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik contoh jumlah
3

ii.
iii.
iv.
v.

pernafasan normal dewasa antara 10 -12 @ 12-20 @ 12-18 kali seminit.


Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah dengan cara membebat
darah dari keluar.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna, contoh pengambilan kadar nadi.
Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis,
ambulans, keluarga dan lain-lain.

TINDAKAN SERTA MERTA PERTOLONGAN CEMAS

Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.


Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

SELALU BERINGAT AKAN KEUTAMAAN


- Adakah mangsa sedar
- Adakah mangsa bernafas
- Adakah mangsa berdarah teruk
- Adakah mangsa keracunan
SIKAP YANG PERLU ADA PADA PEMBERI PERTOLONGAN CEMAS

Berpengetahuan
Tenang
Berkeyakinan
lemah lembut
Tajam pengamatan
Bertanggungjawab
Pantas bertindak
Amanah
Adil
Lemah lembut
Sentiasa tersenyum
Buat apa yang anda tahu
Berkecuali
Sukarela

KADAR NADI
Kadar nadi bagi setiap orang adalah berbeza-beza. Bayi mempunyai kadar nadi yang tinggi
manakala seorang atlet yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai kadar
nadi yang rendah.
CARA MENGAMBIL KADAR NADI
Secara umumnya, kita boleh mengambil bacaan denyutan nadi di arteri radial iaitu di
pergelangan tangan. satu lagi tempat yang paling sesuai untuk diambil bacaan nadi ialah di

arteri karotid iaitu di bahagian leher. rasalah nadi anda menggunakan dua jari (jari telunjuk
dan jari hantu).

SUKAN, PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN


Konsep Sukan
-

Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan,

pembangunan, kemahiran dan kecemerlangan.


Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi

berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap sebagai aktiviti rekreasi.


Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai

peserta atau penonton.


Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau

elektronik dan sumber pendapatan.


Sukan mengandungi;
( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi,

( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.


Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan
masa, rekod dunia dan sebagainya.

PERBEZAAN ANTARA SUKAN PERMAINAN DAN LATIHAN


-

Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).


Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan

seperti permainan kanak-kanak


Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang
dalam sesuatu sukan

PERUBATAN SUKAN
-

Perubatan salah satu cabang sains hayat yang berkaitan dengan menjaga dan

mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).


Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang
dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, serta membincangkan hal-hal
pencegahan kecederaan semasa bersukan.

ENAM LANGKAH DALAM KITARAN KECEDERAAN

1.
Kenalpas
ti tandatanda
dan
simpton

6. Sesi
latihan
simulasi

2.
Kurangkan
pergerakan
bahagian
kecederaan,
dapatkan
rawatan

5. Dapatkan
rehat
secukupnya
mengikut
kadar
kecederaan

3.
Lakukan
bantuan
awal
mengikut
kecederaa
n

4.
Dapatkan
rawatan
lanjut
dan
susulan
pakar

KEPENTINGAN TERAPI DALAM SUKAN


-

Terapi kecederaan terbahagi kepada dua :


i. Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
ii. Urutan sukan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS SUKAN


-

Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.


Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu

banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.


Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
Memberi perangsang kepada mangsa.
Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
7

Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan


mangsa akan datang.

PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN


DEFINISI
Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan
memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika
melakukan aktiviti sukan.
ENAM PRINSIP PENCEGAHAN

1.
Prinsip
Latihan
6. Peralatan
perlindung
an

2.
Memanas
kan Badan

5.
Keselamatan
kemudahan,
peralatan
dan
persekitaran

3. Ansur
Maju
Latihan
4. Aktiviti
Mengelak
kan
Kecedera
an

PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN


i. Menguasai teknik yang betul
- Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka
dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain teknik permainan
yang betul.
8

ii. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik


- Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik.
- Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan
kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata.
-Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :
(i) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan
diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(ii) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(iii) Memiliki kelenturan yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika
jatuh.
iii. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai
- Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan.
- Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan
kepada anggota badan.
- Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi
kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.
Peraturan dan penguatkuasaan undang- undang
iv. Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok.
- Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat
dielakkan.
- Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk
latihan dan pertandingan
- Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang
terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama
pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami
kecederaan ketika pertandingan.
v. Pengurusan Emosi
- Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
- Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
- Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang
boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai