Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN Tenis merupakan sejenis permainan yang digemari oleh orang muda dalam gelanggang sama ada di luar

mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur tanpa mengira lelaki atau wanita secara perseorangan ataupun berpasangan. Peralatan yang diperlukan oleh pemain ialah gelangang, raket dan juga bola.

Peralatan Bola Gelanggang

Raket

Permukaan gelanggang rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperbuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang Gelanggang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan putih. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket bagi pemain lelaki hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Bagi wanita, beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya. Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Raket

Bola

Servis Servis merupakan pukulan pembuka permainan. Oleh itu, pukulan pioner ini sangat penting bagi pemain dapat menguasainya. Satu undian secara membaling duit syiling akan diadakan dan pemenang ditentukan. Pemenangnya akan memilih salah satu daripada tiga perkara berikut :

1. Membuat servis. Oleh itu pemain lawan akan berpeluang memilih gelanggang. 2. Memilih gelangang. Pemain lawan boleh membuat pilihan membuat servis atau menerima servis. 3. Meminta lawannya memilih gelanggang.

Jenis servis

Servis cantas

American twist

Servis rata

Cara bermain tenis: Sekiranya menggunakan tangan kanan, kaki kiri diletakkan ke hadapan dan kaki kanan berada 30-35 cm di belakang kaki kiri dan bagi yang kidal adalah sebaliknya. Pemain juga hendaklah meletakkan kedua-dua belah kaki pada tanda tengah yang betul dan berdirilah di belakang garis baseline. Jangan menyentuh garisan belakang atau kawasan gelanggang dengan kaki sehinggalah bola dipukul. Jika tidak, satu kesalahan telah dilakukan.

Memulakan sevis tenis dengan melemparkan bola. Koordinasi tangan ketika melemparkan bola adalah penting bagi memastikan bola yang dilempar adalah secara konsisten dan berada pada satu tempat yang sama. Toss atau bola untuk lempar yang baik bagi servis adalah agak di depan kepala pemain dan lemparkan bola lurus ke atas. Pemain dapat melatihnya dengan menggambarkan lingkaran di lantai dan melakukan toss hingga tempat jatuhnya bola selalu berada pada tempat yang sama.

Selepas itu, lemparkan bola ke atas kira-kira agak di depan kepala dan tinggi sekurang-kurangnya 20-30 cm. Kunci toss yang baik adalah tangan yang melempar bola harus lurus ke atas sehingga trayek bola pun lurus. Pada saat ini meletakkan berat badan ke kaki belakang.

Setelah bola melambung dan mengayunkan raket ke belakang. Selalu focus pada bola dan gunakanlah tangan yang melempar sebagai patokan dalam memukul bola. Di samping itu, pemain haruslah melontarkan bola ke udara (Peraturan 6) seterusnya memukul bola dengan raket sebelum bola jatuh ke tanah. Jika pemain yang melakukan servis meletakkan bola di udara tetapi tidak cuba membuat pukulan, maka pukulan semula akan dibuat. Tetapi jika pemain cuba membuat pukulan tetapi gagal, maka dia sudah melakukan satu kesalahan. Pada saat bola sudah sampai pada titik kontaknya, raket dihayunkan ke depan. Pada masa ini, pemain harus buang berat badan dari kaki belakang ke kaki depan untuk memberikan tenaga pada pukulan servis. Setelah kontak dengan bola lakukan followthrough dan bersiap kembali pada posisi untuk melakukan pukulan berikutnya.

Tambahan pula, pemain tidak bolah berjalan ataupun berlari sementara melakukan servis (Peraturan 7) tetapi pergerakan yang sedikit dibenarkan mengikut budi bicara hakim pertandingan (Peraturan 7A). Koordinasi tangan dan mata adalah perkara yang pertama perlu dilatih kerana untuk memulakan pukulan pembuka permainan atau servis. Memulakan Permainan Tenis - Servis Permulaan permainan ditentukan secara undian, iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan di sebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada di bahagian kanan gelanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua.

Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua.

Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan. Semasa membuat servis, pemain yang melakukan servis tidak boleh melakukan servis sebelum lawannya bersedia. Servis yang telah dilakukan dianggap batal dan tidak dikira jika lawannya belum bersedia. Sekiranya penerima bola sengaja untuk memainkan bola, pukulan semula tidak boleh dituntut untuk dilakukan semula.

Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu (berpasangan), mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil. Kesalahan dalam servis Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain ialah, servis pertama yang dilakukan adalah di bahagian yang betul adalah salah, maka pemain dibenarkan membuat satu lagi servis dari tempat yang sama.

Selain itu, jika kesalahan pertama disebabkan membuat servis dari tempat yang salah, pemain juga berpeluang untuk membuat servis sekali lagi di tempat yang betul. Jika servis kedua masih juga salah, maka pemain yang membuat servis akan kehilangan mata. Selepas servis yang baik, permainan diteruskan sehinggalah satu mata dicapai oleh mana-mana pemain. Bola servis yang mengenai jaring, dan melantun terus ke gelanggang servis yang betul dikira sebagai pukulan semula. Bola servis yang mengenai tempat lain daripada jaring dikirakan sebagai satu kesalahan.

Selain itu, pemain yang melakukan servis boleh melompat semasa melakukan servis tetapi servis itu akan menjadi suatu kesalahan jika semasa memukul bola, pemain yang membuat servis menyentuh gelanggang ataupun garisan belakang dengan kakinya ataupun di kawasan yang salah iaitu pada tanda pusat garisan belakang ataupun melampaui garisan panjang.

Anda mungkin juga menyukai