Anda di halaman 1dari 7

QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA

LARI BERGANTI-GANTI

Kebanyakan kanak-kanak memang tertarik kepada perlumbaan lari berganti-ganti.


Oleh itu, motivasi atau keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam
pelajaran yang memerlukan mereka lari berganti-ganti tidak akan menjadi masalah.
Perhatian utama guru hendaklah diberi kepada pengajaran pertukaran baton yang
cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari berganti-ganti.
Para pelajar sekolah hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi dan
menerima baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi keyakinan dan
keseronokan mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam latihan olahraga.

TEKNIK PENUKARAN BATON


Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:
a) Pergerakan ke atas (upsweep)
b) Pergerakan ke bawah (downsweep)

Pergerakan ke atas (upsweep)


 Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima
baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.
 Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak
tangan penerima baton menghadap ke bawah.
 Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk ‘V’
yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

LOK YUN LOI


D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
LARI BERGANTI-GANTI

Pergerakan ke bawah (downsweep)


 Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima
baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.
 Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar
kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

GAYA PENUKARAN BATON


Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:
a) gaya selang seli cara pandang
b) gaya selang seli tanpa pandang

Gaya selang seli cara pandang


 Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x400meter.
 Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton

kepadanya.

LOK YUN LOI


D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
LARI BERGANTI-GANTI

Gaya selang seli tanpa pandang


 Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x100meter.
 Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton
dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa
baton dengan tangan kanan.
 Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang.
Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada di
hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.

GAYA PERSEDIAAN DALAM PENERIMAAN BATON


 Peserta yang sedang menunggu dalam zon pertukaran baton dan bersedia
untuk menerima baton boleh menggunakan dua gaya persediaan yang biasa
digunakan seperti berikut:

(a)
(b)

LOK YUN LOI


D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
LARI BERGANTI-GANTI

ZON PENUKARAN BATON


 Setiap zon penukaran baton adalah sepanjang 20meter dengan adanya satu
garisan pembahagi di tengah-tengahnya.
 Baton hendaklah diserahkan di dalam zon penukaran baton. Penyerahan baton
bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan selesai apabila
baton telah benar-benar berada dalam genggaman pelari yang menerima baton.
 Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu tandaan (check mark) yang
jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang garisan mula zon penukaran
baton.
 Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu, penerima
baton akan terus berlari dan menunggu isyarat daripada pembawa baton untuk
menerima baton dalam zon penukaran baton.

Cara memberi baton


 Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton.
 Beri isyarat kepada penerima.
 Hulurkan baton dengan tangan yang lurus.

LOK YUN LOI


D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
LARI BERGANTI-GANTI

 Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam


tangan penerima.

Cara menerima baton


 Selalu berada dalam keadaan sedia.
 Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton.
 Sediakan tandaan. Berlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari yang
membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa
berlari (gaya tanpa pandan).
 Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari
yang membawa baton.
 Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Semasa dan selepas penukaran baton


 Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa melakukan pertukaran, pembawa
baton yang berkenaan dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan
memberikannya kepada pelari yang menunggu.
 Pemberi baton perlulah berlari di tepi penerima baton semasa penukaran baton
untuk mengelakkan pertembungan sesame sendiri.
 Sebelum dan/atau selepas menyerahkan baton, pemberi baton hendaklah
berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak
berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain.

LOK YUN LOI


D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
LARI BERGANTI-GANTI

PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI (4X100METER)

Pelari pertama
 Dapat memulakan larian dengan baik.
 Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap
semasa menerima baton.

Pelari kedua
 Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.

Pelari ketiga
 Pantas berlari di bahagian selekoh.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.

Pelari keempat
 Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya.
 Pantas berlari di bahagian lurus.
 Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu
kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari
daripada pasukan lawan.

PERATURAN-PERATURAN
 Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil
balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya

LOK YUN LOI


D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA
LARI BERGANTI-GANTI

untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang
patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain.
 Baton hendaklah diserah di dalam zon pernukaran baton. Kedudukan baton
yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton
di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.
 Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar
dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan
pasukannya dibatalkan.
 Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan
pembatalan.

LOK YUN LOI


D20071030478