Anda di halaman 1dari 11

PRINSIP-PRINSIP MAKANIKAL

Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-faktor berikut :

Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru
Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.
Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan
lebih lama.
Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.
Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.
KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH OBRIEN
Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan
(bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti
seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan
jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju
maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibnegkokkan untuk membolehkan otot peha
mengucup dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat
badan terletak pada kaki kanan.

Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan,
manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang. Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini
ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan
menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa
gliding dari kaki kanan.

Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang
sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada
dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku.

Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju
peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya daya dari kaki kanan telah

berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak
tangan, jari dan akhirnya peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang
disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah.

Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan peluru pada
peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan
memanjang dengan serta merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga
turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan.

Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu
peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju
pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.

FASA-FASA
Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :

1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan
LATIHAN ANSUR MAJU

Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh
melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola
besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?. Cara
melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga
hanya diperolehi menerusi latihan.

Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini
merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan
berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut

peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri
dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut:

1. Cara memegang peluru.

2. Persediaan dan pergerakan awal.

3. Perlakuan melontar.

4. Pendaratan peluru.

5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

CARA MEMEGANG PELURU

Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang
peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah
diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan
sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta
diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba
mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu
tangan lain beberapa kali.

2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada
dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.

3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran,
dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.

4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan
berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.

PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL


Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru juga
selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya.
Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru.
Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakulcan
pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika
teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita
bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang
digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik


Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah
untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan
dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan,
malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia
dapat memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.

1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih
kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu
sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan
mendatar seperti gambarajah di bawah.

Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke
kanan.

3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan
peluru ditolak keluar.

4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan,
sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak
terkeluar dan bulatan lontaran.

5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil
memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan,
tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan
peluru.

SISTEM DAYA BIOMEKANIK

1.

DAYA

DAYA DITAKRIFKAN SEBAGAI SUATU TINDAKAN KE ATAS SESUATU JASAD YANG MUNGKIN
MEMBERIKAN KESAN-KESAN SEPERTI BERIKUT ;
i.

mengubahkan saiz sesuatu jasad

ii.

mengubahkan bentuk sesuatu jasad

iii.

mengubahkan keadaan rehat sesuatu jasad

iv.

mengubahkan laju sesuatu jasad

v.

mengubahkan arah gerakan sesuatu jasad

Beberapa daya yang ujud dalam sistem alam ini seperti daya geseran,
daya tarikan graviti, daya magnet, daya elektrik, daya kenyal, daya nukleus dan pelbagai daya yang lain.
Unit sukatan bagi daya ialah kg m/s atau newton yang disimbolkan sebagai N. Daya boleh diukur
dengan menggunakan neraca spring.
Sesuatu objek yang pegun akan mula bergerak apabila sesuatu daya bertindak ke atasnya.
Pecutan objek tersebut bergantung kepada jisim objek dan jumlah daya yang dikenakan ke atasnya
Kiraan bagi pecutan ialah perubahan halaju dibahagikan dengan masa yang di ambil atau
dengan simbol yang berikut;

Pecutan = Perubahan halaju / masa yang diambil

2.

JENIS-JENIS DAYA DAN TINDAKANNYA

i.

Daya tolakan ke depan ( trust ), ia menolak atau menarik objek ke hadapan

ii.

Daya tarikan graviti, ia merupakan daya tarikan bumi atau berat objek

iii.

Daya angkat aerodinamik ( lift ), merupakan daya yang menganggakat objek naik ke udara

iv.
Daya heret aerodinamik ( drag ), merupakan daya yang mengheret ke belakang dan
memperlahankan objek.

Dua pasang daya yang bertindak bertentangan diruang udara

i.
Daya mendatar ; kedua-dua daya mendatar yang bertentang ialah daya tolakan ke depan (trust)
dan daya heret aerodinamik

ii.
Daya menegak ; kedua-dua daya yang menegak yang bertentangan ialah daya angkat dan daya
tarikan graviti.

3.

Faktor-faktor relatif yang menghasilkan Daya heretan

i.

Coefficient of Drag ( CD )

ii.

Permukaan yang menghadapi aliran

iii.

Kelikatan bendalir

iv.

Halaju aliran bendalir ( Velecity-V )

v.

Bentuk streamlining

4.

Faktor-faktor yang mempengaruhi Daya Angkatan

i.

Ceoffisient of lift ( CL )

ii.

Kawasan permukaan yang melalui aliran udara

iii.

Densiti /kepekatan sesuatu bendalir

iv.

Kelajuan aliran bendalir ( Velocity-V )

APLIKASI DAYA HERETAN AERODINAMIK DALAM SUKAN

1.

Tukul besi

Diameter tukul besi yang disambung pada dawai besi mempengaruhi


daya heretan. Pada tahun 1981, peraturan diameter tukul besi telah diubah iaitu antara 102mm hingga
120mm kepada 110mm hingga 130mm. Dengan tukul besi yang lebih besar, jarak yang akan dicapai
mungkin berkurangan disebabkan rintangan udara yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh Dapena dan
Teves (1982) menunjukkan bahawa tukul besi yang berdiameter 110mm boleh mengurangkan jarak
sebanyak 20 cm bnerbanding tukul besi yang berdiameter 102mm akhibet daripada peningkatan
heretan.

2.

Lontar peluru

Aspek rintangan udara biasanya diabaikan dalam acara lontar peluru


disebabkan jisim yang besar oleh peluru berbanding halaju pelepasan yang
rendah. Akan tetapi kajian oleh Lichtenberg dan Wills (1978) menunjukkan bahawa dengan kelajuan
tertentu, jarak lontaran boleh dikurangkan sebanyak 5 cm akhibat rintangan udara. Lebih rendah halaju
pelepasan , lebih rendah heretan dan perbantutan. Seperti dalam acara lempar tukul besi, bahagian
hadapan peluru yang diprojeksikan mempengaruhi heretan. Oleh itu dalam memilih peluru, atlit lebih
cenderung untuk memilihpeluru yang kecil diameternya. Mengikut pengiraan , rintangan udara
memainkan peranan yang penting dalam acara lontar peluru.

3.

Lompat jauh

Walaupun rintangan udara mengurangkan jarak dalam acara lompat jauh


Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh atlit untuk mengurangkan heretan dan hanya melakukan
pergerakan yang perlu untuk imbangan dan posisi pendaratan. Akan tetapi Bob Beamon telah mengatasi
rekod dunia pada sukan olimpik 1968 dengan jarak8.9m dfi mexcico pada ketumpatan udara yang
rendah. Ada yang berpendapat bahawa altitud yang tinggi dan udara yang nipis memberi kelebihan
aerodinamik kepada Beamon. Para analisis mendapati bahawa daya heretan telah dikurangkan akhibat
ketumpatan udara kurang 24% berbanding pada aras laut . Para penganalisis juga berpendapat bahawa
udara yang nipis hanya membenarkan peningkatan sebanyak 1% daripada halaju mendatar Beamon
dan memberikan kelebihan sebanyak 20 cm dari segi jarak. Kesimpulan penganalisis adalah, kelebihan
aerodinamik adalah minimum dalam membantu Beamon mencatat rekod dunia. Faktor sebenar ialah
larian landas yang pantas ( dengan bantuan angin), sudut lonjakan dan koodinasi segmen badan yang
sempurna ketika melonjak. Beliau telah menggabungkan kesemuanya dalam satu lompatan yang
mencatatkan ketinggian 8.9m .

4.

Berlari

Kajian keatas atlit pecut lelaki bertaraf dunia menunjukkan bahawa mereka yang berlari pada 30m/s
akan menghasilkan lebih kurang 31 n bergantung kepada saiz badan . Oleh itu rintangan yang konstan
seperti itu memerlukan tenaga yang tinggi . Akan tetapi larian yang lama (jarak jauh memerlukan lebih
banyak tenaga . Dalam larian jarak jauh, halaju adalah rendah dan heretan turut berkurangan, akan
tetapi jangkamasa heretan bertindak adalah lama . Atlit jarak jauh yang mengekori pelari di hadapan
akan mempunyai heretan yang rendah dan dapat menjimatkan tenaga. Berlari dengan bantuan angin

akan mengurangkan halaju aliran udara yang melepasi pelari dan seterusnya mengurangkan heretan.
Angin yang bertentangan akan meningkatkan halaju aliran udara yang melepasi pelari dan seterusnya
mengurangkan heretan . Angin yang bertentangan akan meningkatkan halaju aliran dan heretan. Kajian
membuktikan bahawa gangguan masa oleh angin yang bertentangan adalah lebih tinggi berbanding (
mengurangkan masa ) semasa bantuan angin

APLIKASI DAYA ANGKATAN AERODINAMIK DALAM SUKAN

1.

Lempar Cakera

Mengawal sudut projeksi pusat graviti cakera sambil mengawal


Sudut serangan ketika pelepasan dan memaksimimkan halaju pelepasan memerlukan kemahiran yang
terlatih. Cakera adalah tidak stabil secara relatif ketika penerbangannya. Ia mendongak ke atas
disepanjang penerbangannya. Oleh itu sudut serangan ketika pelepasan haruslah kecil untuk
menghalang penjatuhan awal yang biasanya mula berlaku pada sudut serangan 26 dan 29 .
Peningkatan sudut serangan adalah disebabkan oleh garisan penerbangan cakera tersebut, dimana
selepas mencapaipendakian maksimum ia akan mula mengalami penjatuhan Ganslen (1964) telah
menggangarkan jarak 228 kaki (69.5m) boleh dicapai dengan melepaskan cakera pada halaju 80 k/s
(24.4m/s), 40 sudut projeksi, dan 14 sudut serangan. Merujuk kepada gambarajah dibawah, sudut
serangan cakera berubah disepanjang penerbangannya. Beri perhatian kepada sudut serangan
pelepasannya yang dalam nilai negetif. Ini adalah penting untuk menghalang penjatuhan awal kerana
cakera akan cuba untuk mengekalkan sudut posisinya ketika perubahan arah aliran dari pendakian
kepada penurunan

Rekod pingat emas dan perak pada Olimpik 1984 , menunjukkan bahawa kedua-dua pemenang masingmasing mempunyai halaju projeksi yang sama iaitu25m/s (lelaki) untuk mencapai jarak 66.6m dan 66.3m
dengan sudut projeksinya 33.8 dan 34.4. Bagi kategori perempuan yang mencapai jarak 65.36m dan
64.86m juga mempunyai halaju dan sudut projeksi yang hampir sama dengan kelas lelaki. Sudut
serangan bagi kedua-dua kelas tersebut tidak dicatatkan.

2.

Rejam Lembing

Sudut dan halaju projeksi serta sudut serangan amat


mempengaruhi pergerakan lembing dan jarak yang dicapai olehnya. Faktor pusat tekanan amat penting
dalam acara ini. Jika pusat tekanan berada di hadapan pusat graviti, maka suatu torque positif akan
dihasilkan . Jika sudut serangan terlalu besar, maka lembing akan mendaki dan kemudiannya jatuh
mendada. Idealnya, lembing tersebut harus direjam pada sudut projeksi dan sudut serangan yang
membenarkan pusat tekanan sentiasa di hadapan pusat graviti sehinggalah pada fasa pendaratan di
mana pusat tekanan akan berada dibelakang pusat graviti. Perubahan dalam aliran udara yang
disebabkan oleh haluan penurunan penerbangan akan menyebabkan pusat tekanan bergerak ke
belakang pusat graviti. Hasilan tourque tersebut akan menyebabkan muncung depan lembing jatuh dan
pendaratan yang ideal dicapai . Rujuk gambarajah

Rekod dunia 1983 Tom Petranoffs ialah 99.72 m. Halaju projeksinya ialah 32.3m/s yang merupakan
antara yang terpanta, ia mungkin memainkan peranan yang penting dalam untuk catatan tersebut.
Sudut projeksi ialah 32 manakala sudut posisi ialah 36. Maka sudut serangan pelepasan ialah 4.
Persoalan yang timbul ialah adakah jarak yang dicapai dengan halaju dan sudut projeksi yang sama
tetapi sudut posisi yang kecil daripada sudut projeksi yang bermakna sudut serangan pelepasan adalah
dalam nilai negetif.

RUJUKAN

Clancy, L.J. ( 1994 ). Aerodinamik Unit penerbitan Akademik. Uni. Teknologi


Malaysia, Skudai, Johor.

Dyson, G. ( 1976). Dysons Mechanics Of Athletics. University Press Of London.

Hall, S. J. ( 1985 ). Basic Biomechanics. Mosby - Yearbook Inc.

Lim, S. C ( 1992 ). Kursus Persediaan Fizik. Persekutuan Preston Sdn. Bhd.


Petaling Jaya, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai