Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN ASAS

Pegangan Kayu

Pegangan dan hayunan kayu yang betul dapat menghasilkan pukulan yang kuat.

Pegangan Kayu:
Tangan kiri di
bahagian atas kayu
dan tangan kanan di
bawah sedikit.
Tangan kiri
memegang kayu
dengan kuat
sementara tangan
kanan membantu
mengawal bola saja.

Bola: Bola
hendaklah sentiasa
berada lebih kurang
30-40 cm di luar kaki
kanan. Bola
hendaklah di hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan
mengganggu pergerakan dan jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untuk
mengawalnya.

Kaki dan Badan: Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa
semasa membawa bola. Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berdiri.
Kaedah ini menggalakkan seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan
biasa dan akan dapat mengatasi kawasan permainan yang lebih luas. Kayu pemain
mesti menyentuh tanah supaya ia dapat melihat kehadapan semasa ia berlari dan
menggelecek bola.

Bahagian-bahagian Kayu Hoki


Hantaran (Pukulan)

Hantaran (Memukul) juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai
olehsetiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola
bergerak dengancepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat
penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

Tolakan

Kemahiran
menolak adalah
berlainan
dengan
kemahiran
memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan
ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak
memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola
adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola.

Menolak ke hadapan (forehand push)

Ini merupakan satu kemahiran yang paling asas dan amat penting untuk membuat
hantaran. Kemahiran ini menjamin kawalan bola sepenuhnya dan ketepatan hantaran.
Ia berbeza daripada hantaran lain sebab tiada ayunan ke belakang, justeru
meningkatkan kesukaran untuk menghadang kerana bola sentiasa dalam kawalan.
Kemahiran menolak pantas di kawasan menjaring meningkatkan peluang menjaring.

Teknik Lakuan

 posisi tangan dalam keadaan genggaman asas.

 tangan kanan di bahagian tengah kayu dan tangan kiri di bahagian atas atau hujung
kayu.

 bahu kiri menghadap sasaran.

 kedudukan bola sebelah kanan badan dan selari dengan kaki kanan atau kaki
belakang.

 bengkokkan lutut, bongkok dan rendahkan badan.

 pindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan sambil menolak bola ke
hadapan. Pastikan kaki kiri menghala ke sasaran.

 semasa menolak bola ke hadapan, pinggang dikilas untuk menghasilkan kuasa.


Apabila bola dilepaskan bahagian pinggang dan kayu menhadap sasaran. Kuasa
hantaran menolak datang daripada bahagian ‘core’, pemindahan berat badan dan
kilasan pinggang. Berat badan perlu digunakan sepenuhnya dalam kemahiran ini,

 ayunan kayu mengikut lajak setelah bola dilepaskan.

Menerima dan
menahan bola

Kemahiran
menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu
dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari
rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan
pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau
menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang
bergerak.

Anda mungkin juga menyukai