Anda di halaman 1dari 3

Laporan Pengembaraan Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Pada

Perkemahan Unit Beruniform IPGKSM Tahun 2013

Tarikh: 19 September 2013


Tempat: Pantai Merang
Peserta: Unit BSMM Semester 4, Ambilan Januari 2012

Semasa perkemahan Unit Beruniform yang lalu, Pasukan Bulan Sabit Merah dan
Badan beruniform yang lain telah menjalani satu Kembara dan diikuti dengan slot
masakan rimba. Setiap badan beruniform mempunyai laluan masing-masing semasa
mengembara. Sebelum kembara bermula, kami diberikan sedikit taklimat oleh
pensyarah-pensyarah penasihat mengenai aspek keselamatan, laluan, serta mereka
memberikan tugasan untuk kami lalukan semasa aktiviti kembara.
Bagi kumpulan BSMM, laluan kami bermula di kawasan pantai, dan
kemudiannya kami bergerak mendaki bukit Merang. Perjalan kami dianggarkan sejauh
5 km. sebelum kami mendaki bukit, sekali lagiperingatan mengenai keselamatan
diberikan kepada kami. Selain mendaki bukit dan mengembara, kami telah ditugaskan
untuk mengenalpasti serta mengambil sampel pokok-pokok yang boleh dijadikan ubatubatan atau lebih dikenali sebagai herba.
Perjalanan kami agak mencabar dan ianya bermula ketika kami mulakan
perjalanan. Bagaikan sudah ditakdirkan, pada hari pengembaraan kami, cuaca panas
terik, kebetulan, kebanyakan daripada kami tidak membawa topi, lantas kami
menjadikan kain anduh yang kami bawa sebagai alat untuk melindungi kami dari
panahan cahaya matahari yang membahang daripada membakar kulit kami. Apabila
kami mulakan aktiviti menjadi pula, pendakian agak sukar berikutan laluannya yang licin
dan sempit. Selain itu, terdapat pokok-pokok yang tumbang yang turut menghalang
laluan kami.

Semasa berada di atas bukit, kami mencari-cari herba yang kami rasa dapat
digunakan untuk tujuan kesihatan. Kebanyakan dari kami tidak mengenali jenis jenis
pokok dan kegunaan mereka. Jadi kami hanya memetik pokok-pokok yang kami rasa
berguna. Kumpulan saya memetik agak banyak sampel-sampel pokok yang kami fikir
mempunyai nilai untuk tujuan ubat-ubatan. Lebih kurang 20 minit mendaki, kami tiba di
puncak bukit. Udara di atas sana sangat nyaman dan menyegarkan. Kemudian, kami
terpandang pokok mangga yang sedang berbuah lebat. Kami beramai-ramai memetik
dan makan buah mangga di situ juga.
Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuruni bukit. Perjalan untuk turun
hayan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Apabila kami tiba di kaki bukit,
pensyarah kami mengarahkan kami untuk mengumpul kayu api untuk digunakan
semasa slot masakan rimba nanti. Setelah selesai mengumpulkan kayu api, kami
bergerak pulang ke khemah kami.
Kemudian, kami meneruskan aktiviti masakan rimba. Kami diberikan 3 ekor
ayam yang masih lengkap dengan bulu serta masih belum dibersihkan. Jadi, kami
bergotong- royong membersihkan ayam tadi. Sebelum itu, kami telah mengagihkan
tugasan antara kami. Ada yang memotong serta membersihkan buluh, ada yang
memotong bawang, sayur, ada yang memasak nasi, dan membersihkan ayam. Setelah
saya menunjukkan cara untuk menyiang dan membersihkan ayam kepada kumpulan
yang bertanggungjawab, saya ke dapur untuk membuat rempah kerana kami
merancang untuk menyediakan ayam bakar sebagai menu utama kami. Pada hari itu,
kami berjaya memasak nasi menggunakan buluh, sup ayam yang juga dimasak
menggunakan buluh, ayam bakar, kentang lenyek, serta sambal belacan. Kami
menikmati makanan tengah hari kami dengan berselera.

Perkemahan ini banyak memberikan input berguna kepada kami. Kami dapat
belajar Kaedah Pertolongan Cemas Lanjutan yang diajar oleh Ketua Jurulatih Utama
BSSM dari cawangan Kuala Lumpur. Kami juga belajar cara untuk memasak nasi
secara kaedah masakan rimba, dan yang paling penting, kami dapat mengeratkan lagi
hubungan kami sesama ahli BSMM, memandangkan kami terdiri daripada unit yang
berbeza-beza, peluang untuk kami berkumpul begini dan berkongsi cerita dan bergelak
tawa amatlah sukar.
Justeru itu, kami amat bersyukur kerana kami berpeluang untuk mengikuti
program seumpama ini. Syukur Alhamdulillah, sepanjang program ini berlangsung,
tiada kemalangan serius yang menimpa kami semua. Kami berharap kami berpeluang
lagi untuk berkumpul bersama dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini lagi di masa
yang akan datang.

Laporan Disediakan Oleh:

______________________
MOHAMAD AZMI BIN MAT NAWI,
SETIAUSAHA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,
KAMPUNG RAJA BESUT,
TERENGGANU

Anda mungkin juga menyukai