Anda di halaman 1dari 24

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kelas Masa Bilangan murid Aspek Fokus Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran : : : : : : : : Pendidikan Muzik 3 Cempaka 08.45 pagi 09.15 pagi 25 orang Alunan Muzikku (unit 4) Tempo (Cepat/Lambat) 1.3 membuat pergerakan mengikut muzik 1.3.1 Membuat pergerakan asas dan arah berdasarkan Alat Bantu Mengajar : Dinamik kuat dan lembut Pic tinggi/rendah Tempo cepat/lambat

Laptop, LCD Projector,

LANGKAH

ISI PELAJARAN Tayangan video

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Murid-murid di paparkan dengan tayangan video persembahan lagu Hey, Kawankawan. 2. Guru bersoaljawab dengan murid serta mengaitkan video yang ditonton dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

CATATAN Murid-murid menonton tayangan video. Murid-murid memberi respon pada soalan guru.

Set Induksi ( 3 minit )

Langkah 2 ( 7 minit )

Memperkenal kan lagu

1. Murid-murid di tunjukkan lirik lagu di melalui slaid. 2. Guru meminta murid untuk membaca lirik lagu tersebut tanpa diperdengarkan muzik.

Murid membaca lirik yang ditunjukkan.

Menghafal lirik lagu baris demi baris

3. Guru meminta murid-murid menghafal lirik lagu Hey, Kawan-kawan baris demi baris.

Murid cuba menghafal lirik yang diberikan.

Langkah 3 (10 minit)

Menyanyikan lagu secara penuh

1. Guru menyanyikan lagu secara penuh dan diikuti dengan nanyian pelajar. 2. Pelajar menyanyikan lagu secara

Murid- murid dapat menyanyikan

beramai-ramai (kelas), kemudian, nanyian dalam kelas, dan secara individu .

lagu dengan bimbingan guru.

1. Guru menunjukkan cara menanyi lagu menggunakan tempo tinggi. Langkah 4 ( 5 minit ) Menyanyi menggunakan tempo tinggi dan rendah 2. Guru menunjukkan cara menyanyi menggunakan tempo rendah.

Murid meniru cara nanyian guru.

Murid menanyi lagu menggunakan tempo rendah secara berkumpuln dan diikuti secara individu.

Penutup ( 5 minit )

Menyanyi lagu menggunakan tempo tinggi dan rendah sambil melakukan gerakan

1. Guru meminta murid-murid menyayikan lagu menggunakan tempo tinggi dan diikuti dengan nada rendah. 2. Guru menunjukkan contoh pergerakan mudah untuk menigingi lagu seperti bersalam dan hentak kaki

Murid menyanyi sambil melakukan gerakan.

TUGASAN A
Membuat buku skrap/ dokumentasi tentang Pestalozzi dan Reimer

PESTALOZZI

Johann Heinrich Pestalozzi lahir dan dibesarkan di Zurich Swiss pada tanggal 12 Januari 1746. Dia berasal dari keluarga Protestan, ayahnya seorang doktor yang meninggal sewaktu Heinrich berumur enam tahun . Setiap cuti sekolah, beliau tinggal dengan datuknya yang merupakan seorang paderi di sebuah gereja kecil di dalam masyarakat Agama Kristian Protestan. Peatalozzi pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang paderi seperti datuknya, namun setelah gagal untuk menghafal teks khutbah pada hari ujian, belaiu melupakan terus hajatnya itu. Kemudian, beliau cuba beralih kepada bidang undang-undang. Tujuan beliau hanya satu iaitu beliau ingin meminda semula undang-undang yang beliau rasakn tidak adil bagi mereka yang tidak mempuyai kuasa (lemah dan miskin). Namun, para pemerintah dan peguasa pada ketika itu mendapati cara pemikiran beliau agak radikal. Usaha beliau tidak berhasil. Selain itu, Pestalozzi turut mengkritik sistem pendidikan di negaranya meskipun dianggap sebagai antara sistem pendidikan yang terbaik di Eropah. Akibatnya,Pestalozzi di penjarakan untuk beberapa hari pada Januari 1767. Setelah beberapa tahun berlalu, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita bernama Anna Schulthess. Namun, pada permulaan hubungan mereka, cinta mereka berdua ditentang oleh keluarga Anna kerana kemiskinan Pestalozzi. Untuk membuktikan kepada keluarga Anna yang beliau bersungguh-sungguh untuk memiliki Anna, Pestalozzi menuntut ilmu dalam bidang pertanian. Akhirnya, keluarga Anna bersetuju dan merestui hubungan Pestalozzi dan juga Anna. Seteah berkahwin, Pestalozzi membeli sebidang tanah di Nuehof dan mula bercucuk tanam. Namun, sekali lagi masalah timbul apabila sering berlaku pertengkaran antara beliau dengan masyarakat setempat yang rata-ratanya merupakan penternak.

Setelah gagal untuk menjadi seorang petani, Pestalozzi cuba untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Beliau ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat di situ. Beliau kemudiannya menjadikan rumah ladang beliau sebagai sekolah. Tetapi isterinya tidak bersetuju dengan tindakan beliau kerana isterinya beranggapan itu satu pembaziran. Namun, usaha Pestalozzi mendapat sokongan ahli falsafah seperti Issak Iselin. Akan tetapi, disebabkan kekurangan dana, sekolah itu terpaksa ditutup. Setelah usahanya untuk menubuhkan sebuah sekolah gagal, Pestalozzi cuba meneruskan hidup dengan mengusahakan ladangnya di samping membuat kajian berkaitan teknik-teknik dalam bidang pendidikan. Pada 1771, buku hasil penulisan pertama Pestalozzi diterbitkan yang diberikan judul The Evening Hours of a Hermit. Buku ini mengisahkan perjalanan dirinya bergelar seorang guru, dalam bentuk jurnal. Karya keduanya, Leonard and Getrude adalah novel pertamanya dan diiktiraf antara karya terbaik Pestalozzi. Ideologi pemulihan sosial yang pernah diperjuangkan Pestalozzi sewaktu aktif dalam politik suatu ketika dahulu diceritakan dengan baik di dalam novel ini yang turut membawa isu-isu pendidikan. Fables dan Inquiry pula adalah hasil penulisan Pestalozzi yang masing-masing menceritakan tentang kisah-kisah tauladan dan falsafah diterbitkan pada 1791. titik tolak bermulanya kejayaan Pestalozzi dalam bidang pendidkan adalah semasa penjajahan tentera Perancis ke atas Switzerland yang diketuai oleh Napoleon pada 1797, Pestalozzi mengambil beberapa orang kanak-kanak yang tiada tempat berteduh dan sumber makanan di Canton of Nidwalden dan menjaga mereka. Pestalozzi turut mengubahsuai sebuah gereja menjadi sebuah sekolah bagi kegunaan kanak-kanak tersebut. Pada 1799, Pestalozzi mula menawarkan perkhidmatan pendidikannya kepada para penduduk Kampung Burgdorf namun mereka berasa curiga ke atas kaedah dan strategi

Pestalozzi dalam pendidikan. Walau bagaimanapun, sekolah ini telah menarik perhatian umum dan antarabangsa sekaligus menaikkan nama sekolah hasil teraju Johann heinrich Pestalozzi ini. Pada 1801, buku mengenai kaedah lengkap pendidikan yang diamalkan Pestalozzi telah diterbitkan. Pestalozzi memindahkan sekolahnya ke sebuah istana di Yverdon dan sekolah tersebut kekal di situ selama 20 tahun. Kaedah pengajaran yang diamalkan Pestalozzi turut menarik minat guru-guru dari serata dunia untuk dipelajari dan dibawa ke Negara masing-masing. Kejayaan ini sangat membanggakan kerajaan Prussia yang menjadi pihak pertama untuk mempelajari dan membawa kaedah pendidikan Pestalozzi ke Negara mereka, ketika itu. Sekolah yang diusahakan Pestalozzi ini ditutup pada 1826 setelah beliau bersara. Beliau meninggal dunia pada tahun yang berikutnya. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Pestalozzi sempat menulis karya terakhirnya yang berjudul

Schwanengesang atau The Swan Song. Buku yang terdiri dari dua bahagian itu menceritakan mengenai riwayat hidup Pestalozzi dan penerangan yang lengkap mengenai kaedah-kaedah pembelajaran atau pendidikan yang diamalkan beliau.

Lakaran pelukis rupa isteri Pestalozzi, Anna Schultess

Gambaran pelukis mengenai kawasan Neuhof, rumah ladang dan juga sekolah pertama yg dibina oleh Pestalozzi.

Inilah Istana Burgdorf yang pernah menjadi sekolah tempat Pestalozzi mengajar.

Gambar sedang menunjukkan anak-anak yatim yang diselamatkan oleh Pestalozzi

Teori dan kaedah pengajaran pestalozzi

Pestalozzi yakin bahawa pendidikan adalah bertujuan untuk menzahirkan kuasa semulajadi dalam diri manusia yang meliputi aspek kemahiran semulajadi yang terpendam yang harus dicungkil melalui pembelajaran. Kanak-kanak mampu dibantu untuk mencapai potensi penuh melalui pendidikan subjek-subjek yang meliputi kemahiran penggunaan otak kiri dan kanan. Maka dengan itu, Pestalozzi mengembangkan kurikulum Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik dalam sistem pembelajarannya.

Selain itu, Pestalozzi berpendapat bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan katakata semata-mata. Penggunaan pancaindera juga mampu memberikan pendidikan yang berkesan kepada pelajar seperti memberikan pelajar pengalaman melihat, mendengar atau menyentuh objek yang berkaitan. Melalui tindakan sedemikian, murid-murid akan aktif secara berterusan melihat, membuat dan membetulkan kesalahan serta menerangkan pemantauan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Aktiviti sedemikian mampu untuk menggalakkan minat murid untuk belajar melalui analisis objek sekaligus memberikan pengetahuan yang lebih mendalam kepada murid. Apa yang membezakan antara sistem pendidikan Pestalozzi dan sistem pendidikan yang sezaman dengannya, adalah pendekatan kerohanian. Beliau percaya, bahawa persekitaran di dalam kelas mestilah menyerupai atau mampu memberikan mood dalam suasana keluarga penganut Kristian, di mana ajaran Kristian menganjurkan penganutnya untuk bersifat kooperatif, penyayang dan berlaku baik antara sama sama lain dalam unit keluarga.

Tretis Pestalozzi yang bertajuk How Gertrude Teaches Her Children : An Attempt to Give Directions To Mother on How to Instruct Their Own Children memberi

penekanan kepada konsep bahawa pembelajaran harus berlaku melalui penyertaan langsung dan dengan itu beliau merupakan antara pendidik yang pertama sekali telah membezakan antara pengetahuan tulen dengan pengetahuan daripada buku. Seorang pendidik muzik bernama Joseph H. Naef, telah berkhidmat dibawah Pestalozzi di Switzerland sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1806.naef telah memulakan sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat pada tahun 1809 berasaskan prinsip-prinsip Pestalozzi. Pada tahun 1830, Naef telah menghuraikan prinsip-prinsip Pestalozzi di Boston dengan tajuk Principles of The Pestalozzian System of Music .

IMPLIKASI DAN KEPENTINGAN FALSAFAH PESTALOZZI DALAM PENDIDIKAN MUZIk

IMPLIKASI DAN KEPENTINGAN FALSAFAH PESTALOZZI DALAM PENDIDIKAN MUZIK Dalam situasi bilik darjah pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik,seorang pendidik muzik perlulah memahami asas falsafah dalam membantunya menjayakan P&P dengan lebih menarik dan berkesan. Pemahaman yang jelas terhadap falsafah akan dapat membantu pendidik muzik memahami isu asas dalam dalam kehidupan sama ada dalam atau luar bilik darjah. Falsafah pendidikan muzik ini membantu seorang pendidik muzik lebih berkeyakinan dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam memahami situasi pelajar dan pembaharuan dalam aspek pengajaran di dalam bilik darjah. Melalui pengetahuan dalam falsafah juga membantu seseorang pendidik dalam membuat keputusan yang memerlukan mereka berfikir secara mendalam bagi mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa hadapan. Falsafah Pestalozzi merupakan salah satu daripada falsafah yang amat terkenal dan sangat berpengaruh dalam profession pendidikan muzik. Berdasarkan prinsip Pestalozzi yang pertama yang telah dijelaskan dalam ringkasan prinsip-prinsip Pestalozzi, guru boleh menggunakan teknik mengajar bunyi terlebih dahulu sebelum tanda atau simbol. Kaedah ini disebut kaedah hafalan sebelum catatan yang mana para pelajar didedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari not muzik. Hal ini kerana, apabila individu telah berjaya mengenal bunyi dan menghafal bunyi-bunyi tersebut, adalah mudah bagi individu tersebut untuk mengecam simbol yang akan dijelaskan oleh guru kemudiannya. Sekiranya guru memulakan pengajaran dengan memperkenalkan simbol atau tanda, adalah sukar untuk murid mengaitkan simbol tersebut dengan bunyi yang diajar kemudian.

Falsafah Pestalozzi juga memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran secara penemuan sendiri dimana murid-murid dididik dan diberi galakan supaya mereka memerhati, mendengar, meniru serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarinya seterusnya mementukan sendiri sama ada bunyi tersebut sama atau berlainan, dan seronok atau tidak untuk didengar. Melalui kaedah ini, penerangan dan panduan adalah pada tahap minima untuk membolehkan pembelajaran secara aktif berlaku dan bukan secara pasif. Kaedah ini membolehkan murid-murid memperoleh sendiri pengalaman meneroka ilmu dan juga mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Melalui falsafah Pestalozzi, guru-guru dapat mempraktikkan kaedah pengajaran secara urutan iaitu kaedah pengajaran dari satu aspek ke satu aspek dan bukan secara serentak. Murid perlu menguasai serta mahir dalam satu aspek muzik serta melalui latihan yang mencukupi sebelum beralih kepada aspek yang berikutnya. Dengan itu, murid akan menguasai sepenuhnya kemahiran yang diajarkan oleh guru sebelum mempelajari kemahiran yang berikutnya. Sebagai contoh, guru mengajar aspek irama sehingga murid dapat menguasainya kemudian setelah murid menguasai aspek ini barulah bertukar ke aspek melodi dan seterusnya secara berperingkat. Kepentingan falsafah Pestalozzi yang seterusnya ialah pembelajaran secara praktikal atau amali diberi penekanan apabila pelajar menguasai aspek amali tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa segala teori dan prinsip hanya diberikan setelah amalan praktik dijalankan. Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan amali dengan aspek teori dengan usaha sendiri. Prinsip ini dinamakan pembelajaran Heuristik. Falsafah Pestalozzi turut memberi penekanan terhadap peluang yang mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha mereka sendiri. Muridmurid jua digalakkan membuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik. Kaedah ini disebut kaedah pendekatan berkonsep. Adalah penting bagi seorang guru mendorong murid-muridnya

mengakaji muzik dengan usaha sendiri seterusnya membuat latihan sendiri tanpa bimbingan guru terutamanya ketika berada dirumah. Hal ini membolehkan murid-murid sentiasa membuat latihan kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai hanya dengan menghafal teori tetapi perlulah mengadakan latihan yang kerap. Kepentingan seterusnya melalui falsafah Pestalozzi penyelarasan nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumen. Hal ini untuk memudahkan murid-murid mempelajari dan mengingati nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumen. Oleh itu, nyanyian solfa adalah tidak digalakkan menturut Pestalozzi. Di samping itu, Pestalozzi percaya bahawa falsafah dalam pendidikan muzik akan mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia dengan sendirinya. Hal ini menunjukkan bahawa Pestalozzi yakin akan kemampuan muzik untuk menzahirkan kuasa semula jadi dan kebolehan muzik yang terpendam dalam diri manusia. Sebagai seorang pendidik, adalah perlu untuk mencungkil bakat terpendam murid supaya bakat tersebut tidak disia-siakan. Oleh

kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat akan menjadi bertambah maju. Falsafah Pestalozzi turut menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan perkataan sahaja apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan apabila melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang. Apabila murid berpeluang untuk meneroka sendiri, mereka dapat mencapai potensi diri yang penuh dan aktif secara berterusan. Guru perlu bijak meranang P&P yang sesuai dan menarik supaya tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya diberikan oleh murid ketika di dalam kelas. P&P juga perlulah memberi peluang kepada murid-murid meneroka sendiri supaya penyerapan ilmu berlaku dengan lebih pesat.

Beliau juga percaya bahawa bilik-bilik di sekolah mesti mempunyai atmosfera yang mesra keluarga di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Hal ini untuk membolehkan murid-murid belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa. Muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran manusia sama ada secara positif atau negatif. Oleh itu, kita boleh menggunakan muzik secara positif untuk beberapa keperluan kebangsaan semasa seperti menanamkan rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta meningkatkan lagi perpaduan negara. Perpaduan negara merupakan salah satu matlamat utama dalam pendidikan di Malaysia sejak merdeka lagi seperti yang terkandung dalam Laporan Razak (1956). Muzik juga boleh digunakan untuk membantu pengajaran mata-mata pelajaran yang lain di Malaysia, khasnya pada peringkat sekolah rendah. Lagu The Alphabet Song, misalnya, boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris. Muzik juga boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Jasmani dalam aktiviti-aktiviti seperti gimrama, aerobik, dan tarian-tarian rakyat. Muzik boleh disifatkan sebagai "jendela dunia" kerana muzik boleh digunakan untuk lebih memahami kebudayaan asing. Selain itu, muzik juga boleh membantu para pelajar menyedari serta memahami konsep persaudaraan antara manusia sejagat. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem permulaan pendidikannya digunapakai diserata dunia.

Bennet reimer
Bennett Reimer adalah John W. Beattie Profesor Emeritus Muzik di Universiti Northwestern, di mana beliau merupakan pengerusi Jabatan Pendidikan Muzik, pengarah Ph.D. program dalam pendidikan muzik dan pengasas dan pengarah Pusat Pengajian Pendidikan dan Pengalaman Muzik, atau Center for the Study of Education and the Musical Experience. Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Legends of Teaching daripada Northwestern University. Beliau juga telah mengarang 24 buah buku serta beratus-ratus risalah, ulasan dan sebagainya. Namun, hasil karya beliau yang paling disegani adalah A Philosophy of Music Education yang diterbitkan pada 1970.

Berikutan kejayaan besar bagi buku tulisan beliau itu, Reimer telah menerbitkan satu buku baru. Kesinambungan buku tersebut turut diterbitkan pada 2003 serta diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain, yang diberi judul A Philosophy of Music Education: Advancing The Vision.

Karya Reimer A Philosophy of Music Education: Advancing The Vision.

Reimer merupakan penyunting untuk kebanyakkan jurnal-jurnal utama dan menjadi Pengerusi Music Educators National Conferene ( MEN ) Committee on Aesthetic Education. Beliau pernah mewakili MEN sebagai ahli The Alliance for Curriculum Programme yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam ahli yang menulis tentang National Standards for music Education. Salah seorang daripada enam ahli ( Ommision Authors of Position Paper for the MEN vision 20/20 project. Pengarah kepada projek penyelidikan 3 tahun berkaitan kurikulum am muzik yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Penyelidik kepada projek From Kindergarten through Conservatory in China dan Harvard Project Zero. Reimer percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu dan nilai-nilai estetika muzik tidak semata-mata untuk golongan elit sahaja. Beliau juga mengatakan pendidik-pendidik estetik mesti tahu dengan mendalam nilai-nilai muzik seperti mana cendekiawan-cendekiawan professional. Pendidik-pendidik ini mesti menggambarkan seni muzik secara keseluruhan dan tulen kepada kanak-kanak. Dalam pendekatannya, Reimer memasukkan unsur-unsur dari spectrum yang luas dalam kesusasteraan muzikal dan menggalakkan pendedahan kepada muzik untuk lain-lain budaya. Beliau

percaya ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih dalam pada diri kita dan hubungan dengan budaya-budaya lain. Ciri-ciri pengalaman dalam muzik menurut Reimer: (i) Memerlukan tanggapan bunyi itu sesuatu yang berseni / artistik. (ii) Tindak balas efektif untuk meluahkan bunyi yang semulajadi. (iii) Muzik sebagai cara untuk membelai rasa. (iv) Muzik sebagai cara untuk dimensi kreatif. (v) Muzik sebagai cara untuk dimensi sosial / kontekstual.

e) 1992 Standard Movement seperti yang disarankan oleh MENC : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Nyanyian Bermain Menggunakan apa-apa bahan yang ada Mencipta / menyusun / menggubah Kemahiran membaca not ( notasi ) dan memahaminya. Mendengar Menilai Hubungan antara muzik dan lain-lain seni serta disiplin. Memahami muzik dan sejarahnya serta dimensi budaya.

Refleksi
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T. diatas limpah kurnia serta rahmatNya, dapat sya menyiapkan tugasan bagi kursus Asas Pendidikan Muzik (MZU 3104) bagi semester 1 tahun 2013.

Untuk mempelajari benda-benda baru ternyata bukan satu perkara yang senang. Mungkin senang untuk diungkapkan dengan kata-kata, namun sukar untuk dilaksanakan. Ilmu muzik merupakan cabang ilmu yang sangat penting kerana menurut Ensiklopedia Britanica muzik ialah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang.Menurut Kamus Dewan, muzik adalah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan. Bagi subjek MZU 3104, saya dapat belajar betapa muzik itu penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pembelajaran muzik dapat mewujudkan satu suasana yang ceria dan ini dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Di samping itu, Pelajar akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Proses untuk mencari maklumat tidak memberikan masalah kepada saya. Ini adalah kerana terdapat banyak buku di perpustakaan yang menyentuh tentang pendidikan muzik. Namun begitu, hampir 80 peratus maklumat saya dapat adalah melalui carian internet. Ini adalah kerana buku-buku muzik yang terdapat di perpustakaan kebanyakannya berada pada bahagian rujukan dan para pelajar tidak boleh memimjam buku-buku daripada bahagian tersebut. Hanya internet tempat saya bergantung harap dan mencari bahan-bahan yang terbaik untuk disatukan dalm tugasan saya pada kali ini. Selain itu, rakan-rakan sekelas saya banyak membantu. Kami berkongsi bahan-bahan dan nota kuliah untuk dijadikan rujukan unuk tugasan ini. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi dalam proses menyiapkan tugasan projek ini. Saya belajar perspektif baru tentang cara mengajar. Proses pengajaran bukanlah bergantung kepada sebanyak mana guru itu mengajar, tetapi sebanyak mana pelajar itu belajar. Selain itu, saya juga belajar bahawa bilik darjah bukanlah satusatunya tempat di mana proses belajar boleh berlaku. Tetapi pembelajaran di luar bilik darjah addalah lebih baik untuk para pelajar. Selain itu, sya juga belajar teknik-teknik menanyi yang betul. Walaubagaimanapun, masih terdapat sumbang pada lagu yang saya nanyikan. Melalui tugasan ini juga saya belajar mengenai jenis-jenis pemilihan lagu untuk diajar di dalam

bilik darjah. Cara mengawal kelas, cara untuk bermain alat muzik ringkas, dan banyak lagi. Pelaman seperti ini akan banyak membantu saya semasa saya menjalani latihan praktikum tahun hadapan. Oleh itu, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, En. Khir Anuar bin Jaafar, rakan-rakan sekelas, serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai