Anda di halaman 1dari 36

1.

PENGENALAN Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia

negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan

perubahan globalisasi yang pesat. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

pelbagai bidang matapelajaran lain. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua -dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu, guru juga didedahkan dengan ilmu seni visual, muzik dan pendidikan jasmani yang berkaitan dengan bidang tertentu dan juga dapat menerapkan budaya menghargai serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sewaktu proses pengajaran dan pembela jaran dalam kelas. Menurut Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Arts pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,

keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep k esenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam

kesenangan ini. 1

Kursus ini juga

mendedahkan pelajar kepada pengenalan seni

dalam pendidikan, pengetahuan dan kemahiran asas dalam seni peringkat sekolah rendah, aplikasi dan pengurusan dalam aktiviti kreatif yang mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan aktiviti mengenal irama, warna dan ruang serta deria dan seni,

menjalankan aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman dan ekspresi melalui seni, melaksanakan dan menguruskan aktiviti kreatif yang

mengintegrasikan seni visual, muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran. Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal -hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek -aspek jasmani dan rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser (1959) dalam tulisannya, berpendapat bahawa seni adalah komunikasi. Dari perspektif pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan

penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam Pendidikan.

2.0

KONSEP SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang men umpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam

pembelajaran mereka. Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi. Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manfaat dari segi jangka masa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri individu. Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak -kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991) di dalam Quadrant Concept, menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang

individu. Howard Gardner (1953) pula menyatakan, sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih kreatif. Einstein bermatlamatkan pula mencadangkan agar bidang sains yang untuk

untuk memahami deria

manusia

dimantapkan

pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai pendidikan kanak -kanak dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, 3

kecerdasan yang berkaitan dengan kecerdasan intuitif, personal dan intrapersonal, praktik dan estetika, holistic dan analitik,emosional dan fizikal serta intelektual. Manakala Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bida ngbidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupan. Di samping itu, ianya meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini jelas menyokong seni ya ng mengambil peranan penting dalam kurikulum yang sedia ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Malah, guru juga perlu merancang aktiviti

pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untu k memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi. Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu, ia membantu guru itu sendiri untuk memahami diri sendiri. Kemudian, ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah. Malah, ia juga memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan

professional yang akan membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk

Teori menyatakan kanak yang

Konstruktivisme bahawa diajar kanakmelalui

mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai

pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah

bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara

nilai jati diri yang tinggi.

bebas dan kreatif

Einstein agar

pula bidang

mencadangkan sains yang untuk

Herman

(1991)

di

dalam

bermatlamatkan

Quadrant Concept, menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.

memahami
dimantapkan kanak-kanak.

deria
untuk

manusia
pendidkan

Leonardo da Vinci merupakan Teori Kecerdasan Manusia model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan telah menggabungkan bidang-bidang

(1983)

oleh

Howard

Gardner

sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai

ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan kehidupan. diri dalam

kecemerlangan.

3.0

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN

Dalam memberi menjayakan beberapa usaha yang dilakukan beberapa matlamat perlu diletakkan. Usaha utama pendidikan ialah untuk

menyediakan seseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam masyarakat. Di dalam usaha ini juga, pendidikan m enjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa. Secara khususnya,

pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Antara matlamat seni dalam pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat m enyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seni dalam pendidikan ini juga dapat mengintegrasikan otak kanan tiga dan komponen otak kiri. yang Ia mampu bertitik melengkapkan tolak daripada

pembinaan

pengintergrasian inilah perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

Menjadi suatu agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa.

Dapat mengintegrasikan tiga komponen yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah perkembangan menyeuruh dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek

MATLAMAT SENI DALAM PENDIDIKAN

Untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

4.0

OBJEKTIF SENI DALAM PENDIDIKAN

Pengajaran pendidikan seni visual pada peringkat awal adalah bertujuan untuk membentuk murid-murid yang dapat menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Nilai ini dapat diperolehi semasa proses pembelajaran sama ada di dalam atau pun luar bilik darjah. Penerapan nilai ini akan dapat membentuk murid yang sedar akan tanggungjawab mereka sebagai manusia yang tinggal di bumi dan peka terhadap ni lai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Selain itu, pengenalan pendidikan seni visual pada peringkat awal adalah untuk menghasilkan pelajar yang sentiasa ingin melibatkan diri dengan kegiatan seni visual secara aktif , kritis, kreatif dan meyeronokkan. Penglibatan ini akan dapat memperkembangkan kebolehan dan kemahiran setiap murid. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Pendidikan penglihatan seni visual juga akan memperkembangkan lain me lalui deria kajian

yang

melibatkan

pancaindera

perbandingan. Pengenalan kepada asas seni reka merupakan salah satu aspek penting yang perlu diajar pada peringkat sekolah rendah. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Oleh itu, kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual juga dapat membolehkan mereka untuk menyatakan idea dan ekspresi diri. Di samping itu, pada peringkat rendah ianya dapat membantu murid murid untuk membiasakan diri untuk melakukan sesuatu kerja dengan teratur, cermat dan selamat. Pada peringkat awal, murid -murid akan didedahkan kepada asas-asas seni yang memerlukan mereka untuk membuat sesuatu kerja secara teratur dan berperingkat -peringkat seperti pengolahan sesuatu idea dalam sesebuah produk sen i. Penghasilan sesuatu karya secara teratur akan menghasilkan satu karya yang kemas 8

dan mempunyai nilai-nilai estetika yang dapat dihayati oleh audien. Namun setiap murid mestilah menitikberatkan hal -hal keselamatan semasa

menggunakan alatan dan bahan-bahan seni. Dengan itu, segala proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah yang sukar diselesaikan. Melalui pendidikan seni visual juga, secara tidak langsung ia dapat memupuk nilai-nilai murni, yakin terhadap diri sen diri dan juga

bertanggungjawab di dalam diri setiap murid tersebut. Nilai -nilai murni adalah sangat penting dalam diri seseorang murid kerana ia akan mencorakkan sifat dan sikap murid tersebut agar menjadi seorang murid yang berdisiplin. Dengan adanya mata pelajaran pendidikan seni visual di setiap sekolah, sikap bekerjasama dapat dijalinkan tidak kira sama ada sesama murid dengan murid mahupun di antara murid dengan cikgu. Secara tidak langsung, melalui Pendidikan Seni Visual juga ia dapat meningkatkan keyakinan diri terhadap setiap murid tersebut. Sifat ini sangat penting kerana melalui keyakinan diri yang terdapat dalam diri murid-murid tersebut,mereka akan berani untuk membuat projek -projek besar yang ditugaskan tanpa mengira masalah dan cabaran yang mu ngkin mereka akan tempuhi. Selain itu juga, melalui mata pelajaran ini juga dapat memupuk sikap disiplin diri dan bertanggungjawab dalam diri murid tersebut. Sikap disiplin diri ini merupakan aspek yang sangat penting kerana dengan adanya disiplin diri yang tinggi, mereka dapat menyiapkan tugasan mereka pada masa yang ditetapkan dan juga hasil tugasan yang mereka hasilkan adalah sangat berkualiti. Malah, ianya merupakan aktiviti kesenggangan yang berfaedah. Ini adalah kerana dengan adanya pendidikan seni visual di setiap sekolah, ia dapat mengelakkan murid-murid membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dengan itu, ia dapat murid-murid

dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

1. Menghasilkan pelajar yang sentiasa ingin melibatkan diri dengan kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan.

2. Akan memperkembangkan deria penglihatan yang melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.

3. Dapat membantu murid-murid untuk membiasakan diri utuk melakukan sesuatu kerja dengan teratur, cermat dan selamat.

4. Dapat memupuk nilai-nilai murni, yakin terhadap diri sendiri dan juga bertanggungjawab di dalam diri setiap murid tersebut

5. Dapat meningkatkan keyakinan diri terhadap setiap murid tersebut.

6. Sikap disiplin diri dan bertanggungjawab juga dapat dipupuk dalam diri murid tersebut

10

5.0

SENI DALAM PENDIDIKAN UNTUK GURU SEKOLAH

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan

bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang mata pelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan

kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan membantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori -teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.Menurut Leonardo da Vinci , dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpe rsonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belaja r dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid -muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak -kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. Selain itu, ianya juga dapat membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

11

Di samping itu, seorang guru senang untuk mencapai obje ktif atau matlamat. Hal ini kerana, integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain dapat membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kan an,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang m encapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah, guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam

pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tet api kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Tetapi teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.

12

6.0

TEORI PEMBELAJARAN 6.1 Teori Konstruktivisme

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme pula menekankan bahawa manusia memperolehi pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya.

Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri maklumat tanpa mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain. Pendekatan ini menumpukan kepada bagaimana untuk belajar, menjana dan menguji pengetahuan yang diperolehi. Menurut Brunner (1974), semasa pelajar belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan benda-benda yang beraneka jenis dan rupa yang terdapat di persekitaran. Melalui pembentukan konsep-konsep ini, pelajar menyusun maklumat yang telah dikumpul ke dalam unit-unit yang bermakna. Dengan proses ini, pelajar akan memahami persekitarannya dan konsep tersebut terus berkembang sejajar dengan kedewasaan seseorang. Konstruktivisme menegaskan proses dalam mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti. Sebagai contohnya, dalam pelajaran teori seni bagi tajuk teori warna, daripada kemahiran asas teori warna ini pelajar dapat mengembangkan idea mereka kepada penghasilan warnawarna baru untuk diaplikasikan di dalam karya visual mereka. Pelajar juga boleh diperkenalkan pasangan warna yang bertindak positif dan pasangan warna yang bertindak negatif, dan juga pasangan warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya. Melalui pembelajaran konstruktif, pelajar akan memperolehi maklumat, membentuk konsep-konsep dan membuat kategori dengan membezakan warna-warna yang beraneka jenis yang terdapat di persekitaran mereka. Sebagai contohnya, kombinasi warna hijau (latar) dan putih (tulisan) sesuai untuk papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan biru tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif. Daripada pemahaman dan konsep asas ini pelajar dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut

13

kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan seperti suasana sejuk, panas, sedih, harmoni, ceria dan sebagainya. Dalam abad ke-21 ini, teori konstruktivisme dikatakan semakin popular. Teori ini berperspektifkan psikologi dan falsafah dengan mengambil kira bagaimana seseorang individu membina atau membentuk apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Konsep utama konstruktivisme ialah pengetahuan dibina oleh pelajar dan bukan hanya disebarkan oleh orang perseorangan. Konstruktivis percaya bahawa seseorang itu adalah aktif dan membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan hendak tahu berdasarkan pengalamannya. Dalam persekitaran ini guru memainkan peranan sebagai pemudahcara. Pelajar digalakkan untuk menyoal antara satu sama lain dan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing dalam menyelesaikan masalah yang diberi. Pandangan konstruktivis ini sesuai dengan pengajaran berasaskan laman web. Sebagai contoh, guru boleh mencadangkan aktiviti berkumpulan, dan setiap kumpulan diberi tugasan

berdasarkan topik-topik tertentu. Pelajar dikehendaki mencari maklumat dan bahanbahan dari laman web yang dicadangkan atau melalui pencarian mereka sendiri. Antara pendekatan kontruktivis dalam pembelajaran ialah teori pengajaran inkuiri oleh Collins dan Stevens (1983) dan pembelajaran secara penerokaan (discovery) seperti model kitar pembelajaran (learning cycle) oleh Lawson (1995). Pendekatan yang dicadangkan oleh kelompok kontruktivis ini adalah berpusat kepada pelajar di mana pembelajaran berlaku hasil usaha atau melalui pengalaman pelajar sendiri. Konstruktivis percaya bahawa pendekatan pembelajaran secara aktif, spontan dan arahan kendiri adalah perlu (Lawson, 1995). Oleh kerana nilai seni sentiasa hidup dan perlu dijiwai, maka pengajaran Pendidikan Seni Visual sewajarnya adalah sentiasa aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan konstruktif. Maka kedua-dua pendekatan yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens (1983) dan Lawson (1995) adalah sesuai digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Seni Visual.

14

Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme :

1. Menggalakkan murid bertanya dengan guru.

2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.

3. Menyokong pembelajaran secara koperatif.

4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar.

6.

Menggalakkan

soalan/idea

yang

dimulakan

oleh

murid

dan

menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna.

7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap murid.

8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

15

6.2

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati `seven ways of knowing, preceiving and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua ibu bapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap

menggunakan sebelah otak sahaja. Teori kecerdasan pelbagai berkembang mengikut konteks penggunaannya. Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan

komputer dengan cekap. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang

mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

16

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu, seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah. Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya, seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan berwawasan. Kecerdasan

interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain. Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna. Kesimpulannya, individu yang berbeza mempunyai kecerdasan yang berbeza namun, kecerdasan itu mempunyai satu unsur yang sama iaitu seni. .

17

Jenis-Jenis Kecerdasan Pelbagai:

Verbal-linguistic : Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau

Logik-Matematik : Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya di luar

hasilan kesusasteraan.

jangkaan murid.

Kinestetik : Murid menggunakan pergerakan

Interpersonal : Murid mengintegrasikan motif

atau stail baru dalam tarian atau


drama.

watak seseorang dalam cerita atau


drama.

Muzik :

Naturalis :

Murid menghasilkan muzik yang


luar biasa tetapi masih seronok dan emar didengar

Murid mencari cara menggunakan


bahan alam semulajadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa.

18

6.3

Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebahagian besar dari prinsip -prinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada kesan -kesan dan isyarat-isyarat pada perilaku, dan pada proses -proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial kita akan menggunakan penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan -penjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain. Menurut Bandura, sebahagian besar manusia belajar melalui

pengamatan secara selektif dan men gingat tingkah laku orang lain. Secara ringkasnya, teori pembelajaran sosial adalah pemodelan

(modelling) dan permodelan ini merupakan salah satu langkah paling penting dalam pembelajaran terpadu. Menurut teori ini juga, peniruan terbahagi kepada 3 iaitu peniruan secara langsung, peniruan melalui sekatlakuan, taksekatlakuan dan peniruan elistasi. Peniruan secara langsung boleh diaplikasikan dengan mengambil

bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Peniruan melalui sekatlakuan dan kesekatlakuan pula dengan menyekat tingkah laku yang tidak sesuai dengan sesuatu situasi. Peniruan elistasi boleh berlaku apabila murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri.

19

(a) Peniruan secara langsung: Dengan mengambil bahan maujud, murid meniru dan memindahkan

hal subjek ke satu gambar atau


kepada model baru yang ditirunya.

(b) Peniruan melalui


(c) Peniruan elistasi: Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal membina kewibawaan diri. sekatlakuan dan kesekatlakuan: Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pada situasi lain.

20

7.0

KANAK-KANAK DAN SENI 7.1 KEPERLUAN (JERISE) DAN KEINGINAN ASAS KANAK -KANAK

Keinginan untuk

bergerak
Keinginan untuk pencapaian kreatif Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Keinginan untuk meneroka Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat

Keinginan ketangkasan fizikal Keinginan untuk bersaing

dan sebagai
sumber daya penarik

21

Kanak-kanak yang normal biasanya mempunyai keinginan dan keperluan keperluan yang perlu diambil berat oleh ibu bapa dan guru. Antara keperluan dan keinginan itu ialah, keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Kedua ialah keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sahaja sekadar ingin berjaya tetapi mereka menginginkan kejayaan itu dihargai oleh orang di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga menginginkan diri mereka diterima, disanjung, diharg ai dan dihormati oleh orang lain. Seterusnya ialah keinginan mereka untuk bersaing. Pada zaman kanak-kanak, mereka suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal setara dengan rakan -rakan sebaya. Kanak-kanak juga mempunyai keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Ini kerana mereka gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya di dalam masyarakat. Selain daripada itu, kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk meneroka. Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan luar biasa tetapi menyeronokkan. Mereka juga mempunyai keinginan untuk pencapaian kreatif iaitu kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Selain itu, mereka juga masih mempunyai keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Sebagai contoh, kanak -kanak gemarkan aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Keperluan dan keinginan yang terakhir ialah mereka mempunyai keinginan untuk kefahaman. Kanak -kanak mempunyai

keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu, mereka dapat meneroka menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi dengan persekitaran.

22

7.2

SENI

DAN

PERKEMBANGAN

JERIS

KANAK-KANAK

MENGIKUT TAHAP

Jasmani Emosi Rohani Intelek Sosial Estetik


Jasmani Perkembangan jasmani peringkat perkembangan jasmani kanak -kanak amat pesat semasa bayi. Perubahan berlaku dari segi rupa atau wajah serta fizikal. Contohnya, bayi yang baru lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh

menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizikal atau jasmani kanak -kanak. Semakin kanak-kanak meningkat usianya, pergerakan koordinasi otot kasar dan perkembang an dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya. Misalnya, kanak kanak pada peringkat 6-12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif. Pada tahap ini, mereka perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diber i dengan menumpukan pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan misalnya pendidikan seni visual

23

Selain itu, kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah mempunyai otot-otot yang belum matang. Untuk itu latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat mematangkan ototnya. Contohnya, memegang pensil dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap. Kebanyakan perkembangan motor di bahagian tangan lebih penting dan ketara daripada perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Emosi Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu keadaan atau benda. Reaksi muncul secara tiba -tiba dan

membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya, tindak bala s berlaku. Tindak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan dan

terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa di peringkat p rasekolah. Jika dahulu pengawalan emosinya lemah, kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat semakin matang pengawalan emosinya. Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni ju ga, dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan. Terutamanya ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Begitu juga dalam permainan muzik, cara kanak kanak itu bermain alat muzik dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muzik, terdapat gangguan emosi dalam dirinya. Untuk peringkat ini, guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dengan yang tidak diingini.

24

Rohani Melalui seni dalam pendidikan, aktiviti kerohaniaan dapat dibentuk iaitu dengan menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral seperti memperbanyakkan lagu -lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan moral. Antaranya ialah banyakkan memu ji kanak-kanak, bukannya mengutuk dan hormati mereka. Selain itu,

pengucapan terima kasih patut diterapkan supaya dapat menjadi amalan seharian dan membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu,

bukannya mengeji.

Intelek Pada peringkat ini, kanak-kanak telah menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan pelbagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Pada peringkat ini juga, mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui

penerangan tentang sesuatu perkara. Pembelajaran melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu, situasi yang dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri. Pada peringkat 11-12 tahun, berlaku perubahan daripada

pengolahan secara konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini, kanak-kanak masih terikat dengan pengolahan sebenarnya. Wujudnya suasana yang boleh menimbulkan pertanyaan murid dan memberi peluang kepada mereka menerangkan pemikiran mereka.

25

Sosial Peranan keluarga, sosial masyarakat dan sahsiah dan sekolah sangat Kuat penting atau dalam

membentuk

kanak-kanak.

lemahnya

pengaruh guru, rakan, ibu bapa akan dapat menilai setakat mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak mengembang. Oleh itu, peranan guru juga sangat penting membantu kanak-kanak untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan diri dan dalam kemahiran yang difikirkan sesuai dan untuk

menyesuaikan harian.

perkembangan

masyarakat

kehidupan

Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura, beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada melihat, meniru dan

memerhati tingkah laku orang lain. Peniruan berlaku dalam tiga bentuk, iaitu peniruan secara langsung. Dengan mengambil b ahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Kedua, peniruan melalui sekatlakuan dan tak

sekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak sesuai pad a situasi yang lain.

Estetika Latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak -kanak dapat

mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat. Apabila diterapkan ke dalam minda kanak -kanak maka konsep estetik dapat diamalkan dalam diri mereka.

26

8.0

PENULISAN AKADEMIK 8.1 APLIKASI SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.

Seni dalam pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai (SDP) yang diwujudkan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu d ari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang sama. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tig a elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana, pengajaran yang dila ksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran

meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan murid -murid merasa bosan, sekiranya penyampaian makluma t sama ada nyanyian melalui seni muzik dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Hal ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran melalui nyanyian dan sebagainya. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang sentiasa wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru di sek eliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata 27

yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebagai contohnya melalui Rancangan Pengajaran

Harian yang telah dibuat iaitu dalam tajuk mempromosikan poster, penggunaan irama, muzik, warna dan corak amat sesuai dimasukkan kerana ia berkait rapat dengan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ini. Selain itu, ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan- kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Selain itu penggunaan ruang dalam melukis poster bagi mempromosikan jualan bo leh diaplikasikan oleh murid.

Penggunaan ruang yang sesuai bagi tulisan warna dan corak dapat menarik minat dan menjadikan seebuah poster untuk promosi itu lebih efektif. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat

pengajaran dan pembelajaran tersebut. Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktiviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunika si. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Sebagai contoh yang sesuai dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat guru menggunakan aplikasi persembahan multimedia 28

yang

digambungkan

dengan

muzik

dan

warna

yang

sesuai

dapat

membantu perkembangan dan pemahaman pelajar secara effektif. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan

kemahiran- kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid -murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen -elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Secara tidak langsung, mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusa tkan kepada guru. Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid -muridnya. Degan kaedah yang dilaksanakan dalam mata pelajaran murid -murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi -bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. 29

8.2

PEMBELAJARAN MEYERONOKKAN

OPTIMUM,

BERSEPAD U

DAN

Pendidikan seni banyak memberi rangsangan secara langsung dan tidak langsung dalam kepada murid bagi membantu pemahaman dan memberi keselesaan kepada murid untuk belajar secara efektif . Ia menekankan kepentingan aktiviti seni visual, mu zik dan pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka,

mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak -kanak. Ianya memberi peluang kepada kita untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak -kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Dalam mata pelajaran seni ini, dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Hal ini kerana,

pembelajaran adalah merupakan suatu kemahiran yang boleh dilatih sama juga seperti kemahiran berenang, menembak, melukis atau ber fikir. Sehubungan dengan ini pelajar juga mestilah jelas tentang misi dan visinya supaya boleh merancangkan program -program pembelajaran

dengan cara yang lebih sistematik untuk tindakan dari masa ke masa. Pembelajaran optimum ialah suatu sistem pembelajar an berasaskan penggabungan rangsangan dengan proses untuk menghasilkan sistem pembelajaran yang pantas dan berkesan. Melalui sistem ini, keupayaan untuk menerima pengetahuan akan menjadi lebih terbuka dan

menyeronokkan. Banyak kajian terkini telah menunjuk kan iaitu kebanyakan pembelajaran yang produktif dan optimum boleh berlaku apabila fungsi otak kiri dan otak kanan dipertingkatkan secara keseluruhan dan berbagai bagai gelombang otak turut dipujuk. Kajian -kajian juga telah menunjukkan 30

bahawa kemampuan individu untuk belajar boleh dipertingkatkan ke tahap cemerlang jika keseluruhan otaknya digerak dan dikejutkan supaya bekerjasama secara harmoni. Semua bakat dan potensi itu boleh

diperkembangkan melalui kesepaduan gerak kerja otak dan minda yang menyeluruh. Manakala pembelajaran secara bersepadu ini dapat menambah minat murid untuk belajar kerana proses pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Guru juga boleh menyelitkan strategi lain seperti

bercerita, perbincangan dan permainan. Iklim bilik darjah te rmasuklah kelas yang kondusif, ceria dan bersih selain daripada suasana yang menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur jenaka atau kecindan bagi mewujudkan suasana yang menyeronokkan di dalam kelas. Sela in itu, aktiviti seperti permainan dan kuiz juga boleh diperbanyakkan untuk menambah minat murid. Malah, pelajar mestilah bersikap positif dan yakin tentang fakta dan potensi diri dan otaknya. Dengan mengetahui potensi diri dan otak, para murid akan merasakan aktiviti belajar itu adalah senang dan

menyeronokkan, daya ingatan meningkat, stres dan emosi akan dapat dikawal dan seterusnya kemahiran berfikir akan menjadi lebih kreatif. Selain daripada itu, teknik dan strategi yang guru gunakan juga

mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan sedikit strategi pengajaran berpusatkan guru dan memperbanyakkan strategi pengajaran berpusatkan murid, bahan dan aktiviti. Selain itu, seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk

digambarkan kerana seni itu indah dan halus. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran yang memerlukan pemahaman dan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan me mberi impak yang positif untuk seseorang individu. Misalnya dalam pengajaran guru, pendidikan seni visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui

31

penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan reka bentuk maujud yang cantik. Iklim bilik darjah termasuklah kelas yang kondusif, ceria dan bersih selain daripada suasana yang menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Guru juga boleh menyelitkan unsur -unsur jenaka atau kecindan bagi mewujudkan suasana yang menyeronokkan di dal am kelas. Selain itu, aktiviti seperti permainan dan kuiz juga boleh diperbanyakkan untuk menambah minat murid.

32

9.0

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa kekangan yang telah saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Bagi saya, seni hanyalah untuk orang yang kreatif dan dikurnuakan bakat sahaja, dan saya tidak mempunyai kedua-duanya. Dalam bahasa yang lebih mudah namun kedengaran agak kasar, saya merupakan seorang yang buta seni. Mengapa saya berkata begitu? Ini adalah kerana, sejak saya kecil lagi saya tidak pandai melukis dan tidak pernah pandai sehingga pada hari ini. Saya juga tidak mempunyai tulisan yang cantik sepertimana rakan-rakan saya miliki, inikan pula untuk memiliki bakat dan kemahiran dalam melakukan sesuatu yang lebih sukar. Melukis contohnya. Sejujurnya, saya amat cemburu dengan rakan-rakan d sekolah, dan juga rakan-rakan di sini kerana mereka mempunyai bakat setidak-tidaknya untuk melukis sesuatu yang mudah. Namun itu tidak bagi saya. Pada masa saya melihat rakanrakan saya melukis dengan mudah, saya terkial-kial dan akhirnya hasil karya saya yang paling teruk. Namun, Tuhan Maha Adil, saya tidak dikurniakan bakat dalam melukis, namun saya mempunyai sedikit kemahiran yang saya kira merupakan salah satu bidang seni juga iaitu kemahiran untuk menghasilkan makanan. Ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa cemburu saya kepada rakan-rakan yang lain. Sewaktu saya bersekolah, baik diperingkat rendah mahupun menengah, saya tidak pernah mengikuti subjek seni. Walaupun saya menghadiri atau berada di dalam kelas, namun roh dan jiwa saya tidak. Saya bersikap demikian k erana saya beranggapan pendidkan seni ini tidak penting berbanding subjek-subjek lain. Ditambah pula kurangnya minat yang mendalam serta ketidakyakinan terhadap diri say sendiri. Saya juga menyempitkan pemikiran saya. Apabila disebut sahaja perkataan Seni, yang terbayang di minda saya hanyalah lukisan. Itu sahaja pengetahuan saya mengenai seni. Namun, selepas saya memasuki institusi ini, dan belajar pula akan subjek ini, saya sedikit sebanyak dapat membuka minda saya mengenai apa itu seni yang sebenarnya. Saya dapat meninjau cabang-cabang seni dan saya menyedari saya ini berseni kerana saya suka menyanyi dan muzik itu juga satu cabang seni. 33

Untuk menjadi seorang guru yang baik, sesorang guru itu haruslah dpat mempelbagaikan gaya dan teknik dalam proses P&P. Dengan mempelajari subjek ini, saya dapat merumuskan pengolahan dunia seni memberikan impak yang cukup besar dan hebat kepada proses pembelajaran dan pengajaran didalam kelas. Denga melakukan tugasan ini secaran khususnya, saya dapat mempelajari matlamat dan objektif kerajaan merangka sistem pendidikan dan memasukkan unsur-unsur serta nilai-nilai seni dalam pembelajaran. Melalui tugasan ini juga saya dapat mengetahui keperluan dan keinginan asas kanak-kanak yang merupakan bakal pelajar-pelajar saya nanti. Jujur saya katakan, saya tidak minat dan sukakan kanak-kanak. Saya akan menjadi geram apabila melihat kanak-kanak bermai-main, menangis, ketawa dan bergerak ke sana dan ke sini. Namun, apabila menjalankan tugasan ini dan membuat pembacaan terhadap keperluan kanak-kanak, saya lebih bertolak ansur dan cuba memahami dunia mereka. Sebagai kanak-kanak itulah perkara yang mereka ingin lakukan dan perlu lakukan. Ini menyedarkan saya dan saya akan berwaspada apabila berhadapan dengan kanak-kanak sebenar apabila saya menjalani praktikum pada tahun hadapan. Melalui tugasan ini, saya belajar bagaiman seni mampu membantu proses P&P subjek-subjek lain. Sebagai contohnya, saya merupakan pelajar pengkhususan Bahasa Inggeris. Dengan mempelajari subjek ini saya dapat belajar menggunakan muzik sebagai satu alat bantu dalam membantu saya memperbaiki sebutan Bahasa Inggeris atau pronunciation dengan menggunakan lagu. Saya juga belajar cara-cara untuk memanipulasikan ruang didalam kelas bagi mewujudkan suasana

pembelajaran. Sesungguhnya, tiada satu pun yang mudah dalam dunia ini, dan setiap manusia tidak akan dapat lari daripadamenghadapi masalah. Begitu juga dengan diri saya. Saya menempuhi masalah semasa menyiapkan tugasan ini. Saya mempunyai masalah dalam mengumpulkan maklumat dan fakta-fakta yang diperlukan dalam tugasan ini. Namun, hasil daripada bantuan rakan-rakan saya, serta melalui pembacaan, saya dapat menyiapkan tugasan ini.

34

Saya sedar, seni bukanlah lagi perkara yang saya patut ambil ringan akan kepentingannya. Ia mengajar saya banyak perkara dalam menjadi seorang pelajar dan juga bakal pengajar yang lebih baik pada masa akan datang. Insyaallah.

35

10.0 BIBLIOGRAFI Omar Zakaria et. al, (2006). HBEF2303 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Huraian Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Zulkifli Yaakop et. al., (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

36

Anda mungkin juga menyukai