Anda di halaman 1dari 1

Penulisan Akademik Pembentangan

Bagi subjek WAJ 3113 semester ini, saya dan rakan saya, telah ditugaskan untuk
membentang pemilihan moto kelab, lambang dan lagu. Nama untuk kelab telah pun
dipilih dan dipersetujui oleh kesemua warga kelas kami. Kami telah memilih nama The
Anglicus Society. Pembentangan kami ini adalah bagi memberi pencerahan tentang
idea dan sebab musabab mengapa kami memilih untuk logo, moto dan lagu yang kami
telah pilih. Ketika kami mendapat tugasan ini, kami seramai 4 orang berbincang dan
bertukar-tukar idea bagi memilih logo, moto dan lagu bagi kelab ini. Proses pemilihan ini
amat rumit dan memerlukan nilai kesabaran yang tinggi agar dapat menghasilkan buah
fikiran yang berkualiti. Sebelum berbincang, kami mendengar penerangan dan nasihat
daripada pensyarah kami, Tuan Haji Suhaimi. Selepas mendengar penerangan dari
beliau, kami mula mendapat idea dan ilham untuk pemilihan idea kami.Sememangnya
agak susah kami membuat penyediaan bagi pembentangan ini, tetapi dengan adanya
kerjasama yang baik di antara kami berempat, kerja kami menjadi mudah dan lancar
tanpa wujud sebarang masalah.
Selain itu, maklumat-maklumat dan inspirasi-inspirasi yang terdapat di internet juga
agak banyak dan sangat memudahkan dan melancarkan kerja kami ini. Apa yang boleh
saya simpulkan mengenai pembentangan kami adalah terdapat sesetengah warga
kelas menerima idea kami dengan baik dan memberi pujian manakala juga ada
diantara mereka memberikan kritikan membina kepada kami. Kami menerima segala
kritikan dengan baik dan mencatat kesemunya bagi tujuan penambahbaikkan di masa
akan datang. .Selepas membuat pembentangan dan mendengar pembentangan dari
rakan-rakan sekelas, saya menyedari bahawa proses pemilihan logo dan lagu ini amat
penting dan perlu ambil berat kerana kesemua idea ini melambangkan sesuatu imej
kelab dan persatuan. Dengan proses-proses perbincangan dan pembentangan yang
kami lalui ini, kami yakin insyaAllah proses ini akan dapat menyuntik semangat kami
untuk berkhidmat di sekolah dan melengkapkan diri kami dengan asas-asas kelab dan
persatuan semasa berkhidmat nanti.

Anda mungkin juga menyukai