Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Dengan limpah kurniaanNya dan dengan jayanya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberi.

Saya telah diberi tugasan kerja kursus ini secara individu yang bertajuk transformasi . Saya memilih tajuk ini kerana maklumat mudah diperolehi dari pelbagai sumber seperti menerusi majalah,internet dan buku untuk difahami oleh semua golongan terutamanya golongan remaja dan golongan muda. Dalam kerja kursus ini,saya telah

dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan menyediakan maklumat yang berkaitan dalam bentuk esei mahupun grafik menyediakan tiga jenis transformasi. Sebelum saya memulakan tugasan ini,saya telah merujuk kepada pensyarah iaitu En. Soo Kam Fan. Saya telah mendapat gambaran awal tentang tugasan ini. Bermula pada huraian tugasan yang diberikan oleh En. Soo Kam Fan , saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama kawan atau rakan cuba mencari dijadikan panduan kerja kursus. bahan-bahan rujukan untuk

Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan tajuk bagi memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan saya telah memecahkan tugasan kerja kursus kepada beberapa bahagian iaitu mencari bahan bersama-sama dan saya telah mula menjalankan tugas masing-masing.

Namun, setelah saya selesai membuat draf pertama , baru saya sedar bahawa kerja yang kami lakukan ini mengikut kehendak soalan dan memudahkan saya untuk menyusun maklumat yang diperolehi dengan lebih pantas dan tepat. Namun, saya tidak pernah mengalah walaupun telah bersengkang mata selama beberapa hari. Setiap minggu,saya akan berbual dengan rakan-rakan mengenai hasil bahan dan maklumat yang diperolehi yang berkaitan dengan tajuk transformasi. Saya mengumpul semua maklumat dan bahan tersebut dan memilih sumber maklumat yang terbaik sahaja.

Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek MTE 1054 Geometri, saya agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa begitu tercabar dan bimbang untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang transformasi amatlah sedikit. Namun demikian, halangan-halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik; bermula dengan mencari material yang berkaitan melalui internet.

Sebelum membuat kerja kursus ini, saya sememangnya tidak tahu apa-apa tentang transformasi. Contohnya, saya tidak mengenal maksud sebenar transformasi mahupun langsung tiada pengetahuan tentang transformasi ini. Walaubagaimanapun, selepas membuat kerja kursus ini saya dapat memahami betapa pentingnya transformasi kepada seseorang individu. Kerja kursus ini menyedarkan yang betapa dalamnya transformasi ini meninggalkan kesan positif terhadap masyarakat dan negara. Saya dapat mengetahui pelbagai berita tentang transformasi melalui pembacaan dari surat khabar dan internet serta jurnal. Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus subjek Geometri, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Saya dapat meningkatkan tahap penguasaan saya terhadap transformasi. Saya dapat membezakan bahawa saya lebih fasih berbahasa Melayu berbanding dengan sebelum saya membuat kerja kursus ini.Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang Geometri dari segi kognitifnya dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Saya juga merasakan kepentingan Geometri ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, kelak semua ilmu ini perlu dipindahkan untuk melaksanakan tugas harian sebagai guru yang begitu mencabar pada masa ini. Semasa membuat kerja kursus ini,saya juga disuruh membuat pembentangan di depan kelas saya. Pada awalnya,saya rasa segan untuk membuat pembentangan di depan semua rakan kelas saya. Hal ini kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat pembentangan di sekolah mahupun di mana-mana tempat. Walaubagaimanapun saya berjaya membuat pembentangan bertajuk Transformasi di depan semua rakan kelas saya dengan sedikit perasaan cemas dan takut. Pada pendapat saya melalui membuat pembentangan ini, saya dapat menjadi berani dalam memberi pendapat saya dan dapat membuat pembentangan subjek lain dengan ideal. Dalam aspek perguruan pula pembentangan membantu saya mengajar sesuatu subjek di sekolah sebagai seorang guru yang hebat dan berani. Di samping itu, sebagai bakal guru yang akan mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan dalam kehidupan sebelum ini. Maka, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah perolehi dengan izin Tuhan; saya akan praktikkan sebaik mungkin. Di samping itu, dalam proses menyiapkan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan atau kawan-kawan telah membenihkan semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara kami. Sikap toleransi dan bersinergi dengan pensyarah dan semua rakan terutamanya rakan sebilik saya juga dapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Saya mula lebih mengenali sahsiah dan sikap rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah, sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala antara kami. Sementelahan, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah subjek Geometri En. Soo Kam Fan telah membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada tugasan kerja kursus ini dan memperbaikinya agar tugasan dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus Geometri ini telah memberikan banyak input dan manfaat kepada

saya serta membuatkan saya lebih mencintai profesion keguruan ini dan bersemangat untuk menjadi seorang guru yang berkualiti tinggi bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang.Saya juga akan berusaha untuk memekarkan pelajar yang mencintai Geometri. Apa yang ingin saya katakan di sini ialah tanpa geometri tiada kehidupan yang sempurna khususnya geometri transformasi. Transformasi banyak membantu kita dalam kehidupan seperti bermain permainan chess yang menggunakan kaedah translasi. Bagi refleksi pula, tulisan ambulan ditulis secara terbalik di atas van ambulans untuk membatu van ambulans mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan lebih mudahl. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Soo Kam Fan . Begitu juga dengan rakan-rakan saya yang telah sama-sama bertungkus lumus mencari material dan bertukar pendapat bagi memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan sebaiknya.Saya turut bersyukur kepada ibu bapa dan Tuhan kerana menyediakan rencaman peluang untuk melaksanakan kerja kursus ini. Geometri transformasi menawarkan pandangan yang dalam terhadap hakikat dari banyak topik tradisional termasuk kongruen, kesebangunan dan simetri. Transformasi digunakan untuk memindahkan sesuatu titik pada sesuatu bidang.

Anda mungkin juga menyukai