Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya SAANGETAA A/P SUBRAMANIAM dari opsyen 2 PISMP PEMULIHAN 1. Terlebih


dahulu saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada tuhan kerana dapat menyiapakan
tugasan saya iaitu, iaitu menyediakan kertas kerja tentang perkhemahan. Sepanjang
menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai rintangan dan cabaran telah saya harungi untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan pertama yang timbul dan muncul dalam
kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan
pada masa yang sama terdapat juga beberapa tugasan yang lain yang perlu disiapkan dalam
tempoh yang sama. Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi tekanan dan menguji daya tahan
saya untuk melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan tersebut. Walau bagaimanapun,
saya tetap tidak pernah berputus asa dan memberi banyak alasan untuk menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh yang telah ditetapkan, seperti bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih.

Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut
arahan yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana, saya memikirkan bahawa tugasan yang
diberikan tidaklah sesuatu yang akan merugikan masa saya memandangkan ia merupakan
tugasan yang perlu saya menyediakan apabila menjadi seorang guru nanti. . Malah, terdapat
pelbagai medium untuk saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan
iaitu melalui internet, buku-buku di pusat sumber, dan sebagainya. Kemudahan internet yang
disediakan oleh pihak institut juga sedikit sebanyak memudahkan saya mencari bahan-bahan
yang berkenaan tajuk tugasan di laman sesawang.

Tamabahan pula, bagi mengatasi masalah mengetahui foramat kertas kerja dan
kandungan kertas kerja, saya telah berusaha untuk mengambil inisiatif untuk berbincang dan
berkolaborasi dengan rakan-rakan sekelas dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan
kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang
cara-cara menyediakan kertas kertas, khasnya format dan kandungan kertas kerja. Selain itu,
saya juga meluangkan masa untuk bersama-sama rakan memilih bahan-bahan yang tepat,
berkongsi idea dan pendapat. Kolaborasi sebegini telah banyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Kesimpulannya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya ini
kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya dan rakan-rakan saya.
Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila
saya ditempatkan di sekolah nanti. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai