Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Setelah menjalankan kajian dan kerja kursus ini saya mendapat ilmu
pengetahuan yang baru dan pengalaman yang menarik. Pengalaman ini boleh saya
jadikan kenangan dan pengalaman untuk membantu saya mengajar kelak. Sebelum ini,
saya memandang rendah bidang pertanian kerana saya telah didedahkan oleh
masyarakat bahawa bidang pertanian tidak menjamin masa depan. Kata perpatah ada
mengatakan ‘tak kenal maka tak cinta’, kini setelah didedahkan langkah pembiakan,
tujuan pembiakan tumbuhan dan pembelajaran dalam bidang pertanian, saya meminati
bidang ini dan berminat untuk menambahkan pengetahuan saya.

Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah
untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain.
Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut
merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu, pengenalpastian dan pengkuantitian
pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara yang dipentingkan. Di dunia maju, julat
bentuk tersebut biasanya terbentang antara pertanian mampan dan pertanian intensif.

Pertanian juga pada asasnya ialah suatu usaha menghasilkan bahan-bahan


makanan dengan cara bercucuk tanam, menternak binatang, memelihara dan
menangkap ikan. Fungsi pertanian pada peringkat awalnya dahulu adalah untuk
memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila
meningkatnya tamadun manusia, fungsinya telah bertambah kepada mengindahkan
alam sekitar dan rekreasi.

Pertanian adalah satu tuntutan semula jadi manusia yang ditetapkan oleh Allah
S.W.T, yang berfungsi untuk memenuhi tuntutan jasmani dan rohani manusia. Oleh
kerana Islam adalah sebuah agama yang merangkumi aspek dunia dan akhirat, maka
pertanian adalah salah satu daripada tuntutan agama. Ia menjadi satu tuntutan Fardhu
Ain bagi manusia yang hanya dengan cara bertani sahaja boleh menjamin
kehidupannya. Ia menjadi satu tuntutan Fardhu Kifayah jika didapati sebahagian

Page
37
daripada anggota masyarakat terpaksa menjalankan tugas-tugas lain dalam
menyempurnakan kehidupan mereka. Dalam konteks dunia hari ini, pertanian lebih
merupakan satu tuntutan Fardhu Kifayah oleh kerana manusia, hasil daripada
perkembangan tamadun mereka, terpaksa menumpukan kepada pengkhususan kerja
dalam berbagai bidang, seperti terkandung di dalam Al-Quran yang mempunyai
maksud:

‘Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di
merata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah; dan
ingatlah, kepada Allah jualah tempat kembali kamu sesudah dibangkitkan hidup
semula; maka hargailah nikmatNya dan takutlah kemungkaranNya.’

Tidak boleh kita nafikan, bahawa walaupun kita sedang bergerak dengan
pesatnya ke arah sebuah negara maju dan Negara membangun, pada asasnya negara
kita ialah sebuah negera pertanian. Di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia
umpamanya, sama ada di Kelantan, Terengganu atau pun di Pahang,
kawasan-kawasan yang dihuni oleh produk pertanian adalah luas. Dan jumlah insan
yang terlibat dalam bidang pertanian ini pula adalah banyak.

Pertanian dan pembiakan pertumbuhan tidak boleh dipisahkan. Faktor yang


menjadi keutamaan ketika pembiakan tumbuhan adalah kejayaan menguruskan
pertumbuhan atau penanaman. Pengurusan tanaman meliputi pengendalian proses
dari awal iaitu penyediaan kawasan sehingga akhir penanaman. Pengurusan tanaman
yang cekap dapat menambahkan hasil tanaman dan memberikan keuntungan. Ini
merujuk kepada penulisan oleh Saat Sulaiman dalam bukunya yang bertajuk
‘Usahawan cemerlang: tip dan panduan keusahawanan’

Perkara yang diperlukan dalam pengurusan tanaman adalah mengunakan


segala input secara optimum dan melakukan kerja mengikut jadual terancang. Rekod
perlu disimpan dan mengunakan jenis tanaman yang baru. Ketika menanam tumbuhan

Page
38
perlulah menanam pada jarak yang sesuai disamping melakukan pembajaan dengan
betul, dengan erti kata lain tidak mengakibatkan kegagalan pertumbuhan.

Perosak dan penyakit yang boleh menjangkiti tanaman perlu dikawal disamping
mengurangkan kehadiran rumpai dalam penanaman. Saya dapati biji benih saya tidak
tumbuh kesemuanya. Hanya dua dari lima biji benih saya tumbuh. Ketika dalam proses
pembiakn tumbuhan tersebut saya menyelenggara tanaman saya dengan baik.
Penyenggaraan tanaman penting bagi memastikan tumbuhan yang ditanam dapat
hidup dengan sempurna. Antara aktiviti yang saya lakukan ialah menyedikan tempat
tanaman-tanaman ini diletakkan supaya tidak diganggu oleh haiwan dan dilanggar oleh
kereta. Saya juga menyiramtanaman saya sehari sekali bagi memastikan aliran air
berjalan dan pokok menjadap nutrient dan sumber air yang mencukupi. Saya mengawal
pokok tanaman saya dengan menggembur dan memastikan tanah organik yang
digunakan berkualiti.

Terdapat pelbagai cabaran yang saya hadapi ketika menjalankan kajian untuk
menanam pokok-pokok ini seperti pokok dimakan semut dan pokok tidak tumbuh. Saya
dapat mengawal masalah ini dengan menanam lebih dari satu pokok untuk memastikan
kajian saya berjalan dengan lancer dan hasil dapatan kajian dapat saya perolehi pada
masa yang ditetapkan.

Antara pengetahuan baru yang saya ketahui ialah kepentingan pembiakan


tanaman dan kepentingan prinsip pertanian. Kepentingan pembiakan tanamna ialah
untuk memastikan pokok-pokok atau sepsis-speisi tertentu terus wujud. Selain itu ia
juga untuk menggandakan kewujudan sesuatu sepsis tumbuhan, ini bertujuan untuk
mendapat hasil pertumbuhan dengan cepat dan boleh didagangkan. Pertanian di
Malaysia ini lebih dikenali sebagai pertanian perniagaan. Di dalam Portal Rasmi
Jabatan Pertanian Malaysia, terdapat iklan yang menyatakan Jabatan Pertanian
menyediakan khidamt nasihat kepada sesiapa yang ingin memiliki perniagaa pertanian
sendiri. Dengan mengunakan kemahiran dan keupayaan untuk memperolehi

Page
39

Anda mungkin juga menyukai