Anda di halaman 1dari 3

1) Nyatakan 5 jihad yang menghalang manusia daripada mengabdikan diri kepada Allah.

2) Nyatakan 4 bahagian jihad melawan nafsu.


3) Bagaimana bagi memastikan diri berjaya menentang hasutan syaitan.
4) Bagaimana memastikan dapat berjihad dijalan Allah dan kuat untuk menghadapi kata-
kata mereka yang menentang jihad.
5) Sejauh mana kita dapat mengunakan ilmu pengetahuan islam di dalam kehidupan
seharian.
JIHAD.....

Apabila rakyat di Gaza diserang lagi oleh Israel, ramai dari kita yang terasa ingin terbang ke
Palestin untuk sama-sama berjuang di sana dan agar dapat syahid di sana. Alhamdulillah
kalau ada yang bercita-cita sedemikian kerana jihad dengan harta dan nyawa itu adalah
jihad yang paling tinggi di sisi ALLAH.

Namun, sebenarnya konsep jihad itu amat luas untuk kita fahami. Marilah kita bersama-
sama mengkaji jenis-jenis jihad yang disyarakkan dalam Islam. Jihad boleh dibahagikan
kepada lima perkara berdasarkan perkara perkara yang menghalang manusia daripada
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan sepenuh jiwa raganya.

Jihad nafsu

Nafsu merupakan anugerah Allah kepada manusia. Dengan itu, menentang hawa nafsu
tidak bermakna menolak semua bentuk kesenangan dan kenikmatan di dunia ini. Ia lebih
kepada mengawal dan menyalurkan nafsu ke arah yang betul. Bagi mencapai maksud itu
jiwa hendaklah dibersihkan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan demi jiwa serta penyempurnaannya maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan)
kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan
sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
(Surah al-Syams: 7 10)

Jihad melawan hawa nafsu boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

1. Jihad mencari petunjuk dan jalan yang benar

Bagi mendapat petunjuk, ilmu menjadi langkah permulaan dan prasyarat utama, dan dalam
konteks ini ialah ilmu agama. Dengan ilmu agama seseorang itu dapat membezakan antara
yang hak dan yang batil. Ilmu agama juga akan membantu seseorang itu mengetahui
keutamaan dalam beramal.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.
(Surah al-Zumar: 9)

2. Jihad mengamalkan ilmu yang dipelajari dan berpegang teguh dengannya

Setelah ilmu dikuasai, ia mestilah diamalkan dengan bersungguh-sungguh. Hawa nafsu
akan sentiasa menganggu seseorang yang cuba mengamalkan ilmunya. Oleh itu, hawa
nafsu ini mesti dikawal. Jika tidak, ia akan menyesatkan seseorang individu. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:

Maka datanglah sesudah mereka (pengganti yang jelek) yang mensia-siakan solat dan
memperturutkan hawa nafsu mereka, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali
orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka akan masuk syurga dan
tidak dianiaya sedikit pun.
(Surah Maryam: 59 60)

3. Jihad menyebarkan ilmu dan dakwah

Ilmu dan petunjuk yang telah diperoleh dan diamalkan hendaklah disebarkan kepada orang
lain. Ini ialah tugas yang mulia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan serulah kepada tuhanmu, sesungguhnya kamu di atas petunjuk yang lurus.
(Surah al-Hajj: 67)

4. Jihad menanggung kesulitan ketika berdakwah

Sudah menjadi sunnatullah, usaha dakwah akan ditentang oleh musuhmusuh dakwah yang
terdiri daripada syaitan dan pengikutnya dalam kalangan manusia. Seorang pendakwah
hendaklah bersabar kerana ganjaran yang besar dijanjikan oleh Allah s.w.t. di akhirat nanti.
Merekalah golongan yang beruntung. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal
soleh, dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihatmenasihati dengan
kesabaran.
(Surah al-Asr 2 5)

5. Jihad menentang hasutan iblis dan syaitan

Syaitan adalah pengikut kepada iblis. Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia.
Allah s.w.t. telah merakamkan keazaman iblis di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang
bermaksud:

Iblis menjawab: Kerana engkau telah menghukum aku tersesat maka aku pasti akan
menghalang mereka dari jalan engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka
dari hadapan dan dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan engkau akan
mendapati kebanyakan mereka bersyukur.
(Surah al-Araf: 16 17)

Seterusnya, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu maka jadikanlah dia sebagai musuh.
(Surah al-Fatir: 6)

Selamat Berjihad...

Anda mungkin juga menyukai