Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Jihad pada bahasa bermaksud berjuang habis-habisan untuk


meningkatkan sesuatu matlamat.
Makna Am
: Kehidupan kita dari awal hingga ke
akhirnya adalah jihad.
Makna Khas
: Berperang pada jalan Allah.
Jihad adalah perjuangan berhabis-habisan untuk mencapai satu
revolusi. Segala usaha dan tindak-tanduk, digabungkan keduaduanya ke dalam satu revolusi. Keluasan maknanya menjangkau
dari perjuangan individu hingga kepada jemaah dan dari
melawan hawa nafsu hinggalah ke peperangan melawan musuh
di medan pertempuran. Allah SWT berfirman:

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar
jihad. Dia (Allah) telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan
untuk kamu dalam Din suatu kesempitan. Ikutilah Millah (Din)
orang tua kamu Ibrahim.
Definisi Mehnah
Mehnah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud
ujian atau cabaran. Adalah jelas kepada kita bahawa perjuangan
Islam itu tidak sunyi daripada kesusahan dan ujian. Firman Allah
SWT:
(2)
apakah manusia itu mengira mereka ditinggalkan begitu sahaja
untuk berkata: kami telah beriman sedangkan mereka tidak
diuji?
(al-maidah: 2)

Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan kepada


bukti. Oleh yang demikian untuk membuktikan keimanan kepada
Allah adalah dengan berjuang ke jalan yang diredhainya. Jalan
perjuangan (jihad) adalah jalan yang panjang yang penuh dengan
derita dan sengsara. Inilah yang dikatakan sebagai mehnah
dalam perjuangan.
Tuntutan dan Matlamat Jihad
Sabda Rasulullah saw :

Sesiapa yang mati sedang beliau tidak pernah berperang
(berjihad) dan tidak pernah berniat untuk berperang, beliau
mati dalam jahiliyyah.
Menurut Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna :
Jihad merupakan satu kewajipan yang berterusan hingga ke
hari kiamat.
Di dalam kitab suci Al-Quran telah membentangkan apakah
tujuan jihad. Antara lain ialah untuk mewujudkan keagungan
Allah swt di dunia, mengatur hal ehwal manusia mengikut
petunjuk dariNya, menghapuskan semua kuasa-kuasa syaitan,
serta menghapuskan penindasan manusia oleh menusia lain.
Meninggalkan jihad menyebabkan kehinaan, hilangnya kampung
halaman kerana dikuasai oleh orang-orang kafir. Inilah seksa Allah
yang dikenakan kepada orang-orang yang meninggalkan jihad.
Allah swt berfirman :

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang nescaya Allah
menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan ditukarnya
(kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat

memberikan kemudharatan padaNya sedikitpun. Allah Maha


Kuasa atas segala sesuatu.
( At-Taubah: 39 )

Bentuk-bentuk Mehnah
Hakikatnya, mehnah adalah sunnah perjuangan Islam. Zaman
kita ini, mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi tidak kurang
hebatnya. Musuh Islam tidak berani berdepan empat mata
dengan umat Islam, sebaliknya menggunakan muslihat-muslihat
tersembunyi. Agen-agen perosak masyarakat Islam di bawah
perancangan kuffar tumbuh seperti cendawan selepas hujan
dengan pelbagai agenda kemungkaran. Sabda RasuluLlah saw :

:

Orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah:
mukmin yang dengki kepadanya, munafiq yang benci
kepadanya, kafir yang memeranginya, syaitan yang
menyesatkan, nafsu yang sering bertarung untuk
mengalahkannya.
1. Mukmin Yang Dengki Kepada Kita
Sabda RasuluLlah saw yang bermaksud :
Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu;
iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut
ialah pengikis atau pencukur, saya tidak maksudkan ia
mencukur rambut, tetapi mencukur agama.
Sabda RasuluLlah saw yang bermaksud :

Awaslah kamu dari al-Zan (sifat prasangka). Sesungguhnya


al-Zan adalah kata-kata paling dusta. Janganlah olokmengolok, intai-mengintai, benci-membenci, dengkimendengki, marah-memarahi dan jebak-menjebak. Jadilah
kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang
kamu diperintahkan. Seorang muslim adalah saudara bagi
seorang muslim yang lain, janganlah menzalimi saudaranya,
janganlah membiarkannya (apabila dia dizalimi atau
menzalimi) dan janganlah dia menghina saudaranya. Taqwa
itu (letaknya) di sini. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya
baginda mengisyaratkan dada baginda. Cukuplah bagi
seorang muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya
yang muslim. Haram bagi setiap muslim itu (menceroboh)
darah (nyawa), nama baik dan harta muslim yang lain.
2. Munafiq Yang Benci Kepada Kita
Firman Allah swt yang bermaksud :
Mereka (munafiq) itulah yang mengatakan: janganlah kamu
beri derma kepada orang-orang di sisi RasuluLlah sehingga
mereka bercerai-berai (daripada RasuluLlah). Kepunyaan
Allah lah khazanah langit dan bumi akan tetapi puak munafiq
tidak mengerti.(7) Mereka berkata lagi: sekiranya kami
kembali ke Madinah, nescaya orang-orang yang mulia
(munafiq) akan mengusir orang-orang yang hina (kaum
Muslimin). Bagi Allah lah kemulian, bagi rasul-Nya dan kaum
Mukminin akan tetapi puak munafiq tidak mengetahui.(8)
( Al-Munafiqun : 7-8 )

Sifat dan perwatakan nifaq yang mesti dijauhi: Sabda


RasuluLlah s.a.w yang bermaksud :

Tanda munafiq ada 3: jika berkata dia dusta, jika berjanji dia
mungkir dan jika diberi amanah dia khianat. ( Muttafaqun
alaih )
Sabda RasuluLlah saw yang bermaksud :
Empat sifat; sesiapa yang ada padanya keempat-empat sifat
itu, dia adalah munafiq tulin. Sesiapa yang ada salah satu dari
sifat ini maka dia mempunyai satu ciri dari sifat munafiq
sehinggalah dia membuangnya. Iaitu apabila berkata dia
dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila membuat janji
setia dia khianat dan apabila bergaduh dia melampau-lampau.
( Riwayat Ahmad )

4. Syaitan Yang Menyesatkan Kita


Firman Allah swt yang bermaksud :
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu, maka
JADIKANLAH ia MUSUH. Sesunggunya ia hanya menyeru
puaknya (sedang mereka tidak sedar) supaya mereka
menjadi ahli al-Sa`ir.
5. Nafsu Yang Sering Bertarung Untuk Mengalahkan Kita
Firman Allah swt yang bermaksud :
Aku tiada (berupaya) melepasi hawa nafsu ku, kerana nafsu
itu AMAT MENYURUH berbuat kejahatan, kecuali sesiapa yang
dirahmati Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Yusuf : 53 )

3. Kafir Yang Memerangi Kita


Firman Allah swt yang bermaksud :
sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah MUSUH kamu
yang NYATA. ( An-Nisa : 101 )

Bekalan Menghadapi Mehnah dan Tribulasi


Firman Allah swt yang bermaksud :

Firman Allah swt yang bermaksud :


Tidak akan sekali-kali redha; orang yahudi & nasrani kepada
kamu, melainkan setelah kamu mengikuti millah mereka (
Al-Baqarah : 120 )

berbekal lah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah alTaqwa. Dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang
berakal fikiran!

Firman Allah swt yang bermaksud :


Mereka berkata: kepada Allah sahajalah kami bertawakkal,
wahai tuhan kami, janganlah engkau jadikan kami mendapat
cubaan dari kaum yang zalim (85) dan lepaskanlah lah kami
dengan rahmat-Mu dari kaum yang kafir (86). ( Yunus : 8586 )

Al-Taqwa: melaksanakan segala perintah Allah dan memelihara


diri dari melakukan perkara yang dilarangNya.

( Al-Baqarah : 197 )

Bekalan Pertama : Ilmu & Makrifat


Apakah jenis ilmu yang perlu kita pelajari?

Mencari dalil ke arah mendapat Ilmu al-Yaqin dalam perkara


yang ghaib.

Mencari dalil ke arah mengetahui bahawasanya kita


mempunyai Tuhan yang telah mempertanggungjawabkan
ke atas diri kita dengan kewajipan syara`.
Mencari dalil ke arah mengetahui bahawasanya kita
mempunyai Tuhan yang telah memerintahkan kita dengan
ketaatan serta melarang kita dari kemaksiatan.

Bekalan Kedua : Taubat

Menyedari kemaksiatan yang kita lakukan.


Memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
Berazam untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Bekalan Ketiga : Penghalang

Ubat

1. Dunia
Tajarrud dari dunia.
2. Makhluk
Mengasingkan
diri dari makhluk.
3. Syaitan
Memerangi syaitan.
4. Nafsu
Menewaskan godaan nafsu.
Bekalan Keempat : Gangguan & Rintangan serta ubatnya
1. Bimbang tentang rezeki - Bertawakkal kepada Allah dalam
urusan rezeki.
2. Kebimbangan terhadap bahaya - Berserah kepada Allah pada
tempat bahaya.
3. Kesusahan & segala bala bencana - Bersabar ketika ditimpa
kesusahan
4. Bermacam-macam jenis qadha dan qadar Allah
Merasa redha ketika datangnya qadha dari Allah
Bekalan Kelima : Pendorong

1.

Raja: harapan pada mendapat pahala yang besar


daripada Allah swt serta harapan mendapat kebaikan
daripada pelbagai jenis kemuliaan sebagaimana yang
dijanjikan-Nya.
2.
Khauf: takut daripada kepedihan siksa Allah swt serta
takut daripada menempuh kepayahan apa yang telah
dijanjikan-Nya dari pelbagai jenis siksa dan kehinaan.
Bekalan Keenam : Perosak
1.

Riya : memperlihatkan ketaatan kita kepada orang ramai.


Ubatnya ialah dengan ikhlas dan ingat kurnia Allah swt
kepada kita.
2.
`Ujub: mengkagumi diri dengan kebaikan diri sendiri.
Ubatnya ialah dengan menyedari kelemahan diri kita
tanpa kekuatan dan izin Allah swt.
Bekalan Ketujuh : Puji & Syukur

Memperbanyakkan puji dan syukur (melaksanakan


semua perintah Allah dan meninggalkan segala
laranganNya) di atas nikmat Allah swt yang banyak.

Firman Allah swt yang bermaksud :


dan siapakah yang terlebih sesat dari orang yang
mengikut hawa nafsunya tanpa panduan dan petunjuk dari
Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
puak yang zalim.

Wehdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan


matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jamaah.
Wehdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan
perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai
matlamat bersama dalam jamaah.
Ini bererti wehdatul fikri adalah asas penting ke arah wehdatul
amal.
Asas-asas Wehdatul Fikri
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Keutuhan aqidah.
Kefahaman tentang tasawwur Islam yang jelas.
Kejelasan matlamat dan fikrah perjuangan.
Kejelasan prinsip dan keanjalan strategi
Memahami uslub dan manhaj jamaah.
Kefahaman waqie medan perjuangan.
Kekuatan ukhuwwah dan keterbukaan pandangan.

Asas-asas Wehdatul Amal

Wehdatul Fikr Wehdatul Amal


Skop amal Islami yang dibincangkan di sini ialah yang melibatkan
amal jamaiy dan amal ijtimaiy.
Fokus amal Islami ialah dakwah, tarbiyyah dan jihad.
Pengertian Wehdatul Fikri dan Wehdatul Amal

1. Keutuhan kesatuan fikrah ( wehdatul fikri )


2. Memahami tasawwur amal Islami ( fiqh amal jamaiiy dan
ijtimaiy )
3. Memahami kerja berorganisasi
4. Menguasai nizam ( sistem ) jamaah .
5. Perencanaan ( takhtith) yang teliti.
6. Wala dan tsiqoh antara qiyadah dan jundiyyah.
Wasilah Wehdatul Fikri dan Wehdatul Amal

1. Pembentukan ahli dan pimpinan melalui tarbiyyah dan


perkaderan ( takwin )
2. Perancangan melalui qiyadah dan syuro ( takhtith )
3. Penyusunan melalui organisasi yang tersusun ( tanzhim )
Halangan-halangan Ke Arah Wehdatul Fikri dan Wehdatul Amal
1.
2.
3.
4.
5.

Kelemahan dan kelembapan takwin.


Kemasukan unsur-unsur fikrah ajnabi.
Munculnya berbagai firqah dan aliran dalam jamaah.
Kelesuan qiyadah dan kedegilan jundiyyah.
Perencanaan yang spontan dan perlaksanaan yang kucar kacir.

Sir dan Hazar

Pengertian dan Kepentingan Sirr


Sirr bermaksud kerahsiaan atau menyembunyikan sesuatu dari
dizahirkan. Pendidikan kerahsiaan adalah sebahagian daripada
unsur Tarbiyah Amniyyah (Pendidikan Keamanan). Ustaz Said
Hawwa menyebutkan kepentingan kerahsiaan dalam gerakan
Islam dan implikasi negatif tanpanya :
Selagimana sifat menyimpan rahsia tidak menjadi akhlaq dan
kebiasaan Jamaah dan individu dalam jamaah kesemuanya, dan
selagimana maklumat-maklumat yang diperolehi itu disalurkan
tanpa mengikut kaedah tertentu dengan kadar yang diperlukan
sahaja dan setiap maklumat itu tidak dirahsiakan dan
didedahkan kepada sesiapa sahaja (kecuali dengan perintah saf)
dan selagimana persoalan ini tidak dapat diperkemaskan, maka
selama itulah Jamaah akan terus terjatuh ke dalam jebak-jebak
merbahaya dan mustahil bagi Jamaah mencapai matlamatnya.
Sesungguhnya pada hari ini kedapatan penyusupan jenterajentera perisik antarabangsa yang menggerunkan dan dengan
satu kesilapan sahaja yang dilakukan oleh seorang Muslim di
dalam saf atau di luarnya akan dapat menyeret Jamaah kepada
kebinasaan yang dahsyatTidak syak lagi, tarbiyah yang
mantap kepada setiap akh adalah merupakan satu-satunya
penyelesaian. Dengan tarbiyahlah seseorang akh itu data menilai
sesuatu percakapan itu sama ada baik ataupun tidak (untuk
dizahirkan). Dengan tarbiyahlah seseorang al-akh itu tidak
mengabaikan keselamatan dan kerahsiaan serta boleh menilai
padahnya khianat. Mengabaikan sesuatu rahsia itu dengan
mendedahkannya di khayalak ramai dengan tujuan mencari
kepercayaan mereka itu adalah merobohkan thiqah dari dalam
diri mereka kerana bilamana mereka melihat rahsia-rahsia
saudara terdedah kepada mereka, maka tiada alasan bagi
mereka untuk mempercayai saudara.

Said Hawwa melanjutkan dalam pelajaran ke-16 dengan


menyebut bahawa aspek kerahsiaan dan keterbukaan bertambah
penting dalam kerja siasah. Kerahsiaan dan keterbukaan
bukanlah suatu matlamat, tetapi ia adalah wasilah dan cara yang
dituntut oleh suasana perjalanan gerakan. Sikap kerahsiaan
sangat dituntut dalam sesuatu keadaan tetapi barangkali pada
ketika yang lain pula ia memerlukan tindakan secara terbuka.
Said Hawwa merujuk kepada beberapa fakta sirah mengenai
kerahsiaan, antaranya :
kerahsiaan Baiah al-Aqabah
arahan kepada Abdullah bin Jahsy ketika peristiwa ke
Madinah
kebiasaannya Nabi S.A.W ketika ke medan perang,
baginda akan merahsiakan tempat tuju yang sebenar
Nabi S.A.W sendiri berdoa agar pembukaan Makkah
berlaku dalam keadaan orang-orang Makkah tidak
mengetahui langsung masa itu akan berlaku, sehingga
Umar al-Khattab mahu memenggal leher Hatib bin Abi
Baltaah kerana membocorkan rahsia perancangan Nabi
S.A.W tersebut.
Kesimpulannya, ahli gerakan perlu membezakan antara strategi
yang perlu dirahsiakan dengan dakwah yang perlu dizahirkan
dengan terus terang. Inilah konsep sirriyatul tanzim wa
alaniyatud dakwah yang dapat dipelajari dari manhaj haraki
Rasulullah S.A.W. Penulis Ghulam Dakwah ada menyebut bahawa
bukanlah setiap yang diketahui itu wajar diperkatakan, bukanlah
setiap yang diperkatakan telah sampai masanya, bukanlah setiap
yang telah sampai masanya dihadiri oleh orang yang sepatutnya.
Untuk menjaga keselamatan tanzim dan strategi perjuangan
inilah, kekadang seseorang ahli gerakan dibenarkan mengambil
rukhsah untuk berhelah. Penjelasan yang baik dan panjang telah

diberikan oleh Ustaz Hisham Saqr melibatkan pandangan Imam


Nawawi, Imam Syaatibi, Imam Ghazali, Imam Ibnul Qayyim dan
Imam al-Izz Abdul Salam serta Dr Abdul Karim Zaidan wajarlah
difahami dengan baik oleh setiap ahli gerakan.

Pengertian Hazar
Suatu sikap berhati-hati dengan menjaga maklumat serta
himpunan rahsia dari segi perkara yang menakutkan dan dari
orang-orang yang benci kepadanya
Perkara hazar: pecahan-pecahan disebut dalam al-Quran
sebanyak 21 kali di dalam 12 surah. Empat darinya adalah dari
surah Makkiyyah dan lapan lagi merupakan surah Madaniyyah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Mereka itulah musuh (yang sebenarnya ), maka berwaspadalah
terhadap mereka." (Al Munafiqun: 4)
Konsep Hazar
Konsep hazar boleh difahami sebagai kewaspadaan, berhati-hati,
sehingga melahirkan satu tindakan yang berstrategi di kalangan
umat Islam apabila mereka menghadapi satu keadaan atau
situasi. Lahirnya sifat hazar ini di kalangan umat Islam hendaklah
bersumberkan ilmu pengetahuan, maklumat dan pengkajian
yang mendalam.
Sifat hazar sebenarnya antara sifat yang terpuji. Setiap mukmin
yang mempunyai sifat ini merupakan mukmin yang beriman,
berakal, dan mengerti dengan sunnah Allah. Hazar perlu dihayati
kerana melalui sifat ini orang mukmin dapat mengelakkan
sesuatu
akibat
yang
menimpanya
dirinya
disebabkan

kelalaiannya atau terperangkap dengan perancangan musuh.


Konsep hazar sebenarnya diambil daripada Al-Quran dalam
firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-oramg yang beriman, ambillah langkah-langkah
kewaspadaanmu dan majulah berkelompok-kelompok atau
bersama-sama."(An-Nisa': 71)
Allah turut berfirman dalam ayat lain yang bermaksud:
"Orang-orang kafir itu mengkehendaki agar kamu lengah dari
senjata dan persiapanmu, maka mereka menyerbu kamu dengan
sekaligus. "(An-Nisa' : 102)
Al-Qurtubi berkata:
"Para Ulama' merasakan penting berwaspada dan mengajak
manusia selalu berwaspada untuk memenuhi perintah al-Quran. "
Tindakan Hazar Pada Zaman Rasulullah
Daripada sirah, terdapat banyak peristiwa yang membuktikan
bahawa
Rasulullah
s.a.w.
mengambil
berat
tentang
permasalahan hazar. Antara sikap hazar yang telah dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w sendiri ialah:

Dari permulaan dakwah lagi baginda mengumpul beberapa


sahabatnya di Darul Arqam bin Abi Al-Arqam dan
menjalankan pentarbiyahan secara rahsia.
Para sahabat pula ketika hendak menunaikan solat di zaman
permulaan dakwah, mereka bersembunyi di lembah-lembah
dan menunaikan solat secara bersembunyi.

Strategi penghijrahan Nabi bersama Abu Bakar As-Siddiq


dirancang dengan begitu teliti dan penuh hati-hati.
Daripada seluruh tindakan waspada yang dilakukan oleh
Rasulullah dan para sahabat, dapat dirumuskan bahawa
matlamat hazar adalah untuk menjaga perjalanan dakwah
dan penyebaran Islam.

Salah Faham Mengenai Hazar


Melaksanakan tindakan hazar dan berhati-hati bukanlah sifat
pengecut. Harakah tidak berjuang untuk mendapat kemasyhuran
dari segi ahli-ahlinya yang berani mati. Jika
dengan
menumpahkan darah syuhada' matlamat harakah Islamiyyah
dapat dicapai, maka tindakan berani mati, jika tepat pada
waktunya hendaklah diteruskan. Tetapi jika tindakan itu
membawa mudharat yang lebih besar, maka tindakan
berwaspada dengan tidak mengambil sebarang tindakan adalah
lebih wajar.
Tindakan hazar jangan disempitkan hanya pada soal-soal
kerahsiaan dan strategi. Tetapi hazar juga penting dalam sebuah
harakah Islamiyyah yang didokong ini agar ianya akan tetap
mendapat rahmat dan pertolongan Allah.
Kepentingan Hazar
Secara ringkas, kepentingan hazar dalam gerakan
bertujuan untuk:
Memastikan survival jemaah dapat dipertahankan.

Islam

Mengelakkan daripada terdedah kepada serangan musuh


yang benci kepadanya.

Sebagai konsep tawakal kerana ianya merupakan suatu


usaha demi memastikan kesinambungan risalah Islam
terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai