Anda di halaman 1dari 6

KULIAH DASAR 6 JIHAD DAN PENGORBANAN DALAM ISLAM

MUQADDIMAH
Rasulullah bersabda bermaksud : Akan wujud segolongan umatku yang berani melahirkan kebenaran, tidak akan akan memberi mudharat kepada mereka orang-orang yang menyanggahnya sehingga datang perintah Allah Islam tidak mungkin akan tegak dan kukuh dalam kehidupan muslim sekiranya tidak dilaksanakan secara keseluruhannya. Demi untuk menjamin keutuhan Islam, Allah telah mensyariatkan amar maruf dan nahi munkar. Secara umumnya,syariat Islam merangkumkan jihad dalam pengertian amar maruf nahi munkar.

DEFINISI JIHAD
Bahasa Istilah bermaksud : Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebener-benar jihad. Dia (Allah) telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukm dalam agama. Ikutilah Millat (Din) orang tua kamu Ibrahim : Berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. : Berjuang dan berkorban dengan bersungguh-sungguh di dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Firman Allah

(Al-Haj :78)
Maka istilah jihad fi sabilillah memberi pengertian satu perjuangan dengan pelbagai cara di jalan Allah. Menurut Ibnu Rushd jihad itu adalah perjuangan yang menyuruh setiap umat Islam menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka samada dalam bentuk pemikiran, amal, syarahan, semangat, keberanian, dan kesabaran dalam kesusahan dan juga harta benda. Ibnu Taimiyyah pula berpendapat hakikat jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai Allah dan dari keimanan, amal soleh, dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dari kekufuran, kefasikan dan kederhakaan.

DEFIISI PENGORBANAN (TADHIAH)

Istilah kerana

: Sanggup mengenepikn kepentingan diri (jiwa, nyawa, dan harta) Allah S.W.T . Mengutamakan kepentingan Islam dengan tidak ditenggelami oleh kemewahan dunia. Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang beriman kepada Allah dan juga Rasulnya, kemudian mereka sanggup berkorban dan berjihad dengan (mengorbankan) harta ereka, dan nyawa mereka pada jalan Allah. Dan merekalah di kalangan orang-orang yang benar. (Al-Hujurat: 15)

TUNTUTAN JIHAD
1.Jihad menentang hawa nafsu Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan demi jiwa serta penyempurnannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. (As-Syams :

7-10) Medan menentang hawa nafsu

Pertama : berjihad dalam mencari petunjuk dan jalan din yang sebenar. . Kedua : berjihad dalam mengamalkan apa yang dipelajarinya. Ketiga : berjihad dalam menyebarkan ilmu dan petunjuk mel;alui jalan dakwah. Keempat : berjihad dalam menanggung semua kesulitan dalam berdakwah. 2.Jihad menentang hasutan syaitan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Iblis berkata : Tuhanku oleh sebab engkau memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi, dan pasti aku akan menyestkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba engkau yang mukhlis (yang mendapat taufik mentaati Allah) di antara mereka.
( Al-Hajar : 39-40 ) Jalan berjihad untuk menentang hasutan syaitan mestu dilakukan melalui langkahlangkah berikut :

Mempunyai azam yang kuat untuk memerangi syaitan dengan mengubah aliran hidupnya supaya bertepatan dengan syariat. Mengukuhkan hubungan dengan Allah melalui zikir dan ibadat. Hubungan ini perlu supaya menjadikannya segera ingat dan meminta pertolongan dari Allah setiap kali diganggu oleh syaitan. Memahami betul-betul petunjuk Ad-deen. Ia penting untuk mengelakkan diri daripada berpaling dari kebenaran dan boleh membawa kesesatan. Berdiri teguh atas kebenaran. Seseorang itu wajib berdiri teguh atas kebenaran dan sentiasa berusaha menentang kebatilan dalam berjihad menentang hasutan syaitan.

3.Jihad menentang golongan kafir Jihad ini bermaksud perjuangan menentang yang kufur kepada Allah dan jiwa mereka telah dikuasai oleh syaitan dan hawa nafsu. Golongan ini tidak bersikap baik dengan umat Islam dan tidak mahu risalah Islam berkembang ke seluruh dunia. Firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang kafir itu membelanjakan harta mereka untuk menghalang (manusia) dari jalan Allah. Mereka berusaha membelanjakan harta itu kemudian akan jadi sesalan mereka dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka jahanam orang-orang kafir itu akan dihimpunkan.
( Al-Anfal : 36 ) 4.Jihad menentang golongan munafik Golongan munafik ialah golongan yang menyembunyikan kafir dan berpura-pura beriman, benci terhadap ketetapan Allah dan rasulnya, bersubahat dengan kuffar dan memusuhi Islam, suka menghasut, memecah belahkan kesatuan umat dan menghalang manusia dari mentaati perintah Allah. Disebabkan besarnya kejahatan golongan ini maka orang-orang mukmin wajib berjihad menentang mereka. 5.Jihad menentang golongan zalim di kalangan pemerintah Islam Jihad menentang pemerintahan zalim bermatlamat untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang adil. Para ulama bersepakat bahawa umat Islam tidak boleh taat kepada pemerintah yang melakukan kekufuran dan melakukan perubahan terhadap hukum syarak. Wajib untuk umat Islam untuk menentangnya dan memecatnya serta melantik orang yang adil menggantikannya. Tidak boleh dikatakan

bahawa seseorang itu pelampau atau penderhaka jika ia bangun menentang pemerintah yang zalim dan melakuakn kekufuran. Nabi s.a.w bersabda:

Jihad yang sebaik-baiknya, ialah kata-kata kebenaran pada sultan yang zalim.
(Diriwayatkan Abu Dawd, At-Tirmizi dan Ibn Majah)

PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud Tidak seorangpun nabi yang diutuskan sebelumku melainkan menjalankan sunnahnya dan menurut perintahNya. Kemudian golongan pengikut dan sahabat ini akan diganti oleh orang yang terkemudian dari mereka. Golongan memperkatakan sesuatu yang tidak diperintahkan mereka dengan lidahnya,beliau adalah seorang mukmin. Setelah demikian itu iman (tidak dianggap wujud) sekalipun sebesar biji sawi. Daripada hadis di atas jihad dapat dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut kekuatan iman seseorang. a) Jihad hati Jihad hati adalah dengan selemah-lemah iman. Jihad dengan hati juga disebut sebagai jihad menentang hawa nafsu dan merupakan asas kepada jihad-jihad lain. Ibnu QayyimAl-Jauziyyah berkata

Jihad terhadap musuh luaran adalah merupakan satu cabang daripada jihad seorang hamba terhadap nafsunya.

b)

Jihad lisan Jihad lisan atau jihad lidah bererti dengan cara berdakwah (menyampaikan seruan untuk jalan kebaikan dan kebenaran dan menolak kejahatan serta kebatilan) iaitu dengan tiga kaedah yang sesuai untuk menghadapi 3 golongan yang berlainan : 1) Bagi golongan cendekiawan hadapi dengan cara hikmah dan bijaksana 2) Bagi golongan biasa hadapi dengan memberi pelajaran, pengajaran dan tunjuk ajar yang baik. 3) Bagi golongan pertengahan daya kepintaran mereka, hendaklah dengan perdebatan dan pertukaran fikiran dengan cara yang lebih baik.

Jihad ini memerlukan kecekalan jiwa dan ketabahan hati. Ini kerana ia akan berhadapan dengan pelbagai cercaan dan berdikari. Firman Allah : Orang-orang yang menyampaikan risalah Allah, mereka takut kepadanya dan mereka tidak merasa takut kepada seorangpun selain darrpada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan. c) Jihad dengan tangan Jihad dengan tangan bermaksud jihad dengan jiwa melalui kekuatan jiwa atau dalam kata lain jihad dengan peperangan. Firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan satu peperangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?, (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan hati dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui Nya.
( As-Shof : 10-11 ) Islam tidak rela umatnya ditindas, dipimpin dan ditadbir oleh orang-orang yang kufur terhadap Allah. Oleh sebab itu dengan segala kekuatannya Islam berhak menentang, menyerang dan menghancurkan kuasa-kuasa yang tidak mempunyai tujuan selain dari memimpin manusia yang ingkar kepada perintah Allah. Firman Allah :

Dan perangilah dijalan Allah orang yang memerangi kamu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguihnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(Al-Baqarah : 190) HUBUNGAN DI ANTARA JIHAD, PENGORBANAN DAN TARBIYYAH Tarbiyyah merupakan umpama tulang belakang kepad sesebuah gerakan dakwah atau mana-mana individu. Sesiapa sahaja termasuk para rasul dan nabi-nabi di tarbiyyah agar kekuatan dari pelbagai segi di pertingkatkan. Oleh ysng demikian, faktor yang menentukan keberkesanan tarbiayyah ialah adanya kesungguhan (jihad) dan pengorbanan. Contohnya Rasulullah sanggup di caci, dihina, menolak tawaran kebendaan demi risalah Islam.

MASALAH DI DALAM PENGORBANAN


1. 2. 3. 4. Tidak yakin dengan janji Allah Takut untuk berhadapan dengan cabaran Tidak sanggup untuk mengharungikesusahan dan kemiskinan Tewas pada dakyah kafir (terutama yahudi dan Nasrani), munafiq dan penganut fahaman ciptaan manusia 5. Tenggelam dan terpengaruh dengan arus deras dunia

KESIMPULAN
Jihad adalah satu perniagaan yang tetap menguntungkan sesorang mukmin menuju kepada keredhaan Allah. Sebagai seorang Islam adalah menjadi tanggungjawab menjaga dan memartabatkan Islam diatas muka bumi Allah ini. Meskipun telah jelas mengikut sunnatullah bahawa setiap perjuangan pasti diiringi dengan mehnah dan tribulasi, namun ia sebenarnya adalah sebagai peneguh keimanan dalam perjuangan. Sesungguhnya orang yang berjihad akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai