DEFINISI USRAH
Dari segi bahasa, perkataan usrah األسرةadalah bahasa Arab yang bermaksud keluarga.
Dari segi istilah, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-
menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan
ilmu dan amal, dan menghindari maksiat danpermusuhan berdasarkan firman Allah,
Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan
berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya.
(Al-Maidah : 2)
Bilangan anggota usrah terhad. Dalam usrah pimpinan, anggotanya ialah ahli jawatankuasa
sesesuatu peringkat organisasi. Dalam PAS, peringkat-peringkat itu ialah peringkat jawatankuasa
Pusat dan Dewan-Dewannya, Badan Perhubungan Negeri dan Dewan-Dewannya, Jawatankuasa
Kawasan dan Dewan-Dewannya dan Jawatankuasa Cawangan dan Dewan-Dewannya.
Tempat Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid,
surau, musolla, markas dan lainnya.
Tujuan usrah ialah menghubungkan diri dengan Allah, merapatkan ukhuwah Islamiah dan kejiranan,
memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam, mendalami fardu ain, meluaskan
faham terhadap Islam, dan memberigalakan dan bimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.
Secara detailnya ialah;
1. Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap satu-
satu masalah sebagai umat Islam.
3. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam
kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai
sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
4. Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala
perkara yang tidak Islamik.
5. Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk cabaran dan godaan yang
mengancam kemurnian Islam.
10. Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.
11. Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan berketrampilan untuk bergerak demi
kepentingan Islam.
12. Memelihara organisasi daripada dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang.
13. Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.
PERANAN USRAH
Usrah adalah Medan yang hidup untuk kita bekerjasama dalam melaksanakan Islam. Tempat
menerima nasihat, pedoman, perbincangan dan lain-lain.
Rukun pertama ialah berkenalan (taaruf) iaitu berkenalan sesama sendiri dan berkasih sayang
di atas nama Islam dan cinta kepada Allah SERTA berusaha menghindarkan sebarang kekeruhan yang
merenggangkan persahabatan. Elakkan perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwah itu. Hal ini boleh
dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. Jadikan firman
Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai perkara yang wajib diutamakan.
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujarat : 10)
Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. (AliImran :103)
kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu. Al-Hadith
Rukun yang kedua ialah bersefahaman (tafahum) iaitu bersefahaman dalam memahami Islam
dan menghayatinya.
Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah
dan meninggalkan apa-apa yang dilarang-Nya. Hisablah diri sendiri dengan sehalus-halusnya
sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dalam arena kederhakaan.
Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila
kelihatan ada sesuatu yang cacat.
Sahabat yang dinasihati المنصوحitu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat
dengan sukacita serta berterima kasih.
Pemberi nasihat الناصحpula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang dinasihati itu walaupun
dengan kadar sehelai rambut sekali pun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati
itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Jangan sekali-kali tawar hati
terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya, teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga
Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendaki-Nya.
Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah rasa hina diri dan keras kepala. Janganlah juga
berubah hati walaupun sekadar sehelai rambut terhadap si pemberi nasihat.
Janganlah dikurangi kasing sayang sesama sahabat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang kerana
Allah الحب فى هللاitu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang.
Berimbangan Rukun usrah yang ketiga ialah takaful yang bermaksud memelihara nasib
sesama sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar.
Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan
sesama sendiri. Takafulmerupakan tunjang iman dan inti ukhuwah sejati. Takaful boleh dijelmakan
dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi dan membuat kebajikan. Bersegera
menolong antara satu sama lain sedaya upaya.
ألن يمشي أحدكم فى حاجة أخيه خير له من أن يعتكف فى مسجدى هذا شهرا
, "Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih
baginya daripada ia beriktikaf sebulan di masjidku ini.
Sabda baginda lagi (maksudnya), "Sesiapa memberikan kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah
orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga." Al-Hadith
PENGISIAN USRAH MINGGUAN /DWI BULANAN
iii- Hal ehwal semasa/ISU SEMASA ….ahli, jama’ah, perbincangan aktiviti dll. – 40 minit
PELAKSANAAN USRAH
3. Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah perkara utama majlis usrah.
4. Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah solat Maghrib berjemaah, berwirid dengan al-
Ma'thurat* dan membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah.
Naqib hendaklah menghuraikan maksud al-Ma'thurat, kelebihannya dan maksud kandungannya.
5. Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan
dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
6. Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis
mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah
sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatupersetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan
kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk
perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka
hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.
7. Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut
ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
8. Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal
ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara.
ADAB-ADAB USRAH
2. Meminta izin masuk. Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki
4. Suci. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih,
5. Beritahu naqib jika tidak hadir. Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah
segera memberitahu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang
menjadi tuan rumah.
6. Bersedia dari segi mental dan perlakuan. Datanglah ke majlis dengan persiapan yang
telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya.
7. Membawa sumber dan alat tulis. Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku
catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu) .
9. Menuntut ilmu. Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan
dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia.
10. Duduk bersopan. Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan
dihadiri sama oleh para malaikat.
11. Fatihah dan selawat. Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
12. Menyampaikan kepada orang lain. Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan
dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingati
dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain.
13. Bertanya dengan izin. Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi
peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.
14. Mencelah apabila sangat perlu. Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi
penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan
bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan
terhadap perkara yang sedang diperkatakan.
15. Mengawal suara. Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Ini
adalah perkara yang dilarang oleh Allah.
16. Tenang dan serius. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah
bersifat tenang dan serius.
17. Jangan bergurau. Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis
usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal
dan terhad pada perkara yang benar sahaja.
18. Jangan merokok. Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh
ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok.
19. Jangan banyak soal. Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas
dan menepati syaraK.
20. Izin keluar majlis. Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Ini
adalah kerana keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang munafik.
21. Jangan bertengkar. Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia akan merenggangkan ukhuwah
sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.
22. Berusaha mengenali sahabat. Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah
untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.
23. Membaca tasbih kafarah. Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara
sedar dan memahami serta menghayati maknanya.
25. Bersegera pulang. Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting.
26. Menjaga rahsia jemaah. Merahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah
diputuskan tentang sesuatu perkara itu sebagai rahsia atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut
untuk disebarkan.
· Naqib hendaklah seorang yang bertaqwa kepada ALlah dalam semua amalannya dan
bermuraqabah kepada ALlah.
· Mempunyai sekeping hati yang besar yang dapat menampung seluruh cita-cita dan derita anggota
jama’ah.
· Meneyediakan akal yang bijak untuk memberi nasihat dan diterima oleh ahli.
· Tunduk kepada hukum-hukum ALlah dan tidak dipengaruhi oleh rasa sombong, riya’, terperdaya
dengan pangkat dan lainnya.
1. Bahan asas. Pastikan anak buah mempunyai bahan-bahan asas seperti al-Qur'an
dan terjemahannya, buku dan alat tulis.
2. Muhasabah. Adakan satu sistem untuk muhasabah anak buah. Lakukan mengikut tahap-tahap
tertentu, secara terbuka atau individu.
3. Jamuan. Jamuan boleh ada, boleh tiada. Jika diadakan, pastikan ia sederhana--bukan majlis
menjamu selera.
4. Menjaga ibadah khusus: Kesempurnaan beribadat seperti solat, puasa, zakat dan ibadat nawafil
mesti diutamakan. Pastikan anak buah anda benar-benar mengerti dan mengamalkannya. Sekali
sekala, anjurkan ibadat nawafil jamai seperti qiamullail, puasa, zakat harta dan lain-lain.
5. Pemilihan tajuk. Gunakan kebijaksanaan dalam memilih tajuk usrah supaya dapat mengubati
kelemahan yang wujud dalam diri anak buah anda dengan memilih tajuk yang sesuai dengan
suasana anak buah anda, contohnya sekiranya usrah anda lemah dalam ikatan persaudaraan atau
tidak cukup mesra maka jadikan tajuk usrah persaudaraan dantuntutannya dalam Islam.
6. Cungkil bakat. Naqib hendaklah mencungkil bakat yang terpendam di dalam organisasi.
Mereka mempunyai kebolehan dalam menulis kertas kerja dan mengajar, ceramah dan lain-lainnya
mestilah diasah bakatnya dalam usrah.
7. Tambah ilmu. Anda mestilah menggalakkan anak buah anda membaca buku-buku ilmiah,
pengetahuan termasuk majalah-majalah, surat khabar, kertas kerja, kajian ilmiah dan lain-lainnya.
Tugaskan mereka membuat ringkasan dalam usrah, khususnya buku-buku keluaran jamaah kita
termasuk kaset-kaset rakaman syarahan pimpinan parti.
8. Wujudkan subkumpulan. Anggota usrah yang sedia ada hendaklah ditugaskan mengadakan
kelompok-kelompok usrah yang baru, mereka ditugaskan memimpinnya. Anda hendaklah menjadi
penyelia kepada kelompok-kelompok baru itu.
9. Teks usrah. Pada peringkat permulaan dinasihatkan supaya setiap usrah mempunyai kitab atau
teks yang tertentu. Sekiranya perlu, jamaah hendaklah membeli kitab-kitab rujukan tersebut.
10. Tabung usrah. Usahakan sedaya upaya usrah mempunyai tabung, setiap kali berusrah hendaklah
dipungut derma walaupun kadar yang paling sedikit.
12. Profil ahli. Adalah amat berguna sekiranya naqib mempunyai nota atau diari,
khususnya mengenai anggota usrah. Diari ini mengandungi maklumat yang membolehkan
mengetahui kebolehan, keistimewaan kedudukan serta iltizam ahli usrahnya.
matlamatnya.
MARHALAH DAKWAH
Iaitu peringkat menyebarkan dakwah secara umum melalui ceramah, forum, kuliah, buku dll.
PENUTUP
Sudah ramai mereka yang gugur dalam perjalanan dakwah ini. المتساقطون على طريق الدعوة
Maksudnya, “Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang
berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya
mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi
mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup,
tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri
mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang
berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). at-Taubah ayat 42
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk
(tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui
akan orang-orang yang bertaqwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-
orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu.
Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. At-Taubah : 44 - 45