Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN JURUACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN

MASA

SKRIP UPACARA
Mengumumkan ketibaan En Mohammad Ramiz bin Haji Omar, Ketua Jabatan Sains
Sosial IPG Kampus Sultan Mizan dan pensyarah-pensyarah Jabatan Sains Sosial
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1
Malaysia
Yang Berusaha, En. Mohamad Ramiz Bin Haji Omar, Ketua Jabatan Sains Sosial
IPG Kampus Sultan Mizan
Pensyarah-pensyarah Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Sultan Mizan.
Seterusnya, pelajar-pelajar yang diraikan dan hadirin yang dikasihi sekalian

Pergi berhuma di Tanjung Rokan


Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, diatas
limpah kurniaNya kita semua dapat bersama-sama berkumpul
di bilik HYPERMEDIA, IPG Kampus Sultan Mizan, pada petang ini untuk
melangsungkan MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN

Bagi memberkati perjalanan majlis pada petang ini, dengan penuh takzim majlis
menjemput

Saudara Zahir bin Zainol Azali untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan

Amin. Amin. Yaarabalaamin


Sidang hadirin yang dihormati sekalian
Majlis pada petang petang ini amat bermakna kerana majlis menghimpunkan para
pensyarah dan para pelajar dengan satu tujuan iaitu untuk menghargai kesungguhan
pelajar dalam meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang telah
diadakan.
majlis ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara
pensyarah jabatan sains sosial dan pelajar-pelajar Unit Sejarah dengan unit
Pendidikan Seni Visual.

Jika kapal ada sauhnya


Jika peguam ada penukulnya,
Sudah tentu majlis ada perasminya
Sidang hadirin yang dihormati sekalian
Majlis pada petang ini akan diteruskan lagi dengan ucapan perasmian majlis.
Oleh yang demikian, majlis dengan sukacita menjemput En Mohammad Ramiz Bin
Haji Omar
Mudah-mudahan segala nasihat, teguran, saranan dan amanat yang diberikan tadi
akan dapat dijadikan panduan dan iktibar kepada semua pelajar kelak. Insya Allah.
Sayang tepua terbang berenam
Singgah seketika di dahan cemara
Budi dan jasa tetap dikenang
Ke akhir hayat tidak dilupa
Hadirin sekalian,
Anugerah Ketua Jabatan dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat

pencapaian cemerlang dalam peperiksaan yang diadakan. Syarat utama yang


diletakkan bagi seseorang layak untuk mendapat anugerah ketua jabatan ialah
memperolehi CGPA 3.50 ke atas
Oleh itu, Majlis akan diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan
Ketua Jabatan bagi pelajar 2 PPISMP Sejarah. Untuk itu majlis menjemput
. Selaku mentor bagi mengiringi En Mohamad Ramiz bin Haji
Omar selaku Ketua Jabatan Sains Sosial bagi menyempurnakan penyampaian sijil.
Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada .
Seterusnya, Majlis akan diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah
Kecemerlangan Ketua Jabatan bagi pelajar 2 PISMP Sejarah. Untuk itu majlis
menjemput En Wan Hasni bin Wan Ahmad selaku mentor bagi mengiringi En
Mohamad Ramiz bin Haji Omar selaku Ketua Jabatan Sains Sosial bagi
menyempurnakan penyampaian sijil. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada .

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Ketua


Jabatan bagi pelajar 7 PISMP PSV1. Untuk itu majlis menjemput
selaku mentor bagi mengiringi En Mohamad Ramiz bin
Haji Omar selaku Ketua Jabatan Sains Sosial bagi menyempurnakan penyampaian
sijil. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada .
Seterusnya, Majlis akan diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah
Kecemerlangan Ketua Jabatan bagi pelajar 7 PISMP PSV2. Untuk itu majlis
menjemput En Wan Hasni bin Wan Ahmad selaku mentor bagi mengiringi En
Mohamad Ramiz bin Haji Omar selaku Ketua Jabatan Sains Sosial bagi
menyempurnakan penyampaian sijil. Dipersilakan
Terima kasih diucapkan kepada .

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Ketua


Jabatan bagi pelajar 7 PISMP PSV3. Untuk itu majlis menjemput
selaku mentor bagi mengiringi En Mohamad Ramiz bin
Haji Omar selaku Ketua Jabatan Sains Sosial bagi menyempurnakan penyampaian
sijil. Dipersilakan
Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, tibalah masanya untuk penyampaian anugerah khas
sempena peperiksaan disember 2015
Anugerah khas ini disampaikan mengikut kelas dan diberikan kerana menunjukkan
usaha yang keras demi menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Untuk itu,
Dari unit 2 PPISMP Sejarah, dipersilakan ..
Dari unit 2 PISMP Sejarah, dipersilakan Chryilmix Tanis
Dari unit 7 PISMP PSV , dipersilakan Chai Jong Shian

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Ramiz bin Hj Omar atas kesudian
menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah
Ketua Jabatan dan Anugerah Khas, Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Sultan Mizan

Seterusnya, dijemput wakil pelajar iaitu Mohd Hafizuddin Bin Abd Ghani untuk
menyampaikan kata-kata aluan. Dipersilakan
Terima kasih di atas kata-kata aluan itu tadi.

Sidang hadiran yang dihormati sekalian,


Majlis ini telah tiba di penghujung acara
Akhir kata terima pantun daripada saya
Bunga dedap di celah para
Anak tersusun bermain pelita

Andai silap lidah berbicara


Jari disusun maaf dpinta
Dengan ini, sekian.. wabillahi taufi wal hidayah.
Wassalamualaikum warah matullahi wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai