Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN PERMOHONAN ITHBAT HAFAZAN AL-QURAN

NEGERI SELANGOR

1. SYARAT KELAYAKAN

a) Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di


negeri Selangor atau ibu/bapa/penjaga lahir dan masih menetap di negeri
Selangor.

b) Pemohon atau ibu/bapa/penjaga pemohon yang bukan kelahiran Selangor


juga boleh memohon dengan syarat telah bermastautin atau tinggal tetap di
negeri Selangor melebihi 5 tahun.

c) Tidak menerima apa-apa elaun Ithbat Hafaz Al-Quran dari mana-mana pihak
atau agensi.

d) Memiliki Sijil Khatam Al-Quran/Syahadah yang dikeluarkan oleh Institusi


Tahfiz yang berdaftar di bawah JAIS.

2. CARA MEMOHON

a) Mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web
JAIS atau di Pejabat-Pejabat Agama Islam Daerah atau di Bahagian Dakwah
JAIS, Shah Alam.

b) Melampirkan dokumen-dokumen seperti berikut:


i. Kad Pengenalan pemohon
ii. Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
iii. Sijil Khatam Al-Quran/Syahadah Hafaz Al-Quran
iv. Borang pemastautinan ( bagi pemohon dan ibu/bapa/penjaga yang
bukan kelahiran Selangor ).
v. Salinan penyata akaun bank terkini (Akaun Tabung Haji Tidak
Diterima)

c) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Dakwah JAIS,


Tingkat 7 Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid Bukit S.U.K.,
Seksyen 5, 40676 Shah Alam.
3. TEMUDUGA

3.1 Pemohon yang layak akan dipanggil temuduga pada tarikh yang akan
diberitahu kelak.

3.2 Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2019.

3.3 Walaubagaimanapun, pihak urusetia berhak untuk mengubah tarikh


temuduga Ithbat mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

4. KADAR ELAUN

4.1 Kadar elaun adalah bergantung kepada peruntukan kewangan semasa yang
diluluskan kepada Bahagian Dakwah JAIS.

4.2 Calon yang layak menerima elaun mestilah lulus ujian temuduga bertulis
dan lisan serta mendapat markah minimum 85% ke atas.

5. PERINGATAN

5.1 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

5.2 Hanya calon yang lulus tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi
temuduga.

5.3 Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 1 bulan dari tarikh
tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

5.4 Pemohon hendaklah hadir pada tarikh dan masa ujian yang telah ditetapkan.
Sebarang rayuan dan pertukaran tarikh ujian temuduga tanpa sebarang
alasan yang munasabah tidak akan dilayan.

Anda mungkin juga menyukai