Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK BUDAYA KORPORAT


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Pertandingan Video Pendek Budaya Korporat KKM ini adalah terbuka kepada
semua peringkat warga kerja dari Ibu Pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri,
Pejabat Kesihatan Daerah, hospital, institut, kolej dan klinik kesihatan.

2. Setiap Bahagian/ Jabatan boleh menghantar maksimum DUA (2) buah video
berlainan tetapi bahagian/ jabatan yang menang layak menerima SATU hadiah
sahaja.

3. Video yang dihasilkan perlulah karya asli peserta yang menyampaikan mesej-
mesej berkaitan tiga (3) teras utama Budaya Korporat KKM iaitu Penyayang,
Profesionalisme dan Kerja Berpasukan.

4. Penyertaan adalah secara kumpulan dengan had peserta lima (5) orang sahaja.

5. Video yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang
menyentuh sensitiviti yang melibatkan keagamaan, kebudayaan dan adat resam
mana-mana kaum di Malaysia.

6. Durasi Video Pendek adalah dari 3 hingga 5 minit sahaja.

7. Hasil karya hendaklah sesuai diterbitkan dan dipapar dalam segala bentuk media
(termasuk televisyen). Format yang dibenarkan adalah MP4.

8. Resolusi minimum video yang dihantar adalah Full HD 1080p (1920x1080 pix).

9. Peserta perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan di platform Google
Drive di alamat https://drive.google.com/drive/folders/1JTWsuCEJ6q4KX9V8
O3RxamZBoQJSRqPU?usp=sharing

10. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak
KKM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran
AKTA HAK CIPTA.

11. Setiap penyertaan mestilah merupakan karya asal dan bukan hak milik orang
lain. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang
dikemukakan tidak asli/ ciplak.

1
LAMPIRAN A

TUNTUTAN HAK CIPTA

1. Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik KKM.

2. KKM berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan, mengedar,


menyunting dan menayangkan mana-mana hasil karya penyertaan untuk
sebarang tujuan. Justeru semua penyertaan tidak boleh dimuat naik di mana-
mana media sosial sebelum mendapat kebenaran KKM. Video yang digunakan
akan dikreditkan kepada pemilik karya.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1. Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep, keupayaan mesej dan
kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak KKM.

2. Pemenang akan dihubungi melalui e-mel dan telefon.

3. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.

KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan dua (2) peringkat iaitu:

Peringkat I : Penilaian Juri (80%)

Peringkat II : Bilangan LIKE pada video yang akan dimuat naik dalam
FB IPKKM (20%)

PENGHANTARAN PENYERTAAN

1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Oktober 2019 (Selasa).

2. Peserta dikehendaki menghantar e-mel kepada videokorporat.kkm@gmail.com


dengan memuat naik perkara-perkara seperti berikut:

 Borang penyertaan Pertandingan Video Pendek Budaya Korporat KKM


yang lengkap diisi; dan

 pautan video (link video) yang telah dimuat naik ke platform Google
Drive.

Anda mungkin juga menyukai