Anda di halaman 1dari 11

SAIDINA KHALID BIN AL-WALID PERWIRA PERKASA

BIODATA SAIDINA KHALID BIN AL- WALID RA


NAMA
: Khalid bin al-Walid banal-Mughirah.
NAMA BAPA : Al-Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum.
NAMA IBU : Lababah binti al-Harith
(saudara perempuan kepada Maimunah binti al-Harith (isteri Nabi SAW).
TEMPAT LAHIR : Makkah al-Mukaramah
TARIKH LAHIR : 592M
TARIKH
MASUK ISLAM : Bulan Safar tahun 8H.
TARIKH WAFAT : Tahun 21H ( 60 tahun )
MAKAM
: Hamas,Syria.
GELARAN
: Saifullah (Pedang Allah)
KERJAYA
: Panglima Tentera.
KETURUNAN : Bani Makhzum.

SIFAT MULIA KHALID AL-WALID


1.BERWAWASAN
Bercita-cita tinggi ingin mati syahid di jalan Allah SWT.
2.TEGAS
Semasa perang Yarmuk, Panglima Rom merendah-rendahkan
moral tentera islam tetapi Khalid tegas malawan dan menolaknya.
3.BERTANGGUNGJAWAB
Sempat mengislamkan seorang tentera Rom (George) dalam perang Yarmuk.
4.BERANI
Sikap beraninya membuatkan Saidina Abu Bakar as-Siddiq
memilihnya memimpin tentera islam dalam perang Yammah.

SUMBANGAN KHALID AL-WALID RA


Menjadi panglima tentera Islam menentang tentera
Rom dalam perang Yarmuk(Jordan).
Menjadi panglima perang tentera islam semasa pembukaan Mekkah.
Memimpin tentera islam memerangi orang murtad
dalam perang Yamamah(Yaman).
Berjaya menggunakan strategi berkesan menewaskan
musuh seramai 200 000 orang dalam perang Mutah walhal
tentera islam hanya 3,000 orang.

TELADAN
BERDAYA SAING
BERSEMANGAT JIHAD
BERSEMANGAT PATRIOTIK
BERWAWASAN DAN CEMERLANG

Isnin, 14 Februari 2011

Ibadat T3
Pendidikan Islam
Tingkatan 3 (Ibadat)

Tajuk 11 Solat Ketika Sakit

1.
Solat ketika sakit bermaksud menunaikan solat mengikut keupayaan kerana
sakit yang menghalang daripada menunaikan solat secara biasa.
2.
Kaifiat solat ketika sakit;
(i)

Solat secara duduk:

Duduk seperti duduk iftirasy.

Rukuk dengan menundukkan sedikit kepala bertentangan dengan tepat sujud.

Sujud seperti biasa.

(ii)

Solat secara baring mengiring:

Baring mengiring atas rusuk kanan.

Muka dan dada menghadap kiblat.

Rukuk dan sujud guna isyarat kepala.

(iii)

Solat secara baring menelentang:

Baring menelentang kaki menghala ke kiblat.

Kepala ditinggikan sedikit agar muka menghadap kiblat.

Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala.

3.
Jika tidak mampu menggunakan cara solat tersebut, solat boleh dilakukan
dengan menggunakan isyarat kelopak mata ataupun jika tidak mampu hendaklah
diingat segala pergerakan solat dalam hati.

4.

Hikmat rukhsah solat ketika sakit;

(i)

Membuktikan bahawa Islam agama yang mudah.

(ii)

Umat Islam boleh menunaikan solat walau dalam apa keadaan sekalipun.

(iii)

Membuktikan bahawa Allah SWT sayangkan hamba Nya.

Tajuk 12 Solat Aidilfitri dan Aidiladha

1.

Solat Aidilfitri ialah solat sunat yang dilakukan sempena menyambut hari Raya
Aidilfitri pada 1 Syawal.

2.

Solat Aidiladha ialah solat sunat yang dilakukan sempena menyambut hari Raya
Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

3.

Hari Raya Aidilfitri juga dikenali juga hari Raya Puasa manakala hari Raya
Aidiladha juga dikenali sebagai hari Raya Haji atau hari Raya Korban.

4.

Hukum mengerjakan kedua-dua solat ini ialah sunat muakkad.

5.

Cara menunaikan solat sunat Hari Raya;

(i)

Takbiratulihram beserta niat.

(ii)

Pada rakaat pertama;

Membaca niat.

Membaca doa iftitah.

Takbir sebanyak 7 kali dan membaca tasbih.

Membaca surah al-Fatihah.

Rukuk dan sujud seperti solat biasa.

(iii)

Pada rakaat kedua;

Takbir lima kali dan membaca tasbih.

Membaca surah al-Fatihah.

Rukuk dan sujud seperti solat biasa.

Membaca tahiyat akhir dan memberi salam.

Selepas memberi salam, imam akan membaca khutbah.

6.

Hikmat solat Hari Raya;

(i)

Tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi.

(ii)

Dapat memuji kebesaran Allah SWT.

(iii)

Perhimpunan yang besar bagi seluruh umat Islam.

(iv)

Sebagai lambang perpaduan umat Islam.

7.

Kepentingan takbir hari raya;

(i)

Melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.

(ii)

Meningkatkan syiar Islam.

(iii)

Mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT.

(iv)

Memantapkan semangat perjuangan Islam.

Tajuk 13 Solat Sunat Hajat

1.
Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat
kepada Allah SWT sama ada untuk mendapat sesuatu kebaikan atau menolak
sesuatu keburukan.
2.
Solat Hajat dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan
pada bila-bila masa kecuali waktu yang dilarang.
3.
Solat Hajat lebih afdal dilakukan pada waktu satu pertiga malam.
4.
Cara menunaikan solat Hajat;
(i)

Pada rakaat pertama:

Takbiratulihram beserta niat.

Membaca doa iftitah.

Membaca surah al-Fatihah.

Membaca surah al-Kafirun sama ada sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.

Rukuk iktidal dan sujud seperti biasa.

(ii)

Pada rakaat kedua:

Membaca al-Fatihah.

Membaca surah al-Ikhlas sama ada sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.

Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.

Membaca tahiyat akhir dan salam.

(iv)

Selepas memberi salam:

Membaca puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi.

Berdoa apa yang dihajatkan.

Akhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi SAW.

5.

Hikmat solat Hajat;

(i)

Memberi ketenangan jiwa.

(ii)

Setiap permohonan akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

(iii)

Ikhlas menerima sesuatu daripada Allah SWT.

(iv)

Mengelakkan seseorang daripada berputus asa.

6.

Tindakan selepas hajat dimakbulkan;

(i)

Bersyukur dengan memuji Allah SWT.

(ii)

Menggunakan anugerah Allah SWT ke arah kebaikan.

(iii)

Bersikap merendah diri.

(iv)

Istiqamah melakukan solat Hajat.

Tajuk 14 Solat Sunat Tahajud

1.
Solat Tahajud ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga daripada tidur
pada waktu malam walaupun tidur hanya sekejap.

2.
Waktu solat Tahajud ialah antara waktu Isyak hingga Subuh. Lebih afdal ialah
satu jam sebelum Subuh.
3.
Bilangan rakaat tidak ditentukan tetapi paling kurang ialah dua rakaat satu
salam.
4.
Cara menunaikan solat Tahajud;
(i)

Takbiratulihram beserta niat.

(ii)

Pada rakaat pertama:

Membaca surah al-Fatihah.

Membaca surah al-Kafirun.

Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.

(iii)

Pada rakaat kedua:

Membaca surah al-Fatihah.

Membaca surah al-Ikhlas.

Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.

Membaca tahiyat akhir dan memberi salam.

Berdoa kepada Allah SWT.

5.

Hikmah solat sunat Tahajud;

(i)

Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

(ii)

Memberikan ketenangan jiwa.

(iii)

Mendekatkan diri kepada Allah SWT.

(iv)

Mendisiplinkan diri seseorang.

Tajuk 15 Pengurusan Jenazah Satu Kefarduan

1.
(i)

Perkara yang wajib disempurnakan oleh orang hidup terhadap jenazah;


Memandikan.

(ii)

Mengapankan.

(iii)

Menyembahyangkan.

(iv)

Mengebumikan.

2.
Hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah.
3.
Memandikan jenazah ialah meratakan air ke seluruh badan jenazah untuk
menghilangkan najis dan mengangkat hadas.
4.
Tujuan memandikan jenazah ialah membersihkan najis, kotoran dan hadas.
5.
Cara memandikan jenazah;
(i)

Bersihkan najis pada badan.

(ii)

Ratakan air ke seluruh badan hingga bersih.

(iii)

Mewudukkan jenazah seperti wuduk solat.

6.
Air untuk memandikan jenazah hendaklah dicampur dengan daun bidara dan
kapur barus supaya berbau harum dan sebagai bahan pengawet untuk mengeraskan
tubuh jenazah dan supaya tidak cepat busuk.
7.
Mengapankan jenazah ialah menutup seluruh tubuh jenazah sebagai menjaga
maruah dan kehormatan.
8.
Cara mengapankan jenazah;
(i)
(ii)
(iii)

Jenazah lelaki dikapankan dengan tiga lapis kain putih dan jenazah perempuan
dikapankan lima lapis kain putih yang ditaburkan haruman.
Merenjiskan sedikit bau-bauan atau wangian pada kain kapan.
Jenazah lelaki harus dipakaikan baju dan serban manakala jenazah perempuan
harus dipakaikan telekung.

9.
Seseorang yang meninggal dunia semasa ihram hendaklah dikapankan
dengan pakaian ihram. Kepalanya tidak ditutup dan tidak boleh ditaburkan dengan
haruman.
10.
Hikmat mengapankan jenazah;
(i)
(ii)

Memelihara kemuliaan jenazah.


Memberi keinsafan bahawa manusia adalah sama di sisi Allah SWT kecuali orang
yang bertakwa.

11.
Tujuan solat Jenazah ialah untuk memohon keampuan dan keredaan serta
rahmat Allah SWT untuk jenazah.

12.

Syarat-syarat sah solat Jenazah;

(i)

Jenazah telah dimandikan dan suci daripada hadas.

(ii)

Jenazah telah dikapankan.

(iii)

Mengadap kiblat.

(iv)

Jenazah berada di hadapan orang yang solat kecuali solat Ghaib.

13.

Rukun solat Jenazah;

(i)

Niat.

(ii)

Berdiri bagi yang berkuasa.

(iii)

Empat kali takbir termasuk takbiratul ihram.

(iv)

Membaca surah al-Fatihah.

(v)

Berselawat ke atas Nabi.

(vi)

Mendoakan si mati.

(vii)

Memberi salam.

14.
(i)

Cara mengebumikan jenazah;

Kubur digali dengan kedalaman yang sesuai agar tidak berbau dan tidak boleh
dikorek oleh binatang buas.

(ii)

Jenazah dimasukan ke dalam liang lahad dengan baik dan berhati-hati.

(iii)

Kedudukan jenazah hendaklah secara mengiring di atas rusuk kanan dan


menghadap kiblat.

(iv)

Tanah kubur ditinggikan sejengkal.

15.

Tujuan mengebumikan jenazah ialah;

(i)

Supaya bau mayat tidak menganggu ketenteraman orang ramai.

(ii)

Supaya mayat tidak dimakan oleh binatang buas.

16.
(i)

Hikmat mengebumikan jenazah;

Agar tidak dimakan oleh binatang buas.

(ii)

Memuliakan jenazah orang Islam.

Tajuk 16 Zakat Harta

1.
Zakat dari segi bahasa bererti suci, bersih, subur dan berkat.
2.
Zakat menurut istilah syarak ialah mengeluarkan harta yang tertentu, dengan
kadar tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
3.
Syarat wajib zakat harta;
(i)

Islam.

(ii)

Merdeka.

(iii)

Sempurna milik.

(iv)

Cukup haul.

(v)

Cukup nisab.

4.

Harta-harta yang diwajibkan zakat;

(i)

Binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau, biri-biri dan unta.

(ii)

Biji-bijian dan buah-buahan seperti tamar, padi, gandum dan lain-lain.

(iii)

Emas dan perak.

(iv)

Wang ringgit.

(v)

Harta perniagaan.

(vi)

Harta rikaz dan bahan galian.

5.

Hikmat mengeluarkan zakat harta;

(i)

Mendidik manusia berakhlak mulia.

(ii)

Membersihkan dan menyuburkan harta.

(iii)

Memupuk perasaan kasih sayang antara orang miskin dengan orang kaya.

6.

Kepentingan zakat kepada umat Islam;

(i)

Memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang.

(ii)

Membantu umat Islam yang ditimpa bencana.

(iii)

Membangunkan projek ekonomi untuk umat Islam.

7.
Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai
pendapatan:
Perkara

Zakat

Sedekah

Cukai

Hukum

Wajib

Sunat

Harus

Kadar

Ditetapkan oleh
syarak

Mengikut
kemampuan

Ditetapkan oleh
kerajaan

Jenis harta

Ditentukan oleh
syarak

Sebarang harta yang


halal

Harta atau
pendapatan

Masa

Sekali dalam
setahun

Bila-bila masa

Sekali dalam tahun


Masihi

Penggunaa
n

Asnaf yang lapan

Terbuka

Semua rakyat

8.
Baitulmal ialah sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab terhadap
harta benda orang Islam.
9.
Tujuan penubuhan Baitulmal;
(i)

Melaksanakan urusan kewangan umat Islam.

(ii)

Mengatasi masalah kemiskinan di kalangan orang Islam.

(iii)

Supaya harta orang Islam bertambah dan ekonomi umat Islam berkembang.

10.

Peranan Baitumal;

(i)

Memungut zakat fitrah dan zakat harta.

(ii)

Menguruskan harta benda orang Islam seperti wasiat, wakaf dan lain-lain.

(iii)

Membelanjakan harta zakat untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.

(iv)

Menggunakan harta zakat untuk memajukan masyarakat Islam.

(v)

Mengagihkan harta zakat kepada golongan yang layak.

Anda mungkin juga menyukai