Anda di halaman 1dari 4

Rawatib berasal daripada perkataan raatib yang bermaksud berterusan.

Oleh kerana itu Solat Sunat


Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat
Sunat
Rawatib biasa
juga
disebut
solat
sunat Qabliyyah (sebelum)
dan
sunatBadiyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang
bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika
melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah
dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Badiyyah dua rakaat pula, bila ada
masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan

selepasZuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka (H.R. Abu
Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; Semoga Allah merahmati orang yang
solat sunat Zuhur empat rakaat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas
Asar tidak ada rawatib Badiyyah. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4
rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Badiyyah sebanyak dua rakaat
dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib
Qabliyyah dan dua rakaat Badiyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya
(Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Badiyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib.
Jumlah yang muakkad (digalakkan) ialah 10 rakaat atau 12 rakaat, dalilnya:

Dari Ibnu Umar bahawa; Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2
rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak
(juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.
















Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat
(sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat
Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2
rakaat lagi sebelum solat Subuh. (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Solat sunat Rawatib yang muakkad


1.
2.
3.
4.
5.

Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh.


Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Zuhur atau Jumaat.
Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Zuhur atau Jumaat.
Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib.
Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Isyak
.

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 rakaat Solat sunat rawatib yang sudah tentunya
lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 rakaat sahaja.
.
.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB
1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya
niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah
atau Badiyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah).
.

2. Niat Solat Rawatib:


a. Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat, kerana Allah Taala.
.
b. Solat Sunat Rawatib Badiyyah (selepas).

Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua rakaat, kerana Allah Taala.
.
3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1: Surah al-Kafirun
Rakaat 2: Al-Ikhlas
.
.

Peringatan:

Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu

Qabliyyah atau pun Ba;diyyah.


Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan

Qabliyyah.
Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjamaah.
Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
Jika lebih 2 rakaat, lakukan tiap-tiap 2 rakaat satu salam.
.

Qada solat Rawatib


Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang muakkad.
Rasulullah SAW bersabda; Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia. (Hadis
riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir
setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada
waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
.
Daripada Aisyah r.a.; Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur,
maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur. (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

Daripada Kitab Mughni al-Muhtaj; Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu,
disunatkan mengqadakannya. Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat
fardu.

Anda mungkin juga menyukai