Anda di halaman 1dari 24

Shafiqolbu

Search this Bl

SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA SATU AYAT !

home about anak al-quran asmaa ul-husna bulan islam doa solat sunat selawat sirah nabi wuduk umrah dan haji dunia

Solat Sunat Rawatib


Posted by Shafi-Q.

Rawatib berasal daripada perkataan raatib yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu. Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunatBadiyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu. . Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Badiyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka (H.R. Abu Daud & Tirmidzi) Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.) Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Badiyyah. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka (H.R. AtTabrani) . Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Badiyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Badiyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Badiyyah malah makruh solat selepas subuh.

. Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang muakkad (digalakkan) ialah 10 rakaat atau 12 rakaat, dalilnya:

Dari Ibnu Umar bahawa; Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaatseusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (HR Bukhari-Muslim, Bukhari) .

Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudahMaghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh. (Hadis riwayat Turmizi r.a.) . .

Solat sunat Rawatib yang muakkad


1. 2. 3. 4. 5.

Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh. Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Zuhur atau Jumaat. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Zuhur atau Jumaat. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Isyak .

Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12 rakaat Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika kesibukan, cukuplah lakukan 10 rakaat sahaja. . . CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT RAWATIB 1. Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeza. Solat Sunat Rawatib Zuhur, berniat mengerjakan solat sunat rawatib Qabliyyah atau Badiyyah dan dikerjakan dengan cara individu (Munfarid, tidak berjamaah). . 2. Niat Solat Rawatib: a. Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)

Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat, kerana Allah Taala. b. Solat Sunat Rawatib Badiyyah (selepas). .

Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur / Maghrib / Isyak) dua rakaat, kerana Allah Taala. 3. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah: Rakaat 1: Surah al-Kafirun Rakaat 2: Al-Ikhlas

. .

Peringatan:
Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba;diyyah. Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah. Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjamaah. Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah. Jika lebih 2 rakaat, lakukan tiap-tiap 2 rakaat satu salam. . .

Qada solat Rawatib

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang muakkad. Rasulullah SAW bersabda; Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia. (Hadis riwayat Muslim) Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya. . Daripada Aisyah r.a.; Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelumZuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur. (Hadis riwayat Turmizi r.a.) Daripada Kitab Mughni al-Muhtaj; Seandainya terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya. Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti solat fardu. . by; shafiqolbu .
Sharethis:

Twitter16 Facebook594 Reddit Google +1 Print Email


Like this:

LinkedIn Digg StumbleUpon

81 responses to this post.


1.
Posted by Stan on 08/06/2012 at 12:37 am

salam, Boleh memperjelaskan lagi solat sunat qabliyyah 4 rakaat tu? adakah ianya solat 2 rakaat dua kali atau 4 rakaat sekaligus? maaf sebab bertanya. Reply o
Posted by Shafi-Q on 10/06/2012 at 12:32 pm

Salam, Solat Rawatib Zuhur boleh dilakukan dengan dua cara iaitu satu salam atau 2 salam (4 rakaat sekaligus).. yang muaqad 2 rakaat sebelum dan selepas solat fardhu Zuhur. Maaf lewat jawab terlepas pandang Reply
Posted by faiq on 10/07/2013 at 12:17 pm

Salam, maaf ustadz saya ingin bertanya.. sebenarnya shalat Al Fajr itu sama dengan shalat shubuh atau tidak? Shukran
Posted by Shafi-Q on 11/07/2013 at 3:08 pm

Shalat Al Fajr (Solat Fajar) atau shalat shubuh adalah sama dengan Solat Fardhu Subuh. Manakala Solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh / Shalat Sunah Shubuh ) dinamakan solat Rawatib Subuh atau solat sunat pengiring sebelumnya. Wallahu Alam Bish Shawab 2.
Posted by jannah on 13/06/2012 at 2:18 pm

Salam, apabila mengerjakan solat Sunat rawatib sebelum zuhur, adakah harus menunggu selepas waktu azan zuhur berkumandang? Reply

o
Posted by Shafi-Q on 15/06/2012 at 2:50 am

Salam, Solat Sunat Rawatib Qabliyyah sesuatu solat fardhu mesti dilakukan selepas nyata dan yakin masuknya waktu solat tersebut. Jika Jannah mendirikannya sebelum azan Zuhur, berkemungkinan Jannah telah solat pada waktu yang dilarang dan ditegah Reply
Posted by hani on 26/02/2013 at 6:08 pm

assalamualaikum..maknanya..kena tunggu azan dulu..kalau dah azan..lakukan solat rawatib baru solat fardhu ker?
Posted by Shafi-Q on 27/02/2013 at 12:13 am

Ya! Tepat sekali Ukhti Hani, begitulah caranya 3.


Posted by Adek wahab on 04/07/2012 at 5:54 am

As salamingin bertanyabatal ke solat rawatib sebelum dan selepas jika tidak membaca surah pilihan, hanya membaca surah Al fatihah di kedua2 rakaat Reply o
Posted by Shafi-Q on 04/07/2012 at 9:24 am

Membaca surah atau ayat Al-Quran selepas bacaan al-Fatihah dalam sesuatu solat adalah sunat Haiat, iaitu akan meraih ganjaran pahala sekiranya dilakukan dan jika Adek tinggalkan tidaklah sampai membatalkan solat tersebut. Reply 4.
Posted by DESLY on 11/07/2012 at 5:54 pm

SALAM,ADAKAH SALAH MELAKUKAN QABLIYAH MAGHRIB..APA ERTI MUAKKAT.. Reply o


Posted by Shafi-Q on 11/07/2012 at 10:39 pm

Untuk pengetahuan Desly Sunat Muakkad adalah sesuatu amal/ibadah yang amat digalakkan dan sangat dituntut untuk melakukannya. Melakukan Solat Sunat Qabliyyah Maghrib tidak menyalahi sebarang hukum malahan ianya merupakan suatu sunnah Nabi Muhammad SAW. Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh. (Hadis riwayat Turmizi r.a.) Reply
Posted by fahmi on 13/09/2012 at 10:55 am

Salam.. Skadar membetulkan statement di atas..Qabliyyah adalah sebelum & hadis di atas adalah sesudah Maghrib (Badiyyah)..syukran..
Posted by Shafi-Q on 13/09/2012 at 12:57 pm

MasyaAllah Astaghfirullah maafkan ana tersilap pandang Alhamdulillah, syukur Sdr.Fahmi sudi menegurJazakallahu Khairan Kathiran Kepada Sdri.Deslymaafkan ana tersilap jawab Tidak salah melakukan QABLIYAH MAGHRIB kerana hukum solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib adalah sunnah, diberi pahala orang yang melakukannya dan tidak berdosa orang yang meninggalkannya. Namun demikian kesunatan solat dua rakaat Qabliyah Mghrib adalah Ghair Muakkad (tidak dikuatkan). Dari Abdullah bin Mughaffal, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solatlah kamu dua rakaat sebelum solat maghrib!. Kemudian Baginda bersabda sehingga tiga kali: Bagi siapa yang suka melakukannya. Perkara ini kerana Baginda tidak mahu kalau nanti orang-orang menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib dilakukan.(Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Abu Daud) 5.
Posted by mi on 18/07/2012 at 10:29 pm

Assalamualaikum wbt. adakah mesti kita solat sunat sebelum solat fardhu sebaik sahaja azan habis atau walau telah lama masuk waktu kita masih boleh tunaikan solat sunat sebelum solat fardhu?? Reply o
Posted by Shafi-Q on 19/07/2012 at 1:14 am

Boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum melakukan sesuatu solat fardhu tetapi yang seafdalnya sebaik sahaja habis azan. Reply

6.
Posted by wan zulaiha on 26/07/2012 at 3:19 pm

as salam bolehkah kita bc doa hanya solat yg terakhir(cthnya: mula2 solat sunat wuduk,solat sunat rawatib qabliyahh zohor,solat fardhu zohor dan yg last solat sunat rawatib badiyahh zohor baru baca doa Reply o
Posted by Shafi-Q on 26/07/2012 at 5:28 pm

Bolehhtapi bacalah doa ringkas setiap kali lepas solat fardhu kerana besar fadhilatnya Reply 7.
Posted by nor on 27/07/2012 at 2:49 pm

Salam.. Sekiranya kita melakukan contoh solat sunat qabliyahh zohor maka adakah wajib kita menunaikan solat sunat badiyah zohor selepas solat fardhu zohor? Sekiranya tidak ditunaikan solat sunat badiyah zohor apakah hukumnya? terima kasih Reply o
Posted by Shafi-Q on 27/07/2012 at 7:37 pm

Solat Sunat Qabliyah dan Badiyah Zuhur adalah solat Muakkad iaitu solat Rawatib yang amat digalakkan dan dituntut melakukannya. Jika tidak melakukan kedua-duanya atau salah satu daripadanya, tidaklah wajib atau berdosa tapi telah melepaskan suatu fadhilat yang besar. Reply 8.
Posted by Nazatul on 27/07/2012 at 4:16 pm

solat sunat subuh ini dilakukan apabila ktia mendengar azan berkumandang dahulu atau sebelum azan subuh dilaungkan dan setelah itu baru boleh dikerjakan solat fardhu subuh? inginkan penjelasan Reply o
Posted by Shafi-Q on 18/12/2012 at 11:42 pm

Solat sunat Subuh/Fajar dilakukan sebelum mendirikan solat fardhu Subuh.. iaitu sebaik sahaja masuk waktu solat Subuh. Kadang kala ia boleh dilakukan sebelum azan Subuh, jika muazin/bilal terlewat mengumandangkannya. Reply 9.
Posted by wan zulaiha on 28/07/2012 at 10:42 am

Solat sunat sebelum fardhu Subuh tidak perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.Boleh terangkan bagaimana niatnya dan jika diniatkan Qabliyyah adakan batal solat itu. Reply o
Posted by Shafi-Q on 18/12/2012 at 11:27 pm

Sebahagian ulamak menyatakan tidak perlu disebut Qabliyyah pada niat solat sunat sebelum Subuh dan Asar..cuma sekadar solat sunat Subuh/Asar sahaja. Walau bagaimanapun solat tetap sah jika disebut Qabliyyah. Dan pada waktu Subuh boleh juga disebut dengan solat sunat Subuh atau solat sunat Fajar:Niatnya: Daku menunaikan solat sunat Fajar dua rakaat kerana Allah Taala. Wallahu Alam Bish Shawab Reply 10.
Posted by Zaili on 06/08/2012 at 6:58 am

Apabila melakukan solat rawatib 4 rakaat, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepasZuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka (H.R. Abu Daud & Tirmidzi) Bagaimana pula dengan saya yang telah melakukan dosa yang lalu. Tolong beri penjelasan? Reply o
Posted by Shafi-Q on 06/08/2012 at 3:50 pm

Rahmat Allah Azza Wa Jalla sentiasa terbuka untuk mereka yang mencari jalan kebenaran. Terlebih dahulu Sdr.Zaili lakukanlah solat Taubat Nasuha bagi menyucikan segala dosa. Kemudian barulah beristiqomah melakukan Solat Sunat Rawatib tersebut. Firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak taubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri. (Surah alBaqarah, ayat 222). Dan FirmanNya lagi: Maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah (dengan kembali mentaati-Nya). Sesungguhnya Tuhan kekal mendengar dan memperkenankan segala permohonan dan bersedia menerima taubat hamba-Nya. (Surah Hud, ayat 61) Wallahu Alam Bish Shawab Reply

11.
Posted by kfendi on 21/08/2012 at 8:25 am

assalamualaikum ustaz.. minta pencerahan dari ustaz.. ketika sampai di masjid solat fardhu dah nak mula.. mana yg lebih utama solat sunat rawatib atau solat sunat tahiyatul masjid? Reply o
Posted by Shafi-Q on 22/08/2012 at 11:15 am

Sdr.Kfendi lakukan solat sunat Rawatib yang mana ianya sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Reply 12.
Posted by zaffan on 30/08/2012 at 11:13 am

Assalamualaikum Ustaz, bagaimana pula lafaz niat solat sunat Rawatib utk fardu Jumaat ustaz? Reply o
Posted by Shafi-Q on 30/08/2012 at 6:48 pm

Niat solat sunat Rawatib utk fardu Jumaat adalah seperti berikut; 1. Niat solat sunat qobliah (sebelum) Jumaat: . Daku solat sunat sebelum Jumaat, dua rakaat kerana Allah Taala. 2. Niat solat sunat badiyah (selepas) Jumaat: . Daku solat sunat selepas Jumaat, dua rakaat kerana Allah Taala. Reply 13.
Posted by Rukiah bte .nekmat on 04/09/2012 at 7:15 am

Ketika mengerjakan smbahyang sunat 4 rakaat satu salam perlukah dibaca tahiyat awal Reply o
Posted by Shafi-Q on 05/09/2012 at 4:38 pm

Diharuskan tidak membacanya

Wallahu Alam Bish Shawab Reply


Posted by nizam on 20/12/2012 at 4:07 pm

kalau baca sunat kan

Posted by Shafi-Q on 23/12/2012 at 12:06 am

Jika dapat dibaca bertambah sempurnalah solat dan pahalanya..


Posted by nizam on 03/01/2013 at 3:03 pm

kalau macam solat sunat dhuha dan tahajjud boleh juga kan 4 rakaat sekaligus,dan yang mana lagi baik buat 2 rakaat 2 rakaat ataupun 4 rakaat sekaligus?
Posted by nizam on 03/01/2013 at 3:20 pm

maaf tambah sikit lg,kenapa ada yg ckp x blh 4 rakaat sekaligus,khilaf ke ni,dan mcm sambung solat sunat tarawih kt rumah blh lah buat 4 rakaat sekaligus.witir pn blh 3 rakaat sekaigus ke?mohon penjelasan 14.
Posted by Aisyah on 27/09/2012 at 7:42 pm

assalamualaikum..sy nk mnta izin copy jadual soat sunat rawatib ni.. Reply o
Posted by Shafi-Q on 06/10/2012 at 10:35 pm

Jangan lupa berikan juga kredit pada Blog Shafiqolbu Wallahu Alam Bish Shawab Reply 15.
Posted by kfendi on 30/09/2012 at 4:58 am

assalamualaikum ustaz.. saya terdengar dalam satu kuliah adalah haram mengerjakan solat sunat selagi tidak mengqada solat2 fardhu.. Saya banyak meninggalkan solat bahkan bertahun2 lamanya saya tidak solat.. kini saya telah taubat nasuha dan saya bersungguh2 belajar dan bersolat sebaik-baik nya kerana

Allah.. persoalan saya adakah haram saya solat sunat seperti solat taubat, tahajjud dan solat rawatib selagi saya tidak qada sedangkan saya sendiri tidak pasti dengan tepat jumlah solat fardhu yang harus saya qada.. harap saya mendapat pencerahan dari ustaz. sekian terima kasih. Reply o
Posted by Shafi-Q on 19/10/2012 at 11:33 am

Alhamdulillah, Sdr.Kfendi telah mula qadha dan memantapkan kualiti solat Semoga Allah SWT terus cekalkan hati Sdr. untuk beristiqamah. Tidaklah haram melakukan solat2 sunat tersebut, dengan syarat dalam masa yang sama Sdr. sentiasa mengqadha solat ditinggalkan dan menjaga solat2 fardhu. Hanya Sdr. sendiri yang mengetahui sebanyak mana solat yang ditinggalkan qadhalah dan catatkannya sehingga hati berasa tenteram dan rasa yakin telah selesai kesemuanya. Jika Sdr. terlebih qadha pun tidak mengapa, InsyaAllah ianya akan menjadi pahala solat sunat Wallahu Alam Bish Shawab Reply
Posted by nizam on 20/12/2012 at 4:02 pm

salam ustaz boleh x qada,tetapi teruskan bertaubat dan penuhkan solat lima waktu. sekian.
Posted by Shafi-Q on 23/12/2012 at 12:04 am

Bolehhtapi adalah lebih baik jika dapat diselesaikan segala hutang-piutang sebelum ajal tiba Wallahu Alam Bish Shawab 16.
Posted by faizul on 01/10/2012 at 8:40 am

ANA MINTA IZIN COPY MAKLUMAT DLM BLOG ANTA..SYUKRAN Reply o


Posted by Shafi-Q on 11/10/2012 at 10:16 pm

Berikanlah juga backlink / kredit pada Blog Shafiqolbu Reply

17.
Posted by Khir on 20/10/2012 at 6:51 pm

Assalamualaikum, Sy ingin bertanya, bolehkan melakukan solat rawatib ini bg orang yg musafir? Contohnya, musafir yg mengerjakan jamak qasar taqdim dan takhir bg waktu zohor, asar, magrib dan isya? Reply o
Posted by Shafi-Q on 30/10/2012 at 9:54 pm

Harus melakukan Solat sunat Rawatib.. ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar. Wallahu Alam Bish Shawab Reply 18.
Posted by naniandriyansahboy on 19/11/2012 at 8:08 am

assalamualaikum ustadz sebelumnya saya minta maaf, saya ingin menanyakan hal lain dr apa yg dibahas. Ustadz, saya ini ana orang kampung yg merantau ke ibukota mencari nafkah, klo dihitung saya lebih lama hidup di ibu kota dari pada di kampung sendiri, kadang 2bln baru pulang kampung untuk beberapa hari. menurut ustadz apakah saya termasuk musafir di ibukota ?? klo iya apakah jika saya ikut sholat jumat berjamaah di ibu kota, apa itu diperbolehkan? apa tindakan saya termasuk menyelisihi sunnah sehingga saya akan berdosa? karena nabi tidak pernah sholat jumat dlm keadaan safar ?? Dalil dalam masalah ini adalah tidak adanya satupun dalil yang menunjukkan kalau Nabi dan para sahabat beliau mengerjakan shalat jumat dalam keadaan safar. Di antarnya adalah hadits Jabir bin Abdillah radhiallahu anhuma yang panjang dalam riwayat Muslim no. 1218 tentang sifat haji Nabi shallallahu alaihi wasallam, mohon penjelasanya. Jazakallohu khoiron Reply o
Posted by Shafi-Q on 23/11/2012 at 11:31 am

1. Seseorang itu hanya boleh dikatakan Musafir sekiranya ingin melakukan perjalanan melebihi jarak 2 marhalah (96km) dan tempohnya tidak melebihi 5 hari (termasuk hari perjalanan pergi dan balik). 2. Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat. 3. Sekiranya naniandriyansahboy bekerja di ibu kota, sudah tentulah tinggal menetap melebihi daripada 4 haridan sudah tamat keistimewaan bermusafir tersebut, maka wajiblah bersolat Jumaatjangan ditinggalkan tanpa ada sebarang keuzuran..

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk. (Hadis riwayat Abu Daud) Wallahu Alam Bish Shawab Reply 19.
Posted by HAFIZ on 20/11/2012 at 3:42 pm

Mohon copy ilmu2 didalam blog ini sebagai panduan dan pelajaran insyallah. Reply o
Posted by Shafi-Q on 22/11/2012 at 11:33 pm

Kongsi jugalah dengan sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini Selamat beramal Reply 20.
Posted by amobaamoba1331 on 22/11/2012 at 11:38 am

Mohon share, mudah2an Allah memberi kesihatan dan kekuatan kpd ustaz utk teruskan perkongsian ilmu yg amat berguna ini. Reply
21. Posted by Solat Sunat Rawatib | IslamKini.com on 26/11/2012 at 10:09 am

[...] Sumber asal : shafiqolbu [...] Reply 22.


Posted by wan on 03/12/2012 at 5:43 pm

Salam, Bolehkan kita solat sunat rawatib jika solat fardhu itu qada? Contohnya kita qada solat fardhu subuh bolehkan di lakukan solat rawatib qabliatan? Reply o
Posted by Shafi-Q on 20/12/2012 at 6:34 pm

Jika Solat Subuh itu saja yang Wan tertinggal, diharuskan melakukan qadha Rawatib tapi sekiranya banyak lagi solat fardhu yang belum diganti, maka tidak boleh dilakukan Solat Rawatib pada solat qadhahendaklah diselesaikan dahulu yang wajib Wallahu Alam Bish Shawab Reply


Posted by wan on 20/12/2012 at 8:35 pm

tq admin =) 23.
Posted by eyan on 09/12/2012 at 9:11 pm

trima kasih info Yang anda berikan. semoga Allah memberikan anda keberkatan. Reply o
Posted by Shafi-Q on 11/12/2012 at 1:16 pm

Amiiin Jazaakillaahu Khairan.. Reply

24.
Posted by wan on 17/12/2012 at 10:05 pm

admin minta jawab soalan saya =( Reply

25.
Posted by Aabida on 10/01/2013 at 7:19 am

Assalamualaikumdari hadist yang pernah saya baca ketika bangun kesiangan untuk solt subuh Rasulullahpun langsung solat ketika bangun plus langsung dengan qobliyahnya terlebih dahulu..yang ingin saya tanyakan apakah boleh kita mengqada solat sunnah qobliyah setelah solat subuh? Reply o
Posted by Shafi-Q on 13/01/2013 at 12:22 am

Bolehh.sila baca keterangannya di sini Wallahu Alam Bish Shawab Reply 26.
Posted by safiq on 11/01/2013 at 11:00 am

maklumat yang bermakna dari ustaz untuk panduan semua..tq Reply 27.

Posted by khairul on 13/02/2013 at 10:15 pm

assalamualaikum mohon maaf uztaz saya kurang faham,.boleh kah kita solat sunat rawatib diwaktu pertengahan solat fadhu,contohnya zuhur 1.30 tngahari.tpi saya lakukan solat rawatib qallbiyah pada pukul 3 ptg,kemudian solat fardhu zuhur dan selepas itu solat rawatib baddiyah minta uztaz jelaskan?terima kasih .. Reply o
Posted by Shafi-Q on 17/02/2013 at 2:16 am

Solat Rawatib boleh dilakukan di sepanjang waktu solat tersebut , malah boleh diqada pada waktu solat seterusnya jika terdapat kekangan yang tidak disengajakan Wallahu Alam Bish Shawab Reply 28.
Posted by Haru on 15/02/2013 at 11:10 am

Assalamualaikum, dlm solat rawatib 4 rakaat tu, stiap 2 rakaat disertakan dgn 1 salam, selepas bgn utk melakukan baki 2 rakaat lagi, adekah kite perlu bace niat solat rawatib sekali lagi? atau terus je sambung tanpe membace niat utk round ke-2 tu?. sekiranye xperlu, ape niat solat rawatib 4 rakaat tu ye?. terima kasih =) Reply o
Posted by Shafi-Q on 17/02/2013 at 3:11 am

Selepas beri salam, terputuslah sesuatu solat tersebut; maka solat yang baru, memerlukan juga niat yang baharu. Sekiranya Akhi Haru ingin melakukan Solat Rawatib 4 rakaat dengan 1 salam, maka niatnya:~ Daku menunaikan solat sunat SEBELUM / SELEPAS ________ empat rakaat, kerana Allah Taala. Wallahu Alam Bish Shawab Reply 29.
Posted by uwais on 25/02/2013 at 1:51 am

Assalamualaikum..sy mintak izin copy dari penulisan2 tuan akan ilmu Allah di atas.. semoga Allah memberkati tuanjazakallah.. Reply o
Posted by Shafi-Q on 26/02/2013 at 6:35 pm

Amiiin Selamat beramal Ukhti Uwais khabarkanlah juga pada sahabat2 lain mengenai Blog Shafiqolbu ini Jazaakillaahu Khairan.. Reply 30.
Posted by koled on 18/03/2013 at 9:20 am

1.boleh tak solat qada selepas asar. 2.boleh tak niat sunat rawatib sekali kan dgn niat solat tahyatul masjid Reply o
Posted by Shafi-Q on 19/03/2013 at 12:52 am

1. Solat Qadha tiada waktu larangan, boleh dilakukan pada bila2 masa dan ianya perlulah disegerakan dan buatlah seberapa banyak yang termampu 2. Jika kesuntukan masa utamakanlah Solat Sunat Rawatib dan Solat Sunat Tahiyatul Masjid secara automatik telah termasuk ke dalamnya. Wallahu Alam Bish Shawab Reply 31.
Posted by Fatimah Az-Zaharaa on 27/03/2013 at 1:17 am

salam, ustaz, solat sunat qabliah asar bukan sunat ye? mohon penjelasan. syukran. Reply o
Posted by Shafi-Q on 26/04/2013 at 11:51 am

Disunnahkan oleh Rasulullah SAW tapi tidaklah diutamakan sangat melakukannya. Jumlah yang muakkad (digalakkan) ialah 12 rakaat; Dari Ibnu Umar bahawa; Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.(Hadis riwayat Turmizi r.a.) Wallahu Alam Bish Shawab Reply 32.
Posted by Himayah on 03/04/2013 at 10:10 am

Assalamualikum Dulu pernah tinggal solat, sekarang niat mau qada solat. Bolehkah qada solat tidak mengikut waktunya, sebagi contoh qada solat subuh pada waktu zohor, qada solat zohor pada waktu isyak Reply o
Posted by Shafi-Q on 26/04/2013 at 10:38 am

Bolehhqadha solat perlu disegerakan dan boleh dilakukan seberapa banyak dan jenis dalam sesuatu waktu solat itu.. Reply
Posted by noorfaizal on 19/06/2013 at 5:44 pm

Assalamualaikum. bagaimana utk kita niat qada solat ustaz.klu kita nk qada solat subuh bagaimana niatnya ustaz. terima kasih
Posted by Shafi-Q on 21/06/2013 at 1:27 am

. U-sol-liy far-dhos-sub-hi rok-aa-tai-ni qo-dhoo-an LiL-Laa-hi ta-aa-la. Daku solat Fardhu Subuh dua rakaat, qadha kerana Allah Taala. Wallahu Alam Bish Shawab 33.
Posted by Himayah on 06/04/2013 at 9:30 am

Assalamualaikum Bolehkah qada solat fardhu dilakukan tidak mengikut waktu solat, sebagai contoh qada solat subuh pada waktu solat zohor atau qada solat zohor pada waktu solat isyak? Reply o
Posted by Shafi-Q on 09/04/2013 at 1:59 pm

BolehhQadha Solat tiada waktu larangan dan ianya perlu disegerakan. Boleh didirikan semua solat yang ketinggalan dalam sesuatu waktu solat fardhu. Wallahu Alam Bish Shawab Reply 34.

Posted by Rahmah on 03/07/2013 at 6:57 am

Salam, Saya ingin bertanya tentang tempoh yg dibenarkan untuk melakukan solat sunat subuh. Adakah sepanjang waktu subuh atau beberapa minit setelah azan subuh? Reply o
Posted by Shafi-Q on 03/07/2013 at 4:54 pm

Waktu Solat Sunat Subuh/Fajar bermula dari sebaik saja masuk waktu subuh/azan sehinggalah sebelum dirikan Solat Fardhu Subuh. Maknanya boleh disepanjang waktu subuh. Wallahu Alam Bish Shawab Reply 35.
Posted by Sherry on 13/07/2013 at 7:15 pm

Asslm.wr.wb saya masih bingung dengan sholat sunah 4 rakaat sebelum dzuhur 4 rakaat itu dikerjakan dengan cara seperti apa? seperti sholat biasa (dengan tahiyat awal, tahiyat akhir, kemudian salam) atau langsung 4 rakaat (tanpa tahiyat awal, melanikan langsung berdiri untuk rakaat ke-3, dilanjutkan dengan rakat 4, kemudian salam)? mohon diterangkan lalu, kabarnya Rasulullah saw juga bersabda untuk melakukan 4 rakaat sholat sunah sebelum dzuhur, tapi itu tidak termasuk sholat rawatib. benarkan begitu? karena ada juga yang mengatakan bahwa tidak ada sholat sunah di waktu dzuhur, atau waktu tersebut adalah waktu yang diharamkan untuk sholat sunah. Mana yang benar? Mohon dijelaskan. Terima kasih Wasslm.wr.wb. Reply o
Posted by Shafi-Q on 15/07/2013 at 6:58 pm

1) Boleh dilakukanlah antara kedua2 cara tersebut iaitu dengan satu salam tanpa Tahiyyat Awal atau dengan 2 kali, 2 rakaat 1 salam. 2) Tidak benar. Waktu yang diharamkan adalah saat matahari tepat tegak di atas kepala dan sebaik tergelincir matahari bolehlah didirikan solat2 sunat seperti Zawal dan Rawatib sebelum Solat Fardhu Zuhur. Wallahu Alam Bish Shawab Reply

Leave a Reply

Masa HOT BULAN RAMADHAN


Niat & Doa-Doa Puasa Zikir Harian Ramadhan Muhasabah Ramadhan 24 Jam Bilakah Lailatul Qadar? Hebatnya Qiamullail Amalan Pada Lailatul Qadr Iktikaf Solat Sunat Tarawih Solat Tarawih Lapan Rakaat Witir Tarawih

Asmaulhusna

Terkini
Doa Ramadhan Hari Ke 7 Doa Ramadhan Hari Ke 6 Kadar Zakat Fitrah 2013/ 1434H Mengikut Negeri Di Seluruh Malaysia Doa Ramadhan Hari Ke 5 Doa Ramadhan Hari Ke 4

Takwim Jom Solat

Dapatkan Widget Jadwal Sholat!

Kategori

Ayat Pilihan

Menarik
Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat Solat Sunat Dhuha Solat Sunat Tahajjud Solat Sunat Witir Solat Sunat Tarawih Solat Sunat Hajat Solat Sunat Taubat Solat Sunat Rawatib Solat Sunat Istikharah

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Statistik
5,970,075 hits

Solat Sunat
Solat Sunat Solat Sunat Aidil Adha Solat Sunat Aidil Fitri Solat Sunat Asyura Solat Sunat Awwabin Solat Sunat Dhuha Solat Sunat Hajat Solat Sunat Istikharah Solat Sunat Isyraq Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) Solat Sunat Kusuf (Gerhana Matahari) Solat Sunat Lailatul Qadar Solat Sunat Musafir Solat Sunat Nisfu Syaaban Solat Sunat Rawatib Solat Sunat Tahajjud Solat Sunat Tahiyatul Masjid Solat Sunat Tarawih Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat Solat Sunat Tasbih Solat Sunat Taubat Solat Sunat Witir Solat Sunat Wuduk Solat Sunat Zawal eHalal e-fatwa Tanzil Al-Quran Radio Ikim Fm Quran Tajwid e-kamus Quran Dan Terjemahan

Link

Arkib shafiqolbu

Al-QUR'ANAMALAN ANAKARTIKEL BULAN


ISLAM

DOA Doa Harian Ramadhan DUNIAFadhilat

Asma'ul

HusnaHot Ramadhan Hot RejabKESIHATAN Khutbah


Jumaat KISAH TAULADAN MAKANANPANDUAN PUASA Rabiul
Awal Sirah

NabiSOALJAWAB AGAMA SolatSUNNAH

Tahukah

Anda? Tanah Air TAZKIRAH


HAJIUncategorized Pengunjung

TipsUMRAH DAN

Wordless WednesdayZulhijjah

Follow Blog via Email


Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email. Join 1,092 other followers

Free counters

Follow

Komentar

fozi on Solat Sunat Tarawih aretokearman onBagaimanakah Cara Rasulullah S aretokearman onKhutbah Rasulullah Di Akhir Sy Ikhmal on Solat Sunat Witir Tarawih Shafi-Q on Solat Sunat Witir Tarawih
Awan Qolbu
99 Nama Allah agama islam aidil fitri akhirat akhlak mulia al-AminAl-Quran alam semesta al

Al Quran Amalan Bismillah Amalan Rejab Anak Asma ulHusna ayat bismillah 7 Ayat Penawar Ayat Penyembuh Ayat Syifa BISMILAH 4 BISMILAH 7 BISMILLAH 4/5/6/7/9/20 Bismillah 5bismillah 6 bulan ramadhan Doa Bismillah Doa Bulan
bukhariAlhamdulillah Rejab

allah swt

doa puasa bahasa arab hamba allah hari kiamat ibu bapa ilmu

pengetahuan

/JAKIM) Jurus Bismillah kasih sayangKeredhaan Allah


4/5/6/7/9/20

IslamIstighfar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah JumaatLahad Datu malaikat masjidil haram mekah membaca
nabi muhammad Nabi Muhammad SAW Namaalhamdulillah bahasa arab puasa bahasa SAW

SWTKeredhaanNya ketakwaan kepada Allah SWT KHASIAT / FADILAT BISMILLAH


al quranmenyeru mimbar

nama Allah nikmat Palestin PUASApuasa arabRasulullah Rasulullah

religion rezeki Sabahsallallahu alaihi

wasallam Sedekah SelawatSOLAT Solat Jumaat surah al baqarah Syukur umat


Islam

Wordless Wednesday Yahudizikir Zikir Bismillah

Alexa

QR Code

Admin
Register Log in Entries RSS Comments RSS WordPress.com
Blog at WordPress.com. The Spring Loaded Theme.

Follow

Follow Shafiqolbu
Get every new post delivered to your Inbox.
Join 1,092 other followers
Sign me up

Powered by WordPress.com

Anda mungkin juga menyukai