Anda di halaman 1dari 8

Punca zina:

1. Kesedaran lemah tentang zina.


2. Tiada kawalan/sekatan ke atas sarang-sarang maksiat.
3. Perkembangan teknologi yang tidak terkawal.
4. Kelemahan hukum zina.
5. Pergaukan bebas antara lelaki dan perempuan.

JAUHI MAKSIAT,JANGAN
HAMPIRI ZINA!!
Nov19

Firman Allah :

janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan) (al-Isra : 32 )

Pesanan Rasulullah SAW :

janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya dalah syaitan
(Riwayat Tabrani)

Alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina
dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya
ialah ciuman. ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah (Riwayat Ibn
Majah)

Firman Allah :

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika
kamu menhampirinya) maka akan jadilah kamu orang-orang yang zalim. ( al-Aaraf : 19)

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan
yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina
atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (al
Nur : 3)
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin,
laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-
laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan
yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang
memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah,
Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ( al-Ahzab : 35)

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin,
apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan
(yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka
sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab : 36)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al-Araaf : 200 )

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. ( Al-Nur : 30 )

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-
saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak
yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)

Berpeganglah pada janji Allah :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu
bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan
rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )

JALAN MENUJU KE ARAH ZINA, MAKSIAT DAN DOSA

1) Bercouple. Ingat,cinta yang diredhai Allah hanyalah cinta selepas nikah.

2) Sms dan bergayut di telefon antara ajnabi (bukan mahram) tanpa sesuatu urusan yang
mustahak. Sampai bila boleh jamin hati suci tanpa maksiat??
3) Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Pergi tengok wayang, pergi karaoke dengan
lelaki dan perempuan. Walaupun ramai, ia tetap pergaulan bebas.

4) Memandang ajnabi secara sengaja, berjumpa, keluar makan. Mula-mula kawan, lama-
lama,jadi couple dah. Bila dah couple, mula la nak keluar malam-malam, siang ramai orang,
nak jumpa kat tempat privacy konon. Lama-lama, jadilah benda yang tidak diingini spt
bersentuhan,makin dekat n then, hanyut sama-sama.

cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta
cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..

sumber : http://wana93.wordpress.com/2009/11/13/cinta-remaja/

Islam takde ke couple-couple ni?


Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah
kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa
perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali
nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja
semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan
turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian
berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,
duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah
sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah
tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh
makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan
kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan,
takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke
arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Adakah perbezaan antara sahabat dan kekasih?
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta
adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah
percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-
buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang,
penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan
harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu
dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit
dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan
terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi,
perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap
kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada
hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya
merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah
kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.

Faktor Penyebab Berlakunya Jenayah Zina


1. Sarang maksiat yang cukup banyak dalam negara memberikan kredit tertinggi dalam
meningkatkan kadar kes zina. Tiada satu kawalan atau sekatan berkesan terhadap sarang-sarang
maksiat seperti pusat disko, karaoke, rumah urut, kelab malam dan sebagainya.

2. Perkembangan teknologi yang tidak terkawal sehingga terlalu mudah untuk melayari laman-
laman web lucah dan pornografi serta media yang tidak peka dengan nilai moral serta sensitiviti
masyarakat dalam menyiarkan filem-filem dan iklan yang melanggar dasar etika dan akhlak.

3. Kelemahan hukuman jenayah zina yang dilihat amat ringan berbanding hukuman syariah dan
ia dipandang tidak

menggerunkan para penjenayah serta tidak mampu mengajar mereka bahkan mereka berani
mengulangi jenayah berulang kali tanpa rasa malu.

4. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan di mana sahaja sehingga di pusat pendidikan sendiri
bermula sekolah tadika sampailah universiti lebih-lebih lagi dalam program-program hiburan
seperti konsert, jom heboh, sua rasa serta sambutan-sambutan rasmi kerajaan seperti tahun baru
dan lain-lain.

5. Kesukaran untuk melaksanakan perkahwinan yang mana menelan belanja puluhan ribu ringgit
yang menyebabkan para pemuda-pemudi lebih suka menjalin hubungan tanpa ikatan
perkahwinan dengan alasan tidak mampu berkahwin.

6. Cara hidup barat terlalu menebal sehingga merasakan perbuatan zina bukanlah satu perbuatan
yang jijik bahkan salah satu bentuk menifestasi kasih sayang dan rindu antara lelaki dan wanita.
7. Kesedaran masyarakat yang lemah dalam membendung muqaddimah zina seperti membiarkan
budaya couple, hubungan intim perempuan dengan lelaki bukan mahram, tidak mempedulikan
lansung persoalan maksiat yang berlaku di depan mata, takut membuat aduan dan lain-lain
ditambah penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkuasa seperti jabatan agama.

Penyelesaian

a) Terhadap Faktor

1. Menyekat pertumbuhan sarang-sarang maksiat.

2. Mengawal penyalahgunaan teknologi dan mewajibkan perisian yang menyekat pengguna


daripada melayari laman-laman web lucah dan sebagainya serta kawalan media massa yang
menyeluruh melalui tapisan filem dan iklan.

3. Penguatkuasaan hukuman syariah yang betul seperti yang termaktub dalam al-Quran.

4. Membuat pengasingan antara lelaki dan perempuan di pusat-pusat pendidikan dan mengawal
percampuran antara lelaki dan perempuan dalam semua program.

5. Memudahkan proses perkahwinan bagi mereka yang tidak mampu dengan kerjasama jabatan
agama dan pihak berwajib dengan menyediakan sumber ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh
pasangan yang ingin berkahwin seperti skim pinjaman perkahwinan dan lain-lain.

6. Kempen menjauhi zina dan pergaulan bebas besar-besaran yang dilakukan sepanjang tahun
serta memperbanyakkan aktiviti kesedaran seperti ceramah, forum dan dakwah tanpa mengira
bangsa dan agama.

7. Menambah bilangan penguatkuasa agama di setiap negeri dan memberi galakan supaya
membuat laporan terhadap setiap kes-kes dan aktiviti yang mencurigakan serta perlindungan
terhadap mereka yang melaporkannya.

b) Melalui Hukuman

1. Islam telah meletakkan satu hukuman yang keras terhadap penjenayah zina di mana hukuman
sebat 100 kali dilaksanakan kepada penzina yang belum berkahwin dan hukuman rejam sampai
mati kepada penzina yang telah berkahwin dan pernah melakukan hubungan kelamin yang sah.

2. Oleh kerana wujudnya halangan untuk melaksanakan hukuman syariah dalam negara ini,
pihak kami mencadangkan supaya setiap aktiviti zina perlu dikira sebagai jenayah tanpa mengira
bangsa dan agama dan hukuman yang lebih berat daripada apa yang ada seperti sebat dan penjara
perlu dikuatkuasakan samada ianya diputuskan oleh mahkamah syariah sendiri bagi orang Islam
dan sivil bagi bukan Islam.

3. Kami juga mencadangkan penguatkuasaan dalam isu zina dan khalwat tidak terhad kepada
orang Islam sahaja bahkan diperluaskan skopnya kepada bukan Islam kerana zina perlu dianggap
sebagai musuh utama negara sama juga seperti dadah.

4. Melaksanakan hukuman denda kepada mana-mana individu yang berpakaian menjolok mata
dan melakukan aktiviti tidak sopan.

Kesimpulan

Segala bentuk cadangan dan perlaksanaan hukuman yang dinyatakan dalam artikel ini adalah
melihat kepada betapa kejinya aktiviti penzinaan dalam negara dan betapa membarahnya gejala
membuang bayi serta rogol sedangkan tindakan menghapuskan sumber-sumber berlakunya
maksiat tersebut dipandang remeh oleh pihak berwajib. Kita seharusnya sedar setiap penyakit
sekiranya tidak diubati dari akarnya maka harapan untuk sembuh tidak akan berjaya.

Faktor-faktor yang membawa kepada perzinaan

Pertama : Pandangan mata

Pandangan inilah yang harus kita jaga sebelum yang lainnya. Hal ini mengingatkan bahawa
orang yang tidak mampu menjaga pandangan matanya akan membawa ke bawah(shahwat dan
zina) iaitu akan menimbulkan kerosakan yang diakibatkan untuk berzina.Jika seseorang
membiarkan pandangannya liar, maka akan membuatkan nafsu ini berkeliaran sehingga
membuatkan keinginan menjadi liar dan pada saat itu seseorang akan terjerumus ke dalam jurang
kehancuran.

Nabi s.a.w bersabda janganlah kamu turuti matamu memandang ke semua arah, kerana mata
bagimu adalah sesuatu yang paling utama bukannya sesuatu yang tidak perlu kerana semua
kehancuran bermula daripada mata.

Kedua : Keinginan Hati

Keinginan pada dasarnya sangatlah mustahil untuk kita hilangkannya yang memungkinkan kita
berlakunya perbuatan baik atau buruk.Ini bermaksud keinginan itu merupakan kekuatan ke arah
tindakan positif atau negatif.Oleh yang demikian,orang yang tidak memiliki keinginan tidak kan
berjaya menggapai cita-citanya.Siapa yang mampu menjaga keinginannya untuk kebaikan
nyatalah dia mampu mengendali dirinya, menahan hawa nafsunya dan menghindarkan dirinya
daripada keburukan,kebinasaan dan kehancuran.

Ketiga : Dorongan akal fikiran

Dorongan atau keinginan yang mendorong akal fikiran tidak akan melebihi keinginan yang ada
di dalam hati sanubari.Oleh yang demikian, datangnya syariat, datangnya kemaslahatan dunia
dan akhirat hanya bergantung kepada akal dan fikiran.Semakin agung dan tinggi akal
fikiran,semakin sempurna dan berguna kehidupan seseorang.
Keempat : Mengikut hawa nafsu

Allah menyusun jiwa manusia kepada dua bahagian :

1. Nafsu amarah iaitu nafsu yang selalu mengajak kepada keburukan.

2. Nafsu mutma`innah iaitu nafsu yang selalu yang mengajak kepada kedamaian.

Keduanya selalu tarik menarik.Jika salah satu terasa berat,maka yang satu lagi tentu lebih
ringan.Jika nafsu mutma`innah berat,maka nafsu ammarah ringan, begitu juga sebaliknya.Kedua-
duanya dapat dirasakan jika seseorang telah melalui dan merasakannya.Ramai manusia yang
terlena, baik nafsu amarah mahupun nafsu mutma`innah,akan tetapi nafsu ammarah lebih
cenderung kepada keburukan kerana ia mudah memujuk manusia.Sedangkan nafsu mutma`innah
akan terasa nikmat apabila pelakunya membiasakan diri dengan memaksa jiwanya untuk
mengingati jalan yang lurus.

Kelima : Pergaulan bebas

Faktor ini banyak menyumbang ke arah berlakunya perzinaan. Ia bermula dari peringkat sekolah
rendah dan peringkat universiti dan ketika bekerja.Jika tidak menjaga batasan aurat serta tutur
kata boleh menyumbang ke arah berlakunya perzinaan.

Sheikh Abdullah Nasih Ulwan dalam Tarbiyyah al Aulad menyebut,Pada hari ini,percampuran
antara lelaki dan perempuan Islam telah berlaku di sekolah dan pejabat.Kononnya percampuran
ini akan memurnikan perasaan semulajadi di samping melepaskan tekanan hawa nafsu dan
menjadikan pertemuan antara lelaki dan perempuan merupakan perkara biasa.

Keenam : Berkhalwat atau berdua-duaan

Hal ini menyumbang kepada timbulnya nafsu berahi kerana sering bertemu.Ibnu Qayyim
berkata,Bahkan tidak jarang orang yang selalu mendekati Allah s.w.t dan beribadat juga tergoda
utnuk melakukan perbuatan zina,padahal sebelumnya dia benar-benar menjauhi perkara mungkar
apatah lagi mendekati zina.Namun,kerana sering bersama,akhirnya teringin untuk melakukan
perzinaan yang akhirnya dia bagaikan haiwan yang menuruti nafsunya tanpa
mengawalnya.Secara tidak langsung orang yang melakukan perzinaan sikapnya bagaikan
haiwan.

Ketujuh : Pengaruh media massa

Sheik Abdullah Nasih Ulwan menyebut sebab yang membawa kepad penyelewengan anak serta
keruntuhan akhlak.Antaranya,

Seorang bapa yang membiarkan anak-anaknya menonton televisyen yang penuh dengan
gambaran syahwat atau isi-isi yang berunsur lucah,pastinya anak-anak akan terdidik
dengan sifat tidak berkeperibadian dan akan dibiasakan dengan sifat-sifat terbuka tanpa
pegangan.Keadaan ini akan menyebabkan segala pengertian kemuliaandan peradaban
islam yang mulia.

Imam Al Bukhari dalam sahihnya daripada Amr Ibn Maimun al Audi berkata,Pada masa
jahiliyah,aku pernah melihat seekor kera berzina dengan kera yang lain.Kemudian semua kera
mengerumuni mereka berdua yang sedang berzina dan melemparinya dengan batu hingga mati
kedua-duanya.

Kemudian Imam al Bukhari menceritakan bahawa perbuatan zina adalah perbuatan zina sehina-
hina perbuatan bagi manusia kerana perbuatan itu menyebabkan kebinasaan dan
kehancuran.Kesan di dunia ini menyebabkan seksa yang sangat pedih dan penderitaan akhirat
yang tidak ada batasnya.

Semoga kita dan keturunan kita dipelihara daripada bala zina ini.

Anda mungkin juga menyukai