Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti individu 20 April 2021 MBE10103 Falsafah Pendidikan.

Topik 5: Falsafah Pendidikan Islam

Panel: Dr Nur Sofurah Mohd Faiz


(Falsafah Pendidikan Islam dalam Kursus Falsafah Pendidikan)

Aspek refleksi Penerangan


Daripada perbincangan Dr Nur Safourah, saya berasa sangat
teruja apabila mendengar tentang falsafah pendidikan
kebangsaan ini kerana banyak input baru yang boleh
diperdengarkan di mana program seperti ini amat jarang diwar-
Bisikan hati
warkan terutamanya di kalangan pelajar. Dr Nur Safourah
telah mencurahkan segala pengetahuan dan ideanya dengan
begitu bersemangat yang membuatkan saya untuk terus fokus
dalam perbincangan tersebut.

Kebanyakan perbincangan atau forum tentang falsafah ini rata-


rata tidak disambut dengan hangat kerana ramai yang masih
tidak faham dan menganggap falsafah ini adalah satu perkara
yang membosankan. Hal ini kerana bidang falsafah ini masih
tenggelam pada mata masyarakat dan seharusnya pihak seperti
Menganalisis/menilai
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Institut Pengajian
Tinggi (IPT) membuat satu gerakan semua pelajar-pelajar
diwajibkan untuk mempelajari bidang falsafah. Dalam pada
itu, dengan bidang falsafah inilah yang akan melahirkan
generasi yang berpengetahuan dan maju.

Dengan kepentingan bidang falsafah ini kepada pendidikan,


saya sedar bahawa saya perlu mendalami atau menambah lagi
Kesedaran baharu
ilmu tentang falsafah dan menghadiri banyak webinar atau
forum yang membincangkan tentang falsafah ini.

Saya akan terus mencari ilmu tentang falsafah ini dan akan
mengaplikasi falsafah dalam kehidupan kerana saya percaya,
penerapan falsafah itu sendiri akan menjadikan saya sebagai
Cadangan tindakan
manusia/pelajar yang berhikmah, bepengetahuan luas, dan
bersifat maju dalam kehidupan.
Panel: Dr Halimi Mohd Khalid
(Falsafah Pendidikan Islam dalam kehidupan pelajar)

Aspek refleksi Penerangan


Saya berasa teruja sepanjang perbincangan daripada Dr Halimi
kerana tajuk beliau “Falsafah Pendidikan Islam dalam
Bisikan hati kehidupan pelajar” amat berkait rapat dengan diri saya sebagai
seorang Islam dan pelajar. Dr Halimi juga telah menerangkan
tajuk ini dengan begitu bersemangat dan begitu teliti.

Tajuk yang diberikan oleh Dr Halimi sangat berguna bagi


seorang muslim dan pelajar dan sangat bagus jika diaplikasi
Menganalisis/menilai dalam kehidupan untuk membentuk diri, mengasuh peribadi,
membina kemahiran diri dan menjadi contoh teladan dalam
penghayatan cara hidup islam berdasarkan Al-Quran dan As-
Sunnah.
Perbincangan ini telah mengubah persepsi saya bahawa,
sebagai seorang pelajar yang menginginkan sebuah kejayaan
dalam hidup dan menjadi insan yang berguna kepada
Kesedaran baharu
masyarakat, saya haruslah selarikan matlamat kehidupan
dengan menjalankan amanah saya sebagai seorang yang
beragama Islam.

Tindakan yang akan saya lakukan adalah seimbangkan ilmu-


ilmu dunia dan ilmu akhirat yang akan menjadikan diri saya
Cadangan tindakan
lebih manusiawi.

Panel: Ustaz Mohd Lotfi Solihan


(Falsafah Pendidikan Islam dalam paradigma tauhid)

Aspek refleksi Penerangan


Dalam perbincangan oleh Ustaz Mohd Lotfi, saya berasa
gembira dan berpuas hati kerana beliau telah menekan isu
tauhid dimana ilmu tauhid adalah ilmu yang sangat penting
Bisikan hati terutamanya bagi pelajar muslim dalam bidang falsafah. Ustaz
Mohd Lotfi telah membincangkan tajuk ini dengan penuh
berdedikasi dan professional di mana dapat menarik perhatian
pelajar untuk meneruskan mendengar perbincangan beliau.

Sebagai seorang yang beragama Islam, amatlah penting bagi


individu tersebut untuk mempelajari ilmu tauhid kerana
dengan ilmu tersebutlah mereka akan lebih mengenal tuhan,
Menganalisis/menilai mengenal diri dan mengenal makhluk lain di atas muka bumi
ini. Penggabungan ilmu falsafah ini dalam paradigma tauhid
menjadikan seseorang itu lebih manusiawi.
Perbincangan ini tekah mengubah persepsi saya bahawa ilmu
ilmu falsafah tidak bergerak sendiri, malah ianya dapat
memberikan impak yang sangat besar kepada paragdigma
Kesedaran baharu
tauhid akan memberikan perubahan besar kepada individu dan
saya sendiri untuk menjadi manusiawi dalam elemen
kerohanian, keilmuan, sosial dan sikap keperibadian.

Cadangan saya adalah memperbanyakkan lagi ilmu falsafah


dalam diri agar dapat merentasi paradigma tauhid tersebut dan
Cadangan tindakan
menjadi insan yang lebih berilmu dan berakal.

Anda mungkin juga menyukai