Anda di halaman 1dari 12

Laporan/Tugasan 10%

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM TVET

MBE 10103

SEMESTER 2 2020/2021

PROJEK INDIVIDU

NAMA : NUR ANIS AMINAH BINTI TAJULDIN

NO MATRIK : HB200036

NAMA PENSYARAH : DR HASHIMA BINTI HAMID

FAKULTI : PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


Laporan/Tugasan 10%

LAPORAN KEMAJUAN/PROGRESS REPORT KARYA PHILO-SOPHIA


LAPORAN : MINGGU 5

SEKSYEN :1

ACTIVITY/ TOPIK I : a) Why do I want to become a teacher/educator?


b) What was my initial impressions on Philosophy?
c) After three weeks of lectures, how can I change my views on EducationaL
Philosophy?

NAME : NUR ANIS AMINAH BINTI TAJULDIN

NO MATRIK : HB200036

A) AKTIVITI:

- Mempelajari platform odoo.com untuk membuat blog

- Memilih imej/ design yang sesuai untuk diletakkan di dalam blog

- Memilih sumber-sumber yang berkaitan untuk dijadikan sebagai rujukan semasa menulis di dalam blog

- Mendraf ayat yang sesuai untuk menulis di dalam blog

B) BAHAN SOKONGAN (cth: Imej/diari/penulisan draf/rakaman)

C) PENGALAMAN POSITIF SETAKAT INI:

Sebelum diberikan tugas untuk menulis di blog, saya hanya


mendapat tahu beberapa medium sahaja untuk membuat
blog dan saya sangkakan untuk membuat blog adalah
sangat rumit dan sukar. Tetapi apabila saya menerokai
dengan lebih mendalam, saya mendapat tahu tahu bahawa
begitu banyak website yang menawarkan untuk membuat
blog sendiri. Penyelenggaraan dan menghias blog juga
Laporan/Tugasan 10%

tidak sukar kerana adanya manual yang diberikan oleh website tersebut. Kini saya dapat menambah
pengalaman dan bakat saya untuk menulis dan mengedit blog dengan lebih menarik lagi.

D) CABARAN SETAKAT INI:

Namun begitu, cabaran yang saya terima adalah apabila saya tidak mempunya sambungan internet yang
kuat, maka saya tidak boleh menulis dan kebarangkalian post saya akan hilang jika saya sedang menuis
dan mendapati tiada sambungan internet. Justeru itu, saya akan memastikan saya memilih waktu yang
benar-benar sesuai dengan keadaan internet yang stabil.

E) LINK BLOG:

https://myphilosophy.odoo.com/
Laporan/Tugasan 10%

LAPORAN KEMAJUAN/PROGRESS REPORT KARYA PHILO-SOPHIA


LAPORAN : MINGGU 10

SEKSYEN :1

ACTIVITY/ TOPIK I : a) Who is the best teacher you have ever known?
b) What qualities related to philosophy that made this person a great teacher?
c) Identify the teacher’s natural perspectives in philosophy – 4 types of
Western Philosophy & 3T Islamic Philosophy. Discuss how their perspective
had nurtured yours.

NAME : Nur Anis Aminah binti Tajuldin

NO MATRIK : HB200036

A) AKTIVITI:

- Memilih imej/ design yang sesuai untuk diletakkan di dalam blog

- Memilih sumber-sumber yang berkaitan untuk dijadikan sebagai rujukan semasa menulis di dalam blog

- Mendraf ayat yang sesuai untuk menulis di dalam blog

- Mengulangkaji berkenaan falsafah barat dan falsafah islam untuk penerangan di dalam blog

B) BAHAN SOKONGAN (cth: Imej/diari/penulisan sraf/rakaman)


Laporan/Tugasan 10%
Laporan/Tugasan 10%
Laporan/Tugasan 10%

C) PENGALAMAN POSITIF SETAKAT INI:

Daripada tugas yang diberikan dan menjawab persoalan-persoalan yang diberikan, saya mendapat ilmu
yang lebih luas lagi kerana ianya tidak bergantung kepada pembelajaran dari dalam kelas, malah
memerlukan sumber daripada,luar sebagai contoh daripada artikel jurnal yang lepas dan blog-blog yang
dapat memberikan penjelasan yang sangat baik dan mudah difahami. Secara tidak langsung, ianya
menambah pengetahuan saya dengan lebih mendalam berkenaan falsafah dan perkaitannya dengan
saya, iaitu seorang bakal guru. Pendidikan falsafah amat penting bagi pendidik kerana falsafah
menjadikan seseorang guru atau pendidik itu lebih berkualiti, bertanggungjawab dan bersemangat
dalam bidang profesionnya.

D) CABARAN SETAKAT INI:

Namun begitu, cabaran yang saya terima adalah apabila saya tidak dapat sumber yang mencukupi untuk
meluaskan lagi penulisan saya dan pengetahuan untuk menjawab persoalan tersebut. Saya mengambil
masa yang lama untuk menjawab kerana khuwatir akan tersilap pandangan kelak akan memberikan
pengetahuan yang salah kepada pembaca-pembaca. Oleh itu, saya perlukan sumber yang mencukupi
untuk berkongsi pengetahuan yang benar.

E) LINK BLOG:

https://myphilosophy.odoo.com/
Laporan/Tugasan 10%

LAPORAN AKHIR KARYA PHILO-SOPHIA


LAPORAN : MINGGU 14

SEKSYEN :1

NAMA : NUR ANIS AMINAH BINTI TAJULDIN

NO MATRIK : HB200036

A) LINK KEPADA BLOG

https://myphilosophy.odoo.com/

B) BAHAN SOKONGAN
Laporan/Tugasan 10%
Laporan/Tugasan 10%
Laporan/Tugasan 10%

C) PENGALAMAN POSITIF MELENGKAPKAN PROJEK:

Saya berasa ini adalah pengalaman baharu bagi saya kerana dapat melengkap projek melalui penulisan
blog. Saya dapat berbagai-bagai penambahan ilmu dari segi membuat blog kepada ilmu untuk
menjawab segala persoalan yang telah dikemukan oleh pensyarah. Ia bukanlah hanya dari segi teori,
malah projek ini mengajar saya dari segi praktikal untuk mengajar saya untuk membuat blog sehingga
sata mahir dalam meulis blog. Saya harap saya akn meneruskan menulis blog ini walaupun projek ini
sudah berakhir.

D) CABARAN & HALANGAN MELENGKAPKAN PROJEK:

Cabaran yang saya alami adalah saya kekurangan sumber bacaan dan adakalanya saya tidak tahu untuk
mengembangkan idea saya untuk menulis. Maka, saya memerlukan masa yang agak panjang untuk
melengkap satu persoalan yang diberikan oleh pensyarah. Selain daripada itu, saya juga mengalami
masalah internet untuk melengkap semua persoalan. Namun begitu, semua cabaran tersebut dapat saya
tempuhi dan dapat menyiapkan projek ini tepat pada waktunya.

E) REFLEKSI ANDA TERHADAP PROJEK BLOG KARYA PHILO-SOPHIA

Refleksi soalan Topik yang diberikan:

Saya mendapati soalan topik yang diberikan adalah sangat bagus kerana ia dapat mengembangkan
pengetahuan ilmu saya tentang falsafah dan memberikan saya gamabaran yang lebih jelas lagi tentang
bagaimana falsafah itu diaplikasikan di dalam diri saya sendiri. Selain itu, persoalan topik yang diberikan
juga dapat melatih saya untuk memegang sati prinsip hidup dan juga falsafah diri untuk menjadi seorang
guru yang lebih berdedikasi, bertanggungjawab dan kaya dengan ilmu. Oleh hal yang demikian kerana
seorang guru itu seharusnya mempunyai banyak pengetahuan dan harus menjadi seorang yang sentiasa
berfikir. Projek ini juga telah mengajar saya untuk menjadi seorang yang sentiasa untuk berfikiran
rasional dan berfikir logik sterusnya membina jati diri yang kuat untuk menempuhi pelbagai cabaran
yang akan mendatang.

Refleksi pengajaran pensyarah:

Pengajaran yang diberikan oleh pensyarah amat memberikan banyak manfaat kepada saya. Antaranya
adalah mengajar saya untuk menjadi seorang yang sentiasa mengejar ilmu dan seorang yang berfikir.
Kerana salah satu sikap individu yang berjaya adalah orang yang suka mencari ilmu dan seorang yang
suka berfikir. Ini sedikit sebanyak memberikan saya sinar baharu dalam kehidupan saya untuk mencipta
masa depan saya yang lebih cerah dan lebih baik. Pengajaran daripada pensyarah juga banyak
menerapkan unsur-unsur nilai murni yang baik untuk menjadi seorang pelajar dan manusia yang
manusiawi.
Laporan/Tugasan 10%

Refleksi penerimaan pelajar kepada kursus Falsafah Pendidikan:

Pada permulaan pembelajaran, saya merasakan subjek ini bukanlah subjek yang mudah. Ramai orang
cenderung menganggapnya sebagai bahasa yang asing di mana ianya lebih baik diserahkan kepada
orang yang pakar di dalam falsafah tersebut. Namun begitu, setelah menjalani selama 14 minggu di
dalam kelas falsafah pendidikan ini, ternyata tanggapan saya adalah tidak betul sama sekali. Ianya
bukanlah belajar falsafah demi falsafah sendiri tetapi ia adalah belajar falsafah dengan tujuan untuk
lebih memahami keluasan skop dan konteks isu semasa. Falsafah ialah suatu bidang yang menyediakan
guru-guru untuk menjawab persoalan-persoalan mencabar dengan hikmah. Bahkan makna falsafah
adalah cinta hikmah. Kesejahteraan adalah berlandaskan hikmah.

Anda mungkin juga menyukai