Anda di halaman 1dari 5

(NILAI MURNI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM)

SOALAN 2B .

Huraikan Teras Perkhidmatan Awam yang terkandung dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 5/79 dapat membantu guru melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi keseronokan bekerja.

Pendahuluan. Guru sememangnya memainkan peranan penting dalam melahir dan membentuk generasi yang akan datang. Guru-guru yang cemerlang akan dapat melahirkan muridmurid yang gemilang. Untuk melahirkan guru yang cemerlang, maka seorang guru itu harus merasa seronok dan selesa dengan persekitarannya serta cintakan tugasnya. Untuk mencapai tahap tersebut terdapat satu Surat Pekeliling yang dapat membantu guru melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang dan memberi keseronakan bekerja. Surat Pekeliling tersebut ialah Surat Pekeliling Am Bilangan 5/79 yang mengandungi Teras Perkhimatan awam yang menjadi garis panduan kepada para penjawat awam. Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 Teras Perkhidmatan. Antara Teras Perkhidmatan tersebut adalah :

i. Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan. Sebagai seorang guru untuk meninggikan mutu perkhidmatannya, ia harus bertanggungjawab untuk membaiki mutu perkhidmatan dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latihan-latihan tertentu serta menguasai beberapa kemahiran tertentu dalam proses pengajarannya. Sebagai seorang guru, seseorang itu juga perlu memperluaskan pembacaannya kerana ilmu pengetahuan adalah pembelajaran sepanjang hayat dan hanya menerusi pembacaan sahaja mampu untuk mepertingkat

llmu dalam diri seseorang individu. Melalui pembacaan juga juga guru dapat menempuh pelbagai cabaran sebagai guru kerana di zaman yang globaliasi ini terdapat pelbagai ragam para pelajar yang kadang-kala mereka lebih advance daripada guru mereka sendiri. Guru juga harus sering berbincang sesama mereka atau pun dengan golongan yang lebih berpengalaman. Pertukaran pendapat dan pandangan ini secara tidak langsung dapat meninggikan mutu perhidmatan guru sekaligus mewujudkan suasana yang menyeronokan di tempat kerja kerana hubungan baik sesama mereka. Selain daripada itu, kesediaan seorang guru untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan oleh pihak-pihak lain adalah satu sikap yang terpuji dan seharusnya diamalkan dalam diri sesiapa sahaja.

ii. Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab. Setiap guru dikehendaki bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin seperti mana diharapkan oleh semua pihak. Sekiranya seorang guru itu bekerja dengan penuh tanggungjawab maka ia dapat meninggikan mutu perkhidmatannya dan sekaligus dapat memberi keseronakan bekerja. Seseorang guru itu bukan hanya bertanggungjawab dalam tugasnya tetapi juga bertanggungjawab terhadap pelajarnya, ibu bapa dan juga kepada masyarakat di sekelilingnya. Seorang guru yang cemerlang akan sentiasa memastikan segala tanggungjawabnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

iii. Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri. Sebagai seorang guru, sesorang guu itu perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukkannya bagi mencari keuntungan diri sendiri. Selain daipada itu, sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan yang mendalam. Sikap mementingkan diri bukan hanya akan merugikan diri sendiri tetapi juga akan dibenci oleh orang lain. Sikap seumpama ini tidak harus ada dalam diri seorang guru kerana

keperbadian guru akan sentiasa menjadi contoh dan akan diperhatikan oleh orang ramai. Sekiranya seorang guru itu mengamalkan sikap mementingkan diri, ia bukan hanya akan menjatuhkan martabat profesion keguruan tetapi juga akan menyebabkan wujud suasana kerja yang tidak menyeronokkan.

iv. Berkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan Kemesraan. Seperti yang kita maklum, Negara Malaysia yang terkenal dengan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan seumpama ini memerlukan kesemua kakitangan kerajaan bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan. Sebagai seorang guru, kita tidak dapat lari akan mengamalkan Teras Perkhidmatan Awam ini. Guru yang baik adalah guru yang disayangi oleh para pelajar. Untuk memperolehinya seorang guru itu, harus bersikap muhibbah dan penuh kemesraan. Sikap sedemikian juga bukan hanya akan disenangi oleh para pelajar tetapi juga rakan sejawat yang lain termasuk masyarakat di sekelilingnya.

v. Bekerja Kearah Memajukan Pemikiran Rakyat. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang guru membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya. Ini bersesuaian dengan peranan yang dimainkan oleh guru sebagai agen di antara pelajar dan masyarakat. Setiap guru sentiasa memikirkan bagaimana untuk memajukan pemikiran pelajar dan masyarakat agar kesemua mereka bergerak maju selari dengan kemajuan negara.

vi. Bekerjasama Dalam Membenteras Keselamatan dan Musuh-Musuh Negara.

Semua pihak adalah terlibat dalam usaha membenteras kelemahan negara seperti kemiskinan, kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara semua pihak awam, swasta serta golongan-golongan tertentu adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara ke arah pembangunan yang menyeluruh. Di sini, peranan guru amatlah penting dalam mendidik anak bangsa agar mereka disemai dengan semangat cintakan negara serta hidup bersatu padu antara satu sama lain. Sekiranya seorang guru itu berjaya menyemai perasaan bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuh-musuh negara maka ia adalah seorang guru yang cemerlang dan disegani ramai.

vii. Berpegang Teguh Kepada Ajaran Islam. Seharusnya sebagai seorang guru, ia perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam agar apa yang dilakukan akan diberkati dan diredhai oleh Yang Maha Esa. Sekiranya kita bekerja dengan penuh keredhaanNya, maka tidak mustahil jika kita cemerlang dalam kerjaya dan akan terus mencapai kejayaan yang diimpikan. Berpegang teguh kepada ajaran Islam juga adalah penting kerana ia dapat dijadikan panduan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab pada landasan yang betul dan tidak tersasar tujuannya.

Rumusan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan di sini bahawa untuk menjadi guru yang cemerlang, seorang guru itu harus mengamalkan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin. Guru bukan sahaja bekerja untuk memperolehi pendapatan sematamata tetapi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang amat besar sekali. Seseorang guru sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-nilai murni dan etika kerja dalam pengurusan kerjayanya. Sebagai seorang guru yang cemerlang, ia haruslah bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Guru juga perlu bersikap tidak mudah putus asa

dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengharapkan kecermelangan serta sanggup menghadapi cabaran serta persaingan dalam perubahan semasa demi meningkatkan maruah, agama, bangsa dan negara. Ternyata Teras perkhidmatan Awam yang terkandung dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 5/79 dapat membantu guru melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang dan berjaya memberi keseronokkan bekerja.

Anda mungkin juga menyukai