Anda di halaman 1dari 27

UNIT 11

INOVASI
DAN
PERUBAHAN
SYAHIRAH SHAH
1. Menghuraikan kepentingan inovasi dalam
organisasi
2. Menerangkan cara-cara menguruskan
HASIL inovasi dengan berkesan
PEMBELAJARA 3. Membincangkan empat faktor yang
N menyebabkan perubahan dan cara-cara
menguruskan perubahan dalam organisasi
4. Menerangkan halangan-halangan kepada
perubahan dalam organisasi dan cara-cara
mengatasinya.
MENGAPAKAH INOVASI PENTING?
Inovasi dalam organisasi bermaksud kejayaan dalam
pelaksanaan idea kreatif dalam organisasi.
Dari manakah datangnya idea? Idea yang kreatif
datang daripada kreativiti yang kemudiannya
membuahkan hasil yang berguna kepada organisasi.
KITARAN TEKNOLOGI
Titik A
• Pada peringkat awal kewujudan teknologi masih terdapat banyak lagi yang boleh dipelajari dalam usaha untuk membangunkannya, ini menyebabkan
kemajuannya agak perlahan.
Titik A ke Titik B
• Terdapat sedikit peningkatan dalam usaha (dalam bentuk kewangan, penyelidikan dan pembangunan) namun ia hanya memberikan sedikit peningkatan
dalam prestasi teknologi.
Titik B
• Apabila teknologi ini telah matang para penyelidik telah mengenal pasti cara-cara untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik daripada teknologi
tersebut.
Titik B ke Titik C
• Hanya sedikit suntikan usaha sudah cukup untuk meningkatkan prestasi teknologi ke tahap yang memberangsangkan.

Titik C
• Usaha tambahan dalam membangunkan teknologi itu hanya akan membuahkan sedikit peningkatan sahaja dalam prestasi.
• menandakan bahawa teknologi telah mencapai tahap maksimum.
• Ini bermakna bahawa usaha tambahan tidak lagi akan membawa sebarang manfaat atau peningkatan prestasi teknologi tersebut.

Keluk S
• Mencapai had maksimum, peningkatan dalam prestasi biasanya adalah dari teknologi baru atau terkini.

Keluk S yang kedua


• Mewakili teknologi baru yang menggantikan teknologi lama.
PENGURUSAN INOVASI
1. MENGURUS SUMBER-SUMBER INOVASI
2. MENGALAKKAN PERSEKITARAN KERJA
YANG KREATIF
MENGURUS SUMBER-SUMBER
INOVASI
Inovasi bermula dengan kreativiti. Sesebuah organisasi perlu
mewujudkan persekitaran kerja yang kreatif untuk menjana
kreativiti.
Persekitaran kerja yang kreatif bermaksud budaya di tempat
kerja di mana pekerja percaya bahawa idea-idea baru dinilai,
dihargai dan digalakkan.
MENGALAKKAN PERSEKITARAN
KERJA YANG KREATIF
MENGALAKKAN PERSEKITARAN
KERJA YANG KREATIF
(a) Galakan daripada Organisasi

• Pihak pengurusan menggalakkan pengambilan risiko dan idea-idea baru, menyokong dan membuat penilaian yang baik terhadap
idea-idea tertentu, memberi ganjaran dan pengiktirafan ke arah kreativiti dan menggalakkan perkongsian idea-idea baru di antara
jabatan dalam organisasi.

(b) Galakan daripada Penyelia

• Galakan yang diberikan oleh orang-orang yang berada dalam rantaian arahan kepada seseorang pekerja.
• Galakan seperti ini diberikan oleh pengurus untuk menggalakkan interaksi terbuka dengan orang bawahan dan menunjukkan
sokongan secara langsung ke arah pembangunan idea-idea baru.

(c) Galakan daripada Kumpulan Kerja

• Galakan ini wujud apabila ahli-ahli kumpulan mempunyai kepelbagaian dari segi pengalaman, pendidikan dan latar belakang dan
ada sikap terbuka dalam sumbangan dan perkongsian idea.
• Sedikit kuasa diberikan kepada pekerja berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pekerjaan mereka.
• Penyerahan kuasa ini memberi ruang kepada mereka untuk membuat keputusan.
• Dengan cara ini, pekerja dapat menghasilkan idea yang berguna dalam membantu mereka melaksanakan kerja dengan jayanya.
PERUBAHAN DALAM ORGANISASI
1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN
2. MENGURUS PERUBAHAN
3. ASPEK-ASPEK YANG BOLEH DIUBAH OLEH EJEN PERUBAHAN
4. HALANGAN KEPADA PERUBAHAN
1. HALANGAN SECARA INDIVIDU
2. HALANGAN ORGANISASI

5. MENGATASI HALANGAN KEPADA PERUBAHAN


6. CARA-CARA MENGURUS PERUBAHAN
PERUBAHAN DALAM ORGANISASI
Organisasi biasanya menghadapi dua jenis persekitaran: stabil dan dinamik.

Dalam masa kini, adalah hampir sukar untuk mencari satu persekitaran perniagaan yang benar-benar
stabil.

Organisasi masa kini berdepan dengan persekitaran yang dinamik di mana faktor-faktor persekitaran
sentiasa berubah dengan cepat.

Jika sesebuah organisasi itu tidak mampu mengendalikan perubahan persekitaran, ia mempunyai
peluang yang tipis untuk mengekalkan kedudukannya dalam bidang perniagaan.

Oleh itu, organisasi perlu sentiasa memantau dan melihat kesan setiap perubahan.

Sebarang perubahan boleh membawa peluang atau ancaman bagi organisasi.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA
KEPADA PERUBAHAN
MENGURUS PERUBAHAN
Menurut Robbin (1998), terdapat
dua matlamat perubahan, iaitu:
(a) Untuk meningkatkan keupayaan
organisasi dalam menerima cabaran
dan perubahan dalam persekitaran
(b) Untuk mengubah tingkah laku
individu dalam organisasi.
JENIS PERUBAHAN
Perubahan peringkat pertama

• Perubahan linear, bersifat beransur-ansur dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.


• Perubahan ini dibuat tanpa sebarang perubahan ketara dalam struktur asas organisasi.
• Ia juga dilakukan sedemikian sekiranya tiada tekanan yang kuat daripada persekitaran.
• Selain itu, jika organisasi mempunyai budaya yang kuat, perubahan perlu dilaksanakan secara perlahan dan
secara berperingkat-peringkat.

Perubahan peringkat kedua

• Perubahan yang bersifat radikal, multidimensi dan bertingkat.


• Perubahan jenis ini memerlukan tahap kepimpinan yang tinggi dalam usaha merealisasikan perubahan.
• Ia berlaku apabila terdapat tekanan yang kuat daripada persekitaran yang mengganggu kewujudan
organisasi.
• Ia memaksa organisasi untuk membuat perubahan yang mendadak.
AGEN PERUBAHAN

Siapakah yang akan


bertanggungjawab untuk
menguruskan aktiviti-aktiviti
perubahan dalam organisasi.
ASPEK-ASPEK YANG BOLEH
DIUBAH OLEH EJEN PERUBAHAN
(a) Perubahan Struktur
• Struktur bagi sesebuah organisasi bukan sesuatu yang mutlak.
• Struktur mesti berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.
• Struktur organisasi menjelaskan kaedah pembahagian kerja, digabungkan dan diselaraskan.
• Ejen perubahan boleh mengubah satu atau lebih elemen penting dalam mereka bentuk organisasi.
• Meluaskan jangka kawalan, menggabungkan tanggungjawab jabatan dan lain-lain.
• Peraturan dan prosedur boleh dilaksanakan untuk meningkatkan standard atau tahap pengagihan
boleh ditingkatkan agar mempercepatkan proses membuat keputusan.
• Memperkenalkan pengubahsuaian ketara dalam reka bentuk sebenar organisasi.
• Perubahan bentuk daripada struktur yang mudah kepada struktur berasaskan pasukanN
• Mengubah bentuk penjabatanan.
• Mereka bentuk semula kerja dan jadual kerja.
• Pengubahsuaian sistem ganjaran untuk pekerja.
• Motivasi boleh ditingkatkan dengan membuat penambahbaikan dalam sistem ganjaran pekerja.
• Sebagai contoh, dengan memperkenalkan sistem bonus berdasarkan prestasi dan perkongsian
keuntungan antara organisasi dan pekerja.
(b) Perubahan Teknologi
• Kini, perubahan dalam persekitaran teknologi melibatkan pengenalan
kepada alat, peralatan atau kaedah yang boleh menjadi automasi atau
pengkomputeran baru.
• Faktor persaingan atau inovasi dalam industri memerlukan ejen perubahan
untuk memperkenalkan alat, peralatan dan kaedah operasi yang baru.
• Untuk mengekalkan kesinambungan organisasi, pengenalan teknologi baru
akan dapat membantu organisasi dalam mempercepatkan pembangunan dan
pengedaran produk kepada pelanggan.
• Ia juga boleh membantu membina daya saing organisasi.
• Penggunaan teknologi ini juga boleh memastikan kemampuan dan
keberkesanan organisasi dalam industri
(c) Perubahan Susun Atur Fizikal
• Susun atur fizikal terdiri daripada ruang dan susunan alat, peralatan dan perkara lain di tempat
kerja.
• Susun atur fizikal ini boleh mempengaruhi produktiviti kerja, kecekapan dan keberkesanan
pekerja.
• Sebagai contoh, menghapuskan dinding atau sekatan atau mewujudkan kawasan ruang kerja
yang terbuka di tempat kerja akan memudahkan komunikasi di kalangan pekerja.
• Sebagai contoh, pihak pengurusan juga boleh menukar kuantiti atau jenis pencahayaan,
tahap haba dan sejuk, tahap bunyi, kebersihan tempat kerja dan juga dimensi reka bentuk
dalaman seperti perabot, hiasan dan warna.
(d) Perubahan Pekerja
• Ejen perubahan boleh membantu individu atau kumpulan dalam sesebuah organisasi untuk
bekerja dengan lebih cekap.
• Ini melibatkan perubahan sikap dan tingkah laku ahli-ahli organisasi melalui komunikasi,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
LATIHAN 14

SENARAIKAN ASPEK
ORGANISASI YANG BOLEH
DIUBAH OLEH EGEN
PERUBAHAN.
HALANGAN KEPADA PERUBAHAN
HALANGAN SECARA INDIVIDU
• Sumber yang menghalang perubahan individu datangnya daripada ciri-ciri asas manusia sendiri, seperti tanggapan, personaliti dan keperluan.
• Lima sebab mengapa individu menentang perubahan.
• Tabiat manusia.
• Tabiat adalah tingkah laku individu dari masa ke semasa.
• Ketidakupayaan individu untuk melakukan tabiat (misalnya, meminum kopi sebelum menjalankan tugas) akan mengakibatkan individu itu berasa
tidak selesa atau bimbang.
• Individu tersebut merasakan bahawa jika perubahan dibuat, maka dia tidak lagi boleh memenuhi tabiatnya.
• Takut ia akan menjejaskan keselamatan pekerjaannya.
• Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi memperkenalkan penggunaan peralatan robotik dalam proses pengeluaran, individu akan merasakan
kerjanya tidak lagi selamat.
• Ekonomi
• Individu mempunyai andaian bahawa perubahan akan menjejaskan pendapatannya
• Perubahan dalam aktiviti kerja atau pembangunan rutin kerja baru boleh menimbulkan perasaan takut dalam individu.
• Individu menjadi bimbang jika ia tidak mampu melaksanakan kerja mengikut standard yang baru, terutamanya jika bayaran gaji dibuat berdasarkan
produktiviti.
• Kebimbangan terhadap sesuatu yang tidak diketahui
• Mereka tidak pasti sama ada boleh melakukannya dengan pendekatan baru.
• Ini menyebabkan individu banyak memikirkan aspek-aspek negatif mengenai perubahan.
• Sifat memilih dalam memproses maklumat.
• Individu hanya mahu mendengar dan memproses maklumat yang ia kehendaki atau maklumat yang sama dengan andaiannya.
• Apabila keadaan ini berlaku, individu biasanya cenderung untuk mempunyai fikiran negatif.
HALANGAN KEPADA PERUBAHAN
HALANGAN ORGANISASI
• Organisasi biasanya mempunyai mekanisme dalaman yang mampu menyediakan kestabilan.
• Apabila sesebuah organisasi memerlukan perubahan, ia bimbang kestabilan yang dirasai selama ini akan terjejas.
• Keadaan ini dipanggil inersia struktur.
• Sekatan fokus perubahan
• Organisasi membuat perubahan pada sub-sistem tertentu sahaja.
• Sebuah organisasi terbentuk daripada gabungan subsistem yang saling bergantung.
• Pengubahsuaian tidak boleh dibuat ke atas satu subsistem tanpa melibatkan sub-sistem yang lain.
• Kumpulan inersia
• Ia adalah inersia dalam bentuk kumpulan yang mewujudkan halangan ke arah perubahan.
• Sebagai contoh, individu bersetuju untuk menerima perubahan yang akan dibuat tetapi kesatuan pekerja tidak mahu
sebarang perubahan.
• Akibatnya, individu tersebut terpaksa menentang perubahan.
• Ini disebut sebagai inersia kumpulan.
• Perubahan organisasi
• Kumpulan ini bimbang jika perubahan berlaku, kepakarannya mungkin tidak lagi diperlukan dan ini akan menjejaskan
keselamatan pekerjaannya.
• Selain itu, perubahan juga dilihat sebagai satu ancaman kepada sesetengah kumpulan yang berkuasa.
MENGATASI HALANGAN KEPADA PERUBAHAN
(a) Komunikasi dan Pembelajaran

• Komunikasi dengan pekerja bantu mereka melihat perubahan tertentu secara logik
• Sumber halangan adalah disebabkan mendapat maklumat yang salah atau mentafsir maklumat dengan cara yang
salah
• Komunikasi boleh dilaksanakan melalui perbincangan bersemuka, memo, pembentangan kumpulan atau laporan.

(b) Penglibatan

• Taktik ini menganggap adalah sukar bagi seseorang untuk menentang perubahan jika dia sendiri terlibat dalam
usaha dan aktiviti perubahan.
• Penglibatan akan menyebabkan pihak yang terlibat menyumbang kepakaran mereka dan ini akan mengurangkan
halangan.
• Komitmen juga boleh diperoleh dan ini akan membolehkan peningkatan kualiti dalam perubahan.

(c) Kemudahan dan Sokongan

• Ejen perubahan juga boleh menawarkan kemudahan dan sokongan untuk mengurangkan halangan.
• Apabila pekerja berada dalam keadaan bimbang dan risau, maka perkhidmatan kaunseling dan terapi, latihan
kemahiran baru atau cuti berbayar adalah antara kemudahan dansokongan yang boleh diberikan kepada pekerja.
MENGATASI HALANGAN KEPADA PERUBAHAN
(d) Rundingan

• Membuat pertukaran bernilai untuk mengurangkan halangan.


• Sebagai contoh, jika halangan datang dari beberapa individu yang mempunyai kuasa, pakej ganjaran boleh digunakan
sebagai bahan rundingan.
• Selain itu, pakej ganjaran dan tawaran akan dapat memenuhi kehendak individu.

(e) Manipulasi dan Ko-optasi

• Manipulasi merujuk kepada usaha mengubah pendirian seseorang.


• Meminda atau mengubah fakta untuk membuatkannya menarik, menyekat maklumat yang tidak baik dan mewujudkan
khabar angin merupakan beberapa cara untuk mendapat persetujuan pekerja.
• Ko-optasi adalah gabungan manipulasi dan penglibatan.
• Ko-optasi merupakan percubaan untuk membeli pemimpin kumpulan yang menyebabkan halangan dengan memberi
pemimpin-pemimpin ini peranan penting dalam membuat keputusan perubahan.
• Dengan “membeli” pemimpin-pemimpin ini dan mengubah pendirian mereka, secara tidak langsung ia juga akan
mengubah persepsi dan pendirian pengikut-pengikut mereka.

(f) Kuasa

• Ini adalah satu aplikasi yang menggunakan ancaman terhadap orang yang menjadi penghalang.
• Sebagai contoh, pemindahan ke jabatan lain, kehilangan peluang naik pangkat dan penilaian prestasi yang buruk adalah
antara ancaman yang dikenakan terhadap orang yang tidak mahu mematuhi perubahan yang akan dibuat.
CARA-CARA MENGURUS
PERUBAHAN
(a) Pembubaran:
• Merujuk kepada, memastikan individu yang terlibat dengan perubahan mempercayai
akan perlunya perubahan ini.
(b) Campur tangan perubahan:
• Proses yang digunakan terhadap pekerja dan pengurus untuk mengubah tingkah laku
dan amalan kerja mereka.
(c) Pembekuan:
• Merujuk kepada, menyokong dan mengukuhkan perubahan-perubahan yang telah
berjaya dijalankan untuk meneruskan perubahan tersebut.
CADANGAN OLEH KURT LEWIN
RUMUSAN
o Inovasi membantu organisasi membangunkan kelebihan saingannya yang tersendiri.

o Adalah menjadi tanggungjawab setiap organisasi untuk mewujudkan persekitaran kerja yang
kreatif untuk menggalakkan kemunculan idea-idea yang kreatif daripada sumber manusianya.
o Idea-idea kreatif menolong organisasi menemui teknologi baru.

oDemi menjamin kesinambungan sebuah organisasi, perubahan perlu dibuat dari masa ke semasa
agar ia boleh selari dengan perubahan dalam persekitaran perniagaan.
oPerubahan organisasi mestilah dirancang sebaik mungkin agar ia memberi manfaat dan bukan
kemudaratan kepada organisasi

Anda mungkin juga menyukai