Anda di halaman 1dari 28

Ulama memainkan peranan yang begitu penting sekali dalam menyebarkan sesebuah agama

dalam sesebuah negara. Perkataan ulama berasal daripada istilah bahasa Arab yang bermaksud
orang-orang yang berilmu. Ulama adalah sinonim dengan ilmu kerana seseorang itu digelar
sebagai alim berdasarkan tahap keilmuan yang ada dalam diri ulama tersebut. Ilmu yang dimiliki
oleh seseorang ulama membolehkan seseorang ulama itu memikul tanggungjawab untuk
menyebarkan ilmu-ilmu agama.
Tidak ketinggalan juga terdapat golongan ulama yang menjadi wakil pemerintah selain
menjadi pemerintah bagi sesebuah tampuk pemerintahan itu sendiri. Ulama yang begitu berkait
rapat hubungannya dengan para penduduk dalam dakwah menyebarkan agama Islam yang benar.
Hal ini kerana ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar agar penduduk berada di
landasan agama yang benar. Segala persoalan mahupun pertanyaan berkaitan mengenai
kemusykilan soal jawab agama pastinya dapat dirungkaikan oleh para ulama ini.
Bukan itu sahaja, ketinggian ilmu yang ada dalam diri mereka diperhebat lagi dengan
adanya penulisan kitab - kitab agama yang dijadikan sebagai bahan rujukan dalam mendalami
ilmu agama tersebut. Ternyata ulama yang berperanan di Nusantara mempunyai beberapa tokoh
yang terpenting berdasarkan peranan - peranan yang dilakukan oleh mereka sendiri.









2.0 Bincangkan peranan tokoh-tokoh ulama (yang terpilih) dalam perkembangan Islam di
Thailand, Filipina dan Indonesia
2.1 Peranan Ulama di Thailand
Thailand merupakan salah satu tempat dimana perkembangan agama Islam berlaku dengan pesat
terutamanya di wilayah Pattani. Ulama merupakan golongan yang paling banyak
menyumbangkan perkembangan agama Islam dengan memainkan beberapa peranan yang
penting. Antara ulama yang berpengaruh ialah Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Fatani,
Tuan Guru Haji Ismail Bin Omar, Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari, Tok Bermin/ Haji Wan
Ahmad bin Wan Idris al-Fathani,Syeikh Ahmad al-Fatani dan Ulama Haji Sulong/Haji
Muhammad bin Abdul Qadir.
2.1.1 Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Fatani
Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Fatani (1820-1903)
1
atau dikenali sebagai Tuan Minal
merupakan tokoh ulama penting di Thailand dalam abad ke-19. Antara sumbangan Tuan Minal
adalah menubuhkan entiti pendidikan Islam di Patani. Selepas menamatkan pengajiannya di
Makah, Tuan Minal terus pulang ke Patani dan tidak bermukim di Makah seperti mana
kelaziman rakan-rakan Pataninya yang lain. Dalam tahun 1860an Tuan Minal telah menubuhkan
institusi pengajian pondok di Bendang Badang.
2

Dengan penubuhan institusi tersebut memberi ruang kepada masyarakat sekitar Bendang
Badang untuk menimba ilmu agama. Dengan tertubuhnya institusi pondok tersebut secara tidak
langsung merancakkan kegiatan pendidikan Islam di Patani. Melalui penubuhan entiti
pendidikan pondok yang diasaskan oleh Tuan Minal bukan sahaja telah menarik minat ramai
penuntut daripada wilayah Patani untuk belajar ilmu agama di pondok tersebut malah, telah
menarik minat masyarakat luar dari wilayah Patani untuk menuntut ilmu agama Islam dengan
Tuan Minal. Antara anak murid Tuan Minal adalah Syeikh Muhamad Said Linggi dari Negeri
Sembilan dan Tok Cik Dol dari Kedah.
3


1
Usia sebenar Tuan Minal adalah dalam anggaran 85 ke 95 tahun. Lihat Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ulama besar
dari Patani.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm 62.
2
Ibid.hlm 64.
3
AhamakoseeKasor (2011). Sumbangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani dalam perkembangan ilmu di
Selatan Thailand. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV. pp. 47-55. hlm 49.
Kesan pengajian yang disampaikan oleh Tuan Minal telah melahirkan beberapa ulama
penting sekitar Patani dan Tanah Melayu misalnya, Tok Syeikh Jarum al-Fatani yang
kemudiannya, membuka pusat pengajian pondok di Derga, Kedah. Kejayaan Tuan Minal
melahirkan ulama pelapis di Patani dan di sekitar Tanah Melayu jelas menunjukkan bahawa
beliau merupakan salah seorang tokoh agamawan yang berperanan dalam membentuk dan
mendidik ulama pelapis di Patani dan Tanah Melayu. Sumbangan dalam menyebarkan
pendidikan Islam tidak terhenti begitu sahaja di kawasan Patani malahan, beliau menyebarkan
ilmu agama Islam di luar wilayah Patani. Pada tahun 1890an beliau berhijrah ke Seberang Perai
lalu membuka pondok di Sungai Dua.
4
Di pondok tersebut beliau meneruskan kegiatan
menyebarluaskan ilmu pendidikan Islam. Menerusi sumbangan yang ditunjukkan oleh Tuan
Minal jelas menunjukkan sumbangannya dalam menyebarluaskan ilmu agama Islam merentasi
sempadan wilayah.
Selain itu, Tuan Minal turut bergiat aktif dalam bidang penulisan. Antara karya yang
dihasilkan olehnya adalah seperti kitab Kasyf al-Ghaibiyah, Miftah al-Murid fi Ilm al-
Tauhid dan Irsyad al-IbadilaSabil al-Rasyad.
5
Berdasarkan penulisan tersebut jelas
membuktikan Tuan Minal memainkan peranan dalam menghasilkan kitab-kitab keagamaan
untuk dijadikan panduan kepada masyarakat umum, tambahan pula kitab yang dihasilkan oleh
Tuan Minal terdapat dalam bahasa Arab dan Melayu. Dengan penghasilan kitab tersebut
khususnya kitab yang ditulis dalam bahasa Melayu dapat memudahkan pembaca yang tidak
memahami bahasa Arab untuk meneroka ilmu-ilmu yang terkandung dalam kitab yang
dihasilkan oleh Tuan Minal. Kebanyakan hasil karya beliau berkaitan dengan ilmu-ilmu Tauhid
dan Fekah.
2.1.2 Tuan Guru Haji Ismail Bin Omar
Tokoh yang seterusnya ialah Tuan Guru Haji Ismail bin Omar. Di Thailand, kebangkitan Islam
ditandai dengan munculnya pemikir-pemikir pembaharuan dalam Islam.
6
Para Ulama mulai

4
NumanHayimasae (2009). Jaringan ulama Patani dengan utara semenanjung Tanah Melayu abad ke-18 dan ke-
19. Malaysia Dari Segi Sejarah (Malaysia In History). Vol. 37. pp. 18-30. hlm 23.
5
AhamakoseeKasor (2011). Sumbangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani dalam perkembangan ilmu di
Selatan Thailand.hlm 50.
6
Dudung Abdurrahman (2002). Sejarah peradaban Islam: dari masa klasik hingga moden (peradaban Islam moden
di Asia Tenggara. Yogyakarta : LESFI. hlm 348.
sedar untuk kembali ke ajaran Islam yang sebenarnya.
7
Salah seorang tokoh ulama yang terkenal
di Thailand khususnya di Patani ialah Tuan Guru Haji Ismail Bin Omar ataupun dikenali juga
sebagai Tuan Guru Haji Ismaee Sepanajang. (Baba Eil). Beliau dilahirkan di kampung Dusun
Spanjang, daerah Penarik, Patani. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kampung
Dusun Spanjang dan kemudian menyambung pendidikan di sebuah pondok yang terletak
berhampiran dengan rumahnya dan beliau juga pernah berguru dengan Almarhum Tuan Guru
Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya seperti hadis, fiqah, nahu dan
sebagainya.
8

Ketika berusia 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam
sehinggalah beliau mencecah usia 30 tahun. Ketika berada di sana, beliau bukan setakat
mengajar kepada pelajar malahan beliau juga telah menerima undangan mengajar daripada
masyarakat di sekitar tersebut. Antara tempat yang beliau pernah mengajar ialah di Masjid Yala
dan Masjid Patani. Selain itu, antara sumbangan beliau ialah beliau mendirikan sebuah pondok di
kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin
(1993). Dalam tempoh tersebut juga, beliau sering berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi
jemputan mengajar.
Pada tahun 1998, pondok yang telah didirikan itu telah berpindah ke kampong beliau
sendiri iaitu di kampong Dusun Spanjang sehinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi
dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar ,egara
seperti Malaysia, Kemboja dan Burma tanpa menerima sebarang bayaran. Sehingga kini,
terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Di samping itu,
Tuan Guru Haji Ismaee Sepanajang juga memberi khidmat kepada masyarakat dengan mengajar
pada setiap hari Sabtu di masjid Patani dan pada setiap hari Ahad di masjid Yala. Kuliah beliau
sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, beliau juga turut memenuhi masa lapang
beliau dengan mentelaah dan mengarang kitab.
2.1.3 Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari

7
Ibid. hlm 348.
8
Ibid. hlm 349
Pada pertengahan abad ke-20, salah seorang ulama yang banyak berperanan dalam
membangunkan ilmu agama di Patani ialah Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari.Nama sebenar
beliau ialah Haji Wan Yusuf bin Haji Wan Mustafa bin Nik Hasan bin Nik Wan Musa atau lebih
dikenali sebagai Tuan Guru Haji Yusuf al-Bandari. Beliau dilahirkan pada 21 Syawal 1345H di
Kampung Bandar Tempat 2, Mukim Bandar, Daerah Muang, Wilayah Patani. Tuan Guru Haji
Yusuf al-Bandari mendapat pendidikan awal bermula dengan mempelajari al-Quran dengan
ayahnya.
Kemudian, beliau terus bermusafir ke Makkah al-Mukarramah sejak berusia 11 tahun.
9

Setibanya di Makkah, beliau terus memasuki sekolah Dar al-Ulum al-Diniyyah di peringkat al-
Tamhidi pada tahun 1936. Kemudian, di peringkat al-IbtidaI, al-Sanawi dan akhirnya tamat di
peringkat al-Ali pada tahun 1946. Keseluruhan hayat Tuan Guru adalah untuk berkhidmat
kepada ilmu, masyarakat dan agama. Beliau telah diberi amanah utuk memegang jawatan-
jawatan yang oenting seperti imam, Naib Yang Dipertua Persatuan Guru-Guru Yang Mengajar
Agama Islam (PEGUMAS), Setiausaha Lujnah al-Ulama dan Badan Yang Dipertua Majlis
Agama Islam wilayah Patani.
Peranan dan jasa Tuan Guru dalam membina asas tamadun dan budaya ilmu di rantau ini
dapat dilhat dengan amat jelas. Misalnya, penubuhan institusi pengajian agama dan mentarbiah
pelajar-pelajar. Maka, lahirlah pewaris ilmu mereka. Para cendekiawan yang aktif turut
dilahirkan dalam memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun di tempat masing-masing
serta membentuk masyarakat yang menjaga agama.
Pada waktu yang sama, Tuan Guru juga bertungkus-lumus menulis buku-buku dalam
pelbagai bidang ilmu dan menjadi asas pembangunan tamadun yang kekal sehingga ke hari ini.
Peranan Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari juga jelas dilihat di Thailand ini di mana beliau
juga menubuhkan institusi pengajian agama yang dikenali dengan pondok. Sistem pengajian
pondok ini bermula sejak abad ke-15 lagi. Pada pertengahan abad ke-20, berlaku transformasi
sistem pengajian pondok kepada sistem persekolahan moden. Oleh itu, Tuan Guru berusaha

9
Abdulrahman Hasan Nasoh dan Weayousof Ismail Sidea (2011). Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari: peranan
dan sumbangannya dalam penyebaran ilmu agama di Selatan Thailand. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN)
IV. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 25-26 Mei. hlm 42.
untuk membangunkan Mahad at-Tarbiah.
10
Dengan itu, dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
berakhlak mulia dan berilmu.
Dapat dilihat juga, beliau aktif menjalankan kegiatan dakwah dan perjuangan melalui
aktiviti-aktiviti beliau seperti mengajar di pusat-pusat pengajian, berkhutbah di masjid,
berceramah di majlis umum, membentang kertas kerja dalam seminar, menyampaikan nasihat
melalui siaran radio, menulis makalah dan mengarang buku. Beliau juga berpeluang untuk
bergiat dan berperanan melalui badan-badan yang dipimpin seperti Majlis Agama Islam Wilayah
Patani, Persatuan Lujnah al-Ulama dan PEGUMAS.
11
Semuanya merupakan usaha Tuan Guru
dalam membina asas tamadun dan membudayakan ilmu di Selatan Thailand.
Dalam penyebaran ilmu agama, peranan Tuan Guru dapat dilihat juga melalui lima
bidang utama iaitu bidang penulisan, bidang karangan buku, bidang semakan buku, bidang
pembinaan pusat pengajian dan bidang perkaderan ulama dan intelektual. Antara artikel atau
risalah yang dihasilkan oleh Tuan Guru yang diberi nama Risalah Syiarnya dan Penyambung
Risalah Pendukung Ummah.
Secara keseluruhannya, peranan Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari dalam membina
tamadun dan membudayakan ilmu agama di Thailand boleh dibuktikan melalui pembinaan
Mahad at-Tarbiah dan beberapa sumbangan beliau yang lain yang mampu mengeluarkan
generasi ulama sebagai penyambung risalah pengembangan ilmu agama dan kegiatan dakwah
yang dijalankan.
2.1.4 Tok Bermin/ Haji Wan Ahmad bin Wan Idris al-Fathani
Selain itu, Tok Bermin atau nama sebenarnya Haji Wan Ahmad bin Wan Idris al-Fathani
dilahirkan pada 1873 di Kampung Binjai, Mukim Binjai Lima, Patani juga merupakan antara
ulama yang berperanan menyampaikan dakwah di Patani. Beliau mendapat pendidikan awal di
beberapa buah pondok seperti pondok Beting dan pondok Tok Raya Haji, Jambu, Patani.
Menurut Ahmad Fathy al Fatani (2002) menyatakan bahawa sebelum pergi ke Makkah, Wan
Ahmad Kecil belajar di Sungai Pandan, kemudian berpindah ke Pondok Beting sebelum berakhir

10
Surin Pitsuwan.1989. Islam di Muang Thailand nasionalisme Melayu masyarakat Patani. Jakarta. hlm 145
11
Abdulrahman Hasan Nasoh dan Weayousof Ismail Sidea. 2011. Tuan Guru Haji Wan Yusof al-Bandari: peranan
dan sumbangannya dalam penyebaran ilmu agama di Selatan Thailand. hlm 43-44
di Pondok Semela.
12
Di Makkah, beliau menuntut ilmu dengan ulama-ulama seperti Tok Cik
Wan Daud bin Mustafa al-Fathan dan Syaikh Wan Ahmad al Fathani.
Setelah menamatkan pengajiannya di Makkah, Wan Ahmad pulang ke Patani sebagai
seorang alim, dengan bidang pengkhususannya ialah fiqh.
13
Peranan beliau terhadap masyarakat
dapat dilihat jelas apabila beliau membuka pondok di Kampung Atas Beris mukim Bermin.
Melalui pembukaan pondok ini, gelaran Tok Bermin diperolehi olehnya. Akan Haji Wan
Ahmad, oleh sebab beliau membuka pondok dan mengajar di Bermin, maka lama-kelamaan
melekatlah nama Tok Bermin itu pada dirinya, menggantikan nama tubuhnya yang sebenar,
Haji Wan Ahmad.
14

Pondok ini telah berkembang dan juga dikenali dengan nama yang lain. Kerana populariti
pengasuhnya dan kualiti murid keluarannya, Pondok Bermin atau nama rasminya Madrasah
Nur al-Islam al-Barminiyah maju dalam kadar cepat berbanding dengan pondok-pondok lain di
Patani.
15
Pada zaman kemuncaknya, Pondok Bermin memiliki sejumlah lapan ratus buah
pondok-termasuk pondok kelamin (pondok bagi pelajar yang membawa keluarga).
16
Pelajaran
yang didapati di pondok ini adalah seperti pelajaran Fiqh, Usuluddin, Tafsir, Nahwu, dan Tasauf
yang diperolehi daripada kitab-kitab. Selain Fiqh, Tok Bermin pun mengajar teks-teks kitab
dalam bidang usuluddin, tafsir, tasawuf dan malahan nahu dan saraf juga.
17

Peranan Tok Bermin melalui pondok yang dibuka olehnya terhadap masyarakat
mengenai pengajaran ilmu Islam telah melahirkan ramai generasi ulama. Ramai guru-guru
pondok ternama generasi mutakhir di Patani terdiri daripada lepasan pondok Bermin.
18

Antaranya Haji Hassan Mak Enggol telah membuka pondok yang masyhur iaitu pondok Mak
Enggol, Haji Abdullah Bendang Titi juga membuka pondok di kampung Pial dan Haji Abdul
Qadir Bendang Ramah di Bendang Ramah.
2.1.5 Syeikh Ahmad al-Fatani

12
Ahmad Fathy al-Fathani. 2002. Ulama Besar Dari Patani. hlm. 149.
13
Ibid. hlm 151.
14
Ibid. hlm 152.
15
Ibid. hlm 152.
16
Ibid. hlm 153.
17
Ibid. hlm 155.
18
Ibid. hlm 160.
Nama penuh beliau ialah Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustaffa al-Fatani.
Beliau dilahirkan pada 10 April 1856 Masihi di Kampung Jambu, Jerim, Patani. Syeikh Ahmad
al-Fatani berasal daripada keturunan para mubaligh agama Islam yang datang dari Hadhramaut.
19

Jika diteliti mengenai asal-usul beliau, nasab keturunan Syeikh Ahmad merupakan golongan
ulama yang mahsyur. Datuk beliau iaitu Syeikh Mustafa bin Muhammad merupakan seorang
ulama mahsyur pada zamannya. Beliau merupakan salah seorang hulubalang Sultan Fatani Darus
Salam. Ayah beliau pula ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fatani juga merupakan
seorang ulama yang tersohor.
Pada mulanya Syeikh Ahmad al-Fatani dididik oleh bapanya sendiri iaitu Haji wan
Muhammad Zain atau juga dikenali dengan Wan Din Bin Syeikh Wan Mustafa. Selepas itu
beliau berguru pula dengan bapa saudaranya Syeikh Wan Mustafa yang terkenal dengan gelaran
Tok Guru Bendang Daya II merupakan seorang guru pondok yang sangat terkenal di Patani
pada pertengahan kedua abad kesembilan belas Masihi.
20
Selanjutnya, ketika berusia empat
tahun beliau telah dibawa oleh ayahandanya dan ibundanya menetap di Makkah. Ketika di
Makkah, beliau belajar pula dengan para ulama Makkah. Syeikh Ahmad Ahmad al-Fatani telah
menghafaz al-Quran dan beberapa matan. Antara guru yang sering beliau dampingi ialah Sayyid
Umar al-Syami al-Buqaciy, dengannya beliau mendalami pelbagai disiplin ilmu seperti bahasa
Arab, usuluddin, tafsir, hadis, feqah, macani, bayan, carudh dan lain-lain lagi.
Beliau digambarkan oleh Snouck Hurgronje sebagai 'hamba berjasa' dan beliau sendiri
menulis satu kritikan mengenai karya nahu yang terkenal Matan al-Awamil oleh Qadir Jurjani
bertajuk Tasyhil al-Amani. Mengikut keluarganya, buku ini digunakan sebagai buku teks
Universiti al-Azhar di Kaherah.
21
Menyentuh kelebihan Syeikh Ahmad al-Fatani, Ahmad Fathi
al-Fatani (2001) di dalam bukunya yang bertajuk Ulama Besar dari Fatani telah meletakkan
nama Syeikh Ahmad al-Fatani di senarai yang ketiga daripada 25 orang tokoh yang
diterjemahkan riwayat hidup mereka. Satu perkara yang menarik dan menggambarkan kehebatan
Syeikh Ahmad ialah apabila Ahmad Fathi al-Fatani telah mengupas tentang keistemewaan

19
Ibid. hlm 55.
20
Ibid.hlm 55.
21
Farid Mat Zain dan Zulkarnain Mohamed(2008). Muslim Selatan Thai: Konflik dan perjuangan. Selangor: Karisma
Publications Sdn. Bhd. hlm 11.
Syeikh Ahmad yang tidak dilakukannya pada tokoh-tokoh lain. Ahmad Fathi telah
menggariskan sembilan keistimewaan Syeikh ahmad al-Fatani.
Berkat usaha beliau juga, tersebarnya kitab karya para ulama ke seluruh dunia Islam.
Beliau mencetak karya-karya itu di Makkah di samping di Kairo dan di Istanbul (Constantinople)
Turki.
22
Karya-karya Melayu Patani yang lain diterbitkan di Makkah di bawah pengawasan
Ahmad bin Muhammad Zain ialah satu koleksi hadis mengenai kehidupan selepas mati oleh
Zainal Abidin al-Fatani dan satu siri lengkap karya Syeikh Daud al-Fatani dan satu siri lengkap
karya Syeikh Daud al-Fatani iaitu Furu' al-Masa'il (prinsip undang-undang dan agama), al-Dur
al-Thamin (panduan akidah), Kashaf al-Ghamma (mengenai kehidupan selepas mati) dan Jam'
al-Fawaid (koleksi cerita sufi).
Seperti yang telah dijelaskan, Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan ulama yang sangat
produktif dalam menghasilkan karya-karya ilmiah, sama ada hasil karangannya sendiri mahupun
dalam bentuk usaha pentashihan dan pencetakan kitab-kitab. Jumlah sebenar karya yang
dihasilkan Syeikh Ahmad al-Fatani belum dapat diketahui secara tepat. Selain yang disebutkan
Syeikh Ahmad al-Fatani juga dikatakan pernah mengarang tentang sejarah Patani yang lengkap
dengan diberikan judul Fadhilah Ahmad al-Fatani, namun menurut Wan Shaghir karya tersebut
belum ditemui.
Sumbangan pemikiran Syeikh Ahmad al-Fatani tidak terbatas pada dunia Melayu sahaja
malah sumbangan dan jasanya menjangkaui dunia Islam keseluruhannya. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan beberapa siri perjuangan dan pemikiran yang dilakukan semasa hidupnya.
2.1.6 Ulama Haji Sulong/Haji Muhammad bin Abdul Qadir
Ulama merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting terutamanya didalam struktur
pentadbiran di sesebuah negara. Di Thailand, kita dapat melihat peranan salah seorang ulama
yang sedikit sebanyak membawa perubahan terhadap masyarakat di Pattani khususnya. Haji

22
Samsul Munir Amin (2009). Biografi Shaikh Nawawi al-Bantani. Yogyakarta: Pustaka Pesantren. hlm 74.
Sulong atau dikenali sebagai Haji Muhammad bin Abdul Qadir. Beliau dilahirkan pada tahun
1895 di Kampung Anak Rhu yang terletak di Bandar Pattani.
23

Haji Sulong ini merupakan golongan yang memperjuangkan konsep reformasi Islam.
Misi beliau adalah untuk meningkatkan syiar Islam dan mengembalikan semula Islam
dikedudukan yang sepatutnya lantas menghapuskan bidah. Beliau juga dikenali dengan tokoh
yang berlandaskan idea pembaharuan dimana beliau metafsir hukum dengan melihat kepada
suasana dan situasi masyarakat pada waktu itu. Bagi beliau masyarakat perlu diberi ilmu
pengetahuan yang secukupnya agar mereka tidak ditindas. Tambahan pula beliau menyatakan
bahawa masyarakat perlu dikukuhkan dengan ilmu terlebih dahulu agar pemikiran mereka dapat
ditingkatkan selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.
Perubahan-perubahan yang dibawa oleh Haji Sulong ini adalah beliau mengasaskan
Madrasah Al-Maarif al-Wataniah dimana merupakan sekolah agama pertama di Pattani yang
mempunyai sukatan pelajaran dan sistem kelas.
24
Pelajarnya juga diperkenalkan dengan latihan
berkawad. Para pelajarnya diajar kitab seperti Baidhaowi dan Jalalan dan banyak menjurus
kepada konsep aqidah dan jihad. gradually, more and more pondok began to introduce the
reform curriculum conceptualized by Haji Sulong, thereby transforming the pondok into a
institution of systematic education.
25
Beliau juga telah mengambil bahagian dalam perjuangkan
nasib muslim Pattani pada era rejim Phibun Songkram.
Haji Sulong telah berjaya mempengaruhi persepsi masyarakat tempatan terhadap
golongan ulama yang berfikiran tradisional. Hal ini dapat dilihat melalui pembayaran zakat
masyarakat Melayu turun-temurun waktu itu membayar zakat kepada tuan-tuan guru pondok
mereka. Hal ini bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Haji sulongs efforts in Pattani
were resisted by the traditional religious elite.
26
Selain itu, beliau juga telah menghasilkan tiga
buah buku didalam bidang pendidikan Khalasah al-Jawahir yang membincangkan Usuludin,
Cahaya Islam iaitu bidang sirah berkenaan dengan Maulud Nabi dan ketiga adalah Gugusan

23
Latar Belakang Haji sulong. Diperoleh pada 5/4/2014 daripada studentsrepo.um.edu.my/218/3/BAB2.pdf. hlm
64
24
Ibid. hlm 67.
25
Joseph Chnyong Liow. Islam, education and reform in Southern Thailand: tradition and transfomation. Singapore:
Institute of Southeast Asian. hlm 86.
26
Joseph Chnyong Liow (2009). Islam, Education and Reform in Southern Thailand. hlm 87.
cahaya keselamatan buku ini telah menimbulkan kontroversi kerana penulisannya ini telah
mengupas tentang kegiatan menerusi kaca matanya sendiri.
Hasil penulisan ketiganya ini telah diharamkan oleh kerajaan Thai kerana dianggap akan
memberi ancaman kepada kerajaan Thai kerana mengisahkan tentang pengalaman beliau semasa
ditangkap begitu juga dengan tuntutan masyarakat Melayu Pattani telah dimuatkan di dalam
buku ini.
Apa yang dapat disimpulkan bahawa Haji Sulong ini merupakan ulama yang penting
dalam mengubah pandangan dan kehidupan masyarakat Islam di Pattani. Sebelum ini masyarakat
Islam disana hanya terikat dan hanya mengikut telunjuk ulama tradisional dimana
kebanyakannya menggunakan Islam demi kepentingan mereka sendiri. Hal ini dapat dilihat
melalui pemberian wang zakat kepada guru agama yang dijadikan amalan turun-temurun
masyarakat Melayu Pattani.
Selain itu, Haji Sulong juga telah berusaha sedaya upaya beliau dalam menyebarkan ilmu
didalam agama Islam dengan cara pergi kampung ke kampung dalam menyampaikan ilmu. Hal
ini berbeza dengan cara lama dimana mereka pulang dari Makkah dan terus akan membuka
pengajian pondok. Secara tidak langsung apa yang dapat dilihat disini bahawa usaha-usaha yang
dibawa oleh Haji Sulong ini telah menyebabkan masyarakat mula sedar dan menggunakan ilmu
yang sebenar didalam kehidupan mereka supaya mereka tidak ditindas. Boleh dikatakan bahawa
beliau merupakan tunjang dalam meningkatkan kekuatan politik justeru memperkembangkan
lagi pertumbuhan agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya di Pattani.

2.2 Peranan Ulama di Filipina
2.2.1Membina pusat ibadat
Selain itu, pembinaan pusat ibadat juga merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh ulama
dalam menyampaikan dakwah mereka. Ini secara tidak langsung menjadi lokasi kepada
masyarakat untuk bersama-sama berada dalam komuniti tersebut dalam mendengar dakwah yang
disampaikan oleh mereka. Melalui cara sebegini, ulama memainkan peranan mereka dalam
menyampaikan dakwah mereka. Kelas agama, musyawarah mahupun tazkirah disampaikan
secara langsung dalam menarik minat mereka terhadap Islam tanpa sebarang paksaan. Cara
hidup yang sederhana bersandarkan Al- Quran dan Sunnah yang diamalkan oleh para ulama di
sini turut menjadi contoh kepada para penduduk yang lain ketika itu. Selain itu, pendakwah juga
tidak ketinggalan untuk membina madarasah sebagai tempat intelektual, banyak ilmu agama
serta pengajian kelas agama dilakukan di madrasah. Secara tidak langsung ulama akan
memainkan peranannya untuk berdakwah berkenaan dengan agama islam.
Di Mindanao dan juga kepulauan sulu pula sudah terdapat madarasah yang dikemudikan
oleh golongan ulama yang bertindak sebagai penyampai ilmu agama.
27
Dengan ini sedikit
sebanyak norma masyarakat Filipina sudah beransur berubah apabila mereka dapat
mengamalkan gaya hidup berteraskan agama islam. Antara ulama terpenting dalam sejarah
Filipina atau Sulu ini ialah kedatangan Sayid Abu Bakar iaitu seorang tokoh yang berketurunan
Arab yang datang dari Palembang ke Sulu melalui Brunei pada tahun 1450. Hal ini demikian
kerana beliau ingin menyebarkan dakwah yang diajar oleh Abu Ishak al-Syirazi.
28
Langkah
pertama dalam aktiviti dakwah, beliau telah mengislamkan masyarakat Melayu yang tinggal di
kawasan pesisir pantai dan diikuti pula oleh seorang orang Bukit iaitu daripada kaum Buranun
sehingga beliau mampu meleraikan permusuhan dalam kalangan kaum mereka. Selain itu, beliau
juga dikatakan telah mengahwini seorang puteri Raja Baguinda yang bernama Paramisuli.
29

Beliau juga dikatakan telah dilantik menjadi imam atau kadi Raja Baguinda.Semasa
pemerintahannya, beliau telah membina masjid yang diberi nama Unwanul Islam. Melalui kitab
dan khutbah oleh beliau, masyarakat menganggap beliau sebagai tokoh.
2.2.2 Membina pusat-pusat penyebaran agama Islam
Antara peranan ulama dalam mengembangkan agama Islam di Filipina ialah dengan membina
pusat-pusat penyebaran agama Islam. Dapat dilihat bahawa dalam mengembangkan agama Islam
di Filipina, terdapat beberapa kemudahan yang menjadi tempat bagi masyarakat untuk lebih
mendalami tentang Islam. Antaranya ialah masjid, sekolah pandita atau pondok, madrasah,
institusi, dan sebagainya. Pembinaan masjid di Filipina sebagai sebuah pusat penyebaran Islam
oleh ulama dapat dilihat melalui Syarif Karim al Makhdum yang telah mendorong masyarakat

27
Abdul Rahman Abdullah. 2003. SejarahdanTamadun Asia Tenggara :Sebelum danSesudah Pengaruh Islam.
Selangor :Lohprint Sdn. Bhd. Hlm 302.
28
Ibid. hlm. 300.
29
Ibid.hlm-344.
membina masjid bagi pengajaran agama Islam. Dikatakan bahawa berduyun-duyun masyarakat
yang datang bagi mendalami ilmu agama Islam dan ramai yang berminat untuk memeluk
Islam.
30
Pembinaan masjid ini jelas menunjukkan perkembangan Islam oleh ulama.
Masjid telah menjadi tempat mendirikan solat berjemaah, tempat penyebaran ilmu-ilmu
agama, tempat penyelesaian masalah dan sebagainya.Di Filipina, pendidikan yang sejenis
dengan pondok atau pesantren iaitu sekolah pandita juga menjadi pusat perkembangan
pendidikan Islam. Sekolah ini kebanyakannya diselenggarakan di rumah ulama atau di masjid.
Selain itu, sistem madrasah juga telah diperkenalkan di beberapa daerah muslim sejak tahun
1930-an. Antaranya ialah madrasah Kamilol Islam Maahad Ulom di Marawi City. Madrasah ini
dikenali sebagai madrasah yang paling tua. Melalui pembinaan madrasah inilah menjadi tempat
bagi para ulama member atau menyampaikan dakwah mereka secara terbuka.
31

2.2.3 Membersihkan ajaran Islam yang telah beradaptasi dengan ajaran sesat dan animisme
Selain daripada berdakwah, ulamak juga berperanan dalam membersihkan ajaran Islam yang
telah beradaptasi dengan ajaran sesat dan animisme. Keadaan ini dapat dilihat apabila
Muhammad Kabunsuan bersama dengan seorang ulamak yang bernama Samal yang datang ke
di Pulau Mindanao pada tahun 1520 dalam usaha untuk membersihkan ajaran animisme dan
ajaran sesat yang sudah lama diamalkan oleh masyarakat di sana. Ulama bertugas untuk memberi
panduan tentang perjalanan kehidupan seorang Muslim dalam menekankan ilmu tauhid iaitu
percaya dengan keesaan Allah. Dengan ilmu tauhid ini maka penduduk akan menghindarkan diri
mereka daripada mensyirikkan Allah. Perlu diingatkan bahawa, bukan sahaja ilmu tauhid malah
segala aspek kehidupan yang menyangkut kepada muamalat, munakahat serta larang-larangan
dalam Islam.
2.2.4 Sebagai Pemerintah
Peranan ulama bukan sahaja untuk menyampaikan dakwah Islamiah kepada umat manusia,
namun mereka juga berperanan dalam hal-hal pentadbiran yang mencakupi duniawi dan ukhrawi
terutamanya selepas mereka diangkat menjadi pemimpin. Ulamak yang menjadi pemimpin akan

30
Uka Tjandrasasmita. 2009.Arkeologi Islam Nusantara. Indonesia. Kepustakaan Populer Gramedia. Hlm. 26.
31
Kuntowijoyo, A. E. priyono. 2008.Paradigm Islam : Interpretasi untuk aksi. Indonesia. PT Mizan Publika. Hlm.
99.
menjalankan kuasa pentadbiran berdasarkan syariat Islam seperti yang diwarisi oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Selain itu, jika ulamak memegang tampuk pemerintahan maka mereka dapat
menyebarkan seruan serta gagasan Islam di Filipina. Situasi ini dapat dilihat Raja Baguida
diangkat menjadi pemimpin di Buansa.
32
Namun begitu, Raja Baguida pada asalnya merupakan
bangsawan dan pendakwah daripada Minangkabau telah datang bersama pengikutnya ke
kawasan di Buansa, beliau telah menyebarkan ajaran Islam di Filipina bersama dengan
bangsawan Tagimaha dan Karim Al-Makhdum. Keadaaan ini memperlihatkan peranan beliau
menjadi lebih efektif setelah beliau diangkat menjadi pemimpin di Buasa di mana beliau dapat
menyampaikan gagasan Islam dengan lebih komprehensif.
Selain itu, peranan ulamak dalam pentadbiran dapat dilihat terutamanya ketika awal
kemunculan Islam di Sulu di mana Sultan Abu Bakar yang dilantik menjadi sultan setelah beliau
berkahwin dengan Parimisuli puteri Raja Baguida berperanan untuk menyatukan masyarakat
dengan konsep ummah seperti mana yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
33
Situasi
ini dilihat apabila kepulauan yang terdiri daripada Tawi-tawi, Sulu, Palawan, Basilan, Jolo dan
Zamboanga di mana kepulauan terdiri daripada beberapa orang etnik seperti Sama, Tausuq,
Yakan, dan Subanun disatukan. Selain itu, sebagai pemegang kuasa utama dalam pentadbiran
berkuasa mengawal setiap pentadbiran dan menjalankan segala mengikut asas Islam kenyataan
dapat dikukuhkan dengan kenyataan Tan, S.K (2002) menyatakan
As the political structure, the sultanate was governed by the sultan who exercised
indigenous leadership and paramount control over the people, this control had the effect
of consolidating and centralizing the otherwise independent datuships, involved political
as well as religious rights and activities and other aspects of society.
34

Selain itu peranan ulamak dalam kepimpinan dapat dilihat apabila mereka
mempraktikkan undang-undang dan cara hidup yang berasaskan Islam dalam kehidupan mereka.
Kenyataan ini dapat dikukuhkan dengan sumber Asia and Oceania: international dictionary of
historic places yang menyatakan:-

32
McAmis, R.D.2002. Malay Muslim: The History And Challenge Of Resurgent Islam In Southeast Asia. United
Kingdom: Wm. B . Eerdmans Publishing Co. hlm-19.
33
Tan, Samuel. K.2008. A history of the Philippines. Quezon city: The University Of The Philippines Press.hlm-42.
34
Tan, Samuel. K.2008. A history of the Philippines. Quezon city: The University Of The Philippines Press. hlm -
43.
Islam spread rapidly under the sultanate, which was governed by sharia (islamic
law).
35

Undang-undang Islam seperti yang diperjelaskan oleh sumber di memperjelaskan di
mana sumber-sumber Islam digunakan dalam menentukan undang-undang berdasarkan al-Quran
dan hadis sebagai sumber rujukan utama oleh para pemerintah Islam. Undang-undang ini
dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Islam terutamanya dalam muamalat (jual beli),
munakahat (perkahwinan) dan jenayah. Setelah memasuki abad ke-17, memperlihatkan sultan
dianggap sebagai ketua agama. Agama Islam merupakan pengesahan kepada seseorang raja itu.
Dalam pada itu, beliau mempunyai penasihat dalam soal-soal agama. Walaupun pada ketika ini
sultan bukan merupakan golongan ulamak, Agama Islam diletakkan pada tahap yang tinggi
dalam pentadbiran dan golongan agama akan bertanggungjawab untuk menjadi penasihat dalam
soal agama dan undang-undang Islam. Seperti yang dikatakan oleh Warren, J.T (2007):-
Political and ecclesiastical institution of the Sulu Sultanate were united in the person of the
sultan. At the state and local level, kadis who acted as juridical advisors, administrators
of Islamic law and adat and catechists, conducted the sultanates religious administration
and established the sultan presence and the strength of Islam.
36

2.2.5 Sebagai Benteng Kepada Pengaruh Barat
Ulamak juga berperanan menjadi benteng untuk menghalang pengaruh barat terutamanya
Sepanyol yang berusaha untuk mengkristiankan penduduk di Filipina. Ulamak merupakan orang
penting dalam mentarbiahkan orang Islam agar selalu bergantung kepada Allah terutamanya
untuk menghalang penjajah dengan berjihad. Syed Alawi Balpaki merupakan ulamak pendakwah
yang berada di Sulu pada tahun 1814 ketika pemerintahan berada di bawah Sultan Azimuddin-I
(naik takhta pada 1735M). Menurut Maruwiah Ahmad (2006), Mindanao dan Sulu merupakan
kubu kuat Islam kerana pihak Sepanyol mendapat tentangan yang hebat. Pertempuran yang
pertama antara orang Kristian dengan Islam berlaku di Cebu pada tahun 1569 sehinggalah

35
Schellinger, P.E , Salkin, R.M, Dan Trudy, R. 1996. Asia And Oceania : International Dictionary Of Historic
places. United states: Fitzroy Dearborn publisher. hlm-403.
36
Warren, J. T. 2007. The Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamics Of External Trade, Slavery And Ethnicity In The
Transformation Of The Southeast Asia Maritime State. Singapore: NUS Press.
1848.
37
Harus diingatkan bahawa orang Sepanyol masih belum mampu untuk melemahkan
kuasa orang Islam. Bahkan setelah Sepanyol masyarakat Islam Moro terpaksa menghadapi
tentangan daripada Amerika pada tahun 1898. Walaupun peperangan mengambil masa yang
lama dan wilayah Islam jatuh ke tangan penjajah sedikit demi sedikit, perjuangan menentang
penjajah masih dijalankan sampai ke hari ini kesan daripada pegangan yang kukuh hasil cetusan
para ulamak.

2.3 Peranan Ulama di Indonesia
2.3.1 Wali Songo
Antara ulama yang terkenal di Indonesia ialah daripada golongan Wali Songo atau Wali Sanga.
Menurut Haryati (2014), Wali Songo bererti sembilan orang wali atau sembilan orang yang
mampu mencapai darjat wali, suatu tahap yang tinggi yang mampu mengawal desakan hawa
nafsu sanga ( mengawal sembilan lubang dalam diri manusia), sehingga memiliki peringkat wali.
Antara Wali Songo tersebut ialah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan
Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Kudus, Sunan Muria dan Sunan Gunung Jati.
38

Selain berperanan dalam aspek politik, Wali Songo berperanan dalam menasihati
kerajaan,
39
Raja dan keluarga diraja. Wali Songo juga menjadi pengajar agama bagi Raja dan
keluarga diraja. Terdapat juga Wali Songo yang menjadi Raja. Sebagai contoh Sunan Gunung
Jati. Beliau dikahwinkan dengan adik Sultan Trenggana bernama Puteri Demak dan beliau
diberikan kuasa di Banten dan Cirebon atas jasanya mengusir Portugis di Banten.
Wali Songo juga berperanan dalam aspek agama. Peranan utama wali ialah berdakwah.
Terdapat pelbagai cara yang dilaksanakan oleh setiap wali dalam berdakwah. Sebagai contoh
Wali Sunan Bonang. Beliau sangat terkenal kerana berdakwah melalui wayang,
menyempurnakan instrument gamelan terutama boning, kenong, kempul tembang, mecapat dan

37
Maruwiah Ahmad. 2006. Penjelajah Portugis dan Sepanyol Ke asia tenggara. Selangor :Karisma Publication.
hlm-104.
38
Dr.Haryati Hasan.(2014). Islam di Asia Tenggara.Universiti pendidikan Sultan Idris: Jabatan sejarah fakulti sains
kemanusiaan.hlm.6.
39
Balai Pelestarian Peninggalan Purbakala Jawa Tengah.(2006). Jejak Para Wali dan Ziarah Spiritual. Jakarta:
Penerbit Buku Kompas.hlm.23.
Suluk Wujil. Dari aspek sosial dan masyarakat pula, wali berjaya melaksanakan penyebaran
agama Islam dalam kalangan masyarakat. Ajaran Islam dalam dikembangkan ke pelosok Jawa.
Selain itu wali ini berperanan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat sebagai contoh, Wali
Sunan Drajat yang membantu Raden Patah dalam membina Masjid Demak. Hal ini jelas
penglibatan wali dalam kemasyarakatan.
40

2.3.2 Sunan Gunung Jati
Dalam Wali Songo, antara ahli yang terkenal ialah Sunan Gunung Jati. Beliau dilahirkan di
Pasai, Aceh pada akhir abad ke-15. Pada awal 1520-an, beliau berangkat ke Mekah dan
bermukim beberapa tahun di situ sambil melanjutkan pelajaran agamanya. Sunan Gunung Jati
dilihat memainkan peranan dari aspek antropologi pendidikan. Sunan Gunung Jati telah
menerapkan pelbagai kaedah dalam proses Islamisasi di Tanah Jawa. Terdapat enam kaedah
dakwah
41
Sunan Gunung Jati, antaranya ialah kaedah mawizhatul hasanah wa mujadalah bilati
hiya ahsan., al-hikmah, Tadarruj atau Tarbiyatul Ummah, kerjasama, musyawarah dan juga
pembentukan dan penyebaran pendakwah di pelbagai daerah.
Kedua, beliau menjadi guru agama di Cirebon yang pada ketika itu kerajaan tersebut
dikuasai oleh Hindu Pajajaran. Kemudian, setelah berjaya melaksanakan tugasnya, beliau
menyebarkan Islam ke seluruh Tatar Sunda dan menegakkan syariat Islam di wilayah tersebut.
42

Ketiga, selain sebagai pendakwah, SGJ juga sebagai raja (Kasunanan),
43
beliau menjalankan
kegiatan pajak secara sederhana bersesuaian dengan tahap ekonomi rakyatnya agar ia tidak
membebankan mereka. Dalam usaha menjadi raja,
44
penyebaran agama Islam itu menjadi
semakin mudah dan beliau telah membina tempat beribadat iaitu Masjid Agung sang ciptarasa
dan Masjid Jamik di wilayah Cirebon.

40
Dr.Haryati Hasan.(2014). Islam di Asia Tenggara.Universiti pendidikan Sultan Idris: Jabatan sejarah fakulti sains
kemanusiaan.hlm.7.
41
Dadan Wildan.(2003). Sunan Gunung Jati antara Fiksi dan Fakta: Pembumian Islam dengan Pendekatan
Straktural dan Kultural. Bandung: Humaniora Utama Press. hlm. 278.
42
Agus Maryanto dan Zainul Azzah. (2009). Masjid Agung Demak. Bandung: Pustaka Oasis. Hlm. 40.
43
Abdul Ghoffir Muhaimin. (2006). The Islamic Traditions of Cirebon: Ibadat and adat Among Javanese Muslims.
Australia: ANU E Press. hlm.7.
44
Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(2008). Sejarah Nasional Indonesia III: Zaman
Pertubuhan dan Perkembangan Kerajaan Islam di Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka.hlm. 167.
Seterusnya, beliau menghentikan pajakan yang dikenakan oleh Kerajaan Sunda Pakuan
Pajajaran ke atas rakyat sebelum ini. Ia dianggap sebagai satu penindasan ke atas rakyatnya.
Selain itu, beliau telah menjadikan Keraton Pakungwati sebagai pusat pemerintahan kerajaan
dengan berdasarkan kepada Islam. Tidak terkecuali juga, beliau telah berjaya menguasai
pelabuhan-pelabuhan penting di wilayah pantai utara Jawa Barat seperti Banten, Sunda Kelapa,
Lemah Abang, dan Muara Jati.
45
Dari aspek politik pula, dalam peperangan pertama, tentera
Cirebon dan Demak di bawah pimpinan Fatahillah atau SGJ telah bergabung untuk merebut
Sunda Kelapa.
46
Pertempuran tersebut berpihak kepada ketenteraan mereka. Setelah berhasil
membangunkan kedaulatan Cirebon, SGJ melebarkan sayap kekuasaannya dengan mendirikan
kesultanan Banten.
47
Kemudian, atas bantuan Banten, beliau berhasil menguasai Pakuan
Pajajaran,
48
iaitu ibu kota kerajaan Sunda.
49
Sejak itu, kerajaan Sunda akhirnya goyah.Dakwah
Islam SGJ semakin mudah dijalankan di Sunda berikutan wilayahnya kecil. Apabila hadirnya
Syarif Hidayatullah / SGJ, menyebabkan kerajaan Sunda runtuh, dan kesemua daerah yang
dikuasai oleh Sunda berjaya direbut
50
satu persatu oleh tentera Islam.
2.3.3 Maulana Malik Ibrahim
Selain Sunan Gunung Jati, Maulana Malik Ibrahim juga antara salah satu Wali Songo yang
terkenal. Maulana Malik Ibrahim atau Sunan Gresik merupakan wali yang pertama menyebarkan
agama Islam di Indonesia.
51
Beliau dipercayai berasal daripada keturunan Rasulullah, beliau
datang daripada Kasyan di Persia dan datang ke Indonesia untuk menyebar agama Islam.

45
Auni Abdullah.(1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.hlm.45.
46
Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.hlm.274.
47
R.Soekmono.(1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 3. Yogyakarta: KANISIUS.hlm.56.
48
Rosihan Anwar.(2004). Sejarah Kecil Petite Histoire Indonesia, Volume 1. Jakarta: PT Kompas Media
Nusantara.hlm.242.
49
Ibid.
50
Ade Soekino S.S.P. (1993). CAI-REBON (Berdirinya Kesultanan Cirebon): Cerita Rakyat Jawa Barat. Jakarta: PT
Grasindo.hlm.43.
51
Achyut Yagnik dan Suchitra Sheth.(2011). Ahmedabad: From Royal City to Megacity. New Delhi: Penguin
Books.hlm.45.
Maulana Malik Ibrahim ialah wali pertama yang datang ke Indonesia, aktiviti pertama
yang dilakukan olehnya ialah berdagang.
52
Melalui proses perdaganganlah maka agama Islam
semakin tersebar. Setibanya beliau di Indonesia, beliau dipercayai mula berdagang di kawasan
pelabuhan yang terbuka yang dikenali sebagai Desa Roomi di Gresik. Semasa sampai beliau
telah menunaikan solat dan ini telah menarik perhatian ramai. Hal ini kerana agama Islam adalah
agama yang baharu bagi penduduk Indonesia pada ketika itu. Akibat tertarik dengan agama yang
baru disampaikan maka beliau telah menerima kunjungan ke ibu kota. Setelah itu, beliau telah
membuat keputusan untuk tinggal di Indonesia. Dengan itu juga maka bidang perdagangan
semakin meluas. Hal ini kerana semasa ketibaannya di Indonesia, keadaan agak huru-hara namun
beliau dapat menyelesaikan krisis ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat Indonesia.
Contohnya, beliau dipercayai membuka warung dengan menawarkan harga yang murah ke atas
barang jualan harian seperti sayur-sayuran dan makanan harian yang lain. Melalui perdagangan
maka proses komunikasi berlaku dan Maulana Malik Ibrahim sekali gus dapat menyampaikan
dakwah mengenai agama Islam kepada orang ramai. Maka agama Islam dapat disebarkan
Maulana Malik Ibrahim merupakan orang yang pertama menyebarkan agama Islam di
Indonesia antara semua wali songo. Daerah yang disebarkan Islam pada kali pertama ialah Desa
Sembalo yang dikenali sebagai daerah Leran. Rentetan daripada penyebaran itu, maka Maulana
Malik Ibrahim telah membina masjid
53
pertama di Desa Pasucinan, Manya bagi memudahkan
penyebaran agama Islam dilakukan. Melalui pembinaan masjid ini juga, beliau mula mendekati
masyarakat setempat. Beliau dipercayai menjalankan dakwah dengan bijaksana kerana
mengadaptasikan pengajaran dengan keadaan sekeliling. Selain itu, penyampaian dakwah yang
dijalankan adalah secara lembut. Akhlak Maulana Malik Ibrahim sendiri sangat sopan, beradab
dan mempunyai sifat yang mulia membuatkan ramai masyarakat yang tertarik dengan agama
Islam seterusnya memeluk agama Islam untuk dijadikan sebagai asas dan panduan dalam
kehidupan seharian.
Seterusnya, Maulana Malik Ibrahim bukan sahaja berperanan untuk menyebarkan Islam
melalui pembinaan masjid, berdagang malah beliau juga turut membina pondok pengajian agama

52
Slamet Muljana.(2007). Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-negara Islam di Nusantara.
Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.hlm.49.
53
Mahyudin haji Yahya.(1986). Ensiklopedia Sejarah Islam Volume 1. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.hlm.1133.
Islam bagi mengukuhkan lagi pemahaman masyarakat tentang agama Islam. Beliau dipercayai
orang yang bertanggungjawab memperkenalkan pondok atau pesantren
54
kepada masyarakat.
Pondok yang pertama dibina di Gresik iaitu salah satu tempat di Tanah Jawa. Pondok ini dibina
bagi memperkukuhkan lagi tahap kefahaman dan pengajian dalam agama Islam.
55
Bermula
dengan pembinaan pondok ini maka lahirlah mubaligh-mubaligh Islam
56
yang bertanggungjawab
menyebarkan agama Islam selepas kematian Maulana Malik Ibrahim.
2.3.4 Haji Muhammad Yusuf Ahmad Lubis
Haji Muhammad Yusuf Ahmad Lubis juga merupakan antara ulama yang memainkan peranan
besar dalam mengembangkan agama Islam di Indonesia selain daripada ulama-ulama yang
terdapat di atas. Beliau dilahirkan pada 10 Januari 1912 di Medan, Sumatera Utara. Yusuf
Ahmad Lubis merupakan seorang ulama dalam bidang tafsir dan telah memberikan sumbangan
besar dalam perkembangan dakwah Islam di Indonesia.Pada awalnya, Yusuf Ahmad Lubis
memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik. Namun, selepas itu Yusuf memulakan langkah
baru dengan menumpukan perhatian pada kerja-kerja yang berkaitan dengan dakwah dan tugas
utama beliau adalah melatih para pendakwah untuk menjalankan tugas menyeru kepada agama
Islam. Beliau telah menganjurkan Kursus Kader Khas untuk melahirkan pendakwah yang
mantap di Akademi Mubaligh/Khatib Front Mubaligh Islam Medan. Selain itu, beliau turut
memainkan peranan penting dalam Majlis Ulama Indonesia Sumatera Utara (MUI Sumatera
Utara). Beliau telah dipilih sebagai Ketua Harian dan Ketua Umum.
57

Dari segi sumbangannya, beliau telah memainkan peranan penting dalam politik,
penubuhan Al Jamyatul Washliyah, penentangan terhadap tasawuf yang sesat, dakwah khas
terhadap penganut Kristian, penubuhan madrasah dan merupakan seorang pemidato yang hebat.
Yusuf Ahmad Lubis adalah pejuang Islam yang menceburi bidang politik. Beliau aktif dalam
Partai Majelis Syura Muslimin Indonesia atau ringkasnya Masyumi yang membawa manifesto
untuk melaksanakan syariat Islam di bumi Indonesia. Kegiatan beliau dalam bidang politik amat
bermakna kerana jasa beliau sebagai penggerak awal penubuhan cawangan Masyumi di wilayah

54
Mujamil Qomar.(2002). Pesantren: dari Transformasi Metodologi Menuju Demokratisasi Institusi. Jakarta:
Erlangga.hlm.8
55
Ronald Lekns-Bull.(2005). A Peaceful Jihad: Negotiating Identity and Modernity in Muslim Java. New York:
Palgrave Macmillan.hlm.48.
56
Ibid.
57
Khairuddin Said. (2012). Pemikiran Islah Yusuf Ahmad Lubis. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.hlm.62.
Medan Barat. Kesedaran tentang kepentingan dakwah kepada masyarakat telah melahirkan satu
keazaman dalam diri Yusuf Ahmad Lubis untuk berdakwah dengan lebih berkesan. Atas
kesedaran tersebut, beliau bersama dengan rakan-rakannya telah menubuhkan Al Jamiyatul
Washliyah pada 30 November 1930. Meskipun telah menganut agama Islam, masyarakat Islam
di Indonesia masih mempercayai dan mengamalkan amalan-amalan khurafat. Inilah cabaran
yang terpaksa dihadapi oleh Yusuf Ahmad Lubis iaitu untuk menghapuskan kepercayaan
khurafat dalam masyarakat Islam menerusi aktiviti dakwah.
Di samping itu, beliau turut menjalankan aktiviti dakwah terhadap penganut Kristian.
Usaha dakwah terhadap golongan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kaedah yang digunakan
bukan setakat ceramah dan syarahan sahaja tetapi beliau juga turun padang ke rumah untuk
memberikan bantuan dan memujuk secara perseorangan. Oleh itu, untuk memperluaskan
dakwahnya, beliau telah menggunakan medium penulisan sebagai satu senjata yang mampu
merungkai kekalutan masyarakat Kristian terhadap Islam. Selain itu, tuntutan untuk menuntut
ilmu telah mendorong Yusuf Ahmad Lubis menubuhkan madrasah dan menyokong pihak-pihak
yang ingin mendirikan madrasah. Pada peringkat awal, rumah dijadikan sebagai pusat
pendidikan madrasah ini. Di sinilah kanak-kanak diajar bahasa Arab dan Sejarah Islam. Di
samping itu, beliau juga memberikan sumbangan kepada penubuhan Madrasah Tarbiyah
Islamiyah yang terletak di Changkat Jering, Perak. Dalam pada beliau aktif menjalankan
kegiatan dakwahnya, Yusuf Ahmad Lubis ini juga merupakan seorang pemidato yang unggul.
Tambahan pula, ceramah beliau sentiasa dilandasi dengan ayat al-Quran dan hadis sebagai dalil.
Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa peranan serta sumbangan Yusuf Ahmad Lubis
dalam bidang tafsir sangat besar ditambah lagi dengan penghasilan beberapa buah buku yang
berkaitan dengan bidang tersebut antaranya ialah Tafsir Surah al-Fatihah. Kandungan tafsirnya
dianggap memenuhi sebahagian usaha dakwah beliau ke arah pengislahan masyarakat Islam di
Nusantara khususnya di Indonesia.
2.3.5 Syamsuddin al-Sumatrani
Para ulama berikutnya ialah Syamsuddin al-Sumatrani dan juga dikenali dengan Syamsuddin
Pasai kerana berasal dari Pasai. Acheh dikenali sebagai serambi mekah kerana memiliki
intelektual islam yang sangat menonjol. Syamsudin al-sumatrani merupakan tokoh ulama Islam
di Indonesia yang merupakan kedua selepas Hamzah Fansuri. Beliau juga merupakan ahli-ahli
tasawuf.
58

Syamsuddin al-Sumatrani memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
pembentukan dan perkembangan Islam di acheh pada abad ke-17. Termasuklah peranannya
dalam bidang politik
59
iaitu semasa pemerintahan Sayyid Mukammil pada tahun 1589-1604
Masihi, Syamsuddin al-Sumatrani telah menjadi orang kepercayaan sultan acheh. Beliau turut
diangkat menjadi mufti kerajaaan acheh pada tahun 1637 oleh Sultan Iskandar Tsani. Sebarang
urusan istana akan akan diuruskan oleh beliau. Beliau juga seorang ulama yang sangat disayangi
oleh sultan Iskandar Muda sehingga dilantik sebagai pembantu kepada sultan. Beliau merupakan
seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di istana acheh. Tambahan pula beliau
merupakan seorang ahli politik yang bertindak sebagai penasihat kepada pemerintah dan sempat
menjadi pembesar di Acheh. Melalui nasihat dan bantuan dari ulama yang sememangnya pakar
dalam bidang agama dapat memudahkan lagi penyebaran dan perkembangan agama Islam. Hal
ini demikian kerana sekiranya seorang pemerintah memeluk Islam dan mengamalkan
pemerintahan Islam maka secara tidak langsung menjadi faktor penyumbang kepada tahap
perkembangan Islam dalam penubuhan dan pemerintahan kerajaan tersebut. Contohnya, acheh
terkenal dengan daerah yang memiliki intelektual Islam yang sangat tinggi. Contohnya, seorang
tokoh agama yang berperanan penting, Syamsuddin al-Sumatrani telah berjuang dalam usaha
untuk memperkenalkan nilai-nilai islam bagi mengajak masyarakat untuk menjalani kehidupan
mengikut syariat Islam dengan menyampaikan ajaran yang berpegang teguh kepada al-Quran
dan as-sunnah. Beliau seorang yang sangat berpengaruh dalam pemerintahan yang berkembang
di acheh.
Selain itu, peranan Syamsuddin al-Sumatrani juga penting dalam bidang sosial iaitu telah
menghasilkan karya-karya yang menjadi rujukan kepada masyarakat dalam menjalani kehidupan.
Beliau banyak mengarang kitab dalam bahasa Melayu dan Arab. Melalui karya beliau yang
tersusun dan penggunaan bahasa yang indah sehingga pengamalan nilai-nilai ajaran islam
menjadi mudah untuk difahami oleh masyarakat pada saat itu. Syamsuddin al-Sumatrani adalah

58
Dr H.Uka Tjandrasasmita.(2000).Pertumbuhan dan perkembangan kota-kota muslim diIndonesia.Kudus:Menara
Kudus.hlm. 34.
59
Zulkiple Abd. Ghani.(2005). Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.hlm.221.
pakar dalam bidang tasawuf. Beliau merupakan ulama tasawuf yang telah hidup sezaman dengan
Hamzah Fansuri.
60
Peranan dan pemikiran beliau telah mewarnai khazanah intelektual Islam di
Indonesia. Antara karya beliau ialah Mirat al-Mukminin (cermin orang beriman), Jauhar al-
Haqaiq (permata kebenaran), Kitab al-Haraka, Mirat al- Iman, Kitab al-Martaba dan Syarah
Rubaah Hamzah Fansuri. Fahaman tasawuf Syamsuddin al-Sumatrani
61
telah mewarnai corak
keislaman di Aceh. Syamsuddin al-Sumatrani merupakan anak murid kepada Hamzah Fansuri.
Pemikirannya dalam bidang tasawuf adalah adanya konsep Martabat Tujuh. Oleh itu, beliau
bertanggungjawab dalam menyambung aktiviti dalam bidang penulisan yang telah dimulai oleh
Hamzah Fansuri. Melalui karya tersebut telah dapat mengembangkan ajaran islam kerana karya
tokoh ulama dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat.
2.3.6 Syeikh Nuruddin al-Raniri
Akhir sekali, para ulama yang mula menulis kitab hadis iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri yang
mula menulis dalam kitabnya iaitu dalam bidang hadis yang bertajuk Hidayat al-Habib fi
Targhib wa al-Tarhib. Syeikh Nuruddin al-Raniri atau nama penuh beliau iaitu al-Syaykh
Nuruddin Muhammad Jailani bin Ali bin Hasanji bin Muhammad Hamid al-Raniri. Beliau
adalah seorang ulama yang terkenal dan masyhur bukan sahaja hanya terkenal dalam kalangan
dunia Melayu malah beliau turut terkenal dalam kalangan-kalangan barat. Riwayat hidup beliau
ialah dilahirkan di Ranir iaitu sebuah kota pelabuhan yang berhampiran dengan Gujarat, India.
Beliau juga berturunan Arab Hadramaut daripada sebelah bapanya, manakala ibunya pula adalah
orang Melayu Acheh. Pada 6 Muharram 1047 Hijrah bersamaan dengan 31 Mei 1637 Masihi
beliau telah tiba di Acheh selepas setahun pemerintahan Sultan Iskandar Thani.
62
Di samping itu,
dari segi pendidikan beliau pula ialah beliau telah mendapat pendidikan di Makkah dan Madinah,
malah beliau juga telah berguru dengan Sayid Umar al-Aydrus. Beliau ada menghasilkan
beberapa karya yang terdiri daripada pelbagai cabang ilmu pengetahuan Islam seperti ilmu fiqh,
hadis, sejarah, akidah, tasawuf dan perbandingan agama. Antara karyanya ialah kitab hadis
iaitu Hidayat al-Habib fi al-Targhib wa al-Tarhib atau dikenali dengan nama yang lain iaitu al-
Fawaid al-Bahiyyah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah iaitu kitab hadis berbahasa Melayu yang

60
Sokhi Huda.(2008). Tasawuf Kultural: Fenomena Shalawat Wahidiyah. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.hlm.79.
61
Ibid.
62
Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(1993).Sejarah Nasional Indonesia III.Jakarta: Balai
Pustaka.hlm.205-206.
pertama di Asia Tenggara yang juga merupakan hasil sumbangannya kepada masyarakat Islam di
Indonesia, bahkan dalam kitabnya yang lain iaitu Sirat al-Mustaqim turut menerima pengaruh
yang besar kerana ia masih lagi digunakan di sesetengah sekolah agama di Malaysia pada abad
ke-20 ini.
Antara sumbangnya yang lain di Indonesia dapat dilihat di Acheh. Sebenarnya, Acheh
pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah negara yang merdeka, namun sekarang Acheh telah
menjadi sebahagian daripada Indonesia. Jadi, sebelum kedatangan Syeikh Nuruddin al-Raniri di
Acheh telah muncul satu fahaman yang dikenali dengan aliran Tasawwuf Wujudiyah yang
dibawa oleh Syaykh Hamzah Fansuri dan Syaykh Shamsuddin al-Sumatrani. Namun, dikatakan
ajaran ini telah ditentang oleh sebahagian ahli tasawuf di Timur Tengah kerana mereka
beranggapan bahawa aliran ini telah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Maka
disebabkan itu, kedatangan Syeikh Nuruddin al-Raniri ke Acheh ini seakan-akan dikatakan telah
membawa satu pendapat baru yang asing dalam kalangan masyarakat Islam di Acheh. Selain itu,
peranan beliau yang lain dapat dilihat dimana beliau juga telah menjadi seorang Qadi Malik al-
Adil bagi kerajaan Acheh di samping beliau juga menjadi seorang ulama dalam menyebarkan
dakwah Islamiyyah. Tambahan pula, beliau juga banyak menghasilkan beberapa penulisan yang
bernilai tinggi sama ada dalam berbahasa Melayu Jawi atau karya berbahasa Arab dalam
pelbagai bidang. Jadi, hal ini secara tidak langsung telah memudahkan masyarakat tempatan
dalam mempelajari hal ehwal agama Islam.









3.0 Kesimpulan
Jelaslah bahawa tokoh - tokoh ulama yang berperanan di Nusantara bukan sahaja sebagai
pendakwah dalam menyebarkan agama Islam malahan turut berperanan dalam melicinkan
institusi pentadbiran sesebuah negara. Sememangnya dalam kalangan ulama wujudnya ulama
yang menjadi pemerintah di sesebuah negara. Tidak ketinggalan, ulama bukan sahaja
bertanggungjawab dalam menyebarkan hal ehwal agama malah yang berkaitan dengan
keduniaan juga. Hingga ke hari ini, ulama masih lagi berperanan penting yang tidak dapat
dipertikaikan lagi kewibawaan mereka.


















Rujukan
Abdul Ghoffir Muhaimin. (2006). The Islamic Traditions of Cirebon: Ibadat and adat Among
Javanese Muslims. Australia: ANU E Press.

Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara :Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam. Selangor :LohprintSdn. Bhd.
Abdul Rahman Hasan Nasoh & Weayousof Ismail Sidea. (2011). Tuan Guru Haji Wan Yusof al-
Bandari: peranan dan sumbangannya dalam penyebaran ilmu agama di Selatan
Thailand. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia. 25-26 Mei.
Achyut Yagnik dan Suchitra Sheth.(2011). Ahmedabad: From Royal City to Megacity. New
Delhi: Penguin Books.

Ade Soekino S.S.P. (1993). CAI-REBON (Berdirinya Kesultanan Cirebon): Cerita Rakyat Jawa
Barat. Jakarta: PT Grasindo.

Agus Maryanto dan Zainul Azzah. (2009). Masjid Agung Demak. Bandung: Pustaka Oasis.

Ahmad Fathy al-Fatani (2002). Ulama besar dari Patani.Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ahamakosee Kasor (2011). Sumbangan Syeikh Zainal Abidin bin Muhamad al-Patani dalam
perkembangan ilmu di Selatan Thailand.
Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Auni Abdullah.(1991). Islam dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan di Alam Melayu. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

Balai Pelestarian Peninggalan Purbakala Jawa Tengah.(2006). Jejak Para Wali dan Ziarah
Spiritual. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.

Dadan Wildan.(2003). Sunan Gunung Jati antara Fiksi dan Fakta: Pembumian Islam dengan
Pendekatan Straktural dan Kultural. Bandung: Humaniora Utama Press.

Dr. H.Uka Tjandrasasmita. (2000). Pertumbuhan dan perkembangan kota-kota muslim di
Indonesia.Kudus:Menara Kudus.

Dr.Haryati Hasan.(2014). Islam di Asia Tenggara.Universiti Pendidikan Sultan Idris: Jabatan
Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan.

Dudung Abdurrahman (2002). Sejarah peradaban Islam: dari masa klasik hingga moden
(peradaban Islam moden di Asia Tenggara. Yogyakarta : LESFI.
Khairuddin Said. (2012). Pemikiran Islah Yusuf Ahmad Lubis. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Kuntowijoyo, A. E. priyono. (2008). Paradigm Islam : Interpretasi untuk aksi. Indonesia. PT
Mizan Publika.
Mahyudin haji Yahya.(1986). Ensiklopedia Sejarah Islam Volume 1. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Maruwiah Ahmad. 2006. Penjelajah Portugis dan Sepanyol Ke asia tenggara. Selangor
:Karisma Publication.

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(1993).Sejarah Nasional Indonesia
III.Jakarta: Balai Pustaka.

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto.(2008). Sejarah Nasional Indonesia
III: Zaman Pertubuhan dan Perkembangan Kerajaan Islam di Indonesia. Jakarta: Balai
Pustaka.

Mc Amis, R.D.(2002). Malay Muslim: The History And Challenge Of Resurgent Islam In
Southeast Asia. United Kingdom: Wm. B . Eerdmans Publishing Co.
Mujamil Qomar.(2002). Pesantren: dari Transformasi Metodologi Menuju Demokratisasi
Institusi. Jakarta: Erlangga.

Numan Hayimasae (2009). Jaringan ulama Patani dengan Utara Semenanjung Tanah Melayu
abad ke-18 dan ke-19. Malaysia Dari Segi Sejarah (Malaysia In History). Vol. 37. pp.
18-30.
R.Soekmono.(1973). Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia 3. Yogyakarta: KANISIUS.

Ronald Lekns-Bull.(2005). A Peaceful Jihad: Negotiating Identity and Modernity in Muslim
Java. New York: Palgrave Macmillan.

Rosihan Anwar.(2004). Sejarah Kecil Petite Histoire Indonesia, Volume 1. Jakarta: PT
Kompas Media Nusantara.

Schellinger, P.E , Salkin, R.M, Dan Trudy, R. (1996). Asia And Oceania : International
Dictionary Of Historic places. United states: Fitzroy Dearborn publisher.

Slamet Muljana.(2007). Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-negara Islam
di Nusantara. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta.

Sokhi Huda.(2008). Tasawuf Kultural: Fenomena Shalawat Wahidiyah. Yogyakarta: LKiS
Yogyakarta.

Surin Pitsuwan.(1989). Islam di Muang Thailand nasionalisme Melayu Masyarakat Patani.
Jakarta.
Tan, Samuel. K.(2008). A history of the Philippines. Quezon city: The University Of The
Philippines Press.
Uka Tjandrasasmita.(2009).Arkeologi Islam Nusantara. Indonesia. Kepustakaan Populer
Gramedia.

Warren, J. T. 2007. The Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamics Of External Trade, Slavery And
Ethnicity In The Transformation Of The Southeast Asia Maritime State. Singapore: NUS
Press.

Zulkiple Abd. Ghani.(2005). Dakwah dan Etika Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai