Anda di halaman 1dari 16

0

PPPJ
2323

SEJARAH TAMADUN ISLAM


ASIA TENGGARA

TAJUK:
SYEIKH ABDUL MALIK BIN ABDULLAH
(TOK KU PULAU MANIS)

DISEDIAKAN UNTUK:
Dr. IZZIAH SURYANI BINTI MAT RESAD@ARSHAD
DISEDIAKAN OLEH:
ROSLAINI BINTI OTHMAN
( A148768 )

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2016

SINOPSIS
1. Ismail Che Daud. 2012. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1). Kota Bharu:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Buku ini mengisahkan tentang seorang tokoh Islam yang terkenal di Terengganu iaitu
Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Pulau Manis. Terkandung di
dalamnya biografi hidupnya meliputi keluarga, keturunan, latar belakang pendidikan,
bidang pengajian, kekeramatan beliau, dakwah beliau melalui lisan dan penulisan, serta
kitab-kitab catatannya Gelaran lain adalah Dato Pulau Manis, Tok Syeikh Pulau
Manis,Tuan Pulau Manis, dan Sharif Abdul Malik. Beliau berketurunan dari kalangan
pengembang agama Islam yang terawal tiba di Terengganu iaitu datuknya, Sharif
Muhammad bin Abdullah yang mana pada mulanya adalah seorang pembesar di kota
Baghdad. Akibat suatu peristiwa, dia berhijrah ke semenanjung Tanah Arab sambil
mencari kedamaian hidup di Mekah. Selanjutnya mengembara ke Acheh. Terakhir,
merantau lagi ke semenanjung tanah Melayu, lalu menetap di sebuah desa berhampiran
pulau Kampung Batu Belah, mukimJenagor, Ulu Terengganu. Bapa Tok Ku Pulau Manis,
Abdullah bin Abdul Qahhar tinggal di Kampung Pauh, Ulu Terengganu di mana
disinilah Tok Ku Pulau Manis dilahirkan. Tarikh kelahirannya yang tepat tidak diketahui,
namun, ada yang mengagak paling awalnya sekitar tahun 1060/1650M. Umumnya
berpendapat dalam tahun 1650-an Masihi. Semasa muda, beliau berguru dengan
bapanya sendiri. Melanjutkan pelajaran ke kota Mekah selama 10 tahun lebih. Beliau
pernah tinggal di rumah Tuan Haji Abdul Rauf sambil berguru dengan Syeikh Ibrahim
bin Hassan. Bidang pengajiannya merangkumi ilmu-ilmu bahasa Arab, Usuluddin, fiqh,
tasawuf, tafsir, hadith, dan lain-lain. Tetapi dalam bidang ilmu kerohanianlah yang beliau
tumpu secara mendalam sehingga layak digelar Syeikh. Beliau diberi izin gurunya
mengajar tarekat ilmu tasawuf setelah mencapai darjat tertinggi dalam Tarekat
Syatariyyah. Selepas tamat pengajian di Mekah dan Madinah, beliau pulang ke
Terengganu sekitar umur 40 tahun. Dijodohkan dengan puteri Tok Raja Sawa Sila,
seorang pembesar tempatan yang berasal dari Johor. Sejak pulang dari menuntut ilmu,
beliau giat menyusun gerakan intelektual keagamaan di Ulu Terengganu(pusat
pemerintahan tempatan zaman itu). Kemudian berpindah ke Kampung Pulau Manis dan
menetap disitu. Mendirikan sebuah institusi pengajian pondok yang mendapat sambutan
hebat dari serata pelusuk semenanjung Tanah Melayu. Beliau seorang tokoh ulama besar
yang mencapai taraf wali serta bergelar al-Imam al-Allamah. Beliau termasyhur

keramat melalui kisah kepulangannya mengambil sebiji buah durian di kampung,


kemudian terus membawa ke hadapan gurunya di Mekah. Selain berdakwah secara lisan,
beliau juga berdakwah melalui penulisan. Peninggalan empat buah pusaka ilmiah iaitu
Kitab al-Kifayah, risalah Naql, Kaifiyyat al-Niyyah serta Syarh Hikam. Tarikh
kematiannya yang sebenarnya tidak diketahui. Tradisi pengajiannya diteruskan oleh
keturunannya.
2. Abdullah Jusoh. 1990. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penulis mengatakan bahawa pondok merupakan institusi pendidikan yang berpotensi dan
mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat Melayu. Sistem pengajian
tradisional ini bermula pada abad ke 18 M sehingga ke abad 20 M. Pengajian pondok
telah berkembang pesat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, selepas Perjanjian
Bangkok di antara Siam dan Inggeris pada1909M/1327H. Di utara semenanjung
Malaysia, sistem pengajian pondok pada abad ke 19M begitu popular. Kelantan
merupakan negeri yang terkenal dengan pengajian pondok sehingga digelar Serambi
Mekah. Dalam siri perkembangan pengajian pondok, Terengganu terkenal sebagai pusat
pengajian agama yang sering di kunjungi oleh penuntut-penuntut dari luar Terengganu.
Pusat pengajian Islam boleh didapati sekitar bandar Kuala Terengganu terutamanya di
Losong dan Pulau Duyung. Pada abad ke 18 M, Tok Ku Pulau Manis telah mendirikan
pondok di Pulau Manis sebaik sahaja pulang dari Mekah.

3. Abdul Aziz Deraman. 2003. Peradaban Melayu Timur Laut. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Buku ini ada menyentuh mengenai sistem pendidikan pondok yang merupakan sistem
tradisi pendidikan. Sistem pendidikan pondok telah berkembang di alam Melayu seperti

di Acheh dan Pattani, kemudian diikuti oleh Terengganu. Di Terengganu, pengajian


pondok terawal diasaskan oleh Tok Ku Pulau Manis. Pengajian ini terus berkembang ke
Beladau. Sg. Rengas, Padang Midin, Tebauk, dan Losong di Kuala Terengganu sehingga
abad ke-20.
4. Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran.
Jakarta: Gema Insani Press.
Penulis menulis mengenai aliran tradisional yang diikuti umat Islam di Nusantara dan
Malaysia pada abad ke-19 M. Jatuhnya kerajaan Acheh yang terkenal sebagai pusat
politik, dan pusat pengajian Islam terkemuka di Nusantara, menyebabkan pertumbuhan
pusat pengajian di tempat lain seperti di Jawa, Banjar dan sebagainya. Dari Pattani, Islam
berkembang ke wilayah pantai Timur serta utara Semenanjung Malaysia seperti
Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Pengajian Islam tradisional di
Terengganu memang sudah terkenal di Tanah Melayu berdasarkan catatan terdapatnya
institusi pondok yang didirikan oleh Syeikh Abdul Malik.
5. Wan Zulkifli Wan Hassan & Azizi Umar. 2011. Sumbangan Ulama Nusantara di
Terengganu dalam mengembangkan Mazhab Syafii. Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara . Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penulis-penulis menceritakan peranan yang dimainkan oleh ulama tempatan mahupun
luar, dalam mengembangkan agama Islam. Penulis mengkhususkan kepada ulama
Terengganu, iaitu Tok Ku Pulau Manis. Terkandung di dalamnya latar belakang
pendidikan, bidang pengajiannya, peranannya pada zaman pemerintahan Sultan
Terengganu yang pertama, Sultan Zainal Abidin 1 serta karya-karya beliau dalam
pelbagai disiplin ilmu. Mengenai latar belakang beliau di dalam pendidikan, beliau
pernah ke Jawa dan Acheh, kemudian ke Mekah. Antara kitab fiqh yang masyhur dalam
mazhab Shafii yang dipelajarinya daripada gurunya, Syeikh Ibrahim ialah Daw alSyamaah karangan Imam Jalaluddin al-Sayuti, Minyah Ahl al-Wara karangan Syeikh

Ahmad, guru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani, Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi
dan lain-lain lagi. Selain mengajar ilmu di pondok, beliau merupakan seorang mufti yang
dilantik oleh sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin.
6. Shafie Abu Bakar. 1989. Perkembangan Keilmuwan dan Kesedaran Keislaman di
Terengganu. PESAKA . Terengganu: Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Di dalam rencana ini, penulis menyebut mengenai latar belakang keluarga, latar belakang
pendidikan, permulaan dakwah Islamiyyah menyebarkan ilmu pengetahuan disekitar
Kuala Terengganu melalui penubuhan pondok pengajian di kampung tersebut di samping
berperanan sebagai ulama istana pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1.
Beliau turut dibantu oleh pelajar-pelajar utamanya yang kanan di dalam mengendalikan
pengajian. Peranannya tidak terhad kepada bersifat tempatan sahaja, sebaliknya dilihat
dari segi penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau merupakan orang pertama yang
menghasilkan karangan terbesar tasawuf yang beraliran etika-ubudiyyah di dalam bahasa
Melayu. Ianya jauh lebih awal mendahului karangan-karangan tasawuf Imam Ghazali
yang disadur di dalam Bahasa Melayu seperti Sayr al-Salikin dan Hidayat al-Salikin yang
diusahakan oleh Syeikh Abdul Samad al-Palimbani dari karangan asal Imam al-Ghazali
yang berjudul Ihya Ulum al-Din dan Bidayat al-Hidayat.

7. Rogayah A. Salim, Mariyam Salim. 2006. Kesultanan Melayu Terengganu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di dalam buku ini, penulis menyatakan hasil karya Tok Ku Pulau Manis adalah penulisan
terawal yang ditemui di Terengganu iaitu Hikam Melayu yang dihasilkan kira-kira pada

akhir 1760-an. Hasil penulisan di Terengganu banyak lahir pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20.
8. Wan Muhd Shaghir Abdullah. 1985. Perkembangan Ilmu Fiqh dan Tokoh-tokohnya di
Asia Tenggara. Solo: Ramadhani
Penulis menyatakan bahawa sejarah Tok Ku Pulau Manis masih sedikit ditulis berbanding
Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri. Tok Ku Pulau
Manis hidup sezaman dengan Sultan Zainal Abidin 1(1138-1146H/1725-1733M) atau
diperhubungkan dengan period murid Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri. Ini kerana
ulama ini meninggal dunia tahun 1690M. Pada kubur beliau tertulis tahun hidupnya pada
1089-1149H. Dinyatakan juga, berlaku pertikaian pendapat bahawa ada orang
mengatakan Tok Ku Pulau Manis adalah murid Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri dan
ada pula mengatakan beliau tidak sempat belajar dengan ulama Acheh yang terkenal itu.
Dikatakan selama di Mekah beliau hanya sempat belajar dengan Syeikh Ibrahim alKurani. Kemudiannya, beliau pulang ke Terengganu, mengembangkan dakwah Islam di
sana. Bukan hanya Sultan Zainal Abidin 1 sahaja yang murid beliau, malah hampir semua
pembesar Terengganu adalah anak muridnya.
9. Abdul Rahman Embong. 2012. Terengganu Merentasi Tiga Abad Kesultanan, Politik,
Ekonomi, Agama, Budaya. Kuala Lumpur: Card Information Sdn.Bhd.
Buku ini mengisahkan perjalanan Tok Ku Pulau Manis di dalam menuntut ilmu. Dari
Acheh, Syeikh Abdul Malik yang masih dahagakan ilmu pengetahuan menyambung
pengajiannya ke Mekah selama lebih satu dekad. Semasa di Mekah, beliau berguru
dengan Syeikh Ibrahim Al-Kurani dengan memberi tumpuan kepada keilmuan tiga
serangkai iaitu ilmu fiqh, usuluddin dan tasawuf dengan menuruti pendekatan ahl alSunnah wa al-Jamaah di samping mempelajari tasawuf sunni yang dipelopori al-Ghazali.
Semasa di Mekah inilah beliau mengarang kitab Syarh Hikam, sebuah kitab tasawuf
terbesar dan terawal menurut aliran ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam bahasa Melayu.
Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah adalah seperti penglibatan

penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci Mekah sebagai
pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan mereka adalah mereka yang
datang dari Tanah Jawa. Kedudukan beliau disini mempunyai persamaan dengan
kedudukan ulama ulama Jawa yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh
Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad
Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
10. Nurazmi Kuntum. 1991. Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku ini mengenai Tok Ku Pulau Manis dari sudut tradisi penulisan dan pemikiran Islam
yang mana beliau tidak menonjol seperti ulama dan tokoh penulisan dan pemikiran Islam
seperti Tok Ku Tuan Besar pada abad ke-19 di Terengganu biarpun tradisi penulisan
dimulai oleh beliau. Beliau digelar Syeikh Ulama dan Tuan Besar Paduka Indera
(meninggal dunia TM 1876) telah menghasilkan buku seperti Kanzul-Ula, yang dikenali
juga dengan Naban atau Nazam, Jawahirul-Saniah, atau disebut juga kitab Puji, Uhudu
Puratin fi Tarjamati Kalimatain Syahadatain yang juga dikenal sebagai Syahadan Tuk
Ku dan Mukhtasar. Keahliannya meliputi banyak bidang ilmu Islam seperti ilmu fekah,
tauhid, nahu, tafsir, hadis dan ilmu tasawuf.

11. Mohd Taib Osman dan A. Aziz Deraman. 2000. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Dinyatakan di dalam buku ini mengenai inisiatif masyarakat Islam terdahulu yang sangat
cintakan ilmu dengan mengadakan kelas al-Quran dan majlis ilmu di masjid dan surau

selain kelas pengajian oleh guru dan sultan. Iltizam yang ditunjukkan ini telah mendorong
kepada penubuhan institusi pondok. Kesultanan Terengganu yang bermula pada kurun
ke-17 Masihi telah menyaksikan perkembangan Islam di negeri ini melalui pembabitan
Syeikh Abdul Malik. Masyarakat sekitar petempatan Tok Ku Pulau Manis, sebagaimana
penduduk lain di Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu telah menerima pengajaran
Islam daripada guru raja dan ulama pondok yang bergiat pada masa tersebut. Masjid,
surau, balai, rumah dan istana raja sendiri menjadi tumpuan umum bagi mereka yang
dahagakan ilmu.
12. Nizaita Omar & Zulkifly Muda. 2005. Penglibatan Ulama dalm Pentadbiran:
Kesannya Terhadap Perkembangan Dakwah dan Kesatabilan Politik di Terengganu.
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Buku ini berkisar tentang penglibatan ulama dalam pemerintahan Terengganu iaitu sejak
pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1 lagi. Tok Ku Pulau Manis telah mendapat tempat
yang istimewa di bawah pemerintahan baginda. Bahkan dikatakan beliaulah yang
bertanggungjawab memberi restu melalui pengaruhnya sebagai seorang ulama kepada
pembentukan kesultanan di Terengganu sehingga terlantiknya Tun Zainal Abidin yang
sebenarnya berasal dari Kesultanan Johor-Riau daripada keturunan Tun Habib Abdul
Majid sebagai sultan bagi negeri Terengganu. Dengan didikan agama yang diperoleh
daripada Tok Ku Pulau Manis, baginda sultan telah menjalankan pemerintahan dengan
berkesan. Turut dinyatakan, terdapat fakta sejarah bahawa apabila baginda Sultan
memindahkan kediaman diraja beliau ke Pulau Manis, Syeikh Abdul Malik mengambil
kesempatan untuk turut mengalihkan pusat agama ke kawasan baru Diraja. Bagi tujuan
tersebut, sebuah masjid dibina dan ianya masih kekal sehingga hari ini.
13.Auni Abdullah.2015. Pemikiran Politik Islam dalam Sejarah Persuratan Alam
Melayu.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Penulis menyentuh mengenai hubungan antara ulama dan pemerintah iaitu tradisi ulama
menasihati raja. Juga peranan Tok Ku Pulau Manis ketika zaman pemerintahan Sultan

Zainal Abidin 1. Peranan para ulama adalah memberi nasihat dan bimbingan kepada para
raja dan pembesar negeri tentang selok-belok pemerintahan daripada hal tanggungjawab
raja hinggalah kepada aspek-aspek kewangan, perniagaan, pengawasan moral, dan
kehakiman(tugas kadi). Peranan Tok Ku Pulau Manis adalah sebagai pelantik raja(king
maker) dan mentua kepada Sultan Zainal Abidin 1, pengasas kesultanan Terengganu.
14. Muhammad Saleh Awang. 1983. Sejarah Darul Iman hingga 1337H=1918. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Di dalam buku ini penulis menyatakan bahawa Sultan Zainal Abidin 1 ketika berada di
Pulau Manis, baginda telah memperisterikan anak perempuan Datuk Pulau Manis.
Setakat yang diketahui baginda sultan mempunyai empat orang putera dengan isterinya
Cik Puan Besar dari Patani, dan dua orang putera dari isteri anak Tok Ku Pulau Manis
iaitu Ku Tana (Tanang) Mansur dan Ku Embong tetapi ada cerita mengatakan Ku Tanang
Mansur itu dari isteri baginda yang berkahwin di Kampung Langgar(boleh jadi dialah
anak Tok Ku Pulau Manis. Tok Ku Pulau Manis mengazan dan qamat sebagaimana yang
disunatkan agama serta berdoa memohon diberkati putera itu dan dikhabarkan beliau
telah meramalkan, putera ini akan menjadi pemerintah di antara saudara empatnya., dan
akan membasmi perompatk dan lanun di laut serta namanya menjadi masyhur.

15. Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman Tradisi Persejarahan
Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penulis mengisahkan bahawa Terengganu sejak zaman awal hinggalah ke tahun 1940-an,
memang giat dalam arena penulisan sejarah dan kesusasteraan. Amnya, hasil-hasil sastera

terbahagi kepada dua. Pertama, karya sastera yang bercorak sejarah. Ia dapat digunakan
terus sebagai sumber sejarah. Kedua, hasil sastera yang bercorak bukan sejarah dari segi
genre tetapi berguna dan dapat menjadi sumber sejarah. Sebelum tahun 1700 sudah
terdapat bahan-bahan bertulis pada kertas, baik yang bercorak sastera mahupun sejarah.
Sekiranya benar dakwaan MISBAHA, penulis dan ahli sejarah tempatan Terengganu
mendakwa di dalam rencananya, bahawa Tok Ku Pulau Manis adalah satu-satunya ulama
tempatan yang melahirkan dan menterjemahkan kitab Hikam Ibn Ataullah Assakandari
dan lahirnya almarhum Syed Muhammad bin Zainal Abidin(Tok Ku Tuan Besar) lalu
mendapat gelaran Pelopor dan Bapa Kesusasteraan, maka didapati hanya pada
penghujung abad ke 18, Terengganu mula memasuki tradisi kesusasteraan dengan
menggunakan alat kertas/surat. Dengan demikian, terdapat andaian bahawa Tok Ku Pulau
Manislah yang memulakan apa yang disebut Zaman Pelopor Kesusasteraan
Terengganu. Hasil-hasil sastera yang begitu banyak lahir pada penghujung abad ke 19
dan awal abad ke-20 di Terengganu sebenarnya dapat mewajarkan keadaan.
16. Abdul Razak Mahmud et. al. 2009. Bunga Rampai Persuratan Melayu Wilayah Timur
Sejarah, Pemikiran dan Karya. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
Penulis mengisahkan bagaimana Tok Ku Pulau Manis dikenali, peninggalan kitab-kitab
catatannya, serta penerusan legasi tradisi pendidikan pondok beliau. Buku ini
menerangkan secara lebih terperinci tentang hasil catatan beliau. Di perkampungan di
sekitar Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu, Tok Ku Pulau Manis dikenali mereka
melalui cerita-cerita lisan berkait dengan kekeramatannya. Di kalangan mereka
berpengajian agama secara tradisi dan penyelidik-penyelidik yang berminat dalam
lapangan tasawuf pula, mereka mengenalinya dari sebuah karangan dalam bentuk syarh
terhadap matan Hikam Ibn AtaiLlah(M.709/1309) yang dikaitkan dengan Syeikh Abdul
Malik. Di balai(madrasah) di Padang Midin, tersimpan beratus-ratus buah kitab lama
yang kebanyakannya di dalam bentuk naskah tulisan tangan yang telah digunakan di
dalam pengajaran sejak dari zaman beliau membawa kepada generasi selepasnya.
Kebanyakan naskah-naskah tulisan tangan ini di dalam bahasa Arab di samping beberapa
naskah berbahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Terdapat juga beratus-ratus lagi kitab

10

bercetak di dalam kedua-dua bahasa yang digunakan di institusi tersebut di zaman


kemudiannya. Peninggalan kitab-kitab tersebut mencerminkan keadaan pengajian di
zaman tradisi dan berorientasikan keagamaan. Hasil penyelidikan luar dan kajian tehadap
kitab-kitab di institusi Tok Pulau Manis, sekurangnya beliau telah menghasilkan empat
buah karangan. Dua daripadanya berbentuk risalah iaitu risalah Naql dan risalah
Kaifiyyah Niyyah, manakala dua lagi berbentuk kitab iaitu kitab Kifayah dan kitab Syarh
Hikam(kitab Hikam Melayu). Risalah Naql sebuah kitab risalah fiqh yang membicarakan
mengenai bilangan yang sah dengannya didirikan solat Jumaat. Risalah Kaifiyyah Niyyah
sebuah risalah yang membicarakan tentang keadaan niat yang ada kaitannya dengan
hukum fiqh dan juga mengenai persoalan tasawuf. Kitab Kifayah adalah kitab kedua
besar hasil karangan beliau selepas kitab Hikam Melayu.
17. Mohd Faizal Harun. 2015. Tasawuf dan Tarekat Sejarah Perkembangan dan
Alirannya di Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Di dalam buku ini penulis menerangkan Tok Ku Pulau Manis antara ulama sufi Melayu
terawal yang tergolong ke dalam pemikiran tasawuf neosufisme. Selain beliau, tokoh lain
adalah Syeikh Yusuf Tajul al-Khalwati al-Makassari, Syeikh Burhanuddin Ulakan, Tok
Ku Paloh, Tuan Tabal dan lain-lain lagi. Di alam Melayu, tokoh yang menjadi rujukan
dalam membawa kedua-dua aliran pemikiran tasawuf Sunni dan falsafi ialah Syeikh
Abdul Rauf bin Ali al-Singkeli. Beliau mengambil baiah tarekat Syatariyyah daripada
gurunya, Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan Syeikh Ibrahim al-Kurani, ketika beliau belajar
di Mekah dan Madinah. Tok Ku Pulau Manis adalah salah seorang murid beliau yang
mana hidup kesemua mereka meneruskan usaha dakwah dan penyebaran tarekat
Syatariyyah di tempat masing-masing.
18. Mohd Fadzil Othman. 1980. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia.
Buku ini menceritakan asal-usul tarekat Syatariyyah yang kemudian diperturunkan
sehinggalah kepada Tok Ku Pulau Manis. Mengikut beberapa cerita dikatakan ianya

11

berasal daripada Nabi Muhammad, yang kemudian diturunkan kepada Saidina Ali.
Kemudian Ali mengajarkan kepada anaknya Husain, selanjutnya diturunkan kepada
Zainul Abidin. Zainul Abidin kemudian menganugerahkannya kepada Muhammad alBakar, yang kemudian diijazahkan kepada Imam Jaafar as-Sadik(meninggal 886), yang
selanjutnya sampai kepada Abdul Rauf anak Ali. Abdul Rauf mengajarkan kepada
muridnya Syeikh Haji Abdul al-Muhyi dari Kampung Saparwadi di Karang(Preanger,
Jawa), yang kemudian memberikan pula kepada Pakir Kiai Agus Nazim al-Din dari
kampung yang sama. Kiai Agus menganugerahkan kepada Kiai Haji Muhammad Yunus,
juga dari tempat yang sama, yang selanjutnya diajarkan kepada Kiai Mas, penghulu dari
Bandung, yang kemudian melimpahkan kepada Haji Abdullah bin Abdul Malik(Tok Ku
Pulau Manis) yang tinggal di Kampung Rusa, Terengganu, yang kemudian beliau
memberikan pula kepada Lebai Bidin anak Ahmat, seorang Acheh.
19. Jamilah Ahmad & Zalila Sharif. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tok Ku Pulau Manis muncul sebagai tokoh di Terengganu yang memberi pengajaran
fahaman tasawuf menurut as-sunnah wal-jamaah. Tulisannya yang terpenting merupakan
sebuah syarahan terhadap karya sufi yang amat terkenal iaitu kitab Hikam karangan
Imam Taj al-Din bin AtaAllah al-Iskandari. Ulasan dan syarahan Kitab Hikam dalam
bahasa Melayu itu amat popular, dibaca sebagai panduan kepada amalan tasawuf menurut
aliran al-Sunnah wal-Jamaah. Ajaran dibawa kitab ini berpandu kepada karangan Imam
al-Ghazali. Ajaran yang dipentingkan di dalam kitab ini lebih bercorak tasawuf etika,
iaitu tasawuf yang memberi penekanan terhadap tindak-tanduk atau budi pekerti dalam
kehidupan sehari-hari dan sifat-sifat yang mulia yang seharusnya diamalkan oleh seorang
ahli sufi seperti sifat-sifat mujahadah, taubat, wara, takut kepada Allah dan sebagainya.
20. Shafie Abu Bakar. 1974. Shaykh Abdul Malik Ibn Abdullah(Tuk Pulau Manis) Ulama
Sezaman Dengan Shaykh Abdul Rauf Singkel Dalam konteks Pengislaman
Terengganu. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Di dalam tesis ini, penulis mengkaji mengenai pengislaman Terengganu dalam konteks

12

pensejarahannya di Kepulauan Melayu, hasil-hasil penulisan Syeikh Abdul Malik, Syeikh


Abdul Malik ulama sezaman dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel serta pemikiran beliau.
Kedatangan Islam ke negeri Terengganu terbukti dengan penemuan batu bersurat di
Kuala Berang. Hasil penulisan beliau yang paling terkenal adalah Sharh Hikam. Turut
dikatakan, dua lagi kitab beliau telah hilang iaitu Usul al-Tahqiq dan Kifayah. Beliau
dikatakan pernah mengarang Tafsir al-Quran, tetapi belum sempat tamat. Selain itu,
terdapat lagi kitab-kitab lain yang tidak diketahui. Penulis berpendapat berkemungkinan
ada lagi kitab Tok Ku Pulau Manis tersimpan pada milik jurai-jurai keturunan yang lain.
Syeikh Abdul Malik ulama sezaman dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel. Ketika
pengajian, beliau belajar dengan Abdul Rauf Singkel ketika di Mekah. Beliau
kemungkinan tokoh ulama sezaman dan sezaman dengan abd Rauf Singkel, mungkin
semasa mereka belajar di Madinah. Dari sudut pemikiran, beliau ulama yang alim dalam
ilmu fiqh dan tasawuf, akan tetapi lebih alim di dalam tasawuf. Di dalam perkembangan
ilmu tasawuf, tumbuh berbagai tarekat. Beliau adalah pengikut Shatariyyah. Dari sudut
pengaruh dan perkembangan pemikiran Tok Ku Pulau Manis, beliau menguasai banyak
cabang ilmu. Beliau satu-satunya tokoh terawal yang mendapat didikan pelajaran tinggi
di Acheh dan Mekah dan menghasilkan beberapa buah karangan yang beberapanya masih
tinggal bersama kita. Inisiatif beliau di dalam menghasilkan karangan-karangannya
sedikit sebanyak datangnya dari pengaruh perkembangan keintelektualan yang telah
dialami sebelumnya di Aceh yang mana antara pelopor-pelopor pengarang yang
mengarang kitab-kitab keagamaan di dalam bahasa Melayu termasuklah Hamzah Fansuri,
Shamsuddin al-Sumaterani dan Nuruddin al-Raniri. Konsep pengajian secara pondok
modelnya juga diambil dari Acheh. Beliau merupakan seorang ulama penting yg lahir di
alam melayu pd akhir abad ke 11/17. Kedudukannya selari dengan ulama-ulama seperti
Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumaterani, Nuruddin al-Raniri.
RUJUKAN

Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran.
Jakarta: Gema Insani Press.

13

Abdullah Jusoh. 1990. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Rahman Embong. 2012. Terengganu Merentasi Tiga Abad Kesultanan, Politik,
Ekonomi, Agama, Budaya. Kuala Lumpur: Card Information Sdn.Bhd.
Abdul Aziz Deraman. 2003. Peradaban Melayu Timur Laut. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Razak Mahmud et. al. 2009. Bunga Rampai Persuratan Melayu Wilayah Timur
Sejarah, Pemikiran dan Karya. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
Auni Abdullah.2015. Pemikiran Politik Islam dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ismail Che Daud. 2012. Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1). Kota Bharu:
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Jamilah Ahmad & Zalila Sharif. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Fadzil Othman. 1980. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia.
Mohd Faizal Harun. 2015. Tasawuf dan Tarekat Sejarah Perkembangan dan Alirannya di
Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
Mohd Taib Osman dan A. Aziz Deraman. 2000. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Muhammad Saleh Awang. 1983. Sejarah Darul Iman hingga 1337H=1918. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

14

Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman Tradisi Persejarahan


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nizaita Omar & Zulkifly Muda. 2005. Penglibatan Ulama dalm Pentadbiran: Kesannya
Terhadap Perkembangan Dakwah dan Kesatabilan Politik di Terengganu.
Nadwah Ulama Nusantara . Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti

Prosiding
Kebangsaan

Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.


Nurazmi Kuntum. 1991. Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rogayah A. Salim, Mariyam Salim. 2006. Kesultanan Melayu Terengganu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shafie Abu Bakar. 1974. Shaykh Abdul Malik Ibn Abdullah(Tuk Pulau Manis) Ulama
Sezaman Dengan Shaykh Abdul Rauf Singkel Dalam konteks Pengislaman
Terengganu. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shafie Abu Bakar. 1989. Perkembangan Keilmuwan dan Kesedaran Keislaman di
Terengganu. PESAKA . Terengganu: Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Wan Muhd Shaghir Abdullah. 1985. Perkembangan Ilmu Fiqh dan Tokoh-tokohnya di
Asia Tenggara. Solo: Ramadhani

Wan Zulkifli Wan Hassan & Azizi Umar. 2011. Sumbangan Ulama Nusantara di
Terengganu dalam mengembangkan Mazhab Syafii. Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara . Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

15

Anda mungkin juga menyukai